Friday, May 21, 2010

Cerpen : Bahagia yang JAUH


Prolog

Berjalan bersendirian di persisiran pantai, menghirup udara petang di sini.. Sedar tidak sedar sudah tiga hari dia menghabiskan masa di sini, membawa lara yang bertamu, menenangkan hati yang sedikit rawan, mententeramkan jiwa yang bergumpal penuh dengan rasa terkilan.

Sesekali tangannya menyeka rambut yang sedikit berjuntaian didahinya yang sedikit menganggu pandangannya. Sesekali kakinya pula menendang-nendang perlahan air laut yang kadang-kadang sedikit nakal menyetuh kakinya. Air dicincang tak akan putus, teringat pula tiba-tiba akan peribahasa lama itu, walau aku tendang berkali-kali air ini tetap menyatu takkan terpisah jauh dan alangkah indahnya andai kehidupan juga begitu, sentiasa bersatu, tiada perpisahan tiada perbalahan tiada sengketa.

"Saya tak pernah menganggap awak anak saya, dan saya juga tidak perlu ada seorang lagi anak seperti awak, kehidupan saya sudah cukup bahagia sekarang ni, dan jangan pula awak datang untuk merampas kebahagian saya, saya harap selepas ini saya tak perlu lihat wajah awak lagi, jangan ganggu keluarga saya, isteri saya dan anak-anak saya."

Masih terngiang-ngiang ucapan lelaki separuh umur itu di telinganya, terasa panas berdesing, pijar... terasa sakit tajam menikam jantungnya kata-kata itu, dan juga menyiat-nyiat perasaannya.

"Ini cek.. lima ratus ribu ringgit untuk awak.. saya harap selepas ini saya tak perlu melihat muka awak lagi di sini.." hulur lelaki pertengahan lima puluh tahun itu kepadanya sehingga membuatkan dia tergamam, sungguh tak percaya, kasih sayang, dan darah yang mengalir begitu murah harganya, begitu mudah diputuskan dengan wang..

"Kenapa?? tak cukup?? kalau tak cukup saya boleh tambahkan lagi.." soal lelaki itu bila melihat dia hanya membatu memandang kosong pada huluran kepingan kertas itu.

"Taa.. tak... bukan itu maksudnya saya ke sini, saya rasa tak perlulah Tan Sri buat begitu.. saya bukan datang sini sebab nakkan wang Tan Sri, harta Tan Sri.. semua tu saya tak berminat.. cuma... saya mahu hak saya di sisi Tan Sri.. itu saja.."

Terdiam lelaki itu dilihatnya bila mendengar kata-katanya itu, fahamlah dia situasinya kini.. tak apalah Ann, orang tak sudi janganlah ditagih.. nanti di kata melukut di tepi gantang pula dia menggetap bibir.

"Berapa lagi masa yang I perlu ambil untuk tunggu you?? tell me now? you tau tak I dah mula bosan dengan you setiap kali I ajak kita nikah saja, you mesti beri pelbagai alasan, kalau sekali dua I tak kisah Ann tapi ni dah berkali-kali, umur I bukannya semakin muda, parents I pun dah mula bising-bising.." Rayyan mendengus, geram dengan tingkah buah hatinya itu, kemelut yang melanda hubungan mereka ibarat tiada penghujungnya, dan gadis itu ada saja alasannya.

"I minta maaf Ray, I memang sayangkan you, cintakan you dan kalau boleh I nak bersama dengan you selamanya tapi..."

"Tapi apa Ann? jangan sebab you masih tak jumpa keluarga you, you tangguhkan pernikahan kita ni, kita guna wali hakim saja kan mudah?"

"Ikutkan hati I memang itu yang I nak lakukan Ray.. tapi mother you, awal-awal lagi dah warning I, suruh cari father I, dia kata dia tak mahu mendapat malu yelah mana tau kalau guna wali hakim nanti orang ingat I ni anak haram, kan dah malu family you lagi pun kalau guna ayah I sekurangnya dia tahu I ni anak yang lahir dari ikatan yang halal.."

"So berapa lama lagi I perlu tunggu you? seminggu? sebulan? setahun? atau sampai I dah bongkok tiga? I sanggup terima apa saja tentang you I tak kisah, tapi I tak mampu untuk menjadi seorang penunggu yang setia..."

"Entahlah Ray.. I tak mampu nak berjanji apa-apa dengan you.. kalau you rasa I menyeksa hidup you, lebih baik kita bawa haluan sendiri, I tak mahu buat you tertunggu-tunggu kerana masalah I ni hidup you pula yang terseksa.." lemah rasanya untuk menuturkan kata itu tapi.. pilihan apa yang dia ada tika itu? apa yang paling meretakkan jiwanya, memunahkan perasaannya bila melihat lelaki itu hanya diam seolah merelakan perpisahan yang terlahir dari bibirnya, dan tanpa pamitan lelaki itu melangkah pergi tanpa sedikit pun berpaling ke arahnya mengucapkan selamat tinggal kepadanya.. namun dia sedar realiti dirinya, memang tidak selayaknya tempatnya di sisi lelaki itu macam enggang dengan pipit, mana mampu terbang senada.. dia pasrah andai itu hujungnya, perlahan air matanya gugur mengalir di pipinya, dia menangis namun tiada esakan yang kedengaran.

Membawa haluan sendiri hanyalah sekadar alasan untuk suatu kenyataan yang pahit yang baru diketahuinya beberapa hari yang lalu... maafkan aku sayangku... aku tak ada asa menceritakan hal yang sebenarnya..

Ouchh... bergegar tubuhnya dirempuh tiba-tiba.. sehingga dia tidak mampu mengawal dirinya.. akhirnya dia terjatuh.. terlentang di gigi air.. basah habis pakaiannya.. bila dia mencelikkan matanya dilihat ada seorang kanak-kanak perempuan yang comel tertiarap diatas tubuhnya membuatkan dia bertambah tergamam. Anak siapa ni? dia tertanya-tanya.. anak itu tak menangis pun, malah tersenyum menampakkan barisan gigi yang belum tumbuh sepenuhnya. Membuatkan dia berasa sedikit tenang, sehingga terlupa tubuhnya yang masih berada didalam air dengan pakaian yang lencun.

