Tuesday, June 9, 2009

Cerpen : Nasuha





Dengarlah insan satu cerita,

Tentang duka dan pahit perjalanan,

Tentang hina dan rapuh pertimbangan,

Tentang penyerahan pada Tuhan.


Naila Aqilah termenung panjang di beranda rumah kecil itu.. memerhati tiap titisan air hujan yang turun sedari tadi. Hurmm sampai bila aku mahu hidup begini? berulit kemiskinan setiap masa, aku perlu pergi ke bandar itu, aku perlu ubah nasib keluargaku, aku mahu hidup mewah macam orang lain, punya rumah besar, kereta mewah, pakaian yang mahal-mahal dan makan yang enak-enak, aku tak mahu terus hidup macam sekarang, makan pun sekadar yang ada, berumah kecil beratap daun nipah yang bila hujan turun airnya melimpah membasahi lantai, aku tak mau, aku tak nak, aku tak ingin selamanya begini.... itulah keluh kesah hatinya hampir setiap hari, jarang dia mensyukuri nikmat Yang Esa, ah manusia, mana pernah tahu erti puas dan cukup, kehendak yang tak terbendung, nafsu yang melangit.


*************

Kamar mewah itu dipandang sepi, kebosanan sendirian di malam-malam minggu begini, dia lelah, dia benci, Darius Zikri, menghempaskan tubuhnya pada sofa yang terdapat didalam kamarnya, sangat bosan tersangat bosan, punya keluarga tapi seolah tiada.. dia meletakkan tangan di atas dahinya, kadang-kadang dia tak faham, kenapa mama dan papanya benarkan dia lahir ke dunia ni sedangkan sedikit pun kehadirannya di pedulikan.. Apa yang mereka tahu hanya beri dia wang, tak cukup dengan wang mereka berikan apa saja yang dia mahukan sehingga dia rasa kehidupan dia seperti tiada apa-apa makna, nothing, zero....!

Deringan telefon bimbitnya memecahkan lamunannya, pantas dicapainya telefon itu..

"Hello, yup...apahal beb?" dia pantas bertanya kepada si pemanggil

"Jom keluar, boring gila kat rumah ni..." terdengar jawapan si pemanggil, sama seperti dia, temannya itu juga punya harta melimpah ruah, tapi kekurangan perhatian dan kasih sayang.

"ok, tempat biasa..." pantas dia memberikan kata putusnya.

Ah siapa peduli tentang aku, mama dan papa tiada, yang ada hanya bibik di rumah ni, dia takkan berani menghalang tiap langkah aku, hatinya bergumam.

Dia bangun menuju ke meja solek, menilik wajah yang sememangnya telah elok sempurna pada cermin, sikat yang terdapat di situ di capai, rambutnya disisir rapi... setelah puas dengan penampilan sendiri, kunci kereta dicapai, pantas kakinya di atur keluar dari kamarnya......


************


Seorang gadis tersungkur di ranjang noda,

Kerana asyik mengejar nikmat dunia,

Demi lupanya pada Yang Kuasa,

Di hujung kembara rasa berdosa.


Kakinya di atur perlahan-lahan, semenjak turun dari bas tadi, dia tidak tahu ke mana arah tujunya, matanya meliar memandang sekeliling, gerun..! kota ini terlalu asing buat dirinya, Naila menelan air liurnya perlahan, terasa pahit, urghh... apa yang aku nak takutkan ni, aku yang buat keputusan begini, aku kena tempuh jugak, kalau tak sampai bila-bila pun hidup aku takkan pernah berubah..pujuk hati kecilnya sambil mengingatkan kembali tujuan asalnya.


"hai, awak, boleh saya bantu awak?"

Tiba-tiba dalam dia kalut sendirian memikir hala tujunya, dia ditegur, pantas dia menoleh, seorang wanita sedang tersenyum memandang kearahnya, mak oi seksinya, sempat hatinya memberi komen tentang penampilan wanita itu.

"Err... saya tengah cari rumah sewa dekat-dekat sini, saya baru sampai dari kampung.." teragak-agak dia menjawab.

