Monday, July 13, 2009

Cerpen : Bila Budak Sains dan Nerd bertemu...




"Wahrrrgg.....i am late...." Deeb menjerit setelah memerhati jam dipergelangan tangannya, 5 minit melewati 9 pagi.. kelas dengan Miss Shazlin pagi ni.. aduyy mampus aku, dia mengomel dalam hati.

"Alah rileklah Deeb, biasanya kau kan budak yang paling bertenang, ni baru lewat 5 minit dah cuaks, jiwa kacaulah..." Nani yang sedari tadi memerhati kekalutan teman yang satu itu bersuara, hairan dia, biasanya antara mereka semua Deeblah yang paling cool, lagi 5 minit nak masuk kelas pun masih tenang lagi, baru nak pakai kainlah.. nak gosok tudunglah.. tapi hari ni lain, semester baru azam baru ke ape minah ni...

Matanya masih lagi memerhati kerenah Deeb atau nama sebenarnya Adibah yang kalut mengalahkan macam nak ketinggalan flight ke us, di tangannya pula terdapat sekeping biskut chips more, sambil mengunyah sambil matanya berputar kesana kemari memerhati tingkah laku Deeb... adeyyy naik juling dah mata I ni... bisik hatinya...

"Warghh... Kak Nani..." tiba-tiba bahunya ditepuk.
"opecuttt...." dia melatah, hampeh punya budak hatinya berdongkol geram, tak lain tak bukan kerja si Dila lah ni, pantang tengok orang senang sikit suka sangat mengusik..

"Nani aku g kelas dulu... jangan lupe kemas rumah, balik nanti aku nak semua clear ok...ekekeke..." sempat lagi dia menyakat Nani temannya itu.

"ewah-ewah banyak cantik kau, kau ingat aku ni orang gaji ke kat rumah ni, dahlah aku nak g sambung tido, kelas aku pukul 2 petang nanti.." Jawab Nani sambil menjegilkan mata, bengang di usik oleh temannya itu.

"ekeke aku memang dah cantik, baru perasan ke?" ujarnya lagi, sambil berlalu, riang terasa di hati berjaya membuat temannya itu bengang.

Ceh hampeh punye kawan... takpa-takpa ade masa nanti siaplah kau...getus hati kecil Nani.

**********

Aku dah lambat, aku dah lambat.... Deeb membebel dalam hati, dia berhenti seketika di hadapan pintu yang tertulis B33 itu.. hurmm.... tarik nafas dulu kemudian.... hembus...perlahan tombol pintu dipulas, 1,2 masuk... dia melangkah gementar, dia sedar semua mata didalam kelas semua memandangnya.

"Adiba.. awak tau tak sekarang dah jam berapa? awak tau tak yang saya tak suka student datang lambat dari saya??" bertubi soalan keluar dari mulut Miss Shazlin.

Dia terkulat-kulat, belum sempat say sorry dah kena sembur, sabar jelah..
"err miss, i know i am late, but i really sorry, jam loceng saya abis bateri tu yang terbabas tido" panjang lebar alasan diberikan...

"owh... tiada alasan, awak tahukan saya bencikan alasan, takkan takda budak-budak sebilik awak yang kelas pagi sama ngan awak, takda-takda, disebabkan awak lewat masuk kelas saya awak akan di denda... tiada pengecualian.."

"alah Miss.. saya baru 1st time lewat,...huhhu"

"Sebab 1st time lewatlah kena denda, biar dapat pengajaran, lepas tu tak lewat lagi, pot...pet... bla...bla..." Miss Shazlin mula berleter..

"ok oklah miss, apa dendanya?" malas aku berlengah karang makin panjang pula leteran makcik ni.. dia mengomel dalam hati.

"oklah kita nak denda apa untuk kawan kamu ni?" soal Miss Shazlin kepada semua ahli kelasnya.

"suruh dia nyanyi miss..." serentak satu kelas bersuara menyatakan apa dendanya.

"Hah kamu dengar tu Adibah? mereka nak kamu menyanyi sebagai denda.."

"Menyanyi??? Err... nak menyanyi lagu apa miss?" biar betul, selama umur hayat aku tak pernah menyanyi depan khalayak, kalau setakat menyanyi dalam bilik air tu adalah...aduy lah aduyy bala..bala..