Dia duduk perlahan dengan anak kecil itu dipeluknya sekali, takut tersungkur pula dalam air, lemas nanti kan susah, niaya aku.. dilihatnya kekiri dan kanan, mencari- cari kelibat keluarga kanak-kanak itu dari kejauhan dia melihat seorang lelaki yang sedang berlari-lari kecil sambil mendukung seorang anak datang mendekat menghampirinya.

"Maaf cik, anak saya si Ary ni memang lasak sedikit, beza sungguh dengan adik kembarnya si Ain ni.." ucap lelaki itu serba salah.

"Tak apalah encik, budak-budak biasalah.. tengah lasak, lagi pun saya tak apa-apa pun" dia tersenyum memandang lelaki itu, patutlah anak dia comel, ayah dia pun kacak.. bisik hatinya..

Si kecil itu riang berceloteh dengan patah bicara yang masih pelat sebutannya, seronok benar nampaknya, kadang-kadang nampak ligat menangkap buih-buih air laut yang terhasil dek ombak.

"Ary minta maaf dekat auntie cepat.." arah si ayah.. tapi anak kecil yang dipanggil Ary itu langsung tidak mengendahkan bahkan semakin seronok sesekali mengusik kembarnya yang agak malu-malu.

"Ary ni memang suka sangat dengan air, kalau dekat rumah tu, kalau orang gaji saya terleka sedikit dia memang akan terjun dalam kolam renang, pernah sekali hampir lemas.. risau juga kadang-kadang tu.." sambung lelaki itu.

Ann tersenyum melihat telatah anak-anak itu, teringat pula zaman lampaunya dulu, lansung tidak pernah dia punya peluang hidup berkeluarga seperti insan lain, dia dibesarkan di rummah anak-anak yatim An-Nurr walaupun dikatakan masih punya keluarga oleh penjaganya di situ namun tidak pernah sekali mereka menjenguknya, dia menggetap bibir.. aku anak terbuang di benci darah daging sendiri.

"Cik awak ok?" lelaki menegur bila dilihat gadis itu sedikit diam dengan wajah yang muram seolah sedang menanggung derita yang berat.."

"Er ah.. ya saya ok, maafkan saya, termengelamun pula.." Ann bangun perlahan rasanya dah lama aku terduduk disini, dan lelaki itu cepat-cepat menghulurkan tangannya ingin membantu lama di memandang tangan itu dan lambat-lambat barulah dia menyambutnya.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu bila terperasan renungan mata lelaki itu tertuju kearah dadanya.. ALLAH.. baru dia teringat.. t-shirt pink pudar yang dipakainya telah basah kini dan pasti menampakkan pakaian dalamnya.. wajahnya bertukar rona merah, malu.. dan sepantas kilat dia menyilangkan tangannya menutup tubuhnya.

"Emm maafkan saya.. " ujar lelaki itu serba-salah.

"Cik tunggu sini kejap ya.. tolong tengok-tengokkan budak berdua tu ya.." lelaki itu memohon sebelum berlalu.. tak sempat nak kata apa. Hisy malunya dia melihat aku macam ni.. Ann mengeluh.

"Comel-comelnya anak kakak.." tersentak bila ditegur begitu dan bila dia berpaling dilihat seorang perempuan sedang melangkah kearahnya, anak-anak aku?? iskk biar betul dia ni..

"Err.. tak..aa.." dia tergagap-gagap ingin menjawabnya.

"Siapa nama nama mereka ni kak?" perempuan itu bertanya lagi..

"Ary dan Ain cik.." err betul ke? entahlah.. aku ingat-ingat lupa ni..

"owh.. berapa umur mereka ni kak? geram saya tengok telatah mereka ni.. rasa tak sabar pula nak berumahtangga.."

"Umur budak-budak ni.." isk berapa ek? dalam teragak-agak menjawab soalan wanita itu tiba-tiba dia mendengar ada suara lain yang tolong menjawabkannya.

"Umur mereka baru 2 tahun lebih.."

Fuh.. datang pun ayah mereka.. Lelaki itu menghulurkan sehelai tuala kepadanya, agaknya baru di ambil tadi.

"Ohw.. patutlah anak-anaknya comel-comel belaka, ayah dengan mama dia pun lawa.." ucap perempuan itu membuatkan mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan tergamam..

"Err cik.. awak.." tak sempat nak bercakap perempuan tu memotong..

"Saya kena pergi dulu.. tunang saya dah sampai tu.. saya pun teringin nak ada anak kembar seperti anak-anak akak dengan abang.." ucap gadis itu sebelum berlalu.. isk perempuan ni dah salah anggap dengan aku ni, Ann mengeluh..

Lama mereka terdiam melayan perasaan sendiri.. hanya suara ombak dan anak-anak itu saja yang kedengaran.

"so??" ucap mereka hampir serentak.

"Er.. saya Syawal.. tapi boleh panggil Awal saja.. kita belum berkenalan dari tadi kan? " ucap lelaki itu.

"Yup.. saya Anisah.. tapi panggil Ann saja.. "

"Saya minta diri dululah Awal.. tak selesa pula dengan baju yang basah ni.. err terima kasih pinjamkan tuala ni, tapi macam mana saya nak pulangkan pada awak nanti?"

"Tak perlulah awak pulangkan.." ucap lelaki itu.

"Err.. tapi Awal.." dia serba salah tapi bila dia melihat lelaki itu bersungguh-sungguh wajahnya mebuatkan dia akur..

"Kalau begitu.. terima kasihlah.. Assalamualaikum.." ucapnya sebelum berlalu sempat juga dia melambai kepada Ary dan Ain itu.

****

"Mummy minggu depan Bella nak pergi party rumah Dato' Michael.. boleh tak mummy bagi Bella duit sikit, Bella ingat nak beli baju baru.."

"Beli baju? kan dah banyak pakaian Bella yang dalam almari tu, pakai sajalah yang sedia ada.. kenapa nak bazirkan beli yang baru.." Datin Marini menegur kadang-kadang cuba di sekatnya perangai boros anak bongsunya itu.

"Alah mummy.. kawan-kawan Bella semuanya beli pakaian baru untuk party tu, takkan Bella nak pakai yang recycle pula.. malulah Bella nanti.." anak itu masih lagi tak putus asa merengek dengannya.

