Tuesday, October 20, 2009

Cerpen : Aku bukan Siapa-siapa


Deras air matanya mengalir kini, kali ini memang dia tak mampu sembunyikan rasa hatinya sendiri, sedih sayu, terkilan segalany menjadi satu, bercampur aduk... aku sedar aku bukan siapa-siapa pun, hadir hanya menambahkan beban, memang hanya tahu menyusahkan.... bisik hatinya


"Saya dah penat, dah jelak memandang muka budak tu, awak tahu tak? dia hanya menyusahkan kita jea, takda untung langsung menjaga dia" masih terngiang-ngiang lagi ungkapan kasar yang terlahir daripada bibir Mak Sunya...

Sampai hati Mak Su... Air matanya mengalir lagi, kalaulah aku tahu benda ni terjadi, aku rela tinggal sendiri di rumah tu, mati kering pun takpa asalkan aku tak menambahkan bebanan kalian..

"Eh awak ni ada ke kata macam tu, kalau bukan kita yang menjaga dia siapa lagi yang nak jaga dia? dia kan satu-satunya anak kakak saya, takkan awak nak tengok budak tu merempat merata-rata? hidup tak terurus macam tak berwaris??"terdengar suara Pak Sunya pula menegur perlahan.

Kalaulah aku tahu hadirnya aku hanya mehuru harakan keadaan, memang aku takkan setuju tinggal di rumah pak su. Maafkan aku Pak Su, dia bangun mencapai beg pakaian usangnya, mengutip pakaian-pakaiannya, biarlah aku pergi dari terus menjadi bebanan kalian, putus hatinya

3 bulan dahulu dia kehilangan ibu tercinta akibat penyakit barah hati, ayahnya pula telah lama pergi menghadap ilahi akibat di tembak perompak ketika sedang menjalankan tugasnya sebagai anggota polis. Semenjak hari itu disinilah dia tinggal, menumpang kasih, tapi sayang rupanya dia menumpang kasih pada yang tak sudi, hanya ungkapan manis dibibir semata, selebihnya mereka hanya berpura-pura. Betullah kata orang, kalau baru-baru memang orang akan sayang kita, tapi bila dah lama, orang mula jemu, sayang entah melayang pergi kemana.


Langkah kaki di atur longlai, tak ketahuan ke mana arah yang perlu di tuju, sesekali air mata yang mengalir dipipi di sekanya dengan hujung lengan baju kurungnya yang lusuh itu.. Dia tak kenal sesiapa, di sini tempat yang terlalu asing baginya. Gelap malam diredah perlahan, membawa hati yang membusung lukanya. Penat berjalan dia berhenti. Aku hanya berserah pada takdirMu tuhan. Bissmillahitawakaltu alallah....doanya dalam hati. Teringat tika zaman kanak-kanaknya, dia terlalu takut sendirian dan uminya selalu menasihatnya, memberitahunya yang dia tak pernah sendiri hakikatnya sebab kata umi malaikat di kiri dan kanannya sentiasa ada menemaninya walaupun tak mampu dilihat oleh mata kasarnya. Semenjak itu cuba ditanamnya sifat berani dalam dirinya.


Nur Iman Aliya itulah nama yang diberi, yang tertera di dalam surat kelahirannya, kata orang makna namanya itu indah, ya... yelah cahaya iman yg satu, lebih kurang begitulah maknanya, dia mensyukuri nama yang di beri padanya, sentiasa dia berdoa yang perangainya, perlakuaannya seindah namanya.


Azan yang berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh, memecah sepinya kini.. Marilah menunaikan solat.... marilah menuju kejayaan.... mendayu sekali sahutan itu di pendengarannya, menusuk sanubari, menggamit kakinya melangkah menuju ke sebuah surau yang dia baru perasan akan kewujudannya. Ah sesukar mana dugaanMU aku percaya terselitnya sebuah hikmah, malah bertambah mendekatkan diriku kepadMU kerana KAUlah satu-satunya tuhan yang layak dan wajib kusembah... bisik hatinya.