"nyanyi jelah lagu apa-apa, asalkan kamu menyanyi..."

"owhh... lagu apa-apa jea ek..ok.. dengar ye semua, saya Adibah, artis anda akan mempersembahkan sebuah nyanyian...ehem... ehem dengar ye.."

"sepohon kayu daunnya rimbun..
lebat bunganya serta buahnya..
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya.."

Baru beberapa rangkap lagu dia menyanyi dia terhenti, akibat diganggu dengan ketukan di pintu, lew kacaulah aku baru nak test suara..

Matanya di kalih ke arah pintu.. lew mamat ni pon lewat jugak..

"hah Hamizie awak pun lewat jugak, baguslah tu boleh jadi pasangan duet dengan Adibah.." selamba Miss Shazlin berkata..

"ok saya nak kamu dua orang berduet nyanyikan lagu kesukaan saya, lagu Sandarkan Pada Kenangan..."

"Err tapi miss saya tak tahu lirik lagu tu..lagi pun kan tadi saya dah nyanyi.." Deeb cube beralasan..

"saya pun tak tahu lagu tu miss.." Mizie menyampuk, urgghh aku mane layan malay artist manalah tau lirik lagu tu...ades

"takda alasan, saya tulis liriknya kat whiteboard..kamu dua nyanyi"

Maka hari ini jadilah hari ini dalam sejarah lah gamaknya, ader ke patut aku kena denda menyanyi siap kena duet sekali dengan budak nerd ni...aduyyai takda ong langsung ini hari..hati kecil Deeb mengomel tak puas hati.

*********

Siti dan Nani begitu galak tertawa, sehingga menepuk-nepuk lantai... teramatlah lawak rasanya cerita yang keluar dari mulut Deeb...

"lew yang korang gelak over sesangat ni kenapa?? aku tengah kebengangan ni.." wajah Deeb bertukar mencuka, ingat cerita nak dapatkan simpati, last-last aku gak yang kena bahan, bertuah punya kawan...ampas kelapa sungguh mereka ini..

"ekeke tak dapat bayangkanlah Deeb, kau berduet dengan budak nerd tu...miahahaha.." sampai berair bijik matanya ketawa, ntah apa-apalah Siti ni.

"Tulah Deeb, i dah kate dengan you jangan kutuk-kutuk nanti tangkap chenta Deeb.. ehehe ini namanya takdir kan Siti, dua-dua datang lewat, lepas tu kena denda.." Nani yang mengah terlalu banyak ketawa, akhirnya bersuara.

"dah-dah korang ni, enough ok ...aduii benci lah korang ni.." Deeb merengus.

"hehe Deeb cuba kau bayangkan, suatu hari nanti kau dan abang Mizie kau itu bersatu, mesti anak-anak ko budak-budak yang baik, ala-ala skema dan sedikit nerd macam papanya..." serentak dengan habis bicaranya, Nani terus menjarakkan tubuhnya dari Deeb bila melihat gaya Deeb dah macam ade ura-ura nak melepuknya dengan buku teks physic, aduyy kalau kena kepala boleh biul I seminggu... sadisme betul Deeb ni..

*********

Mizie melangkah terkocoh-kocoh menuruni tangga, dia kelihatan berpakaian kemas,dengan rambut yang disisir rapi, siap belah tengah lagi tu, yelah hari ni ada presentation untuk subjek ETR...kenalah smart-smart

Aduyy aku takley lewat lagi macam hari itu nanti tak pasal-pasal kena denda lagi dengan minah tu... alah mana pulak matrik card ni, baru dia sedar matrik cardnya tiada tergantung di leher seperti selalu...dalam kalut mencari matrik cardnya dia terlanggar seseorang yang sarat membawa kertas-kertas sehingga tak nampak wajah..

Bukkk..!! bunyi hentaman dan serentak
"aduyyy...! oit buta ke? tengok dah berterabur kertas yang aku dah fotostat ni...." terdengar suara orang yang dilanggar itu memarahinya..

uiiikk... macam ku kenal jea suara itu... mizie berfikir, pantas dia memandang ke wajah mangsa langgar yang sedang tunduk mengutip kertas-kertas yang bertaburan..

"kamu lagi..." Mizie mengeluh, asyik terserempak dengan minah ni jea..

