Thursday, May 14, 2009

Cerpen : Cinta Nescafe




Memang monyet punya manusia, selamba kodok jea, ada ke patut? memang tak patut kan? mamat tu boleh buat muka selamba jea, macam tak bersalah selepas tin nescafe yang ditendangnya mengenai dahi aku, apa mamat tu pekak ke? tak dengar ke aku mengaduh punyalah kuat. huh...! nasib baik tak kena kat muka aku, kalau tak sure cedera muka I, tak pasal-pasal kurang hantaran nanti....Aduhhh tak kuasa I.


Adesss apa benda yang aku mengarut ni da... Syi atau nama sebenarnya Hannan Insyirah menggaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal itu. Peristiwa siang tadi betul-betul mengganggu mindanya.

"huh tak maulah teringatkan mama tu, baik aku siapkan cerpen ni, esok boleh poskan dalam blog" gumam hatinya.

"idea..idea...i need idea.." dia mengetuk jari-jemarinya pada meja kerjanya yang terdapat dalam biliknya itu, sungguh entah kenapa otaknya hari ni beku, blur semacam, idea yang dicari tak kunjung tiba, "aiseyh awat blank semacam ja aku hari ni..."


Gitar kapok yang tersandar pada dinding di sebelah katilnya dicapainya. Dah hampir seminggu dia tidak menyentuh gitar kesayangannya itu. Jari jemarinya perlahan memetik gitarnya sambil bibir melagukan lagu kesukaannya.

"Dihimpit decengkami rindu ini...
Gerimis dukaku menggamit kenangan silam..
Resah dan pilu menghampiri...."

Lalala....lagu Mungkir Bahagia itu dilagukan dengan penuh perasaan..Ehemm sedap gak suara aku ni...,agak-agak kalau masuk One In a Million boleh menang tak? kekeke... dia tergelak kecil dengan bicara hatinya sendiri, perasan sungguh.


*************

Muaz bersiul-siul kecil sambil sesekali kakinya menendang-nendang rumput-rumput yang terdapat di sekitar taman itu, namu dalam asyik menendang rumput-rumput itu dia tertendang sekali tin nescafe kosong yang terdapat sekali di situ. Matanya terbuka luas, mulutnya terlopng terkejut bila mendengar satu suara yang agak halus mengaduh kesakitan.


"Alamak mati aku, nak buat macam mana ni" gundah hatinya bila melihat pemilik suara itu sedang mengusap kepalanya sambil mulutnya mengomel-ngomel yang Muaz sendiri tak berapa nak dengar butir bicaranya.

"ah buat bodoh jelah... aku bukannya sengaja pun" dia membuat keputusan sambil berlalu tanpa sedikit pun meminta maaf kepada mangsa keadaan tadi.

"buat muka selamba and blah lagi senang..."getus hatinya

Muaz mengeleng-geleng perlahan, apasallah asyik teringatkan peristiwa pagi tu, jiwa kacau betul la....rungutnya .. Nak buat apa yahari ni, telefon Nelly tapi rasanya Nelly dah tidur, teringat pula kepada kekasih hatinya Nelly Aida, Nelly yang cerewet,manja dan kadang-kadang dia sendiri rimaslah pulak bila Nelly mula terlebih manja, Hesy macam anak kucing lapar pun ada juga, menggesel-gesel tubuh pada bahunya kalau tiba-tiba datang mood manjanya. Seram juga Muaz kadang-kadang dengan situasi itu, takut tak mampu nak kawal nafsu, terbabas nanti aku juga yang susah.


Perkenalan mereka bermula kira-kira satu setengah tahun yang lalu, pertama kali melihat gadis itu dengan lebih dekat, hatinya mula tertarik, siapa tidak mahu kenal gadis yang lemah lembut, manja, dan pandai bergaya begitu. Dan akhirnya selepas mengenali beberapa ketika mereka mengambil keputusan memeterai hubungan mereka sebagai sepasang kekasih, dan dia tak dapat nak melupakan perasaannya tika itu, dirasakan dunianya terlalu indah ketika Nelly menyatakan persetujuannya menjadi kekasih hatinya.