Usai solat subuh, dia bersandar seketika pada dinding surau itu hajat hatinya mahu melepaskan lelah yang bertandang, tapi tiba-tiba dirinya di sapa oleh seorang wanita separuh umur, yang kalau tak silapnya antara yang turut berjemaah dalam solatnya tadi...



**********

"Tulah awak..! cakap tu ikut sedap mulut jea, entah ke mana budak tu dah pergi sekarang, agaknya dia dengar apa yang awak cakap, tu sebab dia pergi dari rumah ni.." bentak Pak Su kasar, penat seharian mencari anak saudaranya yang satu itu, tapi tak ketemu.

"Owh semua salah saya ya? bagus jugak budak tu berambus, ada pun menyusahkan kita jea.." sambil lewa Mak Su meluah bicara, sedikit pun tak peduli akan perasaan Pak Su yang sedang berserabut itu.

Pak Su diam, tak kuasa meneruskan bicara, sebab dia tahu jawapan yang keluar akan hanya menyakitkan telingannya sahaja. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, adeyy manalah budak Iman ni pergi, sihatkah dia? selamatkah dia? makankah dia? hatinya bertanya sendiri..

Maafkan saya kak long, saya cuai menjaga amanah kak long... hiba hatinya, mengenangkan dirinya tak mampu memikul amanat arwah kakaknya.. Arghh aku mesti cari Iman sampai dapat.. itu azamnya kini.


*************

Iman mencangkung sambil matanya tak lepas memerhati jari jemari Mak Wan yang begitu lincah menyisir daun kelapa, diasingkan dari lidinya untuk dibuat penyapu dan dijual, teringat dia akan arwah ibunya, mereka menjadikan apa sahaja di sekeliling sebagai sumber rezeki, hatta kangkung yang tumbuh meliar pun mereka kutip dan dijual sebagai sumber rezeki, terasa seperti kembali ke zaman seperti dulu, ketika bersama Mak Wan.

Mak Wan, wanita yang menegurnya ketika dia di surau hari tu, dan akhirnya membawa dia tinggal bersama wanita telah kematian suami itu. Dia senang dengan wanita itu, pandai mengatur bicara, tegurannya lembut penuh kiasan, dan dia mengagumi wanita itu dan mula mengasihi wanita itu.

"Iman fikir apa ni nak.. sampai Mak Wan cakap pun macam tak dengar jea?"

Terhenti lamunannya, akhirnya dia hanya mampu melorek sengih pada wajahnya, adeyss asyik sangat mengelamun, tak sedar pulak yang Mak Wan dok cakap dengan aku.. hati kecilnya berkata.

"Takda apa-apa Mak Wan, cuma Iman rasa sangat bertuah, bersyukur dapat kenal dengan Mak Wan, kalau Mak Wan takda tak tau lah entah ke mana Iman merempat ....."

"Isk ada ke kata gitu, semua tu takdir ALLAH nak, DIA yang mengkehendaki kita bertemu, lagi pun Mak Wan ni dah lah duduk sorang-sorang, ada Iman ni terubat sikit rasa sunyi Mak Wan..." lembut bicara wanita itu penuh keibuan dirasakan.

"Iman tak tau macam mana nak balas jasa Mak Wan, Iman dah takda sesiapa kat dunia ni.." bertukar lirih nada bicaranya kali ni.

"Tak payah fikir macam mana Iman nak balas jasa Mak Wan, sekarang ni Iman ada Mak Wan, InsyaALLAH Mak Wan sentiasa ada di sisi Iman, susah senang, makan ke tidak bersama-samalah kita...rezeki, ajal pertemuan semua tu ketentuan dan kehendakNYA"

" Iman ada saudara, tapi saudara sendiri merasakan Iman ni membebankan, Iman kalau boleh tak mau membebankan Mak Wan pulak.."