Wanita dihadapannya masih seperti tadi, tersenyum mengangguk..

"Oh datang dari kampung lah ni ye? saya Sally, awak?" wanita itu bertanya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.

"saya Naila" jawabnya ringkas sambil menyambut huluran tangan itu.

"ok Naila, apa kata kita berborak dekat dengan restoran tu? kebetulan saya tengah cari housemate baru" ajak Sally

Nailah Aqilah hanya menganguk, mengikut cadangan wanita itu, lagi pun cuaca panas, boleh menggelegak otak aku ni, getus hatinya, mungkin dia lupa, panas dunia yang tak seberapa ni pun tak mampu ditahannya.

*************

Seorang pria terpesong dari kiblatnya,

Tapi sepanjang hayat redha bertaqwa,

Demi takutnya kepada yang kuasa

Menangislah ia sepanjang malam....


Darius Zikri membuka mata perlahan-lahan, dia memegang kepalanya, berdenyut-denyut sakitnya, mungkin kesan air syaitan yang diteguknya malam tadi, dia ingat malam tadi dia bertaruh dengan Remy siapa yang paling banyak minum, Dia bangun perlahan, matanya memerhati sekeliling, dan di sisinya terdapat seorang perempuan yang sedang asyik diulit lena, matanya diliarkan lagi, kelihatan pula pakaian-pakaiannya bertaburan di lantai, dia memerhatikan tubuhnya, sah tiada seurat benang pun yang menutupi tubuhnya....Aduhh..sakitnya kepala aku, dia mengeluh, tulah siapa suruh minum sampai tak ingat dunia, mereka bertaruh untuk mendapatkan perempuan dan akhirnya dia yang menang.


Dia bangun mencapai pakaiannya yang bertaburan itu, terus disarung ketubuhnya, dompet di saku seluarnya di capai, beberapa keping not 50 di keluarkan dan di campak kearah perempuan itu, tips untuk layanan malam tadi...dan dia berlalu, ingin segera pulang ke villa menyambung lenanya kembali itu yang ingin di lakukan sekarang.


***********


Sally memandang penuh minat ke arah Naila yang sedang asyik menatap majalah sedari tadi, hurmm... lawa jugak budak ni, kalau betul gayanya boleh buat duit aku, hati kecilnya berkata, semenjak pertemuan hampir 3 hari yang lalu, Naila terus menjadi teman serumahnya.. perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati gadis itu.

"hai khusyuk nampak, sampai tak sedar Sally datang..." dia menegur bila kehadirannya tak disedari oleh Naila.

Naila mengangkat wajahnya dari terus menatap majalah yang dibacanya,

"Hai Sally, sory Naila tak perasan tadi..."

"yelah mane nak perasan kalau asyik dok mengadap majalah tu jea, agaknya bom meletup pun Naila maintain tak perasan..." serentak terburai tawa dari Sally dek kerana ayat sendiri dan Naila turut ketawa bersama, dia senang dengan gadis itu, ramah, dan baik hati.

"Naila sebenarnya Sally nak tanya sikit.." Sally memulakan bicara setelah tawa antara mereka mula mereda.

"hurm tanyalah, apanya?" Naila menjawab, mendatar.

"Apa tujuan Naila datang sini sebenarnya?"

"La...Naila kan dah bagi tau hari tu, Naila datang nak cari kerja, nak ubah nasib keluarga.." dia menjawab.

"oh.. eh Naila kebetulan tempat kerja Sally ada kerja kosong, nanti Sally try tanya mummy.." berubah ceria wajah Sally tiba-tiba.

Tempat kerja Sally?, Sally kerja apa? keluar senja balik tengah pagi...isy musykil jugak aku, dan siapa pula mummy? agaknya mak dia kot, hurm mungkin dia kerja dengan family kot.. hati kecilnya mula berkata-kata, sering dia tertanya-tanya tentang pekerjaan teman barunya itu..

***********

"Zack, kamu tak masuk office hari?" tegur Dato' Zarul ketika melihat anak bujangnya menuruni tangga, dia mengerling jam di tangannya, hurm melewati 11 pagi.