Dalam ralit melayan perasaan, dia tak sedar entah bila dia terlena, dengan lampu bilik yang terpasang hingga ke pagi.


************
"oit Syi lajunya nak kemana tu?" Insyirah pantas menoleh pabila terdengar dirinya di tegur. Kelihatan Nurida sedang tersengih memandang kearahnya.

"aku nak cepat ni, Encik Boss paggil, entah apa yang dia hendak entah" pantas laju mulutnya menutur bicara menjawab soalan temannya.


"ok lunch nanti lunch sama-sama eh"

"ok tempat biasa" sambil membuat isyarat tangan ok, langkah kakinya diatur pantas menuju kebilik bosnya Dato' Azman Aftar.


Insyirah merungut-rungut tak puas hati, raut wajahnya sedikit tegang, selepas keluar dari bilik bosnya tadi, itulah raut wajah yang Nurida nampak, hendak bertanya takut pula kawannya itu berangin, macamlah dia tak tahu yang perangai kawannya yang sedikit baran itu.


"benci betullah dengan encik boss tu," tiba-tiba tanpa diduga Insyirah membuka bicara.

"Kenapa pulanya?" Nurida pantas pula mengajukan soalan, tak sabar nak mengetahu apa yang berlaku sebenarnya.


"ada ke patut, dia suruh aku betulkan balik kerja semalam and then kerja tu mesti ada atas mejanya dia esok sebelum pukul 9 pagi, alamatnya aku balik lambat lagilah hari ni..."

Insyirah membebel-bebel meluahkan ketidakpuasan di hatinya.

"Encik boss tu tak tahu ke aku ni perempuan, manalah elok balik lambat-lambat, apa-apa jadi karang aku dan keluarga aku yang susah..."masih lagi tak berhenti-henti membebel.

Macam mak neneklah pulak si Syi ni... Nurida mengomel didalam hati.

"Alah Syi, janganlah marah sangat, apa kata aku tolong kau?" Nurida menawarkan bantuan.


Mendengar kata Nurida, sekelip mata wajah Insyirah bertukar tona cerah, matanya bersinar..

"betul ke kau nak tolong aku ni? ni yang buat aku sayang kat kau ni" tanpa menghiraukan keadaan sekeliling pipi Nurida di kucupnya.

"oitt....oitt.. apa ni, kalau ya pun happy, janganlah over sangat" marah Nurida sambil mengesat pipinya dengan tangan, "nanti orang ingat kita ada skandal pulak" sambungnya lagi.


Insyirah hanya buat muka selamba, tersengih lebar menayangkan giginya, "Eh jom pergi lunch, aku laparlah..." serentak dia menarik tangan Nurida menyebabkan temannya hampir terjatuh. Teman-teman sepejabat yang lain hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah mereka. Macam buda-budak.... itulah yang terbit dalam hati mereka.


***********

Muaz bersandar lesu pada kerusi yang terdapat di taman itu, hatinya masih terasa sakit, hiba mengenangkan kasih sayang yang diberi seihklas hatinya tak dihargai langsung, dia masih seolah-olah tak percaya dengan apa yang dilihat.


"inikah balasan atas kesetiaan aku Nelly? Mengapa sanggup kau buat aku begini?" hatinya merintih hiba, kecewa dan sedih semua bercampur aduk.


Tengahari tadi dia sengaja menuju ke pejabat kekasih hatinya itu, hajatnya mahu mengajak lunch bersama, tapi sengaja dia merahsiakan tentang kedatangannya kononnya ingin membuat kejutan tapi sebaliknya, dia yang terkejut. Nasib baik tiada lemah jantung, kalau tidak dah arwah agaknya dia hari ni. Dia mengurut-ngurut dadanya, terasa sebal perasaannya. Terbeliak biji matanya bila dia menolak pintu bilik Nelly, melihat kekasih hatinya sedang asyik berkucupan dengan seorang lelaki dengan pakaian yang hampir tak sempurna mana...