"Takdanya membebankan nak... ALLAH telah menentukan setiap rezeki hambaNYA di muka bumi ni, telah diatur sebaik mungkin.."

"Lagipun Iman kena ingat setiap ujianNya tentu ada hikmahnya, DIA takkan memberi ujian yang takkan mampu di tanggung oleh hambanya sebab DIA lebih mengetahui..." sambung Mak Wan lagi.

Iman tertunduk mendengarnya, terasa sedikit malu, yelah baru diuji dengan ujian yang sedikit dia sudah terasa terbeban sedangkan dia sepatutnya bersyukur menjadi insan yang terpilih untuk menerima ujianNYA.

"Dahlah Iman, anak gadis semanis Iman tak sepatutnya sentiasa berwajah gundah, Mak Wan dah siap meraut lidi ni, lepas ni moh ikut Mak Wan pegi kebun belakang rumah nu.. Mak Wan ingat nak cabut ubi, lepas tu bolehlah kita buat bingka ubi, esok boleh jual kat warung Pak Saman yang kat simpang tiga tu...."

Iman mengangguk, cuba diukir wajahnya seceria semanis mungkin, biar yang melihatnya yang gundah menjadi tenang, yang duka menjadi riang...


**********

Pak Su termenung di balkoni rumah mewahnya, sudah puas di cari merata-rata tempat, rasanya segenap ceruk sudah di jelajah, namun bayang jejak Iman langsung tak ditemui. Dia meraup wajahnya berkali-kali, sungguh!! dalam hatinya kini hanya ada seribu kekesalan yang menggunung tinggi, sebuah kekesalan yang melaut banyaknya. Dia kecewa dengan dirinya sendiri, yelah... dahlah tak punya zuriat penyambung legasinya, dan kini satu-satunya anak saudara yang dia ada telah pun pergi menghilangkan diri tanpa jejak.

"Ya ALLAH kenapalah aku terlalu lemah, kenapalah amanah ini aku tak mampu nak pikul sedangkan dia satu-satunya pewaris keturunan keluarga kami..."

***********

"Mak..! oh Mak...! " dengan terkocoh-kocoh dan dengan salam yang tak diberi dia meneriak memanggil Mak Wan, panggilan yang telah berubah atas pemintaan wanita itu sendiri dan dia sendiri menyenanginya.

"Ada apa Iman sampai tak sabar-sabar ni, sampai salam pun lupa nak diberi? mak kat dapur ni", terdengar laungan suara Mak Wan dari arah dapur rumah papan itu.

Ops lupa... Iman menekup mulutnya selepas mendengar teguran Mak Wan...

"Maaf Iman lupa, Assalamualaikum mak..." hehehe dah kena tegur baru nak bagi salam tulah aku excited sangat sampai terlupa yang kebiasaannya.

"Waalaikumussalam wbt, ha apanya Iman sampai tak menyempat-nyempat ni?"

"Mak teka surat apa kat tangan Iman ni??" dengan senyuman yang makin melebar dia mengunjukkan sekeping sampul surat kepada Mak Wan.

"Sampul surat apa tu Iman?" Hairan bin pelik, takkan setakat dapat surat Iman dah sebegitu gembira, tentu surat tu istimewa, getus hatinya.

"Iman dapat tawaran belajar mak, ya ALLAH alhamdulillah syukur sangat-sangat mak.." Lantas tubuh tua Mak Wan diraih, terasa terlalu banyak budi wanita itu padanya..

"Ya ALLAH betul ke nak? alhamdulillah syukur dengan rahmatMu... mak gembira untuk Iman.."

"Lepas ni mesti mak tinggal sorang-sorang kalau Iman takda, siapalah nak jadi kawan mak berborak nanti..." bertukar sayu pula nada bicara Mak Wan kali ni.