"tak rasenya papa, i'm not feeling well" dia membery alasan.

"tak sihat? atau sebab kamu banyak minum malam tadi sampai mabuk? bibik kata kamu tak balik malam tadi.." sinis kata-kata yang keluar dari mulut Dato' Zarul, dan mamanya pula buat-buat tak dengar perbualan di antara mereka, malas nak masuk campurlah tu..

Darius Zikri mengeluh, bosan, tu yang dia tak suka bila orang tuanya ada di rumah, ada jea benda yang tak kena pada dirinya.

"alah... bisinglah papa ni, nampak muka zack je mesti ada je yang tak kena.."


"Kamu ingat papa suka-suka nak membebel ke? hey papa penat-penat kerja, sebab nak bagi kesenangan pada Zack, papa dah sediakan segalanya dan Zack hanya perlu sambungkan apa yang papa dah buat, susah sangat ke nak masuk office tu?" suara Dato' Zarul mula meninggi.

"Darling...janganlah marah Zack, alah diakan masih muda lagi, biarlah dia enjoy dulu, lagipun kat office tu kan ada pekerja-pekerja kita yang boleh dipercayai..." akhirnya Datin Natalia menyampuk rimas melihat bunga-bunga pergaduhan yang mula terbit antara suami dan anaknya.

Zack tersenyum senang, gembira ada yang membelai dirinya... mamanya memang selalu begitu, sentiasa memanjai dirinya, almaklumlah dia anak tunggal..

"oklah, mama papa Zack nak keluar dululah, kat villa ni "panas"lah rimas..." malas berlama takut perbalahan dengan papanya terus memanjang.

"huh tengoklah tu, cakap sikit jea merajuk, honey pun satu, manjakan sangat budak tu.."

"eh...eh darling ni, jangan babitkan saya pulak ye, dah dia satu-satunya anak kita, mestilah honey manja kan dia..."

*************

"Sally kita nak kemana ni?" hairan betul Naila, dari tadi dia tertanya-tanya tapi sedikit pun Sally tidak mahu memberitahu ke mana arah tuju mereka.

"kau nak kerja kan? so aku bawak kau jumpa mummylah ni...dont worry kerja senang jea, Sally yakin Naila boleh buat punya kerja ni..." akhirnya temannya itu memberitahu juga.

Dia hanya diam, gementar pun ada juga, hisy... kerja apalah yang si Sally dan mummynya nak bagi kat aku ni... debar pula hatinya.

"ha... kita dah sampai pun..." dalam asyik dengan bicara hatinya sendiri dia tak sedar entah bila kereta yang dipandu oleh Sally behenti.

Naila memandang sekeliling, mak oi tempat apa ni, bising semacam je dengan bunyi muzik berdentam dentum dah lah tu busuk pulak tu bau asap rokok bercampur aduk dengan bau masam entah apa-apa entah... dia mengomel dalam hati, tak berkenan langsung. Dia mengekori langkah Sally, belum sempat bertanya apa-apa dia telah di perkenalkan kepada seorang wanita yang pada kirannya awal 40an.. huh seksinya makcik ni...hatinya memberikan komen....

"oh ni lah budak baru yang kau kata tu Sally" wanita itu bertanya.

"ye mummy ni lah budaknya, so macam mana mummy? sesuai tak?" Sally menjawab sambil sesekali matanya melirik kearah Naila.

"Hurmm... sesuai, barang baik ni Sally, sapa nama budak ni?" wanita yang dipanggil mummy itu bertanya lagi, macam makcik polis pencen pun ada jugak, banyak soal...Naila merungut dalam hati.

"Naila, mummy..." dia menjawab pantas sebelum sempat Sally menjawab pertanyaan mummy itu. Dia menghulurkan tangan ingin berjabat dan wanita itu hanya menyambut salamnya dengan menyentuh hujung jari jemarinya. Mata wanita itu merenung tajam kearahnya... hey seram juga mummy ni, pandang aku macam aku ni makanan je....