"Bagi sajalah sayang.. lagi pun bukan banyak yang anak kita minta tu.." Dato' Mukris yang sedari tadi tunduk mengadap akhbar mula menyampuk membuatkan Datin Marini terdiam.. hurm kalau dah daddynya bagi green light nampaknya aku tak boleh nak halang apa-apa.

"Berapa Bella nak?" dia menyoal dan anak itu apa lagi, berseri-seri wajahnya.

"Seribu ringgit mummy.."

"Seribu...?? banyaknya.. kan mummy baru bagi Bella lima ratus ringgit minggu lepas, takkan dah habis?"

"Alah lima ratus bukannya banyak mana mummy.. "

"Ada sajalah alasan Bella kan? nah ni duitnya.. jangan nak boros-boros ok..."

"Thank you mummy.." pipi mummynya di kucup girang, seronok pemintaannya di penuhi sebelum berlalu.

"Tulah dia, dapat duit keluar, dapat duit enjoy.. hisy.. abang manjakan sangat dia tu.."

"Alah kalau bukan dekat dia kita nak bagi duit, kita nak bagi kat siapa pula Rini, anak kita kan cuma dia dengan Rayyan saja.. lagi pun harta kita banyak.. tak habis kalau setakat bagi mereka berdua tu.."

Dia diam... betul juga kata suaminya.. tapi ada satu lagi hal yang perlu di selesaikan tanpa pengetahuan suaminya itu. Ah aku kena jumpa dia juga sebelum segalanya terbongkar.

"Abang saya nak keluar sebentar jumpa seseorang.." pohonnya.

"Yalah.. awak drive ke atau si Ravi yang hantar?" Dato' Mukriz bertanya.

"Tak.. Rini drive sendiri, pergi KLCC saja.." dia menjawab.

"Hurm hati-hati drive tu.. petang-petang ni bayak kenderaan.." nasihatnya, risau juga isteri tersayang keluar bersendirian tapi hendak di halang tak sampai hati.

*******

Sayang.. siapa tak sayangkan? Tiga tahun menyulam cinta tak sangka begini pengakhirannya.. bahagia yang diharapkan hanyalah mampu didalam angan.. dia mengeluh.. Rayyan termenung sugul. Memang dia muda 2 tahun dari Ann namun tak bermakna dia tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga. Usia bukan penghalang, sebab cinta tak pernah memandang semua itu.

"Dahlah Ray.. sampai bila anak mummy nak jadi macam ni? bukan Ann sorang saja perempuan yang ada di muka bumi ni, ramai lagi gadis-gadis yang lebih baik dari Ann, lebih cantik, lagi pun kita tak tahu dari mana asal-usul dia, siapa mak ayah dia.. mummy dah bagi dia banyak peluang tapi dia tetap gagal membuktikan siapa diri dia" Datin Marini memujuk... dalam hati terlakar seribu kelegaan, hubungan anak itu sudah terputus..

"Ray tak pernah pandang semua tu mummy, Ray tak kisah rupa dia, perangai dia dan siapa pun dia semenjak Ray mengambil keputusan untuk menyintai dia, Ray terima dia seadanya mummy, sebab dia baik, ikhlas tak pernah nak ambil kesempatan atas kesenangan Ray ni.." memang bagi semua orang, melihat tiada apa yang istimewa pada Ann, tapi baginya sebaliknya, apa yang ada pada diri Ann semua menyenangkan matanya, semua menenangkan jiwanya malah bertambah menyemarakkan rasa kasihnya.

"Mummy tau dia baik, tapi kita kena juga fikirkan maruah keluarga kita, apa kata orang kalau kalian bernikah berwalikan hakim??? mesti banyak tohmahan yang akan wujud nanti kan.. mungkin ada yang akan memalukan kita? keluarga kita bukan orang sebarangan, silap-silap hari bulan beritanya terpampang di akhbar kecoh satu Malaysia ni Ray.." tak boleh tidak Ray.. kau tetap tak boleh bersama dengan dia, sebabnya... kau memang tak boleh.. Ah kalau kau tahu kebenarannya mesti kau kecewakan Ray.., mesti kau akan membenci mummy.. Datin Marini mengeluh.

*********

"Saya nak jumpa awak... hujung minggu ni.." tanpa sebarang tanda-tanda wanita itu menelefonnya...

"Dimana tu Datin?" dia bertanya..

Setelah memberitahu di mana tempatnya perbualan di antara mereka ditamatkan.. hajat apa pula dia nak jumpa aku ni.. gusar pula tiba.

"Lama dah tunggu.." dia ditegur oleh satu suara.. Dia kenal siapa pemilik suara itu.. pantas tangan wanita itu di salami di kucup penuh hormat.

"Ni untuk awak..." sekeping sampul surat berwarna coklat dihulur padanya membuatkan dia terkejut.

"Untuk apa ni datin?" dia bertanya.. hairan melihat sekeping cek bernilai lima ratus ribu ringgit terletak elok didalamnya..

"Awak ambil cek ni.. dan tinggalkan Rayyan.." selamba dia menuturkan tanpa belas tanpa simpati.

"Kalau saya tak mahu macam mana? apa Datin ingat cinta saya main-main ke? boleh ditukar ganti dengan wang ringgit macam kedai tebus guna?"

"Awak tetap kena tinggalkan Rayyan.. sebab kamu berdua memang tak boleh bersama walau apa pun terjadi.." tegas dia memberitahu.

"Kesilapan apa yang saya lakukan kepada Datin sampai Datin tak merestui hubungan cinta kami?"

"Bukan ada kesilapan tapi ini kenyataan hidup awak, darah yang mengalir dalam tubuh Rayyan dan dalam tubuh awak adalah darah yang sama, kamu berdua berasal dari rahim yang sama, mana boleh bersatu.."

"Ap.. apa semua ni Datin? saya tak faham?" kenyataan apa pula ni..? aku bermimpi aku tak mahu percaya. Aku dan Rayyan adik beradik?? mimpikah aku? atau silap dengarkah aku? jadi selama ini aku berkasih-kasihan dengan darah dagingku sendiri? ya ALLAH berdosanya aku... dia beristighfar didalam hati.

"Awak takkan tak perasaan nama ibu yang tertera dalam surat beranak awak tu sama dengan nama saya.."

