Monday, September 21, 2009

Cerpen : Suci Nur Qaseh




Prolog

Derap langkah di atur perlahan, lemah tak bermaya, terasa sudah tiada tenaga semenjak menerima perkhabaran duka tadi. Dia mengetap bibir menahan air mata daripada gugur. Kenapa begitu berat dugaanMu kali ini Tuhan? Kenapa diri ini tak pernah putus- putus Kau uji? Banyak sangatkah dosaku padaMu sehingga terlalu sering ku Kau hukum.. Ya ALLAH maafkan aku atas masa-masa lalu ku, ampunkan aku atas segala ingkarku padaMu..

Ujian ini yang terlalu berat penanggungannya kurasakan, baru sekejap rasanya bahagia itu di kecap, kini sekelip mata pula ia disentap.

***********

Jari jemarinya laju menaip bait-bait akhir asignmentnya, walaupun kerja itu sepatutnya di hantar pada hari isnin depan tetapi memang menjadi kebiasaannya untuk meyiapkan tugasan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Dia tak suka tergesa-gesa. Dia mengurut-ngurut tengkuknya perlahan, terasa sengal, yelah berapa jam duduk mengadap laptop, adeyys nak tercabut dah rasa urat pinggang aku ni, getus hatinya. Dia menggeliatkan tubuhnya perlahan, berhajat mengendurkan urat-urat yang semakin tegang. Mug Nescafe yang terdapat di sisi meja kerjanya di capai, terus dibawa kemulut, dengan lafaz bismillah, air itu ditegukknya perlahan. Memang menjadi kebiasaannya andai punya kerja, pasti berteman dengan secawan Nescafe.

Sesekali matanya mengerling pada telefon bimbitnya, seperti tadi telefon itu tetap diam kaku tidak berdering petanda ada panggilan atau mesej yang masuk. Dia mengeluh perlahan, hai mana lah dia ni, call tak angkat, mesej tak balas, ada suami macam tak punya suami.. Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan perangai suaminya itu, kata cintakan dia, sayangkan dia, tapi gaya perlakuan tak seperti orang yang menyayangi dan mencintai dirinya.. hisy tak faham aku ngan perangai laki aku ni. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Aku ni kadang-kadang rasa macam perempuan simpanan dia jea, bila dia rasa dia perlukan aku, dia hubungi aku, datang dekat dengan aku, kalau tak, macam nilah, buat endah tak endah je dengan aku ni, macam aku ni tak wujud, bukan aku mintak macam-macam dari dia cuma aku nak sedikit masa bersama dengan dia seperti pasangan lain, keluar menghabiskan masa di hujung minggu, dah lah hari-hari lain takda masa untuk bersama, yelah aku dengan kuliah, dia dengan kerja…. Suci Nur Qaseh mengeluh lagi… dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, hai kalau asyik fikirkan dia semua kerja aku boleh tak jadi. Dah-dah aku taknak ingatkan dia, aku nak siapkan kerja, hati kecilnya membentak mencuba mengalau bisikan demi bisikan yang mengganggu fikirannya. Ah dia ingat dia tu siapa yang perlu aku ingat selalu, tapi…. Dalam aku menafikan sebenarnya aku terlalu merindui dan mencintainya, setiap waktu akal fikiranku tetap tak dapat lari daripada memikirkannya walau berjuta kali aku menafikannya.

**************

Kamu tak pegi jenguk isteri kamu hari ni Neal” tegur Hajah Marsyitah, hairan sedari tadi dia melihat anaknya asyik berbaring bersantai di ruang tamu, lagak seperti orang bujang je....

“ Jap lagi saya jenguklah, mama ni macam tak suka saya balik tengok mama jea…” Nada menyindir jawapan yang keluar dari mulut anaknya.

“ Bukannya tak suka kamu balik, tapi mama lagi suka kalau kamu balik bawa isteri kamu sekali, kamu ni bukannya orang bujang macam dulu-dulu, boleh ke mana-mana seorang diri.” Bebelan Hajah Marsyitah mula terbit. Geram dengan tingkah anak itu yang masih tak berubah-rubah dari zaman bujang sampai dah berkahwin.

Razaleigh Azneal bangun dari pembaringannya, mencapai kunci kereta yang terdapat di atas meja kecil yang terdapat disitu.

“ Neal balik dululah ma….” Ringkas ayat yang keluar dari mulutnya.

“ Aik… mama cakap sikit kamu dah nak balik, bilalah kamu nak berubah ni Neal, cakap sikit merajuk, cakap sikit merajuk…” Hajah Marsyitah menggeleng-geleng kepala melihat tingkah perangai anak lelakinya itu.

Tulah dulu aku tak setuju tapi si Neal ni nak sangat, yelah dah tau budak perempuan tu masih belajar tapi gatal sangat nak kahwin, sebab sayangkan sangat si Neal tulah aku ikutkan kehendaknya, kononnya saling cintalah, apalah, tapi ni baru berapa bulan nikah dah lain pulak rentaknya, sorang ke hulu sorang ke hilir… hai tak faham aku dengan budak-budak sekarang ni, apa diaorang ingat kahwin nikah ni perkara main-main… bebel hati kecilnya..

“Hai mama jauh benar papa tengok menungan tu” tersentak Hajah Marsyitah bila tiba-tiba dirinya di sapa.

Dia menoleh, sambil mengurut dadanya, hai bila masalah suami kesayangan aku ni balik, tak perasan pun, tau-tau muncul jea tak bagi salam…selalu begitu! Marahnya dalam hati.

“Papa ni cuba balik tu bagi salam dulu, takdalah mama terkejut, nasib baik mama takda lemah jantung tau, kalau tak dah lama jalan.” Jelingan tajam dihadiahkn kepada suaminya, Haji Redha bukannya marah betul pun, sengaja menduga suaminya.

“ Alah sebab tau mama sihat walafiatlah papa berani buat gitu… mama kalau menjeling boleh buat papa bertambah jatuh cinta dengan jel….”

Belum sempat ayat dihabiskan jari jemari isterinya laju mencubit…

“Aduyyy sakitlah sayang, gurau sikit jea dah kena ketam…”

Mengekek tawa Hajah Marsyitah melihat tingkah suaminya, tulah usik mama lagi…”

************

Deringan telefon bimbit menggangu pemanduannya, dengan malas dia menjawab..

“ Hallo… abang tengah drive ni…” Razaleigh Azneal menjawab acuh tak acuh.

“Abang nak datang ke tak ni, Suci dah siap, dah lama tunggu, kan abang janji nak dinner sama hari ni..takkan abang dah lu…”

“Yelah-yelah abang ingat, sabarlah sikit, abang tengah drive ni..” tak sempat isterinya menghabiskan kata dia dah memotong mematikan terus bicara Suci.

“Ok Suci tunggu…” dia memutuskan talian… hurm perempuan memang tak tahu sabar.. getus hati kecilnya…

***************

Aku yang dikatakan tak sabar? Hai nasib suami, kalau orang lain memang kena jawab balik gamaknya. Pantang betul bagi aku orang tak tepat masa ni.. omelnya perlahan geram, yelah dah lah lambat lepas tu tak minta maaf lepas tu senang-senang jea marah-marah kan kita balik… geram… geram…geram… gumpalan tisu ditangannya di carik-carik melepas geram..eeee….geram kenapa lelaki ni ego dan payah nak minta maaf bila buat silap?? Tanya dia pada diri sendiri..yelah jatuhlah standard kalau lelaki minta maaf, takkan itu pun kau tak tahu.. jawab hati kecilnya.

Opocot….! Dia terkejut bila telefon bimbitnya tiba-tiba berlagu, isk termelatahlah pulak… ops!

Ehem-ehem… “ Hello….” Dia menjawab.

“Mana ni abang dah sampai, cepatlah turun…” terdengar suara suaminya di talian.

“Ok 5 minit lagi Suci sampai…”

Dia bingkas bangun menjeling sekilas penampilannya pada cermin..hurm comel gak aku ni, sempat lagi dia memuji diri sendiri.. Ekekeke, Beg tangan di capai lalu dia bingkas, walaupun lambat takpalah janji sampai, dan dapat habiskan masa bersama, dah memadai baginya.

***************

Riang hatinya bila suaminya melayan dengan baik pula kali ni, tadi dalam talian bukan main bad mood suaranya, hai kadang-kadang memang pening nak faham perangai suami aku yang satu ni.. yang satu??? Of course lah suami aku kan sorang jea… isk dah nak termengarut lak aku ni..