"hancur hatiku menjadi keping-keping...."

Bait-bait lagu nyanyian Ahmad Dhani tiba-tiba menerjah ingatannya.

"ini bukan jadi keping-keping dah, tapi dah jadi debu terus" bisik hatinya sendirian.


Hannan Insyirah berjalan-jalan sendirian di sekitar taman itu, memang itu kesukaannya jika dia punya kelapangan masa. Air tin nescafe ditangannya di teguk perlahan, minuman kesukaan sedari kecil.

"kata orang nescafe ni tak berapa elok untuk kesihatan, tapi pedulilah,asalkan aku suka sudahlah, yang sakit pun aku bukannya orang lain" dia bergumam sendirian. Matanya meliar mencari tong sampah, hajat hatinya mahu membuang tin nescafe yang telah kosong isinya itu.


"Hisy mana pulak tong sampah ni, karang aku buang merata-rata karang kena samanlah pulak..." sungutnya sendirian, mata masih lagi diliarkan ke kiri dan kanan, dan tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang asyik melayan menungan.


"macam pernah kulihat mamat tu, tapi di mana ya?" dia meletakkan jari telunjuknya pada dagunya dan berfikir.


"hah....! mamat tin nescafe hari tu..." baru dia teringat kini, mamat itulah yang bertanggungjawab atas kebenjolan di kepalanya hari tu.


"Kali ni siap kau..." akal fikirannya mula merencana sesuatu, tin nescafe di tangannya di pandang, dia tersenyum nakal dan langkah kakinya di atur ke arah lelaki itu yang masih tak sedar lagi akan kewujudan dirinya.


"kukkk....!!" terasa dahinya dihentak sesuatu..

"ouchh...!! dia mengaduh kesakitan, pantas matanya meliar melihat sekeliling mencari benda apakah yang telah menghentam dahinya.


"hah...! tin nescafe? mana pulak datangnya benda ni" Muaz memandang sekeliling. Bertambah terkejut apabila melihat seorang gadis sedang memeluk tubuh tidak jauh dari tempat duduknya sambil menghadiahkan senyuman yang mengejek.


"weii... apasal kau..." tak sempat habis bicaranya gadis itu pantas memotong.

"Ini balasan kau, hari tu kau tendang tin nescafe kena kepala aku.." Insyirah tersenyum puas, Padan muka..tahu sakit...hatinya sempat lagi mengejek lelaki itu.

Muaz terkejut, la minah ni nak balas dendam ke, memang sengaja cari pasal, mood aku tengah tak baik ni...


"Sekarang kiranya 1 sama la ek.." Insyirah menyambung lagi, terasa puas di hatinya, dia berlalu sambil menyanyi-nyanyi kecil. Gembira dengan kejayaannya.. kekeke... baru kau tahu siapa aku..

Tapi..tiba-tiba terasa pergelangan tangannya di sentap. terpusing tubuhnya..

"bukkkk...!!" tersembam wajahnya pada dada bidang milik lelaki itu.

"oitt apa ni? mak aku kata, lelaki dengan perempuan bukan muhrim haramlah bersentuhan..", marah Insyirah sambil menggosok batang hidungnya yang terasa sengal, "orang ke apa mamat ni, keras semacam..." sempat lagi tu.

"oit tu mak engkau yang kata, bukan engkau" selamba Muaz membalas, siapa suruh cari pasal.

"Ingat aku takkan lepaskan kau", Muaz memberi amaran keras, pandangan tajam diberikan kepada Insyirah. Hai anak siapalah perempuan ni, kesian mak ayah dia, ada anak perempuan tak rupa perempuan, kasar semacam... sempat pula hatinya bersimpati kepada keluarga gadis itu.


"oi kirany kita takda apa-apa hutanglah, siapa suruh kau cari pasal dengan aku dulu? lain kali buat salah mintalah maaf, takdalah aku berdendam" tajam renungan matanya memandang wajah Muaz, masing-masing tidak mahu mengalah.