"Ok Naila mulai hari ni di sini nama kau adalah Nelly ok..." beritahu mummy tegas, dan dia hanya mengangguk faham.

"kerja kat sini senang jea, kau layan pelanggan yang datang di sini, kalau layanan kau baik, kau dapatlah tips lebih, kalau diaorang ajak kau teman sampai ke bilik, terpulang lah sama ada kau nak terima atau tolak, tapi kalau kau nak duit lebih, aku cadang kau teman jea diaorang sampai ke bilik..." terang wanita itu mengenai kerjanya.

Naila menelan air liur, terasa macam di awangan tika mendengar apa yang di kata mummy tadi, Sally disisi dipandang dan temannya itu hanya menganguk.. ah.. terima jelah, lagi pun aku hanya diminta melayan pelanggan yang datang di kelab ni jea, mummy kata aku boleh menolak kalau diaorang ajak aku sampai ke bilik.. putusnya akhirnya tanpa berfikir panjang..

"Ok Sally kau pergi bawak budak ni tukar baju, takkan nak kerja kat sini pakai baju kurung, nanti pelanggan kita lari pulak, ingat ada ustazah sesat kat kelab ni"

"Dah siap ke Nelly?" terdengar laungan Sally dari luar, hampir setengah jam sudah dia berkurung dalam bilik persalinan, segan mahu keluar, belum pernah seumur hayatnya dia pakai pakaian sesingkat ini, sesendat ini, dia malu... pakaian ini betul-betul menjolok mata baginya, menampakkan hampir sebahagian daripada dadanya. Dia melangkah keluar perlahan-lahan... terasa wajahnya memerah menahan malu...

"la...yang pegi tutup dada tu dengan buat apa?" Sally menegur. Dia mengetap bibir menahan rasa.

"Naila seganlah Sally, tak biasa pakai baju macam ni.." dia bersuara memohon pengertian temannya itu.

"Alah nanti lama-lama biasalah tu ok...dah jum kita keluar, nanti bising pulak mummy tu..."

Dengan teragak-agak dia membuntuti langkah Sally, dilihat dari kejauhan, mummy sedang berborak dengan seorang lelaki muda mungkin dalam lingkungan akhir 20an atau awal 30an itu perkiraannyalah....

Ah... apa-apa jelah, lagi pun aku muda lagi, nanti aku dah kaya, dah banyak duit aku bertaubatlah...dia menyedapkan lagi hatinya yang asyik dari tadi bertanya pada diri sendiri, betul ke apa yang dibuat sebentar tadi...


*********

Suasana kelab malam itu hari ini tetap seperti selalu, hingar bingar dengan pelbagai gaya manusia, Darius Zikri tak tahu kenapa dia mencari ketenangan disini sedangkan dia tahu dia takkan mendapat ketenangan yang dicari itu.

Matanya dihalakan pada seorang gadis yang dirasanya baru pertama kali dilihat di kelab itu, hurmm...macam masih kekok-kekok tapi pakaiannya fuh....meleleh air liur.... perlahan kakinya di atur kearah gadis itu. Di pertengahan dia disapa oleh seseorang, dia menoleh, seorang wanita mengahampirinya, siapa lagi kalau tak mummy yang menyapanya, ibu ayam di situ.. Mereka berlaga pipi... heh macam selalu, baginya tiada apa yang membataskan pergaulannya...

"Mummy siapa tu?" dia bertanya sambil menunjuk kearah gadis yang dipandang tadi..

Mummy tersenyum.."hah tu budak baru mummy, Nelly namanya..." jawab wanita itu sambil menggamit kearah gadis itu.

"dah ada yang booking ke? kalau belum I nak booking dia malam ni..." Zack meluahkan hasrat.

"belum lagi Zack, u nak ke? i boleh bagi u discount, sebab u orang yang 1st booking budak tu..."

"yup...sure..." dia menjawab pendek, berminat betul dia dengan Naila.

"Ok Nelly, encik ni dah tempah kau, kau boleh ikut encik ni..." arah mummy pada Naila yang dari tadi hanya diam memerhati urusan menjual beli dirinya.