"Kenapa Datin tak jelaskan awal-awal dari dulu lagi? kenapa Datin buat saya macam orang luar kalau benar saya ni darah daging datin? kenapa? berdosa sangat ke diri saya ni sampai Datin dan Tan Sri tak mahu terima saya sebagai anak? kalau benar tak sudi terima saya kenapa tak cekik saja saya sebaik saya dilahirkan?? kenapa tak bunuh saja saya ketika saya masih dalam kandungan? kenapa mesti tergamak biarkan saya terumbang ambing seorang diri merempat di rumah anak-anak yatim tu?"

Kenapa baru sekarang? kenapa selepas 3 tahun? kenapa selepas aku bersusah payah mengharungi semua ini? kenapa?

"Dulu saya tak pasti sekarang saya benar pasti awak memang anak yang dilahirkan 27 tahun dulu.. sekarang awak ambil cek ni dan pergi dari hidup kami, saya tak mahu awak ganggu hidup Rayyan.. tapi ingat jangan beritahu Rayyan perkara sebenarnya.. lagipun saya sendiri tak pernah mengharapkan kelahiran awak, kelahiran awak satu kesilapan dalam hidup saya ni.."

Ya hampir 27 tahun lalu... dia dan lelaki itu mereka sama-sama menyalahkan anak itu atas perpisahan yang melanda.. mereka butakan mata pada hakikat yang terbentang, yang sebenarnya mereka memang tiada jodoh.. masih terngiang jelas ditelinga, masih kelihatan jelas dimatanya peristiwa itu...

"I tak mahu budak ni.." lelaki itu membentak..

"Jadi you ingat I naklah budak ni, budak ni pembawa sial..!"

"You mak dia, youlah jaga.."

"Hello, please, I bencikan budak ni seperti I bencikan you.."

"So you ingat I sukalah budak ni?"

"Kalau you tak ingin.. buang saja budak tu dalam tong sampah habis cerita..."

Mendengar kata lelaki itu, dan dengan sedikit waras yang masih bersisa, disitulah dia menghantar anak itu, dengan segala dokumen sijil kelahirannya sekali, sebab dia tak mahu ada satu pun kenangan tentang anak itu yang tinggal.. dia geli, dia jijik, menyampah.. dan tak sangka sekarang dia akan berjumpa kembali dengan anak yang dikatakan pembawa sial itu...

Wajah wanita itu dipandang geram, cek ditangganya dikoyak-koyakkan menjadi dua, tiga, empat dan seterusnya dicarik-carik sehalusnya menggambarkan bertapa dalamnya luka perasaannya tika ini..

"Saya tak pernah harap saya lahir kedunia, saya tak pernah minta harta benda kekayaan semua ni cuma saya teringin sangat nak ada ibu bapa, keluarga tapi nampaknya takkan menjadi kenyataan, yalah orang yang melahirkan saya pun tak sudi menerima bahkan memandang muka saya pun tak ingin.. tak apalah saya janji dalam diri saya, saya tak akan benarkan, halalkan diri saya makan harta Datin dan Tan Sri dan tidak sekali pun redha dikaitkan dengan Datin dan Tan Sri yalah.. dunia kita berbeza.. takut pula kehadiran saya dalam hidup semua akan memalitkan arang pada wajah cantik Datin dan Tan Sri, saya minta diri dulu.. jangan risau saya takkan sebarkan apa-apa pada media, saya tahu mesti kedudukan Datin akan tergugat kalau semua ni terbongkar kan?"

Datin Marini terkesima mendengar kata-kata yang terlahir daripada mulut gadis itu... dia merenung tajam pada Anisah.. lama... tak sangka kata-kata sebegitu akan keluar daripada gadis itu... gadis yang selama ini dikenali dengan sifat sopan santun menjaga tutur katanya... ah terlangsung sudah perangai gadis itu... marah benar barangkali... ah pedulilah.. bukannya urusan aku untuk mengetahui sama ada dia marah atau sebaliknya..

"Suka hati kamulah kamu nak kata apa, yang penting lepas ni kamu jangan ada apa-apa dengan Rayyan... oh ya kalau kamu tak mahu cek tu pun saya tak kisah, tapi ingat jangan satu masa nanti kamu cari saya.. merayu-rayu minta diberikan duit... waktu tu kamu memang langsung tak ada peluang... "

"Sampai mati pun saya tak akan langsung akan minta duit Datin tu.. sesen pun harta datin saya ingin..."

"Baguslah kalau kamu kata macam tu... saya minta diri dulu... panaslah dekat sini.. bahang.." dia menyeka dahinya yang sudah mula merenik peluh halus..

"Ha.. ingat pesanan saya.. Rayyan tak perlu tahu semua ni, kalau sampai Rayyan tahu hal sebenar ini, siaplah awak.." dia memberi amaran.. keras.. bukan main-main, dia tak mahu imej bersihnya dihadapan anak itu tercalar dek kesilapan masa lalunya..

Ann menggetap bibir... sampainya hatimu oh ibu... tergamaknya hatimu oh emak... kenapa begitu teganya kau mencarik lumatkan rasa hatiku ini? kenapa perlunya kau sisihkan diriku daripada berada tempat yang sepatutnya? sudahlah ayah membuang aku dari hidupnya.. kini kau pun sama.. oh TUHAN ambil saja nyawaku ini.. hidup ku tiada ertinya lagi semenjak ku tahu yang diriku langsung tak bernilai dihadapan mata ayah dan ibuku...

"Hai cantiknya.. tak sangka awak pandai melukis.." dirinya disapa.. macam pernah suara itu, cepat-cepat dia menyeka air mata yang sudah hampir menitis dipipinya..

"Oh Awal... tak adalah biasa saja.." memang tanganku melukis tapi fikiran aku sudah melayang-layang entah ke mana, ah kenapa sukar benar kupadamkan ingatan ku ini pada kisah pedih itu..

"Ini studio awak? nice... kemas... cantik dan lawa macam tuannya.."

Dia tersenyum... lelaki memang ayatnya manis.. lelaki dihadapannya itu direnungnya.. tampak segak dengan kemejanya dan slacknya.. dari pejabat barangkali..

"Tak sangka saya yang studio ni milik awak.. hai rasa kecil saja dunia ni kan.."

Memang dia tak pernah merancang untuk berjumpa dengan lelaki itu sekali lagi setelah peristiwa kes langgar si kecil Ary dahulu..

"Alah studio biasa saja.., Ary dengan Ain apa khabar?"