"oit takkan "kamu lagi" je yang ko cakap? sekurang-kurangnye say sorry ke, tolong aku ni ke apa ke.., kau yang langgar aku.." Deeb membebel.

"Sorry lah kamu, tapi saya nak cepat, mintak diri dulu ek.." ujar Mizie sambil berlalu sedikit pun tak membantu.

Baru beberapa langkah Mizie berlalu tiba-tiba....
Bukk...!! sekali lagi, kali ini kepalanya terasa sedikit berpinar, dan dia menoleh uikk mana datang dictionary ni.. terkejut melihat sebuah kamus terdapat berhampiran kakinya..

Deeb yang tak jauh dari situ, membuat isyarat tumb up, padan muka kau, tulah dah langgar aku tak nak bertanggungjawab..bisik hatinya.. ekeke dia kembali tunduk mengutip kertas yang bertaburan tadi, tak perasan tingkahnya menjadi santapan mata Ira dan Akma, junior sebiliknya, habislah kau Deeb kecohlah kat rumah nanti..

***********

Deeb melangkah ke biliknya masuk sambil merungut-rungut tanpa di ketahui butir bicaranya... tidak perasan segala tingkah lakunya menjadi perhatian seluruh isi rumah..

"ehem ada orang tu kan main-main gurau sambil baling kamus, power betol drama tadi.." terdengar suara Farah yang sengaja seperti dikuatkan..

"yup, orang tu lah kan, sampai tak perasan kite dok jadi penonton drama dia kan Akma, kak Farah.." suara Ira pula menyampuk.

Deeb terdiam, aduih bebudak ni nampak ke tadi.. dia menggetap bibir.. ah buat dont know jelah..

"ekeke Deeb, habislah Deeb, Nani rasa kan korang ade jodoh tau...hekhek.."

"dahlah korang hentikan gosip murahan begitu, aku nak habiskan dip dulu baru fikir chenta-chenta ni tau.." Deep bersuara tegas, lagi aku diam lagi seronok dia orang ni membuli aku..

"Alah Deeb, time-time macam nilah nak cari pakwe, lagi pun kan kau dah semester akhir, carilah awal-awal, tengok macam Siti dengan si Fendi tu, dari semester satu sampai lah la ni, ok jea, maintain jea tak da masalah, bahagia sokmo gi tu walaupun ada perang-perang tu adat lah..." Yani yang selama ni jadi pemerhati tingkah rakan-rakannya yang lain akhirnya bersuara.

"a'ah betul tu Deeb, tengok I dengan Wan ok jea, selamba jea, cinta-cinta, study-study, kenalah pandai bagi-bagi, jangan campur aduk..." Nani menyampuk.

"apa-apalah korang, malas nak layan, aku nak pegi library lagi best..."

"uikk pegi library??? bukan ke budak nerd Mizie tu selalu lepak library, ehem-ehem ada janji ke??" usik Farah sambil mengangkat keningnya mengusik..

lew.... budak-budak ni lah kan...sabarlah wahai Adibah, mereka bergurau jea tu, desis hatinya.

*********

Mizie menolak kasar pintu library, masih bengang dengan peristiwa tadi, sebab minah tulah aku lewat, sebab minah tu lah aku pening kepala, perempuan tu memang takda hati perut langsung, selamba jea baling dictionary ke kepala aku, apa dia ingat kepala aku ni besi ke, huh nasib baik tak benjol.. dia menggerutu geram.

Ah dari aku ingatkan perempuan tu baik aku siapkan asignment Puan Marina ni.. tapi apa-apa hal pun kena cari dulu buku rujukan CSC ni.. dia meletak barang-barangnya di meja, sebelum melangkah ke bahagian yang menempatkan rak-rak buku rujukan. Matanya melilau mencari buku....hah tu dia... riang hatinya bila buku yang dicari sudah ada, tangannya di panjangkan untuk mengambil buku itu... tapi....ada tangan lain yang lebih pantas darinya...

"oi buku saya tu.." dia menjerit pada si pemgambil..

"apa pulak buku kau, takda tulis nama pun, pat-pat nye-nyelah, siapa cepat dia punya.." ujar Deeb sambil menjelirkan lidah pada Mizie, sehingga membuatkan pemuda itu bengang.