Dia hanya menggangguk, gugup pun ada jugak, rasa nak lari pun ada, tapi....ah lama-lama nanti aku biasalah...

"ingat, dia pelanggan tetap kat sini, layan elok-elok, jangan sampai memalukan aku, kalau dia komplen apa-apa tentang kau siaplah...." mummy berbisik keras pada telinganya. Naila menelan liur, dan malam itu menyaksikan seorang lagi anak adam yang tersungkur menyembah nafsu hanya kerana mengejar nikmat dunia.


**************

Naila membuka mata perlahan-lahan, aku kat mana ni........ dia cuba mengingati apa yang terjadi akhir malam tadi, tapi tak berdaya. Dia bangun perlahan, masih tak sedar akan keadaan dirinya sendiri... beberapa langkah...baru dia perasan, tubuhnya tiada berpakaian, dan dia bertambah terkejut terdapat seorang lelaki sedang lena di atas katil... Apa semua ni...dia masih tergamam...

Lama dia menekur didalam bilik air... dia ingat malam tadi dia diarah melayan lelaki itu dan tanpa diduga lelaki itu telah menghulurkan segelas air padanya, dan dia tanpa teragak-agak terus meneguk air itu....selepas itu dia merasakan pandangannya berpusing... dirasakan dunianya indah, dengan gelak tawa dan segalanya... dia hanya menuruti kehendak lelaki itu sebab dirinya sudah dilanda mabuk........

Melangkah keluar dari bilik air, dilihat lelaki itu sudah siap berpakaian...

"hye... " Zack menghadiahkan senyuman kearah dirinya..

Naila tersenyum, dia masih lagi tak percaya apa yang terjadi...

"Hurm...ni tips untuk layanan kau," lelaki itu menghulurkan beberapa keping not 5o kepadanya..

"next time boleh layan aku lagi kan?" lelaki itu bangun berlalu menuju ke pintu ingin pulang tetapi sebelum tu sempat menghadiahkan flying kiss kepadanya..


***********

Tiada apa yang perlu dikesalkan bagi aku, Naila memujuk hatinya... lagi pun kerjanya bukan susah, layan jea mereka, lepastu dah, dapat pula upah yang lumayan.. hai tercapai juga impian aku nak hidup senang...

Setelah hampir 5 bulan bekerja bergelumang dengan dosa dia telah berpindah keluar dari rumah Sally...kepada keluarga di kampung, dikatakan dia telah mendapat pekerjaan dan punya bos yang pemurah... Naila tersenyum lagi.. memang kehidupan dia berubah seratus peratus, pakaian yang singkat-singkat sahaja kini tersarung di tubuhnya... dan lebih utama dan paling dibanggakan, dia menjadi kesayangan mummy kini sebab dia yang paling banyak mendapat permintaan antara semua.

Naila memandu tenang, hari ini dia ada temu janji dengan seorang pelanggan tetap kelabnya, sesekali dia menilik wajahnya pada cermin yang terdapat di keretanya, hurm... tiada celanya, beruntunglah dia dilahirkan dengan anugerah wajah yang menawan, yang apabila dipandang sekali tak akan puas rasanya.

Deringan telefon bimbitnya mengganggu tumpuan pemanduannya, tangannya pantas mencapai tas tangannya yang terletak di sebelah tempat duduk pemandu, sedang asyik menggagau cuba menggapai telefon bimbitnya, dia tak sedar kereta yang dipandunya telah memasuki laluan yang bertentangan dan akhirnya......... bangggg...!!!!! terasa ada hentaman yang kuat terjadi, dia kaku, pandangannya menggelap dan akhirnya dunianya menjadi sepi......................................

**************

Seorang kanak-kanak kecil begitu asyik membantu seorang wanita tua buta melintas jalan, pemandangan itu betul-betul menarik minat Darius Zikri, lama dia memerhati tingkah kanak-kanak kecil itu, sehinggalah kanak-kanak itu hilang daripada pandangan matanya...

