Thursday, September 3, 2009

Cerpen : Lafaz Kasih Yang Tersimpan

Gemersik alunan gesekan biola itu mengganggu lenanya kini. "Huh... siapa yang buang tebiat main biola memalam ni.." sungut Tengku Syukran sendirian, bengang lenanya terganggu, lama dia diam, cuba difahami apa maksud disebalik melodi yang cuba disampaikan oleh penggesek misteri itu, semakin lama semakin mendayu..

Semenjak 2,3 hari ini sering telingannya dihidangkan dengan bunyi gesekan biola itu, terlintas juga di hatinya untuk mengetahui siapakan gerangan penggesek misteri itu.


Nasuha begitu asyik melentukkan kepala pada biola kesayangannya, menggesek sepenuh hati, sehingga terpejam-pejam matanya menghayati melodi yang terlahir dari gesekannya. Tak sedar ada telinga yang mencuri dengar akan gesekannya. Setiap kali habis satu lagu dimainkan dia pasti tersenyum, terasa ada kepuasan yang terlahir dari setiap gesekan-gesekannya. Segalanya masalah seolah terbang melayang bila dia mula menyentuh biola kesayangannya..Cahaya Nasuha Iman itulah namanya... nama yang unik pada pandangan orang-orang yang pertama kali mengetahui namanya.


**********


Pagi itu seperti biasa, tugasnya melawat setiap ceruk hotel ini. Bertugas sebagai designer di sini menyebabkan dia mesti selalu peka kepada persekitaran holel ini agar semua lanskapnya teratur dan sedap mata memandang.


"Nas....!" terdengar namanya dipanggil serentak dia menoleh kearah si pemanggil, pantas bibirnya mengukir senyum manis.


Josephine teman baiknya sedang melangkah ke arahnya.

"You dah breakfast?” josephine bertanya

Nasuha hanya menggeleng, sungguh dia belum sempat sarapan sedari tadi sebab terlalu ralit dengan tugas-tugasnya..


"jom breakfast" belum sempat dia mengangguk bersetuju dengan ajakan rakannya itu, tangannya telah ditarik. Dia hampir terdorong, tapi sempat dikawal badannya. hampeh betul la minah ni. Hatinya bergetus geram.


Cafe itu sesak dengan pengunjung dari pelbagai tempat, mungkin cuti sekolah yang sedang berlangsung menyebabkan ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak bercuti ke sini. Nasuha menatang dua cawan berisi milo suam. Dalam bersesak-sesak, entah kenapa dia terasa dirinya dirempuh sebelum dia tidak dapat mengawal diri dan cawan ditangannya tertumpah pada seseorang yang duduk di meja berhampiran. Nasuha kaget, matanya sedikit terbeliak dan mulutnya sudah terbentuk 'o' dia tak sengaja. Lelaki itu juga kelihatan kaget sebelum berdiri, wajah pemuda pan asia dihadapannya sudah merona merah, siapa tak bengang oit tiba-tiba dimandikan dengan air milo free, pagi-pagi pula tu. Nasuha pantas menundukkan badannya memohon maaf tetapi....


"hai awak ni mata letak mana hah? sampai saya yang besar ni pun awak tak nampak, atau awak ni masih mamai pagi-pagi ni... dah tu tak reti minta maaf, takda adab langsung pot... pet... pot.. pet... bla... bla.." tengku Syukran membebel membentak tak puas hati sebab dirinya dimandikan air milo..


Wajah Nasuha sudah bertukar rona, malu dimarah di hadapan ramai.


"Encik, maafkan kawan saya, dia tak sengaja," tiba-tiba Josephine menyampuk sehingga menyebabkan bebelannya terhenti.


"Kenapa awak pula yang minta maaf, macamla kawan awak takda mulut" masih tak puas hati sambil matanya memerhati gadis yang telah memandikannya tadi, tiba-tiba dilihat gadis itu mengeluarkan sebuah buku kecil dari saku seluarrnya dan menuliskan sesuatu, dihulurkan kepadanya "saya minta maaf" dia kehairanan memandang gadis itu dan temannya, mahukan penjelasan.


"maaf encik kawan saya ni tak mampu bercakap" lagilah tercengang dia mendengar jawapan Josephine..


"maksud awak dia bisu", ajunya mahukan kepastian dan dilihatnya gadis itu mengangguk pantas.


"Mari ikut saya, kami akan cuci pakaian encik dan gantikan dengan yang lain"


***********



Hujung minggu hari yang paling di tunggu-tunggu olehnya, hari ini dia berhasrat untuk pulang ke villa keluarga, entahlah sebenarnya bukan ada talian darah pun antara dia dan penghuni- penghuni villa tersebut tapi itulah, dia langsung tak punya siapa-siapa pun di dunia ni kecuali penghuni-penghuni villa tersebut.