“Balik rumah abang ye hari ni.. esok kelas petang kan?” Razaleigh Azneal bertanya lembut sambil matanya menjeling sekilas ke wajah isterinya.

“Yup esok kelas petang.” Suci Nur Qaseh menjawab ringkas dah tau dah, biasa kalau keluar bersama, memang dia akan bermalam di rumah suaminya itu…macam selalu…

***********

Tut…! Tut…! Telefon bimbinya berbunyi, pertanda ada mesej masuk.

Pantas tangannya dipanjangkan untuk menggapai telefon itu.. Mesej dari siapa pulak ni… no tak ada dalam simpanan.

<017-7773456> Lepaskan Neal dia milik aku!

Tersentak dia membacanya, berderau darahnya, mesej dari siapa ni, siapa dia ni sampai sanggup hantar mesej kat aku macam tu sekali….

Siapa awak?

Butang send ditekan membalas pesanan mesej itu.

<017-7773456> Saya kekasih Neal! Orang yang Neal sayang dan cinta selama ini.

Lagilah bertambah terkejut membaca balasan mesej itu..

orang yang Neal sayang dan cinta? Hey Neal cuma sayang dan cintakan saya seorang, sebab saya isterinya.

<017-7773456> Kau yang dia sayang dan cinta? Hey perempuan jangan perasanlah…

Apa maksud awak? Mana awak dapat no saya ni?

<017-7773456> Kalau kau nak faham yang aku maksudkan, apa kata kita jumpa, dan aku nak kau sedar siapa diri kau di mata Neal. Jangan jadi minah perasan.. mana aku dapat no kau, tu tak penting.

Pedihnya mata membaca mesej-mesej yang dibalas oleh insan yang tak dikenali itu, pandangannya sudah kabur dek kerana air mata yang bertakung yang menanti bila-bila masa sahaja hendak tumpah.

Nak jumpa kat mana? Saya tak kenal awak, macam mana saya nak tau itu awak.??

<017-7773456> Jumpa dekat Restoran Anjung Citra jam 3 pm ni, jangan risau aku kenal kau..

Dia kenal aku? Siapa dia sebenarnya? Kenapa abang tak pernah cerita apa-apa tentang dia kepada aku?? Sampai hati abang, buat Suci macam ni… dia teresak pilu, terasa seperti dikhianati..

Jangan fikir bukan-bukan Suci, entah-entah perempuan tu sengaja nak duga kau kot, jangan menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar, pujuk hati kecilnya.

Ya…! Aku tak boleh terus percayakan mesej-mesej tu.. pantas air mata yang gugur dipipinya di kesat perlahan, isk kang menangis banyak-banyak bengkak pula mata ni waktu jumpa orang tu, aku tak mahu dipandang lemah, rapuh dan goyah, menerima apa sahaja tanpa sedikit menentang…

Adeyys sakit kepala ni datang lagi, dia mengurut-ngurut perlahan kepalanya, tulah banyak sangat fikir, kan dah datang balik sakitnya, alah apa susah, active fast kan ada.. esok keputusan ujian kesihatan tu, mintak-mintak takda apa-apalah… doanya dalam hati…

Akhir-akhir ni dia memang sering sangat diserang sakit kepala yang melampau, hingga kadang dia tak mampu menahannya, akibatnya seringkali dia menelan empat biji active fast sekali gus..memang tak elok untuk kesihatan mengambil ubatan tanpa nasihat doktor.. tapi itu yang paling jimat kosnya..

***************

Razaleigh Azneal termenung didalam pejabatnya, entah kenapa lewat ini makin kerap wajah isterinya itu terlayar di mindanya, mengganggu waktu tenangnya. Ah… kenapa kadang-kadang aku rasa terlalu sayangkan kau, tapi kadang-kadang aku terlalu bencikan kau..

Mungkin….. tingkah perlakuan kau, saling tak tumpah seperti dia.. kenapa kau mampu menggegarkan hati dan kenapa kau juga mampu mengeraskan hatiku sehingga kadang-kadang aku keliru dengan perasaan ku sendiri. Kenapa kau mesti kadang-kadang suka minum Nescafe tanpa gula? Kenapa aku sering nampak bayang-bayang dia dalam diri kau…kenapa??

Dia meraup wajahnya berkali-kali, ah dia masa laluku, dan Suci masa kiniku, dia tak sepatutnya terlibat dengan masa laluku… tapi…entahlah aku buntu..

*******************

Nilah tempatnya… ya.. tempat yang akan merungkaikan segala tanda tanya.. Suci Nur Qaseh melangkah perlahan memasuki ruang Restoran Anjung Citra… dipandang ke arah sekeliling mencari kalau-kalau ada wajah yang di kenali berada di situ…tapi tiada nampaknya…

“Cik…” dirinya disapa oleh seorang pelayan restoran itu, pantas dia menoleh…

“Ye?” dia bertanya..

“Teman cik di sana…” Kata pelayan itu dan menyebabkan dia mengikut atur langkah pelayan tu.

Dirinya kini menghampiri seorang wanita yang berkaca mata hitam..

“Silakan duduk cik…” ujar pelayan itu.

Beberapa ketika hanya suasana bisu menjadi peneman mereka, Suci macam tak percaya, wanita di hadapannya seolah pantulan wajahnya dari cermin, hampir serupa, sama…

“Cik berdua nak order apa..?” pelayan itu bertanya teragak-agak.

“Bagi Nescafe O suam, kurang manis..” jawab mereka serentak.. isk peliknya..

Situasi yang menjanggalkan bagi Suci, udara sekeliling terasa kaku dan melemaskan…

“So… cik…?”

“Panggil I Suria, Suria Lestari…” jawab wanita dihadapannya ringkas.

“Awak nak bagitau apa kat saya?” Suci bertanya terus, malas bermukadimah mengatur bicara berbunga-bunga, straight to the point lagi cepat.

“ I rasa I x perlu bagi tau kat you pun you dah tau kan?, Neal tu bukan cintakan you, dia datang kepada you sebab you seiras macam I, dan kelakuan kita pun hampir sama, contohnya waktu kita nak order tadi, padahal tak dirancang bukan??” panjang lebar jawapan Suria.

“Lagipun 5 tahun hubungan kami, mana mungkin semudah itu untuk Neal dapat melupakan I, ..”

“Then kenapa you tinggalkan Neal kalau you betul-betul sayangkan dia?” Suci bertanya

“Dulu I ingat mampu hidup sendiri tanpa dia, tapi I silap, 5 tahun tempoh perkenalan banyak pahit manis kami lalui bersama..now I nak you pulangkan hak I..dia milik I” tegas suara Suria..

Suci tergamam mendengar pemintaan itu, mana mungkin aku memberikan suamiku pada orang lain, dia bukannya barang dagangan.

“Kenapa Suria tak jumpa Neal dan bincangkan masalah kalian ni? Kenapa mesti libatkan saya? Saya tak kisah kalau sekiranya Neal sudi terima awak kembali, dalam kata lain, saya tak kisah berkongsi…” akhirnya jawapan itu yang keluar dari bibirnya.

“Masalahnya aku kisah…” pantas dan agak memeranjatkan bicara yang terlahir dari mulut Suria.

“So sebelum kalian punya anak, dan keadaan bertambah rumit, aku nak kau tinggalkan Neal..” Berubah rentak bahasanya dari you dan I kepada aku dan kau…

“Kalau saya taknak??” Suci cuba bertarik tali.

“Kau akan tau akibatnya…” bernada keras kali ini bicara yang terlahir dari Suria.

Suci tersentak dari lamunannya bila terasa bahunya di tepuk lembut oleh seorang jururawat hospital itu, memecahkan terus ingatannya kepada detik-detik pertemuan dia dengan Suria semalam.

“Maaf kan saya cik, Doctor Finola ingin berjumpa dengan cik…”

*************

“You nak apa lagi jumpa I ni? Hubungan kita dah habis semenjak you tinggalkan I hari.. finish! Over! Ok… jangan ganggu hidup I lagi, I dah bahagia dengan family I …” Kasar sungguh suara Razaleigh Azneal hingga membuatkn Suria Lestari tersentak..

“ Bahagia you kata, hey kalau bahagia kenapa pilih perempuan yang iras I sebagai isteri you? Jangan tipulah, I tau you takkan semudah itu buang I dari hidup you kan??” yakin sekali nada Suria.

“Hey you ingat you tu bernilai sangat ke untuk belai you sampai bila-bila, bagi I kita tak pernah ada apa-apa lagi semenjak you berambus hari tu.. you dekat hati I dah lama berkubur..dah mati…!!” tengking Azneal kuat sambil menunjuk ke arah dadanya.