Kecik-kecik lagi dah pandai buat bakti, tak macam aku ni.....hurmm untungnya siapa yang jadi mak ayah budak tu...hati kecilnya tiba-tiba berkata-kata memuji sikap kanak-kanak itu...

Tiba-tiba terasa bahunya di tepuk, mematikan terus lamunanya...

"kau ni apahal beb? tak sihat ke? aku cakap kau macam buat tak dengar jea?" Remy temannya menyoal, hairan... apa ke hal lak member aku ni diam jea, tak sihat ke apa....

"takda apalah Remy, cuma.....aku macam takda mood nak keluar and lepak cam biasa, aku jemulah...." perlahan dia menjawab.

"Abis kau tak join lah lepak malam ni?" Remy bertanya.

"Kalau kau takda tak bestlah weh.... kau kan tahu, kau sorang jea yang faham aku ni...alah tak syok lah macam ni.." sambung Remy lagi.

" Hurmm... kau ajaklah member kita yang lain, aku memang betul-betul takda mood nak lepak" dia menyambung malas.

"Kau takda mood or kau angaukan budak Nelly tu? yelah dah 2,3 hari aku tak nampak kelibat dia, biase kan ke kau berkepit dengan dia kat kelab tu.." tanya Remy lagi sembil menyerkap perasaan yang bergolak dalam hati teman baiknya itu.

"hisy... angau? mengarutlah kau ni...klah aku cau dululah, nak balik..." Darius Zikri bangun, ingin berlalu, betul...dia benar-benar tiada mood, entah kenapa peristiwa tadi berjaya mencuri tenangnya...

************

"Hentakkan yang kuat di kepalanya mungkin menyebabkan anak makcik akan terus berada dalam koma untuk jangka masa tertentu...."

Mak Kiah memegang kepalanya, mengurut-ngurut dahinya yang terasa berdenyut tiba-tiba, kata-kata Doktor Anas tentang keadaan anaknya Naila beberapa hari yang lalu masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, selamatkanlah anakku itu, ampunkan dosa-dosanya, ringankan beban-beban yang di tanggung olehnya, sembuhkanlah kecederaan anakku itu, sedarkanlah dia dari lenanya, dialah satu-satunya tempat aku bergantung harap Ya ALLAH, hanya kepadaMu aku memohon dan meminta" Doa Mak Kiah tiap kali usai solat.

**********

Dia termenung di balkoni banglo mewah itu, entah kenapa terasa malam ini terlalu panjang, lenanya pula asyik terganggu dengan mimpi-mimpi yang dia sendiri tak mampu nak tafsirkan. Darius Zikri mendongak memandang langit gelap, terdapat beberapa butir bintang di situ....

Lewat ini dia rasa perasaannya tak tenteram, tak tenang... sungguh semenjak peristiwa terlihat kanak-kanak kecil dan wanita buta itu, sering kali dia memuhasabahkan dirinya, terasa dirinya lebih kerdil dari kanak-kanak itu... yelah seingat dia, sepanjang hidupnya sehinggalah menjangkau sekarang, belum pernah dia berbakti kepada orang lain, usahkan kepada orang lain kepada keluarga sendiri pun rasanya tiada langsung.

Apa yang dia tau ialah enjoy, perasaan orang lain, kesusahan orang lain bukanlah urusan dia, bagi dia orang yang susah ialah orang yang malas berusaha, tak perlu di bantu golongan sebegitu....

**************

Aku kat mana ni..... kenapa peliknya tempat ni.... Naila Aqilah kehairanan, dia berada di sebuah tempat yang terlalu asing...... laluan yang panjang tanpa kelihatan pun penghujungnya..

Tekaknya terasa kering....dia dahaga, perlukan air, tapi di mana dia boleh mendapatkan air? sedang tiada apa yang kelihatan di sini... dia menangis, teresak-esak, ketakutan, kepenatan segalanya bercampur menjadi satu...