Beberapa tahun lalu….

Dia mencelikkan matanya perlahan-lahan, kabur… dipejamkan kembali untuk beberapa ketika, dan akhirnya di celikkan kembali barulah segalanya jelas, segalanya asing, wajah-wajah yang berada disekelilingnya juga terlalu asing, siapa aku? Di mana aku? Siapa mereka? Siapa keluarga aku? Hatinya bertanya kehairanan.

“Alhamdulillah cik Nasuha dah sedar” salah seorang yang berada di situ bersuara menegurnya..

Nasuha? Siapakah Nasuha? Adakah aku ni Nasuha? Pelik kenapa aku tak ingat apa-apa langsung… hatinya berkata-kata lagi.. Dia memandang sekeliling dengan pandangan terpinga-pinga dan dilihatnya mereka di sekelilingnya saling memandang sesama sendiri.

“Cik Nasuha ingat tak apa yang terjadi kepada awak sebelum awak terlantar di sini?” tiba-tiba seorang lelaki memakai kot putih bertanya kepadanya dan dia hanya menggeleng sebagai jawapannya. Fikirannya masih kosong, hendak mengingati siapa dirinya pun dia tidak mampu inikan pula hendak mengingati apa yang terjadi.

Terlalu asyik mengimbau kisah lalu sehingga tak sedar dia kini sudah pun berada di perkarangan villa Nur Qaseh itu, huikk camna aku boleh terpacak kat sini, tak sedar pun drive tadi, heyy nasib baik sampai dengan selamat tadi…. Hatinya bergumam.


Dia memerhati keadaan sekeliling, sunyi jea, tapi semua kereta ada elok terparking mean semua adalah ni. Perlahan jarinya menekan loceng pintu, untuk beberapa ketika dia menanti sehingga pintu utama di buka…hampir 5 minit dia menanti..

“La cik Nasuha rupanya, selamat pulang” terjengul wajah Mak Esah pembantu di Villa itu yang berusia pertengahan 5oan, orangnya gempal pendek mudah tersenyum dan suka berjenaka.

Dia hanya menghadiahkan senyuman manis pada wanita itu, kakinya di atur ke perut villa itu,

“Mak engku dan Pak Engku ada di atas, mungkin di bilik bacaan, Tengku Nurissa pula di biliknya, katanya mahu tidur selepas sarapan tadi, penat katanya..” tanpa ditanya Mak Esah memberitahu tentang aktiviti-aktiviti penghuni villa ini, dia mengangguk sambil memberi isyarat terima kasih.

Dia mendongak wajahnya ke tingkat atas, dan mengambil keputusan pergi ke kamarnya, ingin berehat, nantilah jumpa mereka…putusnya..

“saya naik atas dululah” dia memberi isyarat tangan kepada Mak Esah dan wanita itu hanya mengangguk.


****************


Tengku Syukran tenang berehat di balkoni banglonya, sudah lama dia tidak menikmati suasana begini, semenjak dia menggantikan tempat Tengku Syukri, masanya lebih banyak di habiskan di hotel, tidurnya pun kadang-kadang di hotel jika terlalu banyak kerja yang menuntut perhatiannya.

Dia teringat tiba-tiba pada peristiwa di mandikan milo di hotel itu, manisnya wajah itu tapi sayang dia bisu, dia mengeluh bila teringat kepada Nasuha… kemudian layar ingatannya terbang pula kepada pemilik gesekan biola itu, sudah puas dia mencari siapa gerangan penggesek itu tetapi dia tidak ketemu. Pernah suatu malam sengaja berjalan di sekitar kawasan hotel itu, tetapi tetap tak ketemu apa yang di carinya, apa yang dia pasti bunyi biola itu datangnya dari sebuah bilik dalam kawasan hotel itu. Dia mengeluh perlahan, apa nak jadi aku ni…tiba-tiba teringatkan penggesek misteri tu…dia meraup wajahnya perlahan…


****************

Suasana makan malam di villa itu begitu meriah sesekali ada sahaja kerenah mereka yang mencuit hatinya Nasuha tersenyum riang, hilang terbang segala masalahnya tika itu, yang dirasakan cuma sebuah gembira.

“sikit jea anak mama makan? Kenapa jaga badan ke?” Tengku Fatiha menegurnya apabila melihat dia makan hanya sedikit..

Pantas dia menggelengkan kepalanya menyangkal kata-kata Tengku Fatiha itu, tangannya mengusap perutnya petanda dia sudah kenyang.