" Mak jangan cakap macam tu, Iman janji akan selalu balik jenguk mak kalau Iman ada cuti, yelah mak kan tau Iman cuma ada mak jea satu-satunya kat dunia ni, lagipun tanpa mak takdalah Iman seperti hari ni..." digenggam erat tangan Mak Wan dan dibawa kemulut di kucup penuh kasih dan hormat.

Mak Wan mengangguk, dia rasa sangat bertuah punya anak seperti Iman, walaupun bukan anak yang di kandung sendiri... diusap lembut kepala anak itu...penuh kasih yang tak berbelah bagi.. tak sangka pejam celik pejam celik sudah setahun lebih Iman hidup bersamanya.

***********

Pak Su terbatuk-batuk perlahan, dia mengusap dadanya yang terasa perit, kesihatan yang tidak berapa stabil akhir-akhir ini, dengan keadaan perniagaan yang semakin merudum dek kerana tekanan ekonomi, segalanya berkumpul menjadi beban berat yang termampu ditanggungnya kini.

Perniagaannya bila-bila masa sahaja akan diisytiharkan muflis, entahlah mungkin itu balasan Tuhan ya mungkin, yelah kita jarang mensyukuri nikmatNya bila kita didalam ruang zon yang selesa, dan bila nikmat itu telah ditarik balik, barulah kita belajar menghargai.

***********

Iman memandang sayu pada rumah papan yang akan ditinggalkan sebentar lagi, ah... hidup perlukan pengorbanan, seperti juga kalau kita ingin belajar berjalan kita kena rasakan sakitnya jatuh itu dulu....

Mak Wan menepuk perlahan bahu Iman, agak sayu melepaskan anak itu pergi, tapi demi sebuah masa depan yang cerah dia kena akur, sebab dia sendiri tahu dia takkan selamanya sentiasa gagah berdiri di sisi anak itu, sebab sampai masanya nanti dia tetap akan pergi tinggalkan anak itu sendiri dan pada masa itulah harta yang paling berharga adalah ilmu, yelah dia bukan orang senang yang punya longgokan permata sebagai warisan, yang punya segunung intan sebagai simpanan.

"Iman kat tempat orang nanti jaga tingkah laku, jangan sesekali mencari masalah, biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang, jangan lupa solat..." hiba dia menitipkan pesan.

"Iman tau mak, insyaALLAH Iman akan ingat pesan mak tu, mak pun dah dok sorang-sorang ni janganlah keja kuat sangat sangat, Iman jauh nak jaga mak kalau mak tak sihat nanti..." tubuh tua itu dipeluk erat, hisy rasa beratlah pulak hati ni nak tinggalkan mak sorang-sorang bisik hati kecilnya. Ah aku perlu berkorban demi masa depan, ingat Iman ni untuk masa depan kau dan mak jugak.... pujuk hati kecilnya.

"Iman pergi dulu mak, insyaALLAH Iman akan selalu kirim surat kat sana nanti, mak tak perlu risau, pandai-pandailah Iman bawak diri nanti...." walaupun berat kaki melangkah untuk pergi tapi tetap digagahkan diri...

************

"Awak ni cubalah kurangkan sikit perangai boros awak tu..." tegur Pak Su bila melihat Mak Su yang baru pulang dengan barang penuh kiri kanan di bimbit.

"Eh awak ni kenapa? biasanya tak kisah pun saya beli macam-macam seperti ni, tapi hari ni lain macam pulak..." Mak Su kehairanan,kurang senang ditegur begitu.

"Yelah awak tu, rumah kita ni cuma ada awak dan saya jea, yang awak beli macam-macam, seperti ada sepuluh penghuni dalam rumah ni..." Pak Su menjawab perlahan.

"Hey awak ni kenapa sebenarnya hah? tiba-tiba jea nak bising-bising ni?" bertukar nada keras bicara Mak Su kali ni, hey kita dahlah balik penat-penat dia pulak nak membebel...