“Lagipun I dah ada Suci, wanita yang seribu kali lebih baik dari you..” sambungnya lagi, memang sakit bila cinta tak dihargai dan bertambah sakit bila orang yang membuang kita datang kembali mengutip kita seolah kita ni hanya barangan yang boleh disorong tarik tanpa nilai dan perasaan..

“Neal, I tak boleh lupakan you, lagi pun I dah bincang dengan Suci, dan dia sanggup berundur,” lain yang Suci beritahu lain pula yang disampaikan.

“Wha…what…!! You jumpa Suci..? kenapa you nak libatkan Suci sedangkan ni cuma masalah kita berdua?” sabarnya hilang sudah kini, marahnya makin menyala meluap-luap, tak sangka Suria sanggup bertindak hingga ke tahap itu.

“You listen here cik Suria Lestari, walaupun seribu kali you merayu kepada I untuk terima you balik, I tetap takkan terima you, never! Pintu hati I dah tertutup untuk you.. you boleh keluar dari my office dan jangan sesekali tunjukkan muka you kat sini, get out…!” Dia betul-betul marah, hilang sabar.

Bertahun dulu kau ada peluang tapi kau tolak peluang tu demi kehendak kau yang tak terbendung, kini bila peluang untuk kau telah tertutup kau merayu untuk diberikan satu peluang lagi, hidup bukannya sentiasa punya peluang… bisik hati kecilnya.

***************

Dia menoleh untuk terakhir kalinya pada kondominium yang banyak mencatatkan kenangan cintanya itu.

Selamat tinggal semua kenangan.. aku perlu berlalu, menagih kasih pada yang tak sudi buatkan diriku terlalu letih, menagih cinta kepada yang tak rela membuatkan aku terlalu lelah.

Segalanya ditinggalkan dirumah mewah itu, dia hanya membawa apa yang sebenar-benarnya adalah hak milik mutlaknya. Cuma…. Sebentuk cincin pernikahan di jari manisnya itu tak mampu dirungkaikan dari jarinya, kalau boleh dia mahu bersama cincin itu sehingga akhir hayatnya, lambang sebuah ikatan suci yang pernah terpateri.

Minggu yang terlalu melelahkan buat dirinya… diganggu dengan kemunculan Suria, diikuti pula dengan berita duka yang diterimanya semalam membuat dia mengambil keputusan untuk berundur, walaupun hakikatnya dia terlalu cintakan lelaki itu.

“Selamat tinggal abang, biarlah Suci pergi andai kehadiran Suci tak diperlukan, Suci faham kini, Suci Cuma pengganti abang untuk mengubati kerinduan pada Suria, sepatutnya Suci kena sedar dari dulu lagi, Cuma Suci memang tak sedar diri, terhegeh-hegeh pada abang.” Bisiknya perlahan.

Kakinya di atur kearah sebuah teksi yang sedari tadi sedia menanti, aku akan pergi, jauh dari semua, biar aku tanggung derita ini sampai aku menutup mataku… tekad hatinya.

Selamat tinggal kenangan, selamat tinggal cinta, selamat tinggal segalanya….

*****************

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya, terasa kemas daripada biasa, mungkin Suci balik dan kemaskan agaknya.. dia melangkah pula ke ruang dapur, melihat lauk yang telah siap di masak tersimpan elok di bawah tudung saji, kecur liurnya, perut terasa lapar tiba-tiba…

Usai makan Razaleigh Azneal tercari-cari kelibat Suci, mana pulak dia ni.. semua bilik telah diintai tapi orangnya tiada..Dia pelik… tiba-tiba matanya terpandang sekeping kertas berlipat elok terdapat di atas meja telefon.. pantas kertas itu dicapai, dibuka rakus lipatannya, tak sabar ingin mengetahui isinya…

Assalamualaikum suamiku, kekasih hati, maafkan Suci andai surat ini mengganggu hidup abang, tapi Suci janji ni yang terakhir, Suci sedar, Suci bukan siapa-siapa pada abang, sejak awal-awal lagi Suci dah rasa kelainan hubungan kita, tak seperti pasangan lain, kita dekat tapi sentiasa jauh… Suci sedar dan Suci juga faham, Suci cuma pengganti dalam hidup abang.. jadi sebelum abang membuang Suci, biarlah Suci undur diri dengan sendirinya, Suci kembalikan segala milik abang, Suci pulangkan semua, cuma Suci minta izin pada abang benarkan cincin pernikahan kita terus melekat di jari manis ini sebab Suci tak mampu nak tanggalkannya, Suci kembalikan abang pada Suria sebagaimana kehendak dia, dan Suci tahu abang akan lebih bahagia bersama Suria, kekasih yang paling abang cinta dan sayangi.

Dari kejauhan Suci titipkan doa abang bahagia selamanya dalam hidup abang, pemergian Suci ni tak perlulah abang jejaki atau kesali. Maafkan segala silap dan salah Suci sepanjang kita bersama, halalkan segala yang abang telah beri pada Suci selama ini…

Sayang, Rindu, Kasih dan Cinta selamanya dari:

Suci Nur Qaseh…

Sept 10,2009.

Menggigil tangannya seusai habis membaca isi surat itu, tubuhnya di hempas lemah pada sofa, ya ALLAH, Suci kenapa bertindak melulu macam ni, kenapa taknak bincang dulu dengan abang… Razaleigh Azneal mengeluh hampa.. terasa kehilangan bila telah tiada di sisi sedangkan sebelum ini jarang kelibat wanita itu dihargai.

Ah……. Dia mesti masih ada dekat-dekat sini, aku kena cari dia.. pantas kunci kereta dicapainya, dia percaya Suci masih ada berdekatan sini… yakin hatinya.

**************

Suci termenung bersandar di birai tingkap, tak sedar berapa lama dia di situ, kerinduan yang semakin menyala terutama semenjak disahkan hamil.. Dia mengusap perlahan perutnya yang semakin membuncit. Sedar tak sedar 3 bulan telah berlalu bererti kandungannya kini menginjak ke 5 bulan, dia tersenyum pahit. Anak ini tak bersalah, tak perlu aku pisahkan pada ayahnya, bisiknya perlahan. Satu masa nanti, bila tiba waktunya aku akan pulangkan kembali anak ini pada ayahnya, sebab aku tahu aku sendiri tak akan mampu menjaganya sendiri.

Malam tadi aku mimpikan dia lagi, Suci mengeluh.. melepaskan hembusan nafas berat, Ya ALLAH kenapa semakin aku cuba nak melupakan dia semakin menyala-nyala ingatan aku pada dia, semakin aku menjauhkan diri ini daripadanya, aku semakin rasa dia sentiasa berada dekat dihatiku. Adakah dia memang tercipta untukku? Adakah dia juga merasakan apa yang aku rasa??? Ah jangan perasan lah Suci, kau tu cuma hanya pengganti, hanya PENGGANTI!!!, kau kena ingat tu, kalau betul kau tu begitu penting buat dia, mesti dia akan berusaha cari kau sampai dapat, lagipun buat apa dia cari kau lagi, sedangkan si Suria kekasih hatinya telah kembali, kau kena sedar diri kau tu Suci.. bisik hati kecilnya

Ye…! Aku kena sedar diri ini, aku tak boleh terlalu perasan yang dia juga ada perasaan padaku.. Aku kena lupakan dia, tak perlu ingatkan dia… apa yang penting sekarang jaga kandungan ni, dan lahirkan anak ini dengan selamat.. tekadnya.

************

Jambang yang tumbuh meliar di wajahnya sudah cukup menceritakan derita beban penanggungan jiwanya kini, segalanya di buat serba tak kena, Razaleigh Azneal begitu buntu, puas mencari jejak isterinya itu, tapi sedikit tanda pun tak ditemui. Betul kata orang, kita hanya akan berasa sesuatu yang kita anggap tak bererti itu terlalu bererti bila ia sudah menghilang tiada di sisi..

Ya ALLAH, di mana kau Suci, Abang terlalu merindui kamu, terlalu risaukanmu… kenapalah abang terlalu ego, tak pernah pedulikan perasaan Suci, abang hanya fikirkan tentang diri abang, abang memang pentingkan diri.. tapi sekarang abang sedar, Suci yang berada dalam diri abang, bukan Suria, Suci yang abang cinta bukannya Suria lagi.

Ya ALLAH andai aku diberikan satu peluang lagi, izinkan aku menemui insan kesayanganku dan memberikan dia sebuah bahagia, Ya ALLAH aku tahu kau mendengar pintaku ini. Doa hatinya.