"saya nampak buku tu dululah, bagi kat saya.."
"alah kau nampak je dulu, tapi yang ambik dulu aku..dah malas nak layan kau baik aku siapkan kerje dulu," huh... budak nerd ni, mana aku ada mesti dia ada, sakit hati...!

Bengang dengan tingkah Deeb menyebabkan Mizie cuba merampas buku di tangan Deeb..

"oit apa ni hah? main kasar nampak.." Deeb bersuara lantang, kebengangan

"oi korang, apa korang ingat library ni dewan bahas? nak bertekak pegi duduk luar, mengganggu yang lain nak study." satu suara asing menegur, siapakah itu?? serentak Deeb dan Mizie menegur, lew orang tua Kak Tasya rupanya, pustakawati yang kerek.

"tengok kamulah punya pasal.." Mizie membentak bengang.
"apa pulak aku, kaulah..." Deeb tak mahu mengalah.

"dah-dah, tak payah tuduh-tuduh, dua-dua salah, pegi duduk tempat korang siapkan kerja atau korang pegi keluar..." kak Tasya mula meninggikan suara, anak mami ni bukan betul, kalau menjerit satu library boleh dengar.

"ok-ok kak Tasya.." jawab mereka serentak,

hah boleh pulak sekata... isy-isy budak ni, desis hati kak Tasya.

Deeb berlalu, menuju ke meja tempat dia meletakkan barang-barangnya, aku nak siapkan CSC lepas tu chiao... bosan.. dia mengomel-ngomel.

Mizie membuntuti langkah Deeb,
"yang kau ikut aku ni kenapa?" Deeb bertanya, bengang..

"siapa ikut kamu, saya cuma nak buku yang kamu pegang tu.." Mizie mencebik, perasan..

"eeehh aku tarik jugak spek tebal mamat ni, biar menggagau nak jalan.." geram dah ni Deeb membentak..

Heh sekali lagi hari ini dalam sejarah budak sains addict berkongsi buku dan meja dengan nerdy boy.. pelik tapi benar.

*********

Hari-hari yang berlalu amat melemaskan bagi dirinya kini, kemana-mana wajah si Mizie budak nerd tu je yang dia nampak, bosan-bosan...hatinya membentak, geram... macam takda pemandangan lain.

Budak-budak bilik pulak bukan main seronok mengusik aku, sakit hati betul, kalau aku nak bercinta sekarang ni pun takkan semestinya dengan budak nerd tu, tak sesuaiiiii dengan jiwa, mesti time dating pun dia bawak buku...ohww tidakkk apa yang aku mengarut ni... Deeb menampar-nampar perlahan pipinya, Deeb cool, jangan terbawa-bawa dengan dorang tu.. ignore them..bisik hati kecilnya.

Fokus-fokus, esok ada quiz math, quiz math??? oh no, i hate math, jerit hati kecilnya..

"Siti...! dia melaung memanggil Siti teman serumahnya.

"apanya..?" jawab Siti dari dalam biliknya.

"ajar aku math ni, esok ade quiz"

"mai lah bilik aku ni..."

Mendengar jawapan dari Siti menyebabkan wajah Deeb bertukar riang, siapa tak kenal Siti teman serumahnya, si gila math, bagilah soalan pusing macam mana pun, sekelip mata sure minah tu dapat jawab, berbeza dengan dirinya, minat sains tapi tak minat math...

*******

Mizie menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu, aduyy serabutlah, dia mengeluh, semenjak dua menjak asyik terbayang kan si Deeb tidur pon termimpi-mimpi, ade ke patut malam tadi dia mimpi Deeb dalam tidurnya siap bagi dia bunga lagi, adeys terbalik, sepatutnya lelaki yang bagi bunga pada perempuan, yang hairannya siap tiga kuntum lagi bunga tu... alahai hilang akal apa aku ni..

Ketukan di pintu mematikan menungannya, terjenggul kepala si Mizan,
"oii ada apa?" dia bertanya, kacau betul, nak layan blues kejap pon tak dapat.

"Ni ade surat untuk ko, ade sorang budak junior bagi, dia kata dari seseorang, bacalah.." ujar Mizan sambil menghulurkan sekeping kertas bewarna merah jambu... fuyyyooo merah jambu tuh...