"Awak boleh tak kalau saya tegur tu terima jea, company saya tu dahlah tengah bermasalah, lepas tu awak pulak tak reti-reti lagi nak sedar diri, masih lagi berbelanja sakan macam seluruh shopping complex tu awak nak borong..." Pak Su mula berkeras.

Terdiam Mak Su mendengarnya, dia mencebik bibir... huh.. company dia bermasalah marahkan kita pulak..

"Dahlah saya malas nak layan awak," Mak Su bingkas berlalu, malas nak berlama mengadap Pak Su, karang makin panjang pula bebelannya.

"Oh yea kejap lagi saya nak keluar pegi rumah Datin Syariza..ada jamuan teh.." sambungnya lagi dan terus berlalu.

Tulah dia, cakap sikit kata kita bising, tapi bila tak dicakap aku yang sakit menanggungya.. bisik hati kecil Pak Su, dia hanya mampu mengelengkan kepala melihat atur langkah isterinya yang makin menghilang ke tingkat atas.

*********

Mak Wan termenung panjang di beranda rumahnya, dah dua bulan Iman pergi tapi satu surat pun tak sampai ke rumahnya.

Kenapalah kau diam jea seribu bahasa kini nak, sihatke kau Iman? makan ke tidak kau di sana nak.... hati kecilnya tertanya-tanya.

Ah ... mungkin dia sibuk, lagipun kan masih baru, mungkin Iman masih belajar menyesuaikan diri di sana..

Hurm daripada aku melayan menung yang tak sudah-sudah ni baik aku ke kebun, mungkin ada cili-cili yang dah boleh dipetik, boleh juga dijual di kedai Akob nanti, dapat juga dikirim sikit pada Iman.... bisiknya sendirian.

Kain batik lusuh yang tergantung di dinding dicapai, dililit ke kepala di jadikan tengkolok untuk melindungi kepalanya dari terik matahari petang.. bakul kecil di capai...

"Assalamualaikum....mak..." dia disapa tiba-tiba ketika sedang asyik terbongkok-bongkok memetik cili...

"waalaikumussalam wbt..." pantas Mak Wan menoleh dia kenal suara itu...

"Ya ALLAH Iman, anak mak..." pantas dia memeluk tubuh itu.. 2 bulan dirasakan terlalu lama memendam rindu..

"Hehehe... saja jea nak buat kejutan untuk mak..." melebar senyuman di wajah Iman..

"Nakal...! saja jea buat mak risau.." berpura marah nada Mak Wan dan Iman hanya ketawa mendengarnya.

**********

Berjuta bintang di langit malam menjadi santapan matannya kini... pejam celik pejam celik tak sedar yang masa itu terlalu pantas berlalu..

Iman yan dulu dan sekarang juga telah terlalu jauh berbeza, Iman yang dulu seorang anak miskin yang comot, Iman yang dulu seorang anak gadis yang tak tahu apa-apa... tapi Iman yang sekarang anak gadis yang penuh karisma, yang sentiasa cekal dan berkeyakinan diri.. Iman bersyukur kepahitan yang dulu menjadi kemanisan buat dirinya kini.. dan yang paling dia gembira dengan titik peluhnya dia mampu membuka sebuah cafe...dan yang pasti salah satu menu di cafe itu ialah bingka ubi buatan maknya iatu Mak Wan.

Hari-hari yang menyakitkan telah berarak pergi meninggalkannya... Rasa mengantuk yang bertandang menyebabkan dia menguap berkali-kali, langkah kakinya diatur masuk kedalam, sebelum kebiliknya sendiri, sempat kakinya dilencongkan kebilik utama, tombol pintu dipulas perlahan takut mengganggu lena penghuninya...

Dia menghampiri katil itu... Selamat malam mak, bisiknya perlahan, dikucup lembut dahi wanita tua itu... dibetulkan selimut yang membaluti tubuh wanita kesayangannya itu sebelum dia berlalu ke kamarnya sendiri...