“Kamu dah cari si Suci tu Neal?” tiba-tiba suara Hajah Marsyitah yang entah dari mana munculnya menegeur.

Dia menoleh, melepaskan keluhan berat sebelum menjawab pertanyaan mamanya itu.

“Entahlah mama, Neal tak tau nak cari mana lagi, dah buntu dah rasanya.. semua tempat dah cari tapi tak juga jumpa..” dia menjawab lemah.

“Cuba kamu ingat-ingat balik mana tempat yang Suci suka pergi atau selalu pergi?”

“Setahu Neal, Suci selalu balik rumah arwah mak ayah dia kalau Neal keluar outstation.”

“Kamu ada jenguk dia kat rumah arwah mak ayah dia?” Soal Haji Redha tiba-tiba menyampuk.

“Saya tak tau mana rumahnya papa, yang saya tau rumahnya dekat Hulu Selangor..”

“ Kamu ni, isteri sendiri pun tak tau tinggal mana, patut sangatlah isteri kamu tu tinggalkan kamu, kamu langsung tak ambil berat pasal dia.. keciklah hati dia…hey tak fahamlah papa dengan kamu ni…” Haji Redha membebel.

“Papa, anak kita tengah serabut tu, papa janganlah tambah lagi serabut dia, sekarang ni bukan masa untuk papa marah dan salahkan dia, sekarang ni kita kena fikir mana nak cari si Suci tu, sihat ke dia, hidup ke dia, makan ke tidak dia…” Hajah Marsyitah menegur.

“Ha…!” Tiba-tiba dia menjerit, menyebabkan kedua orang tuanya terjerit.

“Ha.. kamu ni kenapa Neal terjerit-jerit tiba-tiba, terkejut mama dan papa..”

“Neal rasa Neal ada simpan salinan ic Suci, kat situ ada alamat rumah Suci..” Wajahnya tiba-tiba berbunga harapan. Mungkin pencariannya akan bertemu titik noktahnya hari ni

“ Ha kalau gitu mana ? boleh kita cari dia hari ni, cepat cari cari cepat jumpa, cepat jumpa cepatlah settle masalah kamu tu… mama dah tak larat nak tengok kamu angau semacam jea…”

*****************

Suci mengurut-ngurut perlahan-lahan pinggangnya yang sengal, kandungan yang semakin membesar membuatkan dia sering mengalami sakit pinggang. Aduyy anak ibu, kenapa nakal sangat ni sayang… tak kesian ke pada ibu.. dia berbisik perlahan sambil mengusap perutnya yang terasa sedikit senak… begitulah yang dilakukan bila sikecilnya mula menendang…

Masa berlalu terlalu cepat rasanya.. Suci mengeluh, sehingga kini dia masih tak mampu melupakan suaminya, bahkan semakin hari kerinduannya semakin menyala-nyala menekan jiwanya.. Hari ini dirasakan terlalu meluap-luap rindunya.. dia tak tahu kenapa. Air mata terasa bertakung tiba-tiba di tubir mata, bila masa akan gugur membasahi pipinya.. Wahai angin tolong sampaikan salam penuh kerinduanku pada sidia, moga dia sentiasa mendengar bisikan cintaku ini..

“Assalamualaikum…” terdengar nada memberi salam dari luar, membuatkan dia tersentak, pantas air matanya yang hampir gugur diseka, perlahan-lahan dia bangun dalam sukar, menilik sepintas lalu penampilannya di cermin. Siapa pulak yang datang ni.. selama aku di sini belum pernah ada tetamu.. isk makcik jual jamu ke?? Dia tertanya-tanya…

Tombol pintu utama dibukanya..

“Waalaikumussa….” Jawapan salam mati di pertengahan, lidahnya terkaku kelu.. apabila mata melihat gerangan tetamu yang bertandang.. Ya ALLAH aku bermimpikah atau apa??? Serentak dia rasa pandangannya gelap dan tubuhnya melayang terjatuh longlai tapi belum sempat menyembah tanah dia disambut… Selepas itu dia langsung tak ingat apa-apa.

***************

Epilog

Anak kecil yang berlari-lari kearahnya dipandang mesra, dia tunduk menanti si kecil itu ke dalam dakapannya.. Neal tersenyum.. Qaseh Nur Cinta permata yang berusia tiga tahun ini satu-satunya peninggalan arwah isterinya. Sedar tak sedar 3 tahun sudah berlalu dan 3 tahun jugalah Suci meninggalkan dia membesarkan Cinta seorang diri..

3 tahun lalu….

“Abang…” perlahan suara yang keluar dari mulut isterinya..

“Ye sayang?...” jemari isterinya masih tak lepas dari genggaman tangannya..

“Suci minta maaf, halalkan makan minum Suci.. Suci banyak susahkan abang, risaukan abang, Suci tau Suci dah tak lama.. kalau Suci dah tak da abang…” tak sempat dia menghabiskan ayatnya, Razaleigh Azneal telah meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.

“Syyy…apa sayang mengarut ni.. sayang akan selamat sihat seperti dulu..” Sangkanya Suci kata begitu sebab kerisauan mahu melahirkan anak mereka, tapi rupanya Suci menyembunyikan sesuatu…dan itu yang di kesalkan hingga kini..

2 minggu Suci koma selepas melahirkan Cinta, akhirnya isterinya pergi juga selepas sekian lama melawan penyakit barah otaknya… Betapa hancur luluh hatinya tika itu, belum sempat dia menebus segala silapnya, isterinya itu terlebih dahulu pergi meninggalkannya..Cintalah pemberi semangatnya dan kerana itulah juga anak itu diberi nama Qaseh Nur Cinta, sebagai bukti cahaya cinta isterinya padanya.

Terasa ada air hangat mengalir dipipinya.

“Ayah nangis?” tanya si kecil yang belum faham apa-apa itu memecahkan terus lamunan panjangnya.

Dia menggeleng-geleng pantas, “ Tak mata ayah masuk abuk sayang..” Dia berdalih, dia tak mahu anaknya itu tahu lara hati yang ditanggungnya kini.

“ayah kate nak bawah Cinta gi playground?” si kecil menuntut janji..

Dia menepuk dahi, hampir terlupa dengan janjinya..

“ Kiss ayah dulu, baru ayah bawa cinta gi..” katanya sambil menyuakan pipi.

Dan si kecil itu dengan senang hati mengucup pipinya, siap kiri kanan lagi..

Razaleigh Azneal tersenyum bahagia.. Terima kasih sayang hadiahkan abang permata hati secomel Cinta, abang akan jaga Cinta selagi ada hayat abang ni, abang doakan Suci tenang dan damai disana…

Thursday, September 3, 2009

Cerpen : Lafaz Kasih Yang Tersimpan

Gemersik alunan gesekan biola itu mengganggu lenanya kini. "Huh... siapa yang buang tebiat main biola memalam ni.." sungut Tengku Syukran sendirian, bengang lenanya terganggu, lama dia diam, cuba difahami apa maksud disebalik melodi yang cuba disampaikan oleh penggesek misteri itu, semakin lama semakin mendayu..

Semenjak 2,3 hari ini sering telingannya dihidangkan dengan bunyi gesekan biola itu, terlintas juga di hatinya untuk mengetahui siapakan gerangan penggesek misteri itu.


Nasuha begitu asyik melentukkan kepala pada biola kesayangannya, menggesek sepenuh hati, sehingga terpejam-pejam matanya menghayati melodi yang terlahir dari gesekannya. Tak sedar ada telinga yang mencuri dengar akan gesekannya. Setiap kali habis satu lagu dimainkan dia pasti tersenyum, terasa ada kepuasan yang terlahir dari setiap gesekan-gesekannya. Segalanya masalah seolah terbang melayang bila dia mula menyentuh biola kesayangannya..Cahaya Nasuha Iman itulah namanya... nama yang unik pada pandangan orang-orang yang pertama kali mengetahui namanya.


**********


Pagi itu seperti biasa, tugasnya melawat setiap ceruk hotel ini. Bertugas sebagai designer di sini menyebabkan dia mesti selalu peka kepada persekitaran holel ini agar semua lanskapnya teratur dan sedap mata memandang.


"Nas....!" terdengar namanya dipanggil serentak dia menoleh kearah si pemanggil, pantas bibirnya mengukir senyum manis.


Josephine teman baiknya sedang melangkah ke arahnya.

"You dah breakfast?” josephine bertanya

Nasuha hanya menggeleng, sungguh dia belum sempat sarapan sedari tadi sebab terlalu ralit dengan tugas-tugasnya..


