Friday, January 1, 2010

"Mak Suha ingat hari ni Suha nak pergi memancinglah dekat tali air depan tu.. manalah tau ada rezeki nanti dapat ikan bolehlah juga kita buat lauk makan tengahari nanti.." dia menyuarakan hasratnya kepada Mak Wa, bosan juga duduk rumah tanpa melakukan apa-apa ni, ingin menyambung lena kembali... rasanya tidak sekali, dia tidak betah yalah sudah memang afalnya ketika waktu zaman sekolahnya dulu lagi walaupun waktu cuti dia tidak pernah sesekali bangun bila waktu matahari sudah mula tegak meninggi di atas kepala..
"Yalah... kamu tu hati-hati sikit, yalah mak dengar tali air tu agak dalam juga.. jangan sampai terjatuh pula tau.. kamu tu bukannya pandai berenang jatuh nanti kan susah, .." jawab Mak Wa, memang dia tahu perangai anaknya yang tak pandai duduk diam ada saja benda yang ingin dilakukannya.
Dia mencubit ubi rebus yang hanya berlaukkan ikan sepat masin goreng yang dibuat sendiri itu, hasil yang di tangkap dari sawah berdekatan, memang begitulah selalunya, andai tangkapannya melebih, akan di keringkan.. itulah menu sarapan pagi mereka hari ni di bawa ke mulut.. di kunyah perlahan.. sedap.. walaupun selalu dijamah setiap hari namun tak pernah sesekali terbit rasa jemu dalam dirinya.
"Err pakcik mana mak, tak bangun lagi ke?" sengaja bertanya sekadar menghilangkan rasa sunyi yang mula hadir antara mereka berdua sedangkan dia sendiri sudah tahu jawapannya
"Alah pakcik kamu tu, macamlah kamu tak tahu.. tidur lagilah kerjanya, mimpilah kalau dia nak bangun waktu-waktu macam ni, mak lebih suka kalau dia macam tu.. senang sikit mak nak buat kerja tak adalah dia mengacau bising itu tak kena ini tak kena.. hisy.. tak tenteram.."
"Biasalah mak, pakcik tu.. dia saja yang betul.. kalau kita ada saja yang silapnya di pandangannya.." sungguh kadang-kadang dia rasa meluat dengan perangai baran tak bertempat pak Mail itu..
"Nak buat macam mana, suami mak juga tu, baik buruk kena terima seadanya tau.. alahai.. ni kamu ni nak pergi memancing kamu guna apa sebagai umpannya?" sengaja mak Wa mengalih topik tak gemar memanjangkan topik yang sedia ada..
"Alah mak.. umpan biasa saja.. umpan tepung.. mak kan tahu Suha geli dengan cacing.." sungguh dia anak kampung tapi dia memang geli memegang cacing tak tahu kenapa dan apa sebabnya.
"Kamu pergi sorang saja ke?"
"Yalah mak.. nak pergi dengan siapa lagi, alah mak jangan risaulah.. Suha dah biasa dekat situ, insyaALLAH tak ada apanya.. " memang tali air tu ibarat tempat permainannya sewaktu kecil lagi, lagi pun apalah nak dirisaukan lagi pun kawasan kampung mereka ni memang terjamin keselamatannya insyaALLAH, tak pernah lagi terdengar kes-kes yang kurang elok berlaku di sini.
Mak Wa hanya menganggukkan kepalanya mendengar kata Nasuha itu, dia bangun dari silaan mengutip piring dan cawan yang telah kosong.. dibawa ke pelantar.. hari ni dia berniat memetik cili-cili yang sudah mula memerah warnanya di kebun belakang rumahnya itu, selepas itu dia akan memetik pula kacang-kacang panjang yang ditanamnya.. yalah kalau dibiarkan tua sangat nanti tak dapat pula di jual.. siapalah yang hendak membeli kacang panjang yang telah tua dan keras nanti.
"Mak letak saja dekat situ, biar Suha yang cuci.." terdengar suara anaknya menegah, biasanya begitulah..
"Alah sikit saja ni Suha, tak payah kamu nak gaduhkan, kamu pergi sapu depan rumah tu.. biar mak yang cuci sini.." agak ringan juga bebanan kerja rumahnya semenjak anaknya habis peperiksaan ni..
Mendengar apa yang dikatakan oleh mak Wa itu dia akur, penyapu lidi yang tersandar di dinding di capainya, alah bukannya rumah mereka ada anak kecil pun, jadi tak berapa bersepahnya, cuma abuk tanah yang bertebangan dek tiupan angin saja yang perlu dibersihkan dilantai kayu rumah mereka ni.
Lebihan ubi rebus dan ikan masing goreng sarapan mereka tadi, mak Wa simpankan dalam almari.. dia membancuh air kopi dan di masukkan ke dalam termos, yalah dia tak mahu nanti suaminya bangun mengamuk pula bila melihat tiada apa-apa untuk dimakan dan di minum, silap-silap nanti bengkak-bengkak badannya di belasah oleh lelaki itu.