"weii monyet lepaslah tangan kau tu, sakitlah monyet," tersentak Muaz mendengar gelaran yang diberikan oleh gadis itu.


"apa kau kata? kau panggil aku monyet? suka hati je kau panggil aku macam tu, perempuan katik..!!"

"hah... ! kurang ajar sungguh... ambik kau.." kakinya pantas memijak kaki milik Muaz.

"Aduii..." dia mengaduh, cengkamannya terlepas.

Sebaik sahaja tangannya dibebaskan, Insyirah pantas melarikan diri...

"wekkkkk!! padan muka..." sempat lagi dia menoleh sambil menjelirkan lidah.

"apa punya perempuan lah minah tu, macam tak cukup akal kea" Muaz menggelengkan kepalanya. Sengal didahinya terasa kembali...

"ah balik rumahlah...sampai rumah nanti mesti mama ingat aku bergaduh... senget punya perempuan..."


********

"kau ni kenapa Syi? Monyok jea aku tengok, nak kata putus cinta, setahu aku kau ni single mingle lagi kan? Nurida bertanya, hairan, sedari tadi dia melihat Insyirah asyik termenung, biasanya gadis itu yang selalu menceriakan suasana pejabat mereka dengan mulut yang tak reti diam macam burung murai yang riang berkicau tapi hari ini diamlah pulak, risau pulak hatinya.

"Takda apa-apalah, aku cuma sedih sikit, yelah hari ni kan last day si encik boss tu kat sini, lepas ni takdalah orang nak marah aku, mesti aku sunyi....huhuhu"

Nurida menepuk dahinya, alahai benda itu yang difikirkan sampai begitu sekali, ingatkan fikir pasal apa masalah dunia ke, buang masa aku je cari e kat minah ni, hapa-hapa ntah...sungut hati Nurida.

"Ceh beda tu yang kau fikirkan, buang masa aku jelah kau ni" Nurida berlalu ke mejanya, malas melayan kerenah Insyirah yang macam-macam tu.

"hehehe.... saja jea buat gimik, nak tengok kau care dekat aku ke tidak" Hannan Isyirah mengenyit matanya sambil tersenyum nakal, gembira dapat mengusik sahabat baiknya.

"eh...eh tapikan Nuri, hai inikan anak dia masuk gantikan encik boss tu, kau rasakan anak dia ada macam dia tak?" Inyirah bertanya.

"Woi apa Nuri ni? dah macam burung nuri jea aku dengar" marah Nurida tak gemar dipanggil begitu. "manalah tau gaya dia macam mana, kita tengok je lah nanti" sambung Nurida..

Hehehehe...Insyirah tergelak.... hatinya di ulit bahagia dapat mengusik temannya yang satu itu..

"wah seronoknya gelak, ni nak kerja ke nak gelak?" tiba-tiba ada suara asing menegur gelakknya, siapakah gerangannya?

Tawanya terhenti, matanya terbuntang dan Nurida lagilah terkejut.

"Monyet...!!" Insyirah terjerit kecil

"Hai katik....jumpa lagi kita..." lelaki di hadapannya menegur sinis

Apa benda ni, sorang monyet,sorang katik, Nurida kehairanan, tak faham apa-apa..

"ok guys, mulai esok anak saya akan menggantikan tempat saya, saya perkenalkan ni anak saya Muaz Azfar Azman Aftar, masih single and available, umur 28 dan agak romeo sikit, kena hati-hati dengan dia ni..." Terdengar suara Dato' Azman membuat pengumuman disertakan dengan usikan kepada anaknya, sengaja mahu mewujudkan suasana santai. Ketawa mereka di situ pecah.

"papa ni sengaje je nak kenakan Muaz" Wajahnya bertukar masam, malu di usik di hadapan ramai-ramai begitu.

"dia ni boss baru aku? kenapalah mesti mamat ni...? haduiiii benci..!"

"Hai semua, saya harap kerjasama dari anda, dengan saya mudah je caranya, anda hormat saya, saya akan hormat anda kembali" mendalam kata-katanya itu sambil matanya menjeling ke arah Insyirah yang telah memerah wajahnya.