"jom breakfast" belum sempat dia mengangguk bersetuju dengan ajakan rakannya itu, tangannya telah ditarik. Dia hampir terdorong, tapi sempat dikawal badannya. hampeh betul la minah ni. Hatinya bergetus geram.


Cafe itu sesak dengan pengunjung dari pelbagai tempat, mungkin cuti sekolah yang sedang berlangsung menyebabkan ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak bercuti ke sini. Nasuha menatang dua cawan berisi milo suam. Dalam bersesak-sesak, entah kenapa dia terasa dirinya dirempuh sebelum dia tidak dapat mengawal diri dan cawan ditangannya tertumpah pada seseorang yang duduk di meja berhampiran. Nasuha kaget, matanya sedikit terbeliak dan mulutnya sudah terbentuk 'o' dia tak sengaja. Lelaki itu juga kelihatan kaget sebelum berdiri, wajah pemuda pan asia dihadapannya sudah merona merah, siapa tak bengang oit tiba-tiba dimandikan dengan air milo free, pagi-pagi pula tu. Nasuha pantas menundukkan badannya memohon maaf tetapi....


"hai awak ni mata letak mana hah? sampai saya yang besar ni pun awak tak nampak, atau awak ni masih mamai pagi-pagi ni... dah tu tak reti minta maaf, takda adab langsung pot... pet... pot.. pet... bla... bla.." tengku Syukran membebel membentak tak puas hati sebab dirinya dimandikan air milo..


Wajah Nasuha sudah bertukar rona, malu dimarah di hadapan ramai.


"Encik, maafkan kawan saya, dia tak sengaja," tiba-tiba Josephine menyampuk sehingga menyebabkan bebelannya terhenti.


"Kenapa awak pula yang minta maaf, macamla kawan awak takda mulut" masih tak puas hati sambil matanya memerhati gadis yang telah memandikannya tadi, tiba-tiba dilihat gadis itu mengeluarkan sebuah buku kecil dari saku seluarrnya dan menuliskan sesuatu, dihulurkan kepadanya "saya minta maaf" dia kehairanan memandang gadis itu dan temannya, mahukan penjelasan.


"maaf encik kawan saya ni tak mampu bercakap" lagilah tercengang dia mendengar jawapan Josephine..


"maksud awak dia bisu", ajunya mahukan kepastian dan dilihatnya gadis itu mengangguk pantas.


"Mari ikut saya, kami akan cuci pakaian encik dan gantikan dengan yang lain"


***********



Hujung minggu hari yang paling di tunggu-tunggu olehnya, hari ini dia berhasrat untuk pulang ke villa keluarga, entahlah sebenarnya bukan ada talian darah pun antara dia dan penghuni- penghuni villa tersebut tapi itulah, dia langsung tak punya siapa-siapa pun di dunia ni kecuali penghuni-penghuni villa tersebut.

Beberapa tahun lalu….

Dia mencelikkan matanya perlahan-lahan, kabur… dipejamkan kembali untuk beberapa ketika, dan akhirnya di celikkan kembali barulah segalanya jelas, segalanya asing, wajah-wajah yang berada disekelilingnya juga terlalu asing, siapa aku? Di mana aku? Siapa mereka? Siapa keluarga aku? Hatinya bertanya kehairanan.

“Alhamdulillah cik Nasuha dah sedar” salah seorang yang berada di situ bersuara menegurnya..

Nasuha? Siapakah Nasuha? Adakah aku ni Nasuha? Pelik kenapa aku tak ingat apa-apa langsung… hatinya berkata-kata lagi.. Dia memandang sekeliling dengan pandangan terpinga-pinga dan dilihatnya mereka di sekelilingnya saling memandang sesama sendiri.

“Cik Nasuha ingat tak apa yang terjadi kepada awak sebelum awak terlantar di sini?” tiba-tiba seorang lelaki memakai kot putih bertanya kepadanya dan dia hanya menggeleng sebagai jawapannya. Fikirannya masih kosong, hendak mengingati siapa dirinya pun dia tidak mampu inikan pula hendak mengingati apa yang terjadi.

Terlalu asyik mengimbau kisah lalu sehingga tak sedar dia kini sudah pun berada di perkarangan villa Nur Qaseh itu, huikk camna aku boleh terpacak kat sini, tak sedar pun drive tadi, heyy nasib baik sampai dengan selamat tadi…. Hatinya bergumam.


Dia memerhati keadaan sekeliling, sunyi jea, tapi semua kereta ada elok terparking mean semua adalah ni. Perlahan jarinya menekan loceng pintu, untuk beberapa ketika dia menanti sehingga pintu utama di buka…hampir 5 minit dia menanti..

“La cik Nasuha rupanya, selamat pulang” terjengul wajah Mak Esah pembantu di Villa itu yang berusia pertengahan 5oan, orangnya gempal pendek mudah tersenyum dan suka berjenaka.

Dia hanya menghadiahkan senyuman manis pada wanita itu, kakinya di atur ke perut villa itu,

“Mak engku dan Pak Engku ada di atas, mungkin di bilik bacaan, Tengku Nurissa pula di biliknya, katanya mahu tidur selepas sarapan tadi, penat katanya..” tanpa ditanya Mak Esah memberitahu tentang aktiviti-aktiviti penghuni villa ini, dia mengangguk sambil memberi isyarat terima kasih.

Dia mendongak wajahnya ke tingkat atas, dan mengambil keputusan pergi ke kamarnya, ingin berehat, nantilah jumpa mereka…putusnya..

“saya naik atas dululah” dia memberi isyarat tangan kepada Mak Esah dan wanita itu hanya mengangguk.


****************


Tengku Syukran tenang berehat di balkoni banglonya, sudah lama dia tidak menikmati suasana begini, semenjak dia menggantikan tempat Tengku Syukri, masanya lebih banyak di habiskan di hotel, tidurnya pun kadang-kadang di hotel jika terlalu banyak kerja yang menuntut perhatiannya.

Dia teringat tiba-tiba pada peristiwa di mandikan milo di hotel itu, manisnya wajah itu tapi sayang dia bisu, dia mengeluh bila teringat kepada Nasuha… kemudian layar ingatannya terbang pula kepada pemilik gesekan biola itu, sudah puas dia mencari siapa gerangan penggesek itu tetapi dia tidak ketemu. Pernah suatu malam sengaja berjalan di sekitar kawasan hotel itu, tetapi tetap tak ketemu apa yang di carinya, apa yang dia pasti bunyi biola itu datangnya dari sebuah bilik dalam kawasan hotel itu. Dia mengeluh perlahan, apa nak jadi aku ni…tiba-tiba teringatkan penggesek misteri tu…dia meraup wajahnya perlahan…


****************

Suasana makan malam di villa itu begitu meriah sesekali ada sahaja kerenah mereka yang mencuit hatinya Nasuha tersenyum riang, hilang terbang segala masalahnya tika itu, yang dirasakan cuma sebuah gembira.

“sikit jea anak mama makan? Kenapa jaga badan ke?” Tengku Fatiha menegurnya apabila melihat dia makan hanya sedikit..

Pantas dia menggelengkan kepalanya menyangkal kata-kata Tengku Fatiha itu, tangannya mengusap perutnya petanda dia sudah kenyang.

Inilah keluarga dia, dia tak tahu siapa keluarga dia yang sebenarnya, ingatannya hilang dibawa pergi bersama kemalangan itu, seperti yang diceritakan oleh mereka, dia telah dilanggar oleh Tengku Narissa ketika gadis itu cuba mengelakkan sebuah lori yang tiba-tiba membelok tanpa isyarat dan akibatnya kereta yang dipandunya telah menghentam Nasuha yang kebetulan berada di tepi jalan. Selepas kejadian dia langsung tak boleh bercakap, menurut doktor keadaan dirinya seperti orang normal yang lain, cuma dia kehilangan daya untuk bercakap, mungkin trauma dan mungkin untuk seketika, atau mungkin untuk selamanya…

Akibat peristiwa itu, akhirnya mereka mengambil keputusan menjaga Nasuha, mulanya hanya atas dasar tanggungjawab tapi akhirnya perasaan itu bertukar, Nasuha di anggap seperti anak sendiri, Tengku Narissa pula sudah menganggap dia seperti adiknya, maklumlah dia hanya anak tunggal dalam keluarga.


************

Suasana sunyi, hembusan angin silir semilir menampar pipi mulusnya, Nasuha terpinga-pinga, di mana aku? Tempat apa ni, macam pernah pergi tapi bila? Dia tertanya-tanya dalam hati.