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk..."(surah Al-Israa' 32)

Naila tersentak, suara siapa tu? dia memandang sekeliling tapi tiada siapa-siapa, teringat pula dia akan kehidupannya selama ini, dia gementar tiba-tiba, esakannya menjelma kembali kali ini lebih kuat dari tadi,

"Ya ALLAH ampunkan aku, aku bertaubat Ya ALLAH, berilah aku peluang sekali lagi untuk menebus dosa-dosaku...." pohonya.

"Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya, dan ALLAH membiarkan sesat berdasarkan ilmu-NYA dan ALLAH telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihantanya, maka siapakah yang memberinya pertunjuk sesudah ALLAH ( membiarkannya sesat), Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (surah aj-jaatsiah 23).

Naila terpengun mendengar suara misteri itu.....dia betul-betul rasa bersalah, hina dan kerdil, dia terlalu mengikut hawa nafsu sehingga mudah terpedaya dengan godaan dunia.... Ya ALLAH ampunkan aku............ aku bertaubat Ya ALLAH, aku bertaubat Tuhanku, berilah aku satu lagi perluang, aku mohon...

************

"Kenapa mama tengok Zack 2,3 hari ni nampak muram jea? lepas tu asyik berkurung je dalam bilik...Zack ada masalah ke?" Datin Natalia bertanya, dia hairan melihat tingkah anak bujangnya itu.

" Takda apa-apalah ma....Zack cuma letih jea, banyak kerja kat pejabat tu..." dia menjawab perlahan.

"Ok kalau takda apa-apa cuba ceriakan sikit muka tu, ni murung je macam orang mati isteri jea..." sempat dia mengusik anaknya itu...

"hurmmm papa bila balik ma?" dia bertanya

"papa kamu kata nak balik esok, alah dia tu kata je balik esok ntah ya ntah tidak..."

"oh ya kejap lagi mama nak keluar, ada mesyuarat persatuan..."

***************

Alunan surah Yaseen berlagu lagi dibibirnya, surah itu dibacanya berulang kali, mengharapkan anak gadisnya sedar dari lena yang panjang, hampir 2 bulan Naila Aqilah terlantar tak sedar diri, Mak Kiah tahu anak gadisnya mendengar...

Acap kali dia melihat anak gadisnya meronta-ronta dalam komanya, kadang-kadang dilihat anak gadisnya menitiskan air mata seolah menangisi sesuatu...entahlah.... dia hanya berserah kini... dia tahu di sebalik apa yang terjadi mesti ada hikmahnya yang tersendiri.

Dalam masa yang sama...

Naila terduduk lemah diatas padang pasir yang luas itu, terasa teramat dahaga, cuaca terlalu panas, tapi dia tiada pilihan apa-apa, haba pasir itu mencucuk-cucuk tapak kakinya yang sudah mula melepuh tanpa alas..dia berkaki ayam....

Dia menangis lagi, terus menangis dan menangis...

********

"Bibik....!" panggilnya pada bibik yang sedang asyik mengemas ruang tamu. Terkocoh-kocoh bibik menghampirinya.

"Ada apa tuan?" takut-takut bibik bertanya, bimbang dirinya ada melakukan silap.

"Bibik, boleh ajarkan saya mengaji tak?" terus terang Darius Zikri bertanya, memang dia malu punya pelajaran yang tinggi tapi sayang alif, ba, ta pun dia tak kenal.

Terlopong mulut bibik mendengarnya, kok benar sih apa yang ku dengar ni...bibik menelan air liur...

"boleh ke tak bik?" dia bertanya lagi.

"bo....boleh tuan" tergagap-gagap bibik menjawap, masih terkejut, buang tabiat ke apa tuan aku ni? soal hatinya.

Melebar senyuman diwajahnya mendengar jawapan bibik, seingat dia dari kecil keluarga tidak pernah mengambil berat soal agama, yelah tengok rumah dia sendiri pun terdapat mini bar yang bersusun botol-botol arak mahal pelbagai jenama..dan seingatnya lagi sepanjang hidupnya belum pernah sekali pun dia melihat papa dan mamanya sujud menyentuh sejadah..