"Suha mak pergi kebun dulu.. kamu tu kalau nak keluar jangan lupa tutup pintu, karang tak pasal-pasal ayam masuk ke dalam rumah pula.. " pesan mak Wa kepadanya, ditangannya terdapat sebotol air kosong sebagai bekalan penghilang dahaganya nanti kelak..
********
"Hai pagi-pagi lagi dah bersiap-siap.. kamu nak pergi mana ni Syuk??" soal bondanya.. kehairanan melihat anak bujangnya awal hari lagi sudah siap berpakaian sukan.
"Syuk ingat nak pergi joginglah bonda, saja nak menghirup udara pagi dekat kampung ni, lagi pun dah lama rasanya Syuk tak berjoging.." balasnya sambil duduk di sofa hadapan bondanya sambil memakai stokin.
"Ayah tak mahu ikut Syuk joging?" dia bertanya, biasanya mereka selalu berjoging bersama.
Tengku Syukri memandang wajah anaknya, akhbar ditangannya di lipatkan dan di letakkan di atas meja kecil yang berada di situ.
"Malaslah ayah.. badan ayah sengal-sengal tak larat nak join kamu, tau-taulah ayah ni dah berusia badan sakit sana, sakit sini, lainlah kamu muda, kuat lagi.."
"Kalau macam tu Syuk pergi dululah.." dia bangun menuju ke pintu utama, tangannya terus mencapai kasut sukannya yang tersusun kemas di rak kasut yang terdapat di situ terus di sarungnya kekakinya.
"Eh kamu tak nak sarapan dulu ke Syuk?" Syarifah Azulia bertanya lagi..
"Err tak naklah bonda, nanti kalau sarapan, mahunya baru separuh jalan Syuk dah semput.." yalah kalau perut penuh sangat, mahu mengah dia berjonging nanti.
"Hah kalau begitu minum sikitlah.. bonda ambilkan ya.."
Baru dia nak berkata tidak pada bondanya, wanita itu dah menghilang di sebalik dapur.. hai bonda ni macam-macamlah.. macam aku ni masih kecik lagi dibuatnya..
"Terima kasih bonda.. Syuk pergi dululah ya.." selepas menghabiskan air yang di berikan oleh bondanya dia meminta diri..
"Sama-sama kasih, bonda bukan apa risau pula kalau kamu terpengsan nanti kalau kurang gula dalam darah tu.. hah hati-hati joging tu, jangan sampai excident dengan basikal macam hari tu, kan ke niaya anak orang hisy.. nasib tak apa-apa" sempat lagi memberi pesan pada anak bujangnya itu.
Teringat pula peristiwa kemalangan yang tak dijangka hari tu, memang dia ada menceritakan apa yang berlaku pada bondanya dan agak teruk juga bondanya meleterinya.. kata dia tak berhati-hatilah, itulah dan inilah.. puas juga dia menadah telingannya untuk mendengar dan ayahnya hanya seronok menggelakkan dirinya.
"Ya.." hanya sepatah yang dijawabnya, hai lagi lama alamatnya matahari makin tegak kalau aku mendengar celoteh bonda ni.. hisy baik aku gerak dulu tapi sebelum tu kena buat warm up dulu yalah nanti karang tak pasal-pasal kaki aku kejang dekat tengah jalan, siapa yang susah? aku juga.. isk
********
Hai manalah ikan ni, dari tadi sekor pun tak dapat-dapat lagi... rasanya dah berjam-jam aku di sini, ke ikan ni mogok lapar.. dia menarik nafas panjang.. memancing memang selalu menduga sabar.. hai kalau nasib baik banyaklah dapatnya tapi kalau nasib tak baik seekor pun susah nak dapat..
Eh.. eh.. macam bergerak-gerak saja tali pancing aku nih.. tak apa kita biarkan dulu dia makan umpan.. nanti kalau dah kuat tali tu bergerak barulah aku angkat pancing tu..
Hiaappp... dengan sekuat tenaga yang dia ada, dia menarik pancingnya.. alhamdulillah tak sia-sia dia menanti dengan sabar, seekor ikan tilapia sebesar tapak tangan orang dewasa berjaya di naikkan.. riang tak terkata hatinya.. hurm masak sambal goreng kering sedap ni.. dia sudah mula berkira-kira untuk memasak apa ikan ini.
"Wow bestnya dapat ikan, tersengih sampai ketelinga.."
Uikk suara siapakah gerangannya pula yang mengganggu kegembiraan dan menegur aku ni.. Nasuha tersentak mati terus senyumannya, haisy siapa pula yang tidak malu datang tak berjemput ke sini ni.
"Memancing ke?" Syukran menegur, tergerak hatinya untuk menegur gadis itu bila dilihat dari kejauhan tadi gadis itu begitu gembira dapat menaikkan ikannya.