Inilah keluarga dia, dia tak tahu siapa keluarga dia yang sebenarnya, ingatannya hilang dibawa pergi bersama kemalangan itu, seperti yang diceritakan oleh mereka, dia telah dilanggar oleh Tengku Narissa ketika gadis itu cuba mengelakkan sebuah lori yang tiba-tiba membelok tanpa isyarat dan akibatnya kereta yang dipandunya telah menghentam Nasuha yang kebetulan berada di tepi jalan. Selepas kejadian dia langsung tak boleh bercakap, menurut doktor keadaan dirinya seperti orang normal yang lain, cuma dia kehilangan daya untuk bercakap, mungkin trauma dan mungkin untuk seketika, atau mungkin untuk selamanya…

Akibat peristiwa itu, akhirnya mereka mengambil keputusan menjaga Nasuha, mulanya hanya atas dasar tanggungjawab tapi akhirnya perasaan itu bertukar, Nasuha di anggap seperti anak sendiri, Tengku Narissa pula sudah menganggap dia seperti adiknya, maklumlah dia hanya anak tunggal dalam keluarga.


************

Suasana sunyi, hembusan angin silir semilir menampar pipi mulusnya, Nasuha terpinga-pinga, di mana aku? Tempat apa ni, macam pernah pergi tapi bila? Dia tertanya-tanya dalam hati.

Dia melangkah kakinya perlahan menyusuri sungai yang mengalir tenang airnya, terasa tenang disitu memerhati anak-anak ikan yang riang berkejaran didalam air.. namun hanya untuk seketika, ketenangan terganggu bila tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki berwajah mencengkam tangannya dan menarik dia pergi dengan kasar ke sebuah rumah kampung yang separa usang, tubuhnya di tolak kasar ke sebuah bilik yang agak kosong isinya, dan tanpa sebarang sebab dan alasan lelaki itu membelasahnya tanpa belas kasihan dengan sebatang ranting sebesar ibu jari, dia meronta mohon dikasihani, mohon dilepaskan…tetapi lelaki itu tidak peduli……..

Tanpa sedar dalam rontaanya tangannya telah terlanggar sesuatu… prang..!! berderai..dia membuka mata pantas.. gelas yang terletak di atas meja kecil di sisi katilnya telah pecah berderai, dilihatnya Tengku Narissa telah pun berada disisinya dengan wajah yang cemas, pantas tubuh kakaknya itu dipeluk erat, dia teresak-esak menangis, nafasnya turun naik kencang ketakutan.

“Syii… Nas, just nightmare jea tu….” Tengku Narissa memujuk, cuba menteramkan Nasuha yang Nampak benar terlalu takut, terbit rasa hairan dihatinya, biasanya Nasuha tak pernah bermimpi sehingga begitu. Perlahan dia mengusap belakang tubuh Nasuha yang masih memeluk dirinya erat. Kenapa dengan Nasuha, mimpi apa yang mengganggunya.. Tengku Narissa mula kebimbangan.

**************

Tengku Syukran mengatur langkah mencari dari manakah datangnya bunyi gesekan biola itu, hari ini dia nekad untuk mencari siapakah gerangan penggesek misteri itu.. Langkah kakinya terhenti pada taman itu, matanya tertancap pada seseorang yang begitu asyik sekali mengesek biolanya sehingga tak sedar akan kedatangannya, tubuh itu dihampiri, semakin dekat semakin jelas wajah penggesek misteri itu..


Dia…! Tengku Syukran terkejut bila dia dapat mengecam pemilik wajah itu… Nasuha tersentak bila tiba-tiba dirasakan ada yang memerhati lakunya, dan bertambah tersentak bila pandangannya tertaut pada si pemerhati. Dia bingkas bangun, ingin berlalu pergi, malu menjadi perhatian dan malu juga bila mengetahui ada yang mendengar gesekannya..

“Nanti…!” atur langkahnya terhenti, dia tersentak bila lelaki itu menghalang tingkahnya. Dia pantas menoleh, Lelaki itu sedang berpeluk tubuh.

“ owh jadi awaklah yang selalu menggesek biola sampai mengganggu tidur saya?” Tengku Syukran bersuara dan dia hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh lelaki itu..

“saya nak hukum awak sebab asyik ganggu tidur saya dengan bunyi biola awak selama ini…” serius air wajah lelaki itu menuturkan bicaranya. Nasuha tersentak mendengarnya, pantas kepalanya ditundukkan sebagai tanda memohon maaf, sungguh dia tak pernah menduga, dia mengganggu lena lelaki itu..