"Hehehe...lepas ni siaplah engkau katik" hatinya tertawa jahat, pelbagai rancangan sudah terencana dalam kepala otaknya.

Episod huru-hara dalam hidup Insyirah pun bermula, semuanya berpunca daripada hanya satu tin nescafe, hai mungkin sudah takdir kot...

*********

"Hadui penatnya" Insyirah melepek kepenatan di mejanya.

"Kau kenapa Syi?" Nurida bertanya, timbul rasa kasihan apabila melihat raut wajah temannya yang kepenatan itu.

"Monyet tulah, tak habis-habis nak membuli aku, tak boleh tengok aku senang sikit, kalau dah monyet, memanglah monyet jugak..benci! benci! benci!"

"Uik apa yang benci-benci ni? kata orang kalau benci-benci lama-lama jadi suka-suka tau" tersembul waja Muaz dihadapan mejanya sambil menatang sebiji mug.

Insyirah menjeling geram, balik-balik muka mamat ni, tak ada muka lain ke yang aku boleh tengok dekat pejabat ni?... hurmmm...harumnya bau nescafe ni, hidungnya kembang kuncup menikmati aroma air kegemarannya, entah kenapa timbul idea nakal dalam kepalanya untuk mengenakan Muaz.


"bos buatkan air untuk saya ke? terima kasihlah bos, susah-susah jea" selamba mug di tangan Muaz dicapainya terus di bawa ke mulut, meneguk perlahan sambil wajahnya di buat seolah-olah sedang menikmati kelazatan air tersebut.

"oii air aku tu?"

"ala boss buat yang lainlah, takkan nak minum sisa saya kot?" kikiki.... seronoknya dapat kenakan monyet ni.

Tergambar raut wajah bengang di wajah Muaz, lelaki itu berlalu dengan perasaan tak puas hati
"wei Syi beraninya kau kenakan budak boss tu?"

"ehehe padan muka dia, siapa suruh tiba-tiba timbul kat meja aku, eh kau nak rasa nescafe yang dia buat tak? boleh tahan gak rasa dia, kaw gila..." Insyirah menghulur mug kepada Nurida.

"Taknaklah aku, aku bukan minum nescafe pon" Hisy budak ni main redah jelah taunya..


*********


Muaz bengang, teramat bengang.
"Geramnya aku dengan si katik tu, hai hati sabar-sabar" bisiknya cuba menyabarkan diri sendiri.
"Berani betul perempuan tu minum air aku semalam, spesis apa ntah, tak tahu malu langsung"

Telefon di atas mejanya dicapai

"Manisah tolong panggilkan dispatch, saya ada surat urgent nak kena hantar hari ni" arahan terus diberikan kepada setiausahanya setelah talian bersambung.

"bos dispatch mc hari ni, wife dia bersalin" terdengar jawapan daripada setiausahanya.

Dispatch cutilah pulak hari ni, siapa aku nak suruh hantar surat ni, dia mengusap tengkuknya perlahan sambil berfikir.

"hah..! tiba-tiba dia menjerit kecil, Manisah di talian sedikit tersentak, "Kuss semangat ..." sambil mengusap dadanya.

"Panggil Insirah masuk bilik saya" arahan diberikan.

Ketukan di pintu biliknya menganggu tugasnya, arahan masuk diberikan.

"Boss panggil saya? tanpa memberi salam, Insyirah terus bertanya, tak ingin terus berlama di bilik lelaki itu, takut pergaduhan tercetus seperti selalu.

"hurmm... kau nampak surat tu tak?" Muaz bertanya sambil jarinya menunjuk ke arah satu sampul surat yang terletak di atas mejanya.

"Nampak" dia mengangguk pantas, cis aku tak buta lagilah...

"aku nak kau hantar surat tu hari ni, lepas hantar surat sebelum pukul 3pm mesti ada kat office jangan nak merayap" dia memberi arahan.