Dia melangkah kakinya perlahan menyusuri sungai yang mengalir tenang airnya, terasa tenang disitu memerhati anak-anak ikan yang riang berkejaran didalam air.. namun hanya untuk seketika, ketenangan terganggu bila tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki berwajah mencengkam tangannya dan menarik dia pergi dengan kasar ke sebuah rumah kampung yang separa usang, tubuhnya di tolak kasar ke sebuah bilik yang agak kosong isinya, dan tanpa sebarang sebab dan alasan lelaki itu membelasahnya tanpa belas kasihan dengan sebatang ranting sebesar ibu jari, dia meronta mohon dikasihani, mohon dilepaskan…tetapi lelaki itu tidak peduli……..

Tanpa sedar dalam rontaanya tangannya telah terlanggar sesuatu… prang..!! berderai..dia membuka mata pantas.. gelas yang terletak di atas meja kecil di sisi katilnya telah pecah berderai, dilihatnya Tengku Narissa telah pun berada disisinya dengan wajah yang cemas, pantas tubuh kakaknya itu dipeluk erat, dia teresak-esak menangis, nafasnya turun naik kencang ketakutan.

“Syii… Nas, just nightmare jea tu….” Tengku Narissa memujuk, cuba menteramkan Nasuha yang Nampak benar terlalu takut, terbit rasa hairan dihatinya, biasanya Nasuha tak pernah bermimpi sehingga begitu. Perlahan dia mengusap belakang tubuh Nasuha yang masih memeluk dirinya erat. Kenapa dengan Nasuha, mimpi apa yang mengganggunya.. Tengku Narissa mula kebimbangan.

**************

Tengku Syukran mengatur langkah mencari dari manakah datangnya bunyi gesekan biola itu, hari ini dia nekad untuk mencari siapakah gerangan penggesek misteri itu.. Langkah kakinya terhenti pada taman itu, matanya tertancap pada seseorang yang begitu asyik sekali mengesek biolanya sehingga tak sedar akan kedatangannya, tubuh itu dihampiri, semakin dekat semakin jelas wajah penggesek misteri itu..


Dia…! Tengku Syukran terkejut bila dia dapat mengecam pemilik wajah itu… Nasuha tersentak bila tiba-tiba dirasakan ada yang memerhati lakunya, dan bertambah tersentak bila pandangannya tertaut pada si pemerhati. Dia bingkas bangun, ingin berlalu pergi, malu menjadi perhatian dan malu juga bila mengetahui ada yang mendengar gesekannya..

“Nanti…!” atur langkahnya terhenti, dia tersentak bila lelaki itu menghalang tingkahnya. Dia pantas menoleh, Lelaki itu sedang berpeluk tubuh.

“ owh jadi awaklah yang selalu menggesek biola sampai mengganggu tidur saya?” Tengku Syukran bersuara dan dia hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh lelaki itu..

“saya nak hukum awak sebab asyik ganggu tidur saya dengan bunyi biola awak selama ini…” serius air wajah lelaki itu menuturkan bicaranya. Nasuha tersentak mendengarnya, pantas kepalanya ditundukkan sebagai tanda memohon maaf, sungguh dia tak pernah menduga, dia mengganggu lena lelaki itu..

“hukumannya awak kena mainkan untuk saya satu lagu…”

Nasuha terkejut dengan “hukuman” yang diberikan oleh lelaki itu, dia masih terpinga-pinga, biar betul mamat ni… adeyyyla… bisik hatinya

“cepatlah…yang tercegat tu kenapa? Saya tunggu ni…”

Akhirnya hendak tak hendak Nasuha terpaksa menjalani hukuman lelaki itu, malam itu menyaksikan mereka berdua menghabiskan masa bersama, dan Tengku Syukran dilihatnya begitu menghayati setiap alunan yang terlahir dari gesekan biolanya..entah faham entah tidak mamat ni, hati Nasuha berbisik.

***************


“Mama, Rissa risaulah dengan Nas tu, akhir-akhir dia selalu mimpi yang bukan-bukan, takut lama-lama nanti Nas jatuh sakit pula” Tengku Nurissa membuka bicaranya tika mereka sekeluarga sedang bersarapan bersama.

“Hurmm mama pun hairan juga, sebelum ni dia tak pernah pun mimpi macam tu..”

“Papa rasa mungkin kita perlu bawa Nas jumpa pakar… mana tau mimpi tu ada kaitan dengan masa lalu dia” Tengku Jefry bersuara memberi cadangan.

“Betul juga cadangan papa tu, nantilah Rissa bawa Nas jumpa Dr Mursyid yang selalu rawat dia tu, mungkin nanti boleh membantu Nas..”

Nampaknya esok dia perlu ambil cuti, memang menjadi tanggungjawab dia atas setiap rawatan yang perlu Nasuha jalani, yelah dia yang menyebabkan Nasuha jadi begitu, jadi dia tak boleh lepas tangan macam tu je..


************


Josephine memerhati tingkah kedua-dua insa di hadapannya itu, sedikit tercuit hatinya melihat Tengku Syukran yang sedang terkial-kial belajar bahasa isyarat dari Nasuha. Hatinya begitu gembira melihat Nasuha sudah punya teman selain dirinya. Dia juga yakin yang Tengku Syukran ikhlas mendampingi Nasuha.

“hehehe… kelakarlah you 2 ni…” ketawa yang ditahan terluah juga akhirnya.

“Apa yang kelakarnya Joe?” Tengku Syukran menyoal, hairan, rasanya takda yang kelakar pun, aku pun takda buat lawak apa-apa, pelik-pelik-pelik…. getus hatinya.

“tak kelakar you kata Syuk? Tengok mimik muka you tu, berkerut sana berkerut sini macam apa jea, I dulu belajar dengan Nas jugak tapi takdalah sampai macam gaya you tu, apa kata you beli jea buku rujukan untuk bahasa isyarat, takdalah Nas susah nak ajar you tu…”

“Beli buku? Ade ke jual Joe?” Tengku Syukran bertanya kembali, kenapa tak pernah terfikir untuk rujuk buku jea, hisy susahkan Nasuha jelah aku ni, gumamnya.

“Yuplah, lagipun gune buku lagi senang you nak faham sebab dalam buku tu siap ada sekali tunjukkan gambar tentang setiap gaya-gayanya sekali..” jawab Josephine.

Tengku Syukran mengangguk menyutujui saranan Josephine…. Tapi tiba-tiba hatinya berbisik, kalau aku beli buku, tak dapatlah nak habiskan masa dengan Nasuha… owh tidak-tidak-tidak… dia mengeleng-gelengkan kepalanya..

“ Apa yang you geleng-gelengkan “ dia tak sedar yang Josephine masih memerhatikan dirinya.

“Takda apa-apa, I buat senaman leher, “ Dia berdalih, nak cover le tuh…hehe.

Nasuha hanya senyum memerhati dua insan di sekelilingnya berbicara, tiba – tiba dia teringat sesuatu, cepat-cepat mengerling jam tangannya… gulp.. dia menelan air liur, alamak dah pukul 6 petang, hari ni nak kena balik villa, semalam mama pesan suruh balik sebab malam nanti lepas isyak nak buat tahlil.. tulah leka sangat tadi, ni nanti mesti kena leter dengan mama, tak mama kakak, tak kakak papa pula… aduyyai.. hatinya berdongkol.. pantas barang-barangnya di kemas, setelah selesai dia memberi isyarat yang dia sudah kelewatan kepada Josephine dan Tengku Syukran yang kehairanan memerhati tingkahnya yang kalut tiba-tiba…

**********

Dia bersandar kepenatan pada sofa yang terdapat di ruang tamu villa itu, di kerlingnya pada jam dinding yang terdapat di situ, hampir 11.45 patutlah penat semacam, hatinya berbisik.. tadi tak menang tangan dia melayan tetamu, yelah ramai pula jemaah dari masjid yang datang malam ni, memang menjadi kebiasaan keluarganya akan membuat kenduri tahlil arwah sebulan sekali pada setiap malam jumaat akhir bulan..

Petang tadi sesampai sahaja di villa, Tengku Narissa telah menanti di muka pintu, dan akibatnya ….

“Pukul berapa sekarang ni Nas?” soal Tengku Narissa dengan wajah yang di seriuskan..