“hukumannya awak kena mainkan untuk saya satu lagu…”

Nasuha terkejut dengan “hukuman” yang diberikan oleh lelaki itu, dia masih terpinga-pinga, biar betul mamat ni… adeyyyla… bisik hatinya

“cepatlah…yang tercegat tu kenapa? Saya tunggu ni…”

Akhirnya hendak tak hendak Nasuha terpaksa menjalani hukuman lelaki itu, malam itu menyaksikan mereka berdua menghabiskan masa bersama, dan Tengku Syukran dilihatnya begitu menghayati setiap alunan yang terlahir dari gesekan biolanya..entah faham entah tidak mamat ni, hati Nasuha berbisik.

***************


“Mama, Rissa risaulah dengan Nas tu, akhir-akhir dia selalu mimpi yang bukan-bukan, takut lama-lama nanti Nas jatuh sakit pula” Tengku Nurissa membuka bicaranya tika mereka sekeluarga sedang bersarapan bersama.

“Hurmm mama pun hairan juga, sebelum ni dia tak pernah pun mimpi macam tu..”

“Papa rasa mungkin kita perlu bawa Nas jumpa pakar… mana tau mimpi tu ada kaitan dengan masa lalu dia” Tengku Jefry bersuara memberi cadangan.

“Betul juga cadangan papa tu, nantilah Rissa bawa Nas jumpa Dr Mursyid yang selalu rawat dia tu, mungkin nanti boleh membantu Nas..”

Nampaknya esok dia perlu ambil cuti, memang menjadi tanggungjawab dia atas setiap rawatan yang perlu Nasuha jalani, yelah dia yang menyebabkan Nasuha jadi begitu, jadi dia tak boleh lepas tangan macam tu je..


************


Josephine memerhati tingkah kedua-dua insa di hadapannya itu, sedikit tercuit hatinya melihat Tengku Syukran yang sedang terkial-kial belajar bahasa isyarat dari Nasuha. Hatinya begitu gembira melihat Nasuha sudah punya teman selain dirinya. Dia juga yakin yang Tengku Syukran ikhlas mendampingi Nasuha.

“hehehe… kelakarlah you 2 ni…” ketawa yang ditahan terluah juga akhirnya.

“Apa yang kelakarnya Joe?” Tengku Syukran menyoal, hairan, rasanya takda yang kelakar pun, aku pun takda buat lawak apa-apa, pelik-pelik-pelik…. getus hatinya.

“tak kelakar you kata Syuk? Tengok mimik muka you tu, berkerut sana berkerut sini macam apa jea, I dulu belajar dengan Nas jugak tapi takdalah sampai macam gaya you tu, apa kata you beli jea buku rujukan untuk bahasa isyarat, takdalah Nas susah nak ajar you tu…”

“Beli buku? Ade ke jual Joe?” Tengku Syukran bertanya kembali, kenapa tak pernah terfikir untuk rujuk buku jea, hisy susahkan Nasuha jelah aku ni, gumamnya.

“Yuplah, lagipun gune buku lagi senang you nak faham sebab dalam buku tu siap ada sekali tunjukkan gambar tentang setiap gaya-gayanya sekali..” jawab Josephine.

Tengku Syukran mengangguk menyutujui saranan Josephine…. Tapi tiba-tiba hatinya berbisik, kalau aku beli buku, tak dapatlah nak habiskan masa dengan Nasuha… owh tidak-tidak-tidak… dia mengeleng-gelengkan kepalanya..

“ Apa yang you geleng-gelengkan “ dia tak sedar yang Josephine masih memerhatikan dirinya.

“Takda apa-apa, I buat senaman leher, “ Dia berdalih, nak cover le tuh…hehe.

Nasuha hanya senyum memerhati dua insan di sekelilingnya berbicara, tiba – tiba dia teringat sesuatu, cepat-cepat mengerling jam tangannya… gulp.. dia menelan air liur, alamak dah pukul 6 petang, hari ni nak kena balik villa, semalam mama pesan suruh balik sebab malam nanti lepas isyak nak buat tahlil.. tulah leka sangat tadi, ni nanti mesti kena leter dengan mama, tak mama kakak, tak kakak papa pula… aduyyai.. hatinya berdongkol.. pantas barang-barangnya di kemas, setelah selesai dia memberi isyarat yang dia sudah kelewatan kepada Josephine dan Tengku Syukran yang kehairanan memerhati tingkahnya yang kalut tiba-tiba…

**********

Dia bersandar kepenatan pada sofa yang terdapat di ruang tamu villa itu, di kerlingnya pada jam dinding yang terdapat di situ, hampir 11.45 patutlah penat semacam, hatinya berbisik.. tadi tak menang tangan dia melayan tetamu, yelah ramai pula jemaah dari masjid yang datang malam ni, memang menjadi kebiasaan keluarganya akan membuat kenduri tahlil arwah sebulan sekali pada setiap malam jumaat akhir bulan..