***********

Hari ini dia tak menang tangan, melayan pelanggan yang tak putus-putus berkunjung ke cafenya, kebetulan seorang pekerjanya bercuti sehinggakan Iman sendiri terpaksa turun padang sekali..

Tiba-tiba matanya terpandang kepada seorang wanita separuh umur yang berpakaian separuh lusuh yang berdiri berhampiran muka pintu cafenya, kelihatan teragak-agak untuk memasuki cafenya..

Macam pernah lihat perempuan tu, hatinya berbisik... lama dia cuba mengingati... hingga hatinya berdetik... darahnya berderau tiba-tiba... Mak Su....!! ya wanita tu adalah Mak Su... dia pasti...
tapi.... kenapa dia kelihatan tak berapa terurus, apa yang terjadi padanya? Iman tertanya-tanya.. Iman kembali memandang kearah tadi, tapi sayang wanita itu telah pergi... ke mana dia?? dia tercari-cari... pantas di atur kakinya ke muka pintu, di toleh kiri kanan, melilau matanya, sehinggalah matanya ternampak kelibat wanita itu di celah orang ramai di kaki lima..

"Mak Su...!" dia memanggil dan wanita itu menoleh, kelihatan riak terkejut terukir diwajahnya..
Wanita itu cuba melarikan diri tapi Iman pantas mengejar... akhirnya dia berjaya memegang lengan wanita itu...

"Mak Su ini Iman..." dia meperkenalkan diri dan wanita itu kelihatan gelisah dan seolah-olah cuba berlalu pergi...

**********

"Ya ALLAH kenapa sampai jadi macam ni Mak Su?" Iman bertanya terkejut selepas mendengar cerita dari Mak Su...

Tak tersangka macam-macam terjadi semenjak dia pergi dan yang paling dikejutkan ialah bila melihat kawasan rumah yang didiami Mak Su dan Pak Sunya itu... sangat daif... macam rumah entah.... rasa macam tak layak dipanggil sebuah rumah...

Iman menggetap bibir menahan sebak, melihat raut wajah tua Pak Su yang terlantar lesu kerana strok..

Menurut cerita Mak Su, bila company Pak Su diisytihar muflis, wang mereka habis untuk membayar hutang, dan tak cukup dengan itu mereka terpaksa menjual pula rumah tanah dan segala harta yang ada untuk melangsaikan semuanya....

Pak Su pula, mungkin terlalu tertekan, sehingga mendapat serangan jantung dan strok, semenjak itu, Mak Sulah yang menjaganya, kawan-kawan yang dulu di sekeliling mereka juga menghilangkan diri selepas itu, yelah kawan waktu senang biasanya memang ramai, tapi waktu susah... semuanya lesap entah ke mana...

Iman rasa sangat bersyukur dengan nikmat yang dimilikinya kini, apabila dia mengenangkan nasib Mak Su dan Pak Sunya, dia berasa sangat gerun, yelah semua yang dimilikinya hanya pinjaman, milik ALLAH, bila-bilanya jika DIA mengkehendakinya, segalanya akan hilang sekelip mata..

*********

"Iman, semua barang-barang dah siap ke nak? tak da yang tertinggal ke? kita ni nak pergi jauh, nanti kalau ada yang tertinggal susah kita nak berpatah-balik.." tanya Mak Wan prihatin.

"InsyaALLAH mak, semua dah ada, Iman dah periksa semuanya tadi, pasport Pak Su, Mak Su dan mak punya pun Iman dah cek sekali..." jawabnya sambil mengukir senyum manis.

Sebentar lagi mereka akan berangkat menunaikan umrah... tak sabar rasanya menjejakkan kaki ke tanah suci... umi.. Iman rasa bersyukur sangat dengan apa yang Iman miliki sekarang, abi.. Iman bahagia sekarang, dengan insan-insan yang Iman sayang sentiasa mengelilingi Iman, memberi dorongan dan menyokong Iman... terima kasih Ya ALLAH, mengajar aku tentang pahitnya hidup ini, mengajar aku menjadi kental, membuat aku merasa manisnya hidup ini... bisiknya perlahan...