"Hai tanya khabar anak-anaknya saja... khabar papanya tak mahu tanya sekali ke? mereka alhamdulillah semakin comel seperti arwah mamanya juga.."

"Arwah... maksud Awal?"

"Hurm isteri saya pergi sewaktu melahirkan mereka lebih 2 tahun yang lalu.."

"Oh maaf... saya tak bermaksud nak buatkan Awal teringatkan kisah sedih.."

"Eh tak apalah... saya dah biasa begini.. kita takkan nak mampu lawan takdir ALLAH kan? anggap ia ujian yang beguna buat kita.. saya tertarik dengan lukisan awak ni, tapi saya peliklah Ann..."

"Kenapa? apa yang peliknya?"

"Yalah... dekat lukisan tu kan ada tiga kerusi tapi kenapa hanya satu kerusi yang diduduki oleh seorang gadis... dan kenapa kedua kerusi di kiri kanan gadis itu terbiar kosong?"

"Ha... yang tu err... lukisan ni sebenarnya simbolik tentang kisah seorang gadis yang dilahirkan kedunia ni, tapi langsung tak mendapat perhatian mak ayahnya.. kiranya dalam lukisan ni menceritakan yang betapa besarnya harapan gadis itu agar suatu hari nanti dia mampu duduk bersama-sama ibu bapanya, menghabiskan masa, usia hidupnya.."

Bilalah agaknya ia akan berlaku dalam hidup aku ni? sungguh tak tahu nak digambarkan betapa gembiranya perasaannya andai apa yang diharapkan ini menjadi kenyataan..

"Waw... macam kisah benar pula ya lukisan tu... siapa agaknya gadis itu? awak kenal ke?"

Kenal, ya kenal sangat-sangat... akulah gadis malang itu..

"Tak..." laju dia menggelengkan kepalanya..

"Eh alang-alang saya dah ada disini.. jom saya belanja awak minum petang... lepas tu bolehlah kita berbual panjang, saya tertarik benar nak kenal dengan awak dengan lebih dekat lagi.."

Uisk mamat ni, memang ayat dia jenis berterus-terang ke? Ann serba salah...

"Alah jangan risaulah.. saya tak akan buat apa-apa yang tidak-tidak pada awak..."

Uik... ke situ pula yang difikirkan..

"Eh bukan macam tulah.. saya.. err saya cuma segan nak keluar dengan awak.. dengan keadaan macam ni.. " dia menelek tubuhnya yang hanya dibaluti dengan jeans lusuh dan kemeja besar gedabak yang diikat di pinggangnya.. langsung tak sesuai dengan lelaki itu yang berpakaian kemas..

"Isk apa yang nak disegankan.. Hah kalau awak malu... saya buat macam nilah.."

Terbeliak matanya bila melihat lelaki itu selamba menanggalkan butang baju kemejanya dan mengeluarkan hujung baju itu yang dimasukkan didalam seluar dipinggangnya... huh ingatkan nak buat aksi 18sx tadi... nasib dia pakai t-shirt didalamnya... Ann menarik nafas lega..

"Ok sekarang dah tak malukan? jom.." cepat-cepat dia memusingkan tubuhnya memandang kearah lain.. hakikatnya dia hampir memburaikan tawa bila melihat aksi terkejut yang tertera di wajah Ann itu... aduiii sucinya minah ni...


*********

Ann dengan lelaki lain? dia menggosok-gosok matanya... manalah tau kot-kot apa yang dilihatnya hanya mainan pandangan matanya.. tidak!! memang betul apa yang dilihatnya.. patutlah... patutlah dia minta agar kami membawa haluan sendiri.. rupanya kasihnya memang mula berubah arah...

Rayyan menggetap bibir... serentak rasa dirinya seolah di tipu.. ya sangat tertipu dengan kelakuan Ann yang selama ini bail, tulus dan jujur saja dimatanya..

Langkah kakinya diatur pantas menuju kearah meja yang diduduki oleh Anisah dan pasangannya itu... amboi mesranya.. siap main cuit-cuit pipi lagi.. geram, cemburu.. terlupa yang mereka sebenarnya sudah tiada apa-apa, yang cinta mereka sebenarnya sudah lama berlalu dan layu dibawa oleh masa..

"Ann.."

Tersentak, mati terus senyuman di wajahnya bila dia mengangkat muka melihat siapa yang menegurnya... Ray!! apa yang dia mahu daripada aku?

"Hai Ray.." kaku dia menegur.. langsung tak ada kemesraan seperti yang dulu..

"Gembira nampak? jantan mana pula yang you usung ni?"

"Ray.. kenapa you cakap macam tu,?"

"Kenapa? Ann tolonglah jangan berlakon baik depan I, jom ikut I, we need to talk.." dia menarik kasar tangan Ann, memaksa gadis itu berdiri mengikutinya...

"Lepaslah Ray.. you ni kenapa? kitakan dah tak ada apa-apa.."

"Encik ni siapa?" soal Awal, tak betah membiarkan Ann dikasari oleh lelaki yang muncul tanpa diundang itu..

"Bukan urusan kau untuk tahu yang aku di siapa.." kasar Rayyan menjawab..

"Urusan saya.. kerana Ann bakal isteri saya, dan saya bakal suami dia.."

Ann terkaku, cengkaman kuat di pergelangan tangannya oleh Rayyan juga turut terungkai... terlerai....

"Lebih baik Encik pergi sebelum saya call polis.."

"Ok aku boleh pergi... tapi ingat Ann... I akan cari you balik sampai dapat.. hal ni tak habis lagi.." bisik lelaki itu, walaupun sekadar berbisik tapi tetap kedengaran keras nadanya.

"You ok Ann?" soal Syawal bila melihat gadis itu lebih banyak mendiamkan diri selepas peristiwa tadi..

"Saya ok, saya minta maaf bagi pihak Ray.."

"Siapa lelaki tu sebenarnya Ann?"

"Dia bekas teman lelaki saya.." diceritakan segala-galanya tentang apa yang terjadi kepada lelaki itu dan Syawal tekun benar mendengarnya..

"Ann sabarlah ya.. saya tau awak tabah orangnya.. dan saya tahu awak kuat untuk menempuhi semua ini.."

"Entahlah Awal.. kadang-kadang saya selalu terfikir apalah dosa saya sehingga saya perlu dihukum sebegini.."