Petang tadi sesampai sahaja di villa, Tengku Narissa telah menanti di muka pintu, dan akibatnya ….

“Pukul berapa sekarang ni Nas?” soal Tengku Narissa dengan wajah yang di seriuskan..

Nasuha memberi isyarat 6.30 petang…

“tau pun dah pukul 6 lebih, kan semalam mama dah pesan, suruh balik awal, Nas nilah kan suka buat kakak marahlah…pot…pet..pot..pet “ Tengku Narissa berleter…

Macam mak neneklah pulak kakak ni, desis hati Nasuha, dia mengulum senyum, cuba menahan tawa..

“Apa senyum-senyum? Kakak serius ni tau…” bengang bila marahnya dianggap gurauan oleh Nasuha..

“Disebabkan Nas lewat, Nas kena denda cuci pinggan mangkuk lepas kenduri ni..” Sambung Tengku Narissa,

Hilang terus senyumannya tadi, wajahnya dikeruhkan cuba memohon ehsan…

“Takda excuse ok…” Tengku Narissa mengatur langkah berlalu dengan senyum lebar, puas dapat mengenakan Nasuha.. tapi bukannya dia serius pun dengan denda tu..

Dan Nasuha yang sememangnya seorang yang lurus….

“Lah apa anak mama buat ni? Tengku Fatiha terkejut bukan kepalang, melihat anaknya itu sedang membasuh pinggan mangkuk yang di gunakan oleh tetamu-tetamu tadi…

“Basuh pingganlah mama, kak Rissa yang suruh katanya denda sebab Nas balik lewat tadi…” jawabnya dengan isyarat tangan..

“kak Rissa kamu ni memang nak kena ni, siap dia nanti…” Tengku Fatiha kegeraman, ade ke patut buli adik macam tu… bertuahnya anak.

“Ya Allah, Nas, kakak gurau jea, yang Nas buat betul-betul ni kenapa?” Tengku Narissa yang entah dari mana muncul terjerit kecil.. apasal aku boleh lupa yang adik aku ni lurus.. baru Tengku Narissa teringat, dia menepuk dahi.

“Dah Rissa tau Nas ni lurus, Rissa buli gitu kenapa, dah-dah Nas tinggalkan tu, nanti suruh pembantu kita buat…” arah Tengku Fatiha.

Peristiwa tadi sedikit demi sedikit mula kabur dari layar ingatannya, matanya mula memberat, dan akhirnya dia terlena di sofa itu. Dunia yang tadi hingar bingar menjadi sepi, dia mula hanyut di alam lena…..ZzzZzzzZzz…

*************

Tengku Syukran mengeluh perlahan, puas tubuhnya di kalih kiri dan kanan, namun lenanya tetap tak mahu datang…

Hisy tadi bukan main mengantuk, ni langsung tak boleh lelap pulak, dia merungut dalam hati…Bingkas dia duduk, menggaru-garu kepala yang tidak gatal sampai serabut jadi rambutnya. Apa aku nak buat ni, dah lah boring gila… nk tengok tv tapi macam takda mood, nak call Nasuha, macam buang tabiat pulak, ganggu anak dara orang tetengah malam, lagipun dia bukan boleh bercakap, mahu aku yang cakap sorang-sorang…. Aduyyy…tiba-tiba… hah.. dia teringat buku panduan belajar bahasa isyarat yang baru dibelinya, baik aku baca, mana tau boleh faham dan pandai…dia membuat keputusan..


************

“Dik… bangunlah temankan akak,…” Nasuha yang masih lagi liat mahu membuka mata, mendengus perlahan, benci lenanya diganggu, siapa lagi kalau bukan Tengku Narissa punya kerja… Memang usai solat subuh tadi dia menyambung lenanya kembali… penat semalam tak hilang lagi..

“Nas…” kali ini tubuhnya digoyang lebih kuat… dia membuka mata malas, kelihatan Tengku Narissa tersengih lebar dengan siap berpakaian sukan, apa lagi nak ajak teman joginglah tu.. Nasuha dah faham sangat dengan perangai kakaknya itu.

Dia bangun perlahan menuju ke bilik air, hanya beberapa langkah, tiba-tiba dirasanya dunia seolah berputar ligat, pandangan kelam tiba-tiba, dia rebah tapi sempat di sambut oleh Tengku Narissa…..

“Mama…. Papa…!!” Jeritan Tengku Narissa memecah kesunyian villa pagi itu..