Perlahan-lahan dan teragak-agak dia mencapai surat itu, cermin mata tebalnya yang terlurut di batang hidungnya dibetulkan.. siapa pulak yang bagi surat ni, takkan surat cinta kowt.

"oklah aku chau dulu r..layanlah surat ko tu..:" ujar Mizan sambil berlalu.

Mizie hanya mengangguk, apa yang ada dalam kepalanya sekarang hanyalah untuk mengetahui isi, dan butir-butir yang terkandung dalam surat itu.

************

Deeb melangkah perlahan... ditangannya terdapat sekeping surat bewarna biru.. H The secret?? siapakah gerangannya? fikirannya masih ligat, mencari-cari siapakah diantara kawan-kawannya yang mempunyai nama yang bermula dari "H"... rasanya macam takda, dia buntu.. takpa-takpa sekejap lagi aku akan tau siapa dia, yelah dalam surat tu ajak aku jumpa kat playground taman bullion.. aduy dup....dap...dup..dap...
awatlah jantung aku rasa nak meloncat keluar ni? Deeb tenang Deep, kalau mamat tu buat jahat kat kau, kau flying kick jea dia.. apa guna kau belajar taekwondo hari tu, hati kecilnya berbisik menenangkan dirinya..

Dari kejauhan dia lihat sesusuk tubuh sedang asyik berdiri menghadap langit, isyy dah lah ajak jumpa waktu malam, seriau betullah..Deeb menggetap bibir, perlahan dihampiri lelaki itu..

"err... Assalamualaikum..." Deeb menegur.
"Waalaikumus....salammmm...kamu???" lelaki itu memekik, dan Deeb yang sedang tunduk memandang kakinya sendiri, konon-konon nak tunjuk yang dia gadis pemalu pantas mengangkat wajahnya, matanya terbeliak terkejut, budak nerd ni??

"engkau lagi, balik-balik muka kau, aduih macam takda muka lain aku nak tengok kat dunia ni.." Deeb membentak kasar.

"Hei sedari, siapa yang nak jumpa siapa sebenarnya hah? dah lah janji pukul berapa, pastu datang pukul berapa.." Mizie juga tak kurang, tak mahu mengalah.

"Oitt tolong sikit, kau ingat aku terhegeh sangat ke nak jumpa kau? hah? lagi pun aku datang tepat apa, macam dalam surat kau tulis tu, 8.15 pm.."

"Hah bila masa saya hantar surat kat kamu, kan ke kamu yang hantar surat kat saya janji nak jumpa saya jam 8 malam.. apa kes ni kamu???" Mizie dah tak boleh tahan sabar, dia yang ajak aku jumpa, senang kata aku yang ajak dia, suka-suka jea nak putar belit ayat..

"uikk chop-chop.. ulang balik ayat kau tu?? siapa yang ajak siapa jumpa ni hah? siapa? aku ada bukti dari surat yang aku dapat ni, kau kata jam 8.15, tak caya ambik balik surat ni dan tengok, cit muda-muda lagi dah lupa..!!" Deeb membentak kasar, aku dah hilang sabar ni, ada yang makan malam cap penampar gamaknya karang..

aikk dia pulak yang marah aku, siapakah yang bersalah kini?? aku keliru dah ni, kalau bukan dia yang hantar siapa yang hantar..kalau bukan dia kenapa dia boleh ada kat sini sama-sama dengan aku???... Mizie mengurut-ngurut dahinya, aku dah pening...

Deeb diam, berfikir walaupun otaknya seperti sudah tak mampu nak mencerakin.. dia kata bukan dia, tapi H tukan awalan nama dia Hamizie.....dia terkejut tiba-tiba...

"Jangan-jangan...." serentak mereka bersuara..
"jangan-jangan apa?" Deeb tak sabar bertanya bila ayat mereka mati serentak.
"ada yang nak kenakan kita kot.." Mizie menjawab.

Di suatu sudut...

Nani,Ira,Farah,Siti,Yani, Dilla,Akma dan tak ketinggalan Mizan, masing-masing menekan perut menahan gelak..

"ekekeke rancangan berjaya.." ujar mereka serentak..
"Jom blah, biarkan dorang selesaikan apa yang patut...haha" Mizan bersuara mengajak mereka berlalu.