"Syiii awak tak baik cakap macam tu.. awak kesayangan DIA tu sebab DIA suka uji awak sebegitu... fikir positif.. ada hikmahnya tu.."

"Saya penat kadang-kadang, awak.."

"Ann.. DIA takkan menguji kita lebih daripada apa yang mampu ditanggung oleh kita.."

"Thanks Awal sebab tolong saya tadi..."

"Tanggungjawab kita sesama muslim, membantu saudara yang kesusahan.."

*******

Ketukan di pintu utama yang bertalu-talu, menyentakkan dirinya.. huih siapa pula yang datang ni... ketuk pintu macam nak kasi roboh pintu rumah aku saja.. Ann mendesis.. geram, waktu mandinya terganggu... cepat-cepat dicapai jubahnya yang tersangkut didinding... rambut yang masih basah berjuraian airnya.. langsung tak sempat hendak dikeringkan...

"Sebentar.." dia menjerit meminta tetamunya berhenti mengetuk pintu.. huih langsung tak reti nak bersabar betullah... dahlah malam-malam datang rumah orang..

Dia menarik selak pintu, belum sempat dia membukanya, pintu rumah telah dirempuh dari luar, nasib dia berdiri sedikit menjauh... kalau tak mesti sudah terlentang dia tika itu.. terjerit kecil dia..

"Ray??" bengis sekali wajah lelaki itu.

"You ni kenapa? datang macam nak cari gaduh saja gayanya.."

"Mana?? mana?" soal lelaki itu dengan mata yang melingas ke kiri dan kanan..

"Mana apanya Ray? you cari apa ni? keluarlah, tak elok jiran-jiran tengok.."

"Mana jantan tu?"

"Ray... mana ada siapa-siapa dekat sini, I seorang sahaja.."

"Jangan tipu aku boleh tak??"

Habis segenap pelusuk rumahnya diperiksa oleh lelaki itu...

"Cakap kau memang dah ada jantan lain sewaktu bersama dengan aku lagikan?"

"Tak.."

"Jangan tipu aku.."

"Ann tak pernah tipu Ray kan?"

"Habis tu takkan secepat itu kau boleh dapat pengganti aku.."

Anisah diam, tak tahu nak kata apa lagi..

"Betullah kata mummy, kau memang tak boleh dipercayai.. betullah kata mummy kau memang perempuan tak bermaruah.."

"Cukup!!.. Ann tak seperti apa yang Ray kata.." sampainya hatimu tuduh diriku sebegitu hina sekali..

"Habis tu kenapa kau nak kita bawa haluan masing-masing?"

"Sebab kita memang tak ada jodoh.." kenapalah aku tak mampu nak terangkan hal yang sebenarnya wahai adik..

"Baik.. kalau aku tak boleh dapat kau... orang lain pun tak boleh.."

"Ray nak bu... buat apa dekat Ann?"

"Kau rasa ada ke orang nak kutip sisa?" Rayyan menjawab sinis..

Ya ALLAH, wajah dia, mata dia, kenapa tidak seperti Ray aku kenal.. ya ALLAH tolong selamatkan aku..

"Ray lepaslah... jangan buat Ann macam ni.." dia meronta-ronta bila lelaki itu mula memeluk tubuhnya rakus...

Pang...! tamparan kasar lelaki itu hinggap diwajahnya.. pijar rasanya pipinya dek penangan lelaki itu.. terasa ada cairan hangat mengalir di bibirnya...

"Perempuan macam kau aku tak tahu masih ada lagi ke tak mahkota tu pada kau.." lelaki itu mula membenamkan bibirnya rakus pada lehernya..

"Jangan hukum Ann macam ni... Ingat ALLAH Ray.. " tangannya beberapa kali cuba menepis wajah lelaki itu.

"Jangan nak tunjuk baik Ann.." tubuh gadis itu ditolaknya kuat, sehinggalah gadis itu jatuh terlentang di ambal.. aduh... dia mengaduh bila belakang kepalanya terhantuk pada lantai..

Mereka bergelut, namun apalah dayanya, kudratnya langsung tak mampu mengekang tenaga lelaki itu..

Hilang rasa kasih, hilang segala rasional, yang berada dalam fikirannya cuma kebencian, dendam dan amarah yang perlu dilampiaskan walau dengan apa pun caranya..

"Sakit Ray, you sakiti I.." sungguh sangat sakit perlakuan lelaki itu..

Jubah yang dipakai sudah mula terungkai ikatan talinya di pinggang, mendedahkan separuh bahagian dadanya yang putih..

"Sakit?? tapi tak sama dengan sakitnya hati I dek perbuatan you tu.."

Ann mengaduh berkali-kali tapi lelaki itu sedikit pun tidak mengendahkannya, entah macamana tiba-tiba dia mendapat kekuatan, pipi lelaki itu ditamparnya sekuat-kuat hatinya..

Terhenti sekejap perbuatan lelaki itu..

"You tampar I Ann? you tampar I?????" lelaki itu menengkingnya kuat... berang dengan tindakbalasnya.

Leher Ann di cengkamnya kuat... terbatuk-batuk gadis itu.. namun dia tak peduli, tercungap-cungap gadis itu namun langsung tak diendahkan, berkali-kali dia menampar wajah Anisah, tak cukup dengan itu kepala gadis itu dihentak-hentaknya ke lantai.. dia betul-betul seolah-olah telah dirasuk, hilang akal, hilang belas kasihan...

"Ray.. stop... please don't hurt me..."

"Ann I akan berhenti kalau you sudi kahwini I.."

"Tak Ray... I takkan.. ki... kita takkan dapat bersama walau dengan apa caranya..." tersekat-sekat dia memberitahu..

"Kenapa??? you memang dah betul-betul gilakan jantan tu?"

Ya ALLAH, kenapa lelaki ini tak nak faham maksud aku?? tubuh sudah terasa terlalu lemah..

"Ann jawab I tanya ni? you pekak ke???" tubuh yang terbaring itu digoyang-goyangkan kuat

"Ray... you adik I, kita adik beradik, kita tak boleh bersama... haram..."

"You bohong Ann!"

"I takkan bohong benda macam ni Ray.. I minta maaf.. I dah tak larat dengan semua ni.." pandangan mata sudah mula berbalam... kepala terasa teramat sakit, sangat sakit... seluruh tubuh juga rasa teramat sakit...