***********

Nasuha cuti hari ni?? Kenapa?? Tengku Syukran tertanya-tanya, tak pernah-pernah gadis itu ambil cuti, tapi hari ni berlainan.

“Tadi kakak dia telefon, katanya Nas tak sihat…” beritahu Josephine..

“You tau mana dia tinggal Joe? Kalau you tau, tengahari nanti kita pergi tengok Nas nak?”

“I tak tahu mana dia tinggal, tapi you boleh tengok kat fail dia, may be ada tulis alamat dia”

Tengahari itu, mereka berdua pergi melawat Nasuha, berdasarkan alamat yang terdapat pada fail maklumat peribadi milik Nasuha…

“Betul ke Nas tinggal kat sini??, macam salah jea..” Tengku Syukran ragu-ragu..

“Betullah tu.. kan ada tulis Nur Qaseh, so nilah tempatnya..” kata Josephine sambil jarinya ditunjuk mengarah papan tanda yang terdapat di situ..

**************

Tak sangka perjalanan hidup Nasuha terlalu berliku, hilang ingatan dan bisu akibat kemalangan, langsung tak tahu mana asal dirinya, siapa keluarganya.. Tengku Syukran berasa belas tiba-tiba bila mengetahui segalanya tentang Nasuha.. sangkanya Nasuha bisu semenjak lahir.. siang tadi dia mengetahui segalanya bila Tengku Jefry menceritakannya… Bagaimanakan caranya perlu aku lakukan untuk membantu Nas kembalikan ingatannya? Biasanya orang yang hilang ingatan ni perlu di bawa ketempat-tempat yang dia selalu pergi sebelum dia lupa ingatan, tapi masalahnya tiada siapa pun tahu siapa sebenarnya Nasuha ni? Asal usulnya, keluarganya, lagi pun alamat rumah yang terdapat pada icnya pun alamat lama, dan rumah tu pun dah tak berpenghuni dan hampir roboh seperti yang Tengku Jefry cerita… Tengku Syukran mengusap-ngusap tengkuknya… terasa lenguh..

*************

Gelap malam… hanya ditemani sinaran bulan, Nasuha terpinga-pinga, tak ketahuan dimanakah dirinya berada kini, suasana sunyi, sesekali dipecahkan dengan bunyian cengkerik…Hawa sejuk mula menampan ketubuhnya, sehingga ke tulang hitam dirasanya sejuk itu… Nasuha hairan bercampur bingung… Dari kejauhan dia mendengar namanya di seru dengan kasar.. pantas dia menoleh, kelihatan seorang lelaki, lelaki yang berwajah bengis, yang selalu sangat muncul tanpa diundang dalam mimpi-mimpinya sebelum ini..

“Suha tunggu situ aku kata,” lelaki itu menjerit, memekik kearahnya, menyuruh dirinya terus static di tempat dia berdiri itu.

Nasuha takut… ya! Ketakutan lebih tepatnya… gerun melihat wajah bengis itu, ah mana mungkin aku menanti lelaki itu, aku kena lari.. desis hati kecilnya.

Pantas kakinya diatur, cuba melarikan diri, dia tahu lelaki berwajah bengis tu punya niat jahat, dia tahu lelaki itu bukan orang yang baik-baik..Kencang dia berlari, sambil sesekali dia menoleh kebelakang, dan kelihatan lelaki itu juga berlari, sedang mengejarnya.

“budak sial, aku kata tunggu situ, memang budak tak guna…” pekik lelaki itu kuat, kelihatan marah…

Ya ALLAH selamatkan aku, doanya dalam hati… Entah macam mana dalam kalut berlari, Nasuha lupa berhati-hati, akhirnya dia tersembam, tersepak batu yang entah dari mana munculnya…dia mengaduh dalam hati..

“kau ni memang budak yang menyusahkan, sama macam mak kau, tak habis-habis” lelaki itu mencekak rambutnya.. merenungnya tajam.

“kenapa kau pandang aku macam tu kau nak melawan? Budak bodoh..” lelaki itu menyentak lagi rambutnya, Nasuha teresak ketakutan, ya dia ingat lelaki itu suami ibunya, merangkap ayah tirinya yang kaki judi dan kuat minum arak itu dan lelaki itulah penyebab kematian ibunya… Nasuha mengetap bibir benci.. ptuih… spontan dia meludah kewajah yang paling dibencinya..