Masing-masing hanya menurut, dengan senyum ceria masih bergayut di bibir masing-masing..

*********

Masing-masing buat gaya tak tahu apa-apa apabila melihat kelibat Deeb melangkah masuk, wajah Deeb seperti biasa seolah tiada apa-apa berlaku kononnya, alah nak cover lah tu, dalam hati macam nak meletup.. bisik hati kecil Nani..

"so apa cer kau dengan H the secret tadi??" tanya Farah, konon-kononnya tak tahu apa-apa

"Nothing, cuma ada salah faham jea, kitorang masing-masing terkena...adeyss entah siapalah yang kejam tu..sampai hati kenakan aku begini..hukhuk.."

Nani dan Siti berpandangan sambil mengulum senyum.. kitorang bukan sengaja nak kenakan kau tapi cuma nak memanjangkan jodoh antara korang... bisik hati mereka.

***********

Mizie menghempaskan tubuhnya pada katil bujangnya, kurang ajar betol siapa yang kenakan aku.. apa dia orang ni ejen cari jodoh ke?? suka-suka jea nak match-match orang, dia mengomel sendirian sehingga tak perasan Mizan sudah berada berdiri di dalam biliknya.

Tapi... err comel gak si minah tu kalau dia malu-malu.. haha pink muka dia.. Mizie tersenyum sendiri..

Bantal kepala di capainya lalu dipeluk seerat mungkin, macam ada satu perasaan lain yang terbit saat mereka berdua tadi, perasaan yang sukar nak bayang atau di tafsir..babak-babak sebentar tadi kembali terbayang..

"Adibah.. saya rasa kita dah kena mainlah.." akhirnya selepas perasaannya tenang sedikit Mizie bersuara..

"yup begitulah yang aku rasa..." Deeb menjawab perlahan, hampir tak kedengaran suaranya...

"Jomlah kita g makan, Kat restoren taqwa tu, banyak benda nak cakap.." Mizie mengajak..yelah takkan nak terconggok jea kat sini, nanti karang orang nampak apa pulak yang dikata..

Sepanjang "dating" mereka, Mizie perasan Deeb nampak malu-malu, dan asyik menundukkan wajah, heh tadi ke main lagi garang, tapi la ni kemainlah pulak malu, cover ayu ke apa, bebel Mizie apabila melihat tingkah laku Deeb, ni siapa yang sebenarnya nerd skang ni, aku ke minah ni,

Setelah melihat surat yang dibawa oleh masing-masing, barulah suasana tegang antara mereka sedikit reda, dan memang benar tulisan-tulisan tu bukan milik mereka..

***********

Majlis konvokesyen telah lama berakhir, kelihatan Deeb, Farah, Siti, Nani, Mizie dan Mizan masih lagi begitu rancak berborak, banyak benda yang di bualkan, banyak perkara yang di ungkit kembali.. Deeb kelihatan begitu selesa sekali di sisi Mizie, eheh, hubungan yang dirancang oleh teman-teman akhirnya mula berputik menjelang final exam.. dan bertambah rapat bila masing-masing menamatkan diploma, telefon bimbitlah yang menjadi perantara antara mereka..

Hari itu, entah dimana silapnya Nani terlupa mengunci lockernya dan Deeb yang tercari-cari modem broadband milik Nani telah menjumpai sesuatu..

Kertas-kertas ape pulak ni, bisik hati kecilnya, tergerak hati kecilnya untuk mengetahui isi yang terkandung dalam kertas itu...

Awak,,,
Saya dah lama meminati awak,
Awak lain dari yang lain,
Bla...bla...bla...

Deeb dah tak mampu nak meneruskan bacaannya, perasaanya kini macam umpama gunung berapi yang di penuhi lahar yang menanti masa untuk meletup...

"Nani...!!!!!!!" jeritnya kuat, tak guna korang selama ini semua dirancang oleh teman-temannya, Deeb menggetap bibir geram yang sangat-sangat dah ni.. Kenapalah aku ni bodoh sangat, tulisan kawan baik sendiri pun aku tak cam, kenapa aku tak perasan tulisan dalam surat tu hampir sama dengan tulisan Nani..