************

Matanya di buka perlahan-lahan, dia memandang sekeliling, kelihatan ibunya yang terlena di kerusi yang terdapat disitu, mungkin kepenatan menantinya. Naila cuba bangun tapi tak berdaya, dia rasa tak bertenaga seolah sudah berhari-harian dia tidur.....akhirnya di melepaskan keluhan hampa.

"Naila dah sedar nak?" Mak Kiah yang telah terjaga menegur dirinya, tubuhnya diterkam dan sebuah kucupan hinggap di wajahnya...

"Alhamdulillah, doa mak dimakbulkan..." terus dia buat sujud syukur terlalu gembira.

"Naila dah sedar mak, terima kasih sebab sanggup korbankan masa jaga Naila, bacakan Yaseen untuk Naila, Naila dengar semua tu, tapi Naila tak boleh nak bangun buka mata mak, maafkan Naila buat mak risau, maafkan Naila sebab susahkan mak, ampunkan semua dosa-dosa Naila mak....Naila mohon..."

"Naila tak pernah buat silap dengan mak, Naila anak yang baik...dah jangan nangis lagi.."

Ah...mak kalaulah mak tahu apa yang Naila buat semasa di kota mesti mak akan kecewa kan? maafkan aku mak...dia tak mampu meluahkan bicaranya kali ini..

*********

Mereka semua mengadap kiblat,

Menadah tangan kudus air mata,

Memohon pengampunan dariNya,

Atas dosa sebagai manusia.

Kehidupannya akhir-akhir ini dirasakan sedikit tenang, dia kini sudah pandai asas-asas hukum tajwid, solat 5 waktu pun sudah mula ditunaikan....Darius Zikri mengucap syukur didalam hatinya, tak sangka peristiwa kecil begitu mampu memberikan makna yang mendalam buatnya dan mengubah kehidupannya...

Doanya kini moga mam dan papanya juga beroleh hidayah sepertinya...

***********

Setahun berlalu.....

Naila Aqilah kini sudah pulih sepenuhnya, Alhamdulillah.....syukur yang teramat... dia kini menjinakkan diri dalam bidang perniagaan, walaupun untungnya tak seberapa tapi alhamdulillah, janji halal...itulah yang paling penting kini.

Dia menjalankan perniagaan menjual buku-buku berasaskan agama, impiannya adalah untuk berdakwah....

"Selamat datang encik, boleh saya bantu en....." dia terkaku sebaik sahaja lelaki yang baru memasuki kedainya menoleh....

"Nelly....." lelaki itu menyebut nama yang telah lama hilang dari pendengarannya.

"Zack..." Naila terpempan.

*****************

Hati hiba mengenangkan

dosa-dosa yang ku lakukan

Oh tuhan yang Maha Kuasa

Terima taubat Hamba berdosa

Kuakui kelemahan diri,

kuinsafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini

Terimalah3x taubatku ini..........

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan

kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan

Kuakui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini

Ku kesali kejahilan ini

Terimalah3x taubatku ini

Dihamparan ini ku meminta

Moga taubatku diterima

Rangkap kata dalam lagu Taubat Seorang Hamba yang berkumandang dari radio Ikim.fm memecahkan sunyi antara mereka, bagi mereka bait lagu itu terlalu mendalam maksudnya..

Mereka, Darius Zikri dan Naila Aqilah akhirnya disatukan kini dengan sebuah ikatan yang sah.. syukur dengan takdir tuhan yang esa.

Darius Zikri gembira kini, mama dan papanya juga sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti keagamaan, mungkin kerana setelah melihat perubahan yang berlaku pada dirinya

"sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya" (surah ar-ra'ad 11)

THE END~ Petikan lirik lagu Nasuha dari kumpulan Barongan dan Lagu Taubat Seorang Hamba dari Hafiz Hamidun sengaja aku selitkan sebab idea untuk menulis cerpen ni wujud waktu aku mendengar lagu2 ni... Harap anda dapat input yang cuba aku nak smpaikan~ aku masih perlu banyak belajar~ " Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu itu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.." (surah al-Baqarah 216) ini my 1st islamic cerpen~ Assalamualaikum

Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,