“celaka… kurang ajar… ambik kau” sebuah penampar hinggap diwajahnya, sakit, bibirnya berdarah, pecah…

“Aku suruh kau layan lelaki tu kau taknak, kau layan satu malam, lepas tu hutang aku dengan lelaki tu selesailah…… takkan kau taknak tolong aku, aku ni ayah kau, suami mak kau yang kau sayang tu…”

Nasuha masih meronta-ronta, rasa jijik mendengar kata-kata lelaki tu, ayah konon, ayah aku dah lama pergi… dan ayah aku lelaki mulia, tak macam kau… binatang…!! Pekik hatinya geram.

Lelaki itu tiba-tiba berubah laku, menjadi bengis, laksana…. Entah mungkin seperti dirasuk iblis.. wajah lelaki itu semakin bengis, dengan rakus cuba mengasingkan pakaiannya dari tubuh Nasuha… Nasuha ketakutan… cuba menjerit… tapi itu mustahil… aku ni bisu..bisik hati kecilnya… tidak…aku tak bisu… doktor kata aku tak bisu…dia menggeleng tiba-tiba.. dibuka mulutnya.. cuba menjerit tapi tiada suara yang keluar, dicuba lagi… ya Allah tolonglah… lelaki itu pula semakin merakus, dan pakaiannya pula mula koyak-koyak…

“ya ALLAH jangan….! Sekuat hati dia menjerit…. Dan serentak…

“Nas, ya ALLAH kenapa ni, mimpi apa ni?” terbayang kerisauan di wajah wanita itu.

Nasuha terpinga-pinga, di pandang sekeliling, dia masih dibiliknya, bukan dikampung itu, dan bukan bersama lelaki itu.. dia teresak-esak, dan pantas ditenangkan oleh Tengku Narissa yang turut kebimbangan..

“Suha, taknak jumpa lelaki tu, dia cuba nak rogol Suha, dia yang buat mak pergi tinggalkan Suha, Suha takut…” dalam esak dia bercerita… mereka yang terpinga-pinga, suasa hening seketika…

“syyy… Nas selamat kat sini, lelaki tu takda kat sini pun” pujuk Tengku Fatiha…

“Mama..! papa!” tiba- tiba Tengku Narissa tersedar..

“Nas dah boleh bercakap…Ya ALLAH syukur…”



**********

“Nas…! Uit… menung apa tu?” Tengku Narissa mencuit hidungnya.. mengusik…

Nasuha menoleh, menghadiahkan senyum manis..

“kakak panggil apsal tak nyahut? Ingat apa ni sampai jadi orang tak dengar?” soal Tengku Narissa.

Nasuha hanya menggeleng.. Segalanya dah kembali seperti normal, ingatan yang hilang kini dah kembali, Nasuha rasa bersyukur yang teramat..banyak hikmah dengan kejadian-kejadian yang menimpanya…dan sekarang hanya seminggu menanti detik-detik bahagia di satukan dengan Tengku Syukran…dan sehingga kini.. Tengku Syukran masih tak tahu yang dia dah boleh bercakap..

Dia ingat lagi malam tu, dalam esak tangis, dia berkelana, selepas berjaya melepaskan diri dari diperkosa oleh bapa tirinya itu, waktu itu baru beberapa minggu ibunya pergi menghadap ilahi kerana terjatuh dari tangga ketika cuba menghalang bapa tirinya itu daripada terus mengasari dirinya yang terlewat menyediakan minuman yang diminta… Nasuha hanya ikut langkah kaki, bas behenti dia terus naik, sedar-sedar dirinya dah berada di kuala lumpur, waktu tu barulah wujud rasa gerun, takut di tempat asing… sedang berkira-kira untuk melintas jalan.. tubuhnya terlebih dahulu telah dirempuh…. Dan itulah titik mengubah segalanya… terlantar hampir 6 bulan… dirinya dijaga oleh orang yang langsung tak dikenali, diberikan segalanya dengan cukup… hingga ke hari ni… mereka insan yang sangat berjasa pada dirinya..

Kini apa yang dia tahu, dari cerita orang kampungnya yang dikunjungi minggu lalu, ayah tirinya telah pun tiada, mati dalam keadaan aib, mati kerana terlampau banyak minum.. mabuk dan motor yang ditunggang terbabas kedalam tali air..

Nasuha tiba-tiba memeluk erat tubuh Tengku Narissa, hingga membuatkan gadis itu terpinga-pinga, lama… barulah dia membalas pelukan Nasuha…

“Nas terhutang budi dengan kakak, mama dan papa, sebab sudi jaga Nas waktu Nas langsung tak ingat siapa diri Nas, Nas mintak maaf banyak sebab susahkan semua..”

Tengku Narissa pantas meletakkan jari telunjuknya pada bibir Nasuha, tak mahu gadis itu terus berbicara..