"Aduyyaii... TSD (terkenang semasa dulu) lah pulak..." Farah bersuara

"yup aku tak boleh lupa hari tu, tengok si Nani ngan Deeb hampir nak bergusti kerana surat-surat palsu yang kita reka tu..." ujar Siti menyambung.

"ehehehe, Deeb tu action je lebih, haha tengoks sekarang jadi merpati sejoli gi tu"

"huhu aku pun nyaris kena tumbuk dengan si Mizie hari tu, tapi kalau kena tumbuk pun aku tak kisah, tengok hasilnya sekarang, berbaloi beb..." Mizan menyampuk.

"ekekeke mintak sorry lah banyak-banyak geng...waktu tu jiwa berangin sikit.." pohon Mizie sambil diiyakan oleh Deeb.

"takda hal lah, kitorang tak kisah, tengok korang dah bersama ni dah cukup dah bagi kitorang..."

"betul-betul-betul... hehe Deeb jaga Mizie elok-elok, aku tengok dia makin hensem tanpa spek mata tebalnya haha..." Farah mengusik.

"oh sudah pasti, lepas ni aku akan buatkan dia spek yang lagi tebal, biar takda yang nak terpikat kan sayang?" ujar Deeb dalam nada gurauan juga, Mizie hanya mengangguk.. iyakan jea bicara buah hatinya itu.

"hehehe nampak dari gaya ni, macam ada rezeki nak makan nasi minyak free jea, dah terbau-bau dah ni.." Siti mengenyit mata kepada teman-temannya seusai bicaranya.

"oiiittt...., dah-dah, yang tu lambat lagilah..." ujar Deeb dan Mizie serentak.

~THE END~
Sebuah catatan kenangan, dedikasi ini di tujukan kepada mereka-mereka yang pernah hadir bersama diri ini, bersama-sama berjuang didalam medan ilmu, terima kasih teman-teman Nani,Farah, Siti, Deeb dan adik-adik Ira, akma dan Dilla, anda sumber inpirasi untuk cerpen ini.




9 comments:

Anonymous said...

haha
mengong tol yen de name2 tmpat kat kolej kite ni..
i rindu adeeb!!
thanks gak kat u bab msok kan name i..
haha

=nani=

oReN LabyRiNtH said...

u rindu adeeb ke u rindu i...??
ekekeke..
masyeh2.. sudi baca..

Anonymous said...

wah..terharunya aku..
yen wat cite psl aku..(pasan je)huhuhu..
smpai meleleh air mate aku bce..
dah la aku jauh kat cni..
rindu korang sume..
sorry lmbt bce..bz nak sesuaikan diri kat cni..
pape hal.thankz yen...
miss u a lot..
semoga ko trus sucess dalam menulis citer..
kim slm kat dak2 dorm k..

~salam perantauan~
adeeb

oReN LabyRiNtH said...

huhu...
Adeeb..
masyeh- bab sudi singgah n bce cite ni...
Ni semua idea nani i tukang tulis n tokok tmbah jea...
Misy u to bebeh..
Jgn lupe kami dcni, sntiasa comei n ceria sllu,
Jgn lupe mam ubat, jgn lupe mam, kami xda dah nak bwk awk g GH cm dulu2...
Ingt kngn kita smua, slgi kita msih bnyawa,
Bljr elok2...
We miss u n alwys luv u...

Anonymous said...

i tak meleleh air mate tgk cerpen ni.
tp i meleleh bab ayat2 yen dlm cmmnt ni..
hakhakhak

oReN LabyRiNtH said...

wah...
Nen tlg jgn...
i dah xde stock tsu ni...
maafkn gue sbb buat air mta u tumpah...
meh peluk meh...

Anonymous said...

wah!
yen nk pelok saye???????????
ni yg sgt teruje ni!
haha
esok mlm u plok i eh..
ari kames...al maklum~
lalalalala

-nani the gorgeous-

Anonymous said...

wah!
yen nk pelok saye???????????
ni yg sgt teruje ni!
haha
esok mlm u plok i eh..
ari kames...al maklum~
lalalalala

-nani the gorgeous-

LabyRiNtH said...

adeyss...
gila miangs my fwen ni...
huihui...
x ssuai ntuk bcaan budak2 skolah rendah t nane...
isk3
Astaghfirullahalazim....

Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,