Nasuha memberi isyarat 6.30 petang…

“tau pun dah pukul 6 lebih, kan semalam mama dah pesan, suruh balik awal, Nas nilah kan suka buat kakak marahlah…pot…pet..pot..pet “ Tengku Narissa berleter…

Macam mak neneklah pulak kakak ni, desis hati Nasuha, dia mengulum senyum, cuba menahan tawa..

“Apa senyum-senyum? Kakak serius ni tau…” bengang bila marahnya dianggap gurauan oleh Nasuha..

“Disebabkan Nas lewat, Nas kena denda cuci pinggan mangkuk lepas kenduri ni..” Sambung Tengku Narissa,

Hilang terus senyumannya tadi, wajahnya dikeruhkan cuba memohon ehsan…

“Takda excuse ok…” Tengku Narissa mengatur langkah berlalu dengan senyum lebar, puas dapat mengenakan Nasuha.. tapi bukannya dia serius pun dengan denda tu..

Dan Nasuha yang sememangnya seorang yang lurus….

“Lah apa anak mama buat ni? Tengku Fatiha terkejut bukan kepalang, melihat anaknya itu sedang membasuh pinggan mangkuk yang di gunakan oleh tetamu-tetamu tadi…

“Basuh pingganlah mama, kak Rissa yang suruh katanya denda sebab Nas balik lewat tadi…” jawabnya dengan isyarat tangan..

“kak Rissa kamu ni memang nak kena ni, siap dia nanti…” Tengku Fatiha kegeraman, ade ke patut buli adik macam tu… bertuahnya anak.

“Ya Allah, Nas, kakak gurau jea, yang Nas buat betul-betul ni kenapa?” Tengku Narissa yang entah dari mana muncul terjerit kecil.. apasal aku boleh lupa yang adik aku ni lurus.. baru Tengku Narissa teringat, dia menepuk dahi.

“Dah Rissa tau Nas ni lurus, Rissa buli gitu kenapa, dah-dah Nas tinggalkan tu, nanti suruh pembantu kita buat…” arah Tengku Fatiha.

Peristiwa tadi sedikit demi sedikit mula kabur dari layar ingatannya, matanya mula memberat, dan akhirnya dia terlena di sofa itu. Dunia yang tadi hingar bingar menjadi sepi, dia mula hanyut di alam lena…..ZzzZzzzZzz…

*************

Tengku Syukran mengeluh perlahan, puas tubuhnya di kalih kiri dan kanan, namun lenanya tetap tak mahu datang…

Hisy tadi bukan main mengantuk, ni langsung tak boleh lelap pulak, dia merungut dalam hati…Bingkas dia duduk, menggaru-garu kepala yang tidak gatal sampai serabut jadi rambutnya. Apa aku nak buat ni, dah lah boring gila… nk tengok tv tapi macam takda mood, nak call Nasuha, macam buang tabiat pulak, ganggu anak dara orang tetengah malam, lagipun dia bukan boleh bercakap, mahu aku yang cakap sorang-sorang…. Aduyyy…tiba-tiba… hah.. dia teringat buku panduan belajar bahasa isyarat yang baru dibelinya, baik aku baca, mana tau boleh faham dan pandai…dia membuat keputusan..


************

“Dik… bangunlah temankan akak,…” Nasuha yang masih lagi liat mahu membuka mata, mendengus perlahan, benci lenanya diganggu, siapa lagi kalau bukan Tengku Narissa punya kerja… Memang usai solat subuh tadi dia menyambung lenanya kembali… penat semalam tak hilang lagi..

“Nas…” kali ini tubuhnya digoyang lebih kuat… dia membuka mata malas, kelihatan Tengku Narissa tersengih lebar dengan siap berpakaian sukan, apa lagi nak ajak teman joginglah tu.. Nasuha dah faham sangat dengan perangai kakaknya itu.

Dia bangun perlahan menuju ke bilik air, hanya beberapa langkah, tiba-tiba dirasanya dunia seolah berputar ligat, pandangan kelam tiba-tiba, dia rebah tapi sempat di sambut oleh Tengku Narissa…..

“Mama…. Papa…!!” Jeritan Tengku Narissa memecah kesunyian villa pagi itu..

***********

Nasuha cuti hari ni?? Kenapa?? Tengku Syukran tertanya-tanya, tak pernah-pernah gadis itu ambil cuti, tapi hari ni berlainan.

“Tadi kakak dia telefon, katanya Nas tak sihat…” beritahu Josephine..

“You tau mana dia tinggal Joe? Kalau you tau, tengahari nanti kita pergi tengok Nas nak?”

“I tak tahu mana dia tinggal, tapi you boleh tengok kat fail dia, may be ada tulis alamat dia”

Tengahari itu, mereka berdua pergi melawat Nasuha, berdasarkan alamat yang terdapat pada fail maklumat peribadi milik Nasuha…

“Betul ke Nas tinggal kat sini??, macam salah jea..” Tengku Syukran ragu-ragu..

“Betullah tu.. kan ada tulis Nur Qaseh, so nilah tempatnya..” kata Josephine sambil jarinya ditunjuk mengarah papan tanda yang terdapat di situ..

**************

Tak sangka perjalanan hidup Nasuha terlalu berliku, hilang ingatan dan bisu akibat kemalangan, langsung tak tahu mana asal dirinya, siapa keluarganya.. Tengku Syukran berasa belas tiba-tiba bila mengetahui segalanya tentang Nasuha.. sangkanya Nasuha bisu semenjak lahir.. siang tadi dia mengetahui segalanya bila Tengku Jefry menceritakannya… Bagaimanakan caranya perlu aku lakukan untuk membantu Nas kembalikan ingatannya? Biasanya orang yang hilang ingatan ni perlu di bawa ketempat-tempat yang dia selalu pergi sebelum dia lupa ingatan, tapi masalahnya tiada siapa pun tahu siapa sebenarnya Nasuha ni? Asal usulnya, keluarganya, lagi pun alamat rumah yang terdapat pada icnya pun alamat lama, dan rumah tu pun dah tak berpenghuni dan hampir roboh seperti yang Tengku Jefry cerita… Tengku Syukran mengusap-ngusap tengkuknya… terasa lenguh..

*************

Gelap malam… hanya ditemani sinaran bulan, Nasuha terpinga-pinga, tak ketahuan dimanakah dirinya berada kini, suasana sunyi, sesekali dipecahkan dengan bunyian cengkerik…Hawa sejuk mula menampan ketubuhnya, sehingga ke tulang hitam dirasanya sejuk itu… Nasuha hairan bercampur bingung… Dari kejauhan dia mendengar namanya di seru dengan kasar.. pantas dia menoleh, kelihatan seorang lelaki, lelaki yang berwajah bengis, yang selalu sangat muncul tanpa diundang dalam mimpi-mimpinya sebelum ini..

“Suha tunggu situ aku kata,” lelaki itu menjerit, memekik kearahnya, menyuruh dirinya terus static di tempat dia berdiri itu.

Nasuha takut… ya! Ketakutan lebih tepatnya… gerun melihat wajah bengis itu, ah mana mungkin aku menanti lelaki itu, aku kena lari.. desis hati kecilnya.

Pantas kakinya diatur, cuba melarikan diri, dia tahu lelaki berwajah bengis tu punya niat jahat, dia tahu lelaki itu bukan orang yang baik-baik..Kencang dia berlari, sambil sesekali dia menoleh kebelakang, dan kelihatan lelaki itu juga berlari, sedang mengejarnya.

“budak sial, aku kata tunggu situ, memang budak tak guna…” pekik lelaki itu kuat, kelihatan marah…

Ya ALLAH selamatkan aku, doanya dalam hati… Entah macam mana dalam kalut berlari, Nasuha lupa berhati-hati, akhirnya dia tersembam, tersepak batu yang entah dari mana munculnya…dia mengaduh dalam hati..

“kau ni memang budak yang menyusahkan, sama macam mak kau, tak habis-habis” lelaki itu mencekak rambutnya.. merenungnya tajam.

“kenapa kau pandang aku macam tu kau nak melawan? Budak bodoh..” lelaki itu menyentak lagi rambutnya, Nasuha teresak ketakutan, ya dia ingat lelaki itu suami ibunya, merangkap ayah tirinya yang kaki judi dan kuat minum arak itu dan lelaki itulah penyebab kematian ibunya… Nasuha mengetap bibir benci.. ptuih… spontan dia meludah kewajah yang paling dibencinya..