"Taklah.. saya tengah memasak nasi ni.." hisy dah nampak lagi nak tanya, sengajalah tu kan.
Tergelak kecil dia mendengar jawapan yang keluar dari gadis mulut itu, eh.. eh buat lawak pula dia..
"Owh memasak nasi.. saya ingat awak tengah toreh getah.." sengaja dia berkata begitu, untuk menambahkan lagi marah gadis itu.
Ewah-ewah dia kenakan aku balik nampaknya.. ok tak apa tak apa, nanti sampai masa kau siaplah kau nanti aku kenakan cukup-cukup.
"Awak nak apa ni? kalau datang sini sebab nak bising-bising baik tak payah.. nanti ikan larilah kalau bising.." Hisy mamat ni menyibuk saja, nak apa entah, takkan tak puas hati lagi bertekak dengan aku pasal hari tu tu.. dahlah tempat ni agak sunyi nanti orang kampung nampak entah apa pula yang mereka fikirkan pula..
"Saja.. tak boleh ke saya datang sini, lagi pun tempat ni tak ada nama siapa-siapa dan tiada tanda larangan pula jadi bermaksud semua boleh datang sini" sinis dia menjawab.
Eh eh sindir orang pula.. matanya merenung tajam pada tubuh lelaki itu, dari wajah ketubuh terus jatuh ke kakinya..
Uikk apa yang hitam-hitam melekat dekat kaki mamat tu.. lama di perhatikan benda apakah itu.. sehinggalah baru dia perasan.. pacat..!!
"Awak.. tu.. tu " dia menelan air liur ingin memberitahu lelaki itu.
"Apanya tu.. tu.. tu? cuba cakap terus terang.." Syukran ke hairanan, eh tergagap pulak dia ni.
"Tu kaki awak tu saya rasa ada pacat.." ujarnya sambil memuncungkan mulut kearah kaki lelaki itu.
"Hah?" terus diteleknya kakinya kiri dan kanan, bukannya rasa lagi ni memang ya pun.. peluh kecil mula menitik didahinya, macam mana nak buang binatang ni?? puas dia menepis-nepis tapi seekor pun tak jatuh ke tanah.. nak pegang.. lagilah geli geliman..
Nasuha yang memerhati dari tadi tersenyum kecil, orang bandar macam tulah.. Padan muka pakai lagi seluar pendek siapa suruh..ekekeke
Ranting kecil yang bertaburan di atas tanah di kutipnya satu, lalu dia berjalan menghampiri lelaki itu..
"Meh sini saya tolong awak.. hisy pacat pun takut.. apalah awak ni badan saja besar.." selamba dia menyindir lelaki itu.
"Eh awak ni tolong ikhlas ke tidak? sindir-sindir orang pula..."
"Ikhlas ke tidak saya ni tu hak saya.. hah tengok ni macam mana saya buat, lain kali taklah susah.."
Dengan menggunakan ranting kayu dia meleraikan pacat-pacat itu dari betis lelaki itu.. darah merah meleleh dari liang-liang luka gigitan pacat itu.
"Err kenapa darah-darah ni tak berhenti mengalir pula?" dia menyoal, kalau berterusan begini mahu kering darah aku ni, dia mula risau.
Tanpa menjawab soalan lelaki itu, dia bangun, memetik beberapa helai daun hijau yang tumbuh meliar di situ lalu di lumatkan menggunakan kedua tapak tangannya..
"Nah.. tampalkan dekat luka awak tu, nanti berhentilah darahnya.." dia menghulurkan helaian daun yang telah lumat itu..
"Ambillah.. daun ni bukannya beracun pun.. hisy ni daun olan, dia boleh menghentikan pendarahan.. ni bukan petua saya tau, tapi ni petua orang tua-tua turun temurun.."
"Lambat-lambat dia mengambil huluran itu.. terus di tampalkan pada kesan gigitan itu.."
Memang betul tak sampai lima minit, kesan gigitan itu sudah mula berhenti pendarahannya, betul juga dia ni cakap..
"Eh kenapa awak tak kena gigit pacat pula?" dia menyoal hairan.
"Sebab saya dah sapukan kaki saya dengan air garam, pacat takut garam.." dia menjawab selamba..
"Dahlah awak pergilah balik, nanti kena gigit pacat lagi karang kan susah.."
"Uik menghalau pula.."
"Saya bukan menghalau, saya cuma tak mahu darah awak kering kena hisap dengan pacat-pacat ni, lagi pun ada awak dekat sini bisinglah, habis semua ikan-ikan ni lari tak mahu makan umpan pancing saya ni.." selamba dia memberitahu.
"Yela-yelah saya balik dululah.. terima kasih tolong saya, dan pasal kemalangan hari tu saya minta maaf.."
Labels: Novel
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