7 bulan lalu.....

"Maafkan Mak Su Iman, Mak Su tahu Iman terasa hati dengan Mak Su, yelah Mak Su banyak kali lukakan hati Iman dulu, agaknya sebab tulah ALLAH bagi balasan macam ni kat Mak Su" pohon Mak Su padanya sambil menggenggam jari jemarinya erat.

"Iman dah lama maafkan Mak Su, Iman tak pernah marahkan Mak Su dendam dengan Mak Su ke, semua tu tak pernah terlintas dalam hati Iman ni..." ungkapnya perlahan...

"Ya ALLAH Iman, kenapa baik sangat hati mu nak? sampai Mak Su rasa malu dengan apa yang Mak Su lakukan...." hiba hatinya menuturkan, tak sangka dia punya anak buah seluhur Iman.

"Dah lah Mak Su, kita lupakan apa yang terjadi, apa yang penting bagi Iman sekarang, nak lihat Pak Su sembuh... lagi satu Iman nak Pak Su dengan Mak Su duduk dengan Iman, Iman nak jaga Pak Su dengan Mak Su, Iman taknak tengok Pak Su dan Mak Su hidup macam ni lagi..." Iman menyuarakan rasa hatinya..

"Kenapa Iman baik sangat dengan Mak Su??? sedangkan Mak Su yang membuatkan Iman menderita dulu??" soal Mak Su perlahan..

"Iman bukan siapa-siapa untuk menghukum silap orang Mak Su, lagi pun semua orang pernah buat silap, bezanya antara sedar atau tak.." jawabnya..

"Iman mari kita pergi nak... sekejap lagi pesawat nak berlepas dah..." ajak Pak Su sambil menepuk bahunya perlahan, terpecah pergi lamunannya kini...

Dia menganggukkan kepalanya... tersenyum mesra memandang wajah tenang Pak Su yang semakin sembuh dari penyakitnya itu...

"ya... mari mak, Mak Su, Pak Su..." ajaknya..

Aku bukan siapa-siapa untuk membiarkan dendam terus beraja di hati ni, untuk membiarkan marah terus melara dalam jiwa ini.. bisiknya perlahan... Moga kebahagian ini sentiasa mengiringi mereka, insan-insan yang aku sayang dan cinta, bisik hatinya sambil merenung sekilas pada wajah Mak Su, Pak Su dan Mak Wan..

Mereka beriringan langkah menuju ke balai berlepas.... Tanah Suci.. tak sabar aku menjejakkan kakiku ini di bumimu....

5 comments:

Daniera said...

Mantap. penuh dengan penerapan nilai2 murni. tahniah :)

Nuril @ Labyrinth said...

Mekaseh..
Sesekali sy perlu kembali kepada hakiki, mcm sbda Nabi S.a.w lbih kurg bgini mksudnya "sampaikan apa yang kau dpt dr ku wlau spotong ayat.." :D
Sy x brpa pndai agama tp sy cuba juga mnympaikn dgn cra sy, bdkwah mlalui karya, sbb kta dah terlalu byk dihidangkan dgn karya2 cinta2 rmja spt krya2 sy sblm2 ni..:)
Thanks sudi baca dan komen..

Anonymous said...

mcm best~~=)

Anonymous said...

Excellent question

Anonymous said...

trimas banyak sangat cos writer bt cerpen ni n pngajaran nya yg bguna..jujurnya sy mmg susah nk maafkn org..:)..hehe..tp baca cerpen ni bt sy trfikir..aku bukan org yg boleh mnghukum..semua mnusia ada bt silap..n insyaAllah sy akan sematkan kata2 lam hati sy utk mngharungi hdup ni..huhu..thanks a lot..

syah

Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,