“celaka… kurang ajar… ambik kau” sebuah penampar hinggap diwajahnya, sakit, bibirnya berdarah, pecah…

“Aku suruh kau layan lelaki tu kau taknak, kau layan satu malam, lepas tu hutang aku dengan lelaki tu selesailah…… takkan kau taknak tolong aku, aku ni ayah kau, suami mak kau yang kau sayang tu…”

Nasuha masih meronta-ronta, rasa jijik mendengar kata-kata lelaki tu, ayah konon, ayah aku dah lama pergi… dan ayah aku lelaki mulia, tak macam kau… binatang…!! Pekik hatinya geram.

Lelaki itu tiba-tiba berubah laku, menjadi bengis, laksana…. Entah mungkin seperti dirasuk iblis.. wajah lelaki itu semakin bengis, dengan rakus cuba mengasingkan pakaiannya dari tubuh Nasuha… Nasuha ketakutan… cuba menjerit… tapi itu mustahil… aku ni bisu..bisik hati kecilnya… tidak…aku tak bisu… doktor kata aku tak bisu…dia menggeleng tiba-tiba.. dibuka mulutnya.. cuba menjerit tapi tiada suara yang keluar, dicuba lagi… ya Allah tolonglah… lelaki itu pula semakin merakus, dan pakaiannya pula mula koyak-koyak…

“ya ALLAH jangan….! Sekuat hati dia menjerit…. Dan serentak…

“Nas, ya ALLAH kenapa ni, mimpi apa ni?” terbayang kerisauan di wajah wanita itu.

Nasuha terpinga-pinga, di pandang sekeliling, dia masih dibiliknya, bukan dikampung itu, dan bukan bersama lelaki itu.. dia teresak-esak, dan pantas ditenangkan oleh Tengku Narissa yang turut kebimbangan..

“Suha, taknak jumpa lelaki tu, dia cuba nak rogol Suha, dia yang buat mak pergi tinggalkan Suha, Suha takut…” dalam esak dia bercerita… mereka yang terpinga-pinga, suasa hening seketika…

“syyy… Nas selamat kat sini, lelaki tu takda kat sini pun” pujuk Tengku Fatiha…

“Mama..! papa!” tiba- tiba Tengku Narissa tersedar..

“Nas dah boleh bercakap…Ya ALLAH syukur…”



**********

“Nas…! Uit… menung apa tu?” Tengku Narissa mencuit hidungnya.. mengusik…

Nasuha menoleh, menghadiahkan senyum manis..

“kakak panggil apsal tak nyahut? Ingat apa ni sampai jadi orang tak dengar?” soal Tengku Narissa.

Nasuha hanya menggeleng.. Segalanya dah kembali seperti normal, ingatan yang hilang kini dah kembali, Nasuha rasa bersyukur yang teramat..banyak hikmah dengan kejadian-kejadian yang menimpanya…dan sekarang hanya seminggu menanti detik-detik bahagia di satukan dengan Tengku Syukran…dan sehingga kini.. Tengku Syukran masih tak tahu yang dia dah boleh bercakap..

Dia ingat lagi malam tu, dalam esak tangis, dia berkelana, selepas berjaya melepaskan diri dari diperkosa oleh bapa tirinya itu, waktu itu baru beberapa minggu ibunya pergi menghadap ilahi kerana terjatuh dari tangga ketika cuba menghalang bapa tirinya itu daripada terus mengasari dirinya yang terlewat menyediakan minuman yang diminta… Nasuha hanya ikut langkah kaki, bas behenti dia terus naik, sedar-sedar dirinya dah berada di kuala lumpur, waktu tu barulah wujud rasa gerun, takut di tempat asing… sedang berkira-kira untuk melintas jalan.. tubuhnya terlebih dahulu telah dirempuh…. Dan itulah titik mengubah segalanya… terlantar hampir 6 bulan… dirinya dijaga oleh orang yang langsung tak dikenali, diberikan segalanya dengan cukup… hingga ke hari ni… mereka insan yang sangat berjasa pada dirinya..

Kini apa yang dia tahu, dari cerita orang kampungnya yang dikunjungi minggu lalu, ayah tirinya telah pun tiada, mati dalam keadaan aib, mati kerana terlampau banyak minum.. mabuk dan motor yang ditunggang terbabas kedalam tali air..

Nasuha tiba-tiba memeluk erat tubuh Tengku Narissa, hingga membuatkan gadis itu terpinga-pinga, lama… barulah dia membalas pelukan Nasuha…

“Nas terhutang budi dengan kakak, mama dan papa, sebab sudi jaga Nas waktu Nas langsung tak ingat siapa diri Nas, Nas mintak maaf banyak sebab susahkan semua..”

Tengku Narissa pantas meletakkan jari telunjuknya pada bibir Nasuha, tak mahu gadis itu terus berbicara..

“syyy.. Nas tak pernah buat silap, dan tak pernah susahkan kami, kalau bukan sebab kakak, Nas takkan jadi macam ni.. Kakak yang puncanya.. lagi pun kakak nak Nas tahu satu, walau apapun jadi lepas ni, walaupun Nas dah berkahwin, rumah ni tetap terima Nas, sebab memang semenjak dari hari pertama Nas sedar, mama dan papa dah anggap Nas macam anak sendiri…” panjang lebar Tengku Narissa berbicara, membuatkan Nasuha di ulit sebak yang teramat…

“Ya ALLAH terima kasih dengan pemberianMu, dulu Kau uji aku dengan ujianMu yang berat, tapi kini Kau hadiahkan aku keluarga yang baik, yang menerima aku seadanya…”

**********

Suasana hiruk pikuk dengan pelbagai ragam manusia, masing-masing sibuk dengan tugas-tugas tersendiri, villa Nur Qaseh nampak indah berseri… Khemah-khemah putih bersulam pink segak menghiasi halaman villa itu..

Nasuha di kamar tak senang duduk, sesekali dia ditegur oleh mak andam sebab tak pandai duduk diam..

“sabar-sabarlah sikit pengantin oi…kejap lagi, kamu boleh jumpe cik abang kamu tu.. nak berkepit lama-lama pun takpa, tapi yang ni bagilah akak siapkan dulu wajah kamu ni..” mak andam berleter… mula bengang dengan keletah Nasuha..

Wajah Nasuha memerah di usik begitu… malu saya… ampes nya mak andam kesitu pulak dia fikir, aku ngah gelabah tahap tak ingat ni…

“Pengantin lelaki dah sampai..” beritahu Tengku Narissa di muka pintu.

“Elok-elok sikit kamu ni, gelisah semacam, risau akak tengok” bisik mak andam di telinganya.

Hisy mak andam ni… geram hatinya, Josephine di sisi dikerling, dan temannya itu mengenyitkan mata mengusiknya.. ampes punya kawan..

Sekujur tubuh tegap berdiri di hadapannya kini, bersama sekotak cincin majlis membatalkan air sembahyang..

Nasuha mengucup lembut tangan Tengku Syukran.. sebelum lelaki itu tunduk mengucup dahinya,..

“thanks sayang sebab sudi jadi milik abang…” bisik lelaki itu..

“thanks jugak abang sebab sudi memiliki diri ini..” balas Nasuha, membuatkan lelaki itu terkejut…

Betul ke yang aku dengar? Nasuha dah boleh bercakap?...Tengku Syukran terkelu…macam di awangan je rasanya dan toing-toing-toing dia terpengsan terkejut, isteri yang disangka bisu sudah boleh berbicara, suasana kecoh tiba-tiba.

***********

“Tulah Nas, nak buat surprise konon kan dah pengsan suami kamu tu…hey bertuah punya anak” Tengku Fatiha membebel geram..

“Mana Nas tahu nak jadi gini mama, Nas ingat nak buat surprise dan hadiah sempena perkahwinan kami, tak sangka abang tu lemah semangat…dan…”

“uikk abang dengar Nas ngumpat abang..” Sampuk Tengku Syukran yang baru tersedar..

“Mama keluar dulu…” belum sempat jawab apa Tengku Fatiha telah melangkah keluar dari bilik mereka..

“Abang Nas mintak maaf, buat abang pengsan..”

“Takpalah Nas, abang gembira sangat Nas dah kembali normal macam dulu..”

“Abang thanks, Nas sayangkan abang sangat-sangat dari dulu lagi, tapi Nas tak mampu nak ucapkan, tu sebab Nas tunggu sampai hari ni sebab nak ucapkan kata-kata tu pada hari bahagia kita ni..”

“Abang pun sama Nas, bukan sebab belas kan Nas, tapi sebab rasa sayang pada Nas..” balas Tengku Syukran tulus.

Nasuha tersenyum gembira, bahagia, lafaz kasihnya yang di simpan selama ni mampu juga di ucapkan pada insan yang sangat dikasihinya.






Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,