"Tanya mummy you... di.. dia.. tahu segalanya.." matanya dipejamkan... ALLAH sakitnya.. perlahan dari celah kelopak matanya yang tertutup, mengalir lesu air matanya.. kalau tak dapat rasa bahagia bersama mereka, cukuplah kalau aku tak rasa bersalah meninggalkan orang yang aku kasihi tanpa mengetahui hal yang sebenarnya..

"Ann.. buka mata you... Ann.." Ya ALLAH apa yang aku dah buat ni.. baru dia tersedar akan keterlanjuran perbuatannya..

"Ray... kakak mengantuk... kakak rasa nak tidur...." Ann menggumam perlahan sebelum matanya tertutup kembali, kali ini lebih erat.. rapat terpejam...

Tubuh kaku Ann yang sudah tidak bermaya itu diraihnya dalam pelukan.. tapak tangannya sudah berlumuran darah ketika memangku kepala Anisah..

"Kenapa you tak cakap hal sebenarnya pada I, kenapa you sanggup biarkan I sakiti you.. Ann bangun.. jangan tinggalkan I, buka mata you... ya ALLAH, tolong jangan ambil dia dari aku.. Ann maafkan I, maafkan I sayang... " dia mengongoi seperti anak kecil...

Ah Ann perlu di selamatkan.. tubuh kaku itu dicempungnya, ingin dibawa ke hospital secepat mungkin...

*********

"Mummy teruk!! Ray tak sangka mummy sanggup buat Ray macam ni.."

"Eh apa kena kamu ni cakap macam tu dengan mummy ni Ray? daddy tak pernah ajar Ray jadi kurang ajar.."

"Daddy tanyalah mummy tu..." turun naik nafasnya.. menahan marah yang membuak-buak dalam dadanya.

"Apa ni Ray, mummy tak fahamlah, mummy tak buat apa-apa pun.." hairan melihat sianak pulang dengan wajah yang kusut sambil marah-marah... dan bajunya... kenapa dengan baju Ray.. lama diamati pada pakaian yang tersarung ditubuh anaknya... ya ALLAH.. darah..

"Ray kamu kenapa? kamu cedera ke?" pantas dia menerpa ke arah anak itu, habis seluruh tubuh anak itu deperhatikan, tiada cacat celanya.. habis mana datang darah itu??..

"Sampai hati mummy buat Ann macam tu, sampai hati mummy buat Ray macam ni.. apa salah kami mummy?"

"Apa maksud Ray ni? mummy tak faham.."

"Mummy jangan nak pura-pura... sampaikan hati mummy buat Ray macam ni.. buat Ann macam tu.."

Ray... adakah Ray dah tahu yang hal sebenarnya?

"Apa ni Rini, abang tak fahamlah.." Dato' Mukris mula menyampuk, hairan dengan perbalahan anak dan mak yang tak diketahui hujung pangkalnya.

"Daddy tanyalah mummy apa yang dia dah buat waktu zaman mudanya dulu.."

"Rayyan... "

"Mummy jangan nak tunjuk baik, Ann dah ceritakan pada Ray..."

"Kurang ajar budak tu.. dia memang nak kena, langsung tak reti nak simpan rahsia... mana dia? mummy nak ajar dia.."

"Mummy tak payahlah nak letak silap pada orang lain pula.. sekarang Ray tanya ni, benar ke yang Ann kata yang kami ni adik-beradik?"

Datin Marini terdiam, terjerat... serba-salah ingin menjawab..

"Adik beradik?? Rini tak pernah cakap pun dengan abang yang Rini pernah ada anak sebelum ni?"

"Rini tak inginkan anak tu.."

"Jadi betullah ya mummy?? terima kasih sebab hadiahkan penderitaan pada Ann, terima kasih hadiahkan kesengsaraan pada Ann, mungkin mummy akan gembira kalau tahu keadaan Ann sekarang... terima kasih mummy, buat Ray jadi jahat begini, pukul Ann, cederakan Ann, dan nyaris memperkosanya... terima kasih mummy atas dosa yang Ray lakukan keatas Ann.. terima kasih.."

"Ray... ka.. kamu?"

"Kenapa? mummy terkejut? bukan mummy lebih suka kalau dia tiada didunia nikan?"

"Tergamak kamu Ray?" Dato' Mukris terkejut...

"Sebab dia tak nak beritahu hal yang sebenarnya sampai membuatkan Ray hilang sabar daddy.."

Telefon bimbit didalam sakunya berlagu tiba-tiba, cepat dia menjawabnya...

"Hello... ya.. saya datang sekarang.."

Panggilan telefon yang diterimanya betul-betul membimbangkan..

"Hei kamu nak kemana tu? kita tak habis bincang lagi.."

"Saya nak ke hospital.. kalau mummy sudi, datanglah tengok Ann..."

*********

"Mungkin dah sampai masanya kita lupakan kisah lalu..."

"I memang dah lupakan segalanya, dan kalau boleh I memang tak mahu ingatkan langsung.."

"Come on Man, I percaya, you dah jadi lelaki matang sekarang ni.."

"Apa yang you nak daripada I lagi Marini?" kisah kita dah lama habis, dah lama tamat, dan you dah mati dalam hati I..

"I datang bukan nak apa-apa daripada you.."

"I nak ajak you ke hospital.."

"Untuk apa?"

"Anisah sakit.. anak kita tenat.."

"Ah I tak ada masa untuk itu...."

"Man kalau you betul bencikan I, jangan hukum dia, I sanggup bayar berapa saja untuk masa you, asalkan you sudi tengok Ann..."

"Itulah satu perangai you, you ingat you mampu beli segalanya dengan duit? you memang tak pernah berubah Marini"

"Kalau itu yang boleh buat you ubah fikiran... I sanggup bayar... Man... 2,3 hari ni I dah banyak kali berfikir... kenapa kita hukum Ann, sedangkan itu memang silap kita sendiri, kenapa kita masing-masing ego... kenapa kita meletakkan salah itu pada bahu Ann yang tak tahu apa-apa tu..."

"Marini you kalau nak membebel, tak payah datang sini.. I banyak kerja tak ada masa nak layan you..."