“syyy.. Nas tak pernah buat silap, dan tak pernah susahkan kami, kalau bukan sebab kakak, Nas takkan jadi macam ni.. Kakak yang puncanya.. lagi pun kakak nak Nas tahu satu, walau apapun jadi lepas ni, walaupun Nas dah berkahwin, rumah ni tetap terima Nas, sebab memang semenjak dari hari pertama Nas sedar, mama dan papa dah anggap Nas macam anak sendiri…” panjang lebar Tengku Narissa berbicara, membuatkan Nasuha di ulit sebak yang teramat…

“Ya ALLAH terima kasih dengan pemberianMu, dulu Kau uji aku dengan ujianMu yang berat, tapi kini Kau hadiahkan aku keluarga yang baik, yang menerima aku seadanya…”

**********

Suasana hiruk pikuk dengan pelbagai ragam manusia, masing-masing sibuk dengan tugas-tugas tersendiri, villa Nur Qaseh nampak indah berseri… Khemah-khemah putih bersulam pink segak menghiasi halaman villa itu..

Nasuha di kamar tak senang duduk, sesekali dia ditegur oleh mak andam sebab tak pandai duduk diam..

“sabar-sabarlah sikit pengantin oi…kejap lagi, kamu boleh jumpe cik abang kamu tu.. nak berkepit lama-lama pun takpa, tapi yang ni bagilah akak siapkan dulu wajah kamu ni..” mak andam berleter… mula bengang dengan keletah Nasuha..

Wajah Nasuha memerah di usik begitu… malu saya… ampes nya mak andam kesitu pulak dia fikir, aku ngah gelabah tahap tak ingat ni…

“Pengantin lelaki dah sampai..” beritahu Tengku Narissa di muka pintu.

“Elok-elok sikit kamu ni, gelisah semacam, risau akak tengok” bisik mak andam di telinganya.

Hisy mak andam ni… geram hatinya, Josephine di sisi dikerling, dan temannya itu mengenyitkan mata mengusiknya.. ampes punya kawan..

Sekujur tubuh tegap berdiri di hadapannya kini, bersama sekotak cincin majlis membatalkan air sembahyang..

Nasuha mengucup lembut tangan Tengku Syukran.. sebelum lelaki itu tunduk mengucup dahinya,..

“thanks sayang sebab sudi jadi milik abang…” bisik lelaki itu..

“thanks jugak abang sebab sudi memiliki diri ini..” balas Nasuha, membuatkan lelaki itu terkejut…

Betul ke yang aku dengar? Nasuha dah boleh bercakap?...Tengku Syukran terkelu…macam di awangan je rasanya dan toing-toing-toing dia terpengsan terkejut, isteri yang disangka bisu sudah boleh berbicara, suasana kecoh tiba-tiba.

***********

“Tulah Nas, nak buat surprise konon kan dah pengsan suami kamu tu…hey bertuah punya anak” Tengku Fatiha membebel geram..

“Mana Nas tahu nak jadi gini mama, Nas ingat nak buat surprise dan hadiah sempena perkahwinan kami, tak sangka abang tu lemah semangat…dan…”

“uikk abang dengar Nas ngumpat abang..” Sampuk Tengku Syukran yang baru tersedar..

“Mama keluar dulu…” belum sempat jawab apa Tengku Fatiha telah melangkah keluar dari bilik mereka..

“Abang Nas mintak maaf, buat abang pengsan..”

“Takpalah Nas, abang gembira sangat Nas dah kembali normal macam dulu..”

“Abang thanks, Nas sayangkan abang sangat-sangat dari dulu lagi, tapi Nas tak mampu nak ucapkan, tu sebab Nas tunggu sampai hari ni sebab nak ucapkan kata-kata tu pada hari bahagia kita ni..”

“Abang pun sama Nas, bukan sebab belas kan Nas, tapi sebab rasa sayang pada Nas..” balas Tengku Syukran tulus.

Nasuha tersenyum gembira, bahagia, lafaz kasihnya yang di simpan selama ni mampu juga di ucapkan pada insan yang sangat dikasihinya.






5 comments:

Anonymous said...

Ur story is really nice and sweet. Thanks for writing it.
Bahasa ade setengah bagus,ade setengah masih sempoi. Pretty good..!

LabyRiNtH said...

mekasih...
anonymous...:)
sy msh bru dlm bdg ni, byk yg kna bljr..
sgt mghrgai komen anda..
-thanks-

keSENGALan teserlah.. said...

besh2..
senang nk paham..
jln cite menarik..

Nuril @ Labyrinth said...

thankz 4 ur komen..
masyeh sbb sudi baca..:)

nik suriyani said...

salam nuril..
ok..da tau da..
suke citer ni..
keep on writing..

Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,