"Baik Man, I takkan membebel, I cuma nak you jenguk Anisah.. doktor kata dia dah tak ada harapan lagi.. kalau you tak mampu habiskan masa 27 tahun untuk menjaga dia, membesarkan dia, tapi cukuplah I minta masa you 15 minit pun jadilah untuk melihat dia, agar permintaannya untuk berada bersama kita tercapai, walaupun dia tak sedar..."

Tan Sri Arman diam... membisu seolah-olah memikirkan kata-kata Datin Marini, bekas isterinya dulu..

"I harap you fikirkan kata-kata I ni, I tak nak you hidup dalam penyesalan pula selepas ni.. Ok I minta diri dulu.. thanks untuk masa sepuluh minit yang you luangkan untuk I ni.."

Lelaki itu hanya membatu, sedikit pun tak menyahut kata Datin Marini itu, lama sehinggalah derap langkah wanita itu hilang daripada pendengarannya.. Tan Sri Arman mengeluh, dia menghempaskan tubuhnya pada sofa yang terdapat diruang pejabatnya itu..

Cermin mata ditanggalkan dan diletakkan atas meja kaca disisinya itu, dia mengurut-ngurut dahinya.. terasa segalanya kusut...kenapa benda ni mesti datang balik dalam hidup aku? dia mendongakkan kepalanya memandang kearah siling pejabatnya... memerhati corak-corak yang terlakar walaupun dia sendiri tak faham corak apakah itu... lama... sehinggalah tiba-tiba dia bingkas bangun, mencapai kot yang tersangkut.. dan melangkah keluar tergesa-gesa....

*********
Epilog

Hari jumaat... hari yang paling ditunggu-tunggunya dalam setiap minggu...

"Mummy, daddy Ray pergi dulu, dah lewat ni.." dibetulkan songkok yang terletak di atas kepalanya yang terasa sedikit senget letaknya.

Dia menyalami tangan kedua-dua orang tuanya..

Tanah ini dijejaki lagi.. untuk kesekian kalinya, tanpa sedikit pun rasa jemu dan terbeban.. dia duduk bersila di sisi pusara itu, naskah Yaasin yang berada ditangannya dibuka dan lidahnya mula mengalunkan bacaan... sehingga selesai.

Genap setahun dia pergi membawa sekali kisah sedih mereka.. Rayyan duduk bersila disisi kubur yang sentiasa terjaga rapi itu... tiga hari Ann koma sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa dia di sisi, tapi dia puas sebab kedua ibu bapa Anisah ada disisi, sungguh marahnya sedikit reda bila mummnya berjaya memujuk Tan Sri Arman untuk melawat Ann buat yang terakhir kalinya...

"Dia tenat encik Rayyan.. kecederaan otaknya agak teruk, pendarahan dalaman dikepalanya.. harapannya memang sangat tipis.."

Terduduk dia bila dikhabarkan berita itu, semua salah dirinya.. jika dia tidak mengasari Ann, semua ini takkan terjadi, tapi jika dia tidak lakukan sebegitu, mungkin sampai mati segalanya tinggal rahsia dan dia akan terus-terusan meletakkan silap pada Anisah atas kehancuran hubungan mereka.

"Doktor saya sanggup bayar berapa pun asalkan doktor dapat selamatkan dia.."

Doktor itu hanya menggeleng...

Hancur hatinya bila melihat tindakbalas doktor itu...

Ray memandu tanpa tujuan, kalaulah boleh biar dia yang berada di tempat Anisah, menggalas beban yang ditanggungnya.. dan tika itulah dia bertembung dengan sebuah lori yang dipandu oleh lelaki mabuk, dia cedera.. dia parah.. dan dia koma..

Cantik... sangat berseri wajah Ann yang hadir dalam tidurnya, hadir dengan sebuah senyuman yang sangat manis, indah sekali....

"Ray... kakak pergi dulu..." bisik gadis itu, masih terasa hangatnya kucupan gadis itu didahinya sebelum menjauh hilang daripada pandangan matanya.. mungkin mengucapkan selamat tinggal, atau mungkin juga mengucapkan terima kasih kerana membawakan kedua ibu bapanya kepadanya..

Ann... aku kenali dirimu sebagai kekasihku, dan sekarang... aku cuba belajar menerima kau sebagai kakak aku.. Ann walaupun cinta kita tak mungkin menyatukan kita.. tapi aku bahagia kini, sebab dalam tubuhku kini punya satu benda milikmu yang membantu mengekalkan hayatku hingga kini..

Seperti yang diceritakan oleh mummynya.. dia kritikal akibat kemalangan itu, kedua-dua buah pinggangnya cedera, langsung tak dapat diselamatkan.. puas mereka mencari penderma secepat mungkin namun mustahil.. dalam keadaan kalut itu.. mereka dikhabarkan yang Anisah telah pergi selamanya.. dan waktu itulah doktor mencadangkan agar satu buah pinggang milik Ann diberikan padanya.. apatah lagi bila dilakukan ujian, organ itu memang serasi dengan tubuhnya.. mungkin hikmah sebagai adik-beradik..

Terima kasih sayang... terima kasih kakakku.. dia sentiasa merasakan kasih Ann tetap mekar dalam tubuhnya..

Masih tergiang-ngiang jelas kata-kata terakhir Ann padanya... kakak, ya dia kakakku... realiti yang harus aku terima.. dan dia mula membiasakan diri dengan realiti itu.

"Kakak.. Ray pergi dulu.. InsyaALLAH jumaat depan Ray datang lagi.."

Dia perlu bergegas hari ini, hampir dia terlupa tentang janjinya pada Syawal.. hari ini hari yang penting... hari ni hari pelancaran Novel : Bahagia Yang Jauh, novel kisah benar yang ditulis oleh Syawal, setelah mendapat persetujuan dia dan keluarganya untuk dijadikan pengajaran pada yang membacanya.. dan dia tak sangka yang lelaki itu sebenarnya adalah seorang penulis.. dan yang paling utama, kulit novel itu sendiri dicetak daripada lukisan terakhir Ann, sebuah lukisan seorang gadis yang sedang duduk diapit dengan dua buah kerusi yang kosong...

Sebelum berlalu, bibirnya mengalunkan sekali lagi bait-bait al-fatihah, hadiah buat si kakak yang sedang lena dalam tidurnya yang tak berpenghujung..

Bismillahirahmanirahim..
[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin... semoga kau bahagia di sana... saudaraku..
Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,