"hah bos nak saya hantar surat tu? bos ingat saya ni dispatch ke?" mencerlung matanya geram, suka-suka hati je arah orang macam tu.

"Ini arahan aku, kalau kau rasa nak terus kerja kat sini baik kau buat ikut apa yang aku suruh" selamba Muaz memberi pilihan.

"yelah-yelah saya hantar," surat itu dicapainya dengan wajah yang mencuka, cis takpa ada lori ada bas ada hari aku langgar kau naik bas.

Muaz tersenyum lebar, gembira gadis itu mengikut arahannya.

"oit lepas hantar surat mesti terus balik office sebelum pukul 3, tak balik office aku pecat kau" terdengar suara Muaz yang begitu menyakitkan telinganya.

"yelah-yelah saya taulah, tak payah nak ingatkan banyak-banyak kali"
Helmet diatas mejanya di capai, nasib baik aku pakai seluar hari ni senang sikit nak pecut scoot..

Nurida kehairanan, tak sempat dia membuka mulut untuk bertanya, Insyirah sudah memberitahunya terlebih dahulu.

"aku nak keluar hantar surat, budak boss tu memang monyet, takda hati dan perut betullah, punyalah ramai staf yang ada, aku juga yang jadi mangsa" dia menghamburkan rasa bengang yang terkumpul.
Mulutnya masih terkumat-kamit membebel, tidak perasan yang setiap tingkah lakunya menjadi perhatian Muaz disebalik dinding cermin bilik pejabatnya.

"Dahlah kat luar tu mendung..."

**************

"Hisy macam mana ni, hujan lebat gila, monyet tu pula suruh aku sampai office sebelum pukul 3, kalau tak jadi penganggur terhormatlah aku gamaknya" dia mengeluh perlahan, jam ditangannya di kerlingnya, menghampiri 2.45petang..

"ah redah jelah, kalau demam nanti boleh aku ambik mc" Insyirah membuat keputusan.

Muaz bersandar tenang pada sofa yang terdapat dalam bili pejabatnya, ada sedikit rasa senang terbit dalam hatinya, Hehehe... dekat pukul 4 petang dah, si katik tu tak balik-balik lagi, memang sengaja cari nahas, dia ingat aku main-main ke...

Telefon diatas mejanya berdering, Muaz pantas bingkas bangun mencapai telefon yang masih menjerit-jerit itu" boss ada call, saya tak tahu dari siapa tapi katanya penting" kedengaran suara Manisah di talian.

"Takpalah, sambungkan pada saya" dia memberi arahan.

Panggilam telefon tadi betul-betul diluar duganya. Muaz bingkas bangun sambil mencapai kotnya.

"Manisah saya keluar" beritahunya pada setiausahanya ketika melintasi meja Manisah. Wajahnya mendung sedangkan sekejap tadi dilihat wajah bosnya begitu riang, tapi sekarang sekelip mata sudah bertukar. Manisah mengangguk tak berani membuka mulut untuk bertanya.

Tiba di meja Nurida dia berhenti seketika, berfikir...

"Nurida ikut saya.." putusnya akhirnya

Nurida terkejut, "kemana bos?" spontan mulutnya bertanya.

"ikut jelah jangan banyak tanya"

Nurida menjeling pada Muaz yang hanya membisu dari tadi, begitu fokus pada pemanduan nampaknya. Wajah bosnya nampak tegang, dia sendiri kecut hendak bertanya apa-apa.

Dia tersentak bila tiba-tiba kereta membelok masuk ke kawasan HKL.

Apa yang terjadi sebenarnya? hatinya mula rasa kurang enak.
Seolah faham dengan apa yang bermain di fikiran Nurida, Muaz akhirnya bersuara "Insyirah kemalangan"


**************

Muaz meraup wajahnya berkali-kali. Kata-kata doktor tadi masih lagi terngiang-ngiang di ingatannya.

"Saya tak berani jamin apa-apa, keadaan kecederaan Hannan Insyirah terlalu kritikal, menurut saksi tubuhnya melambung beberapa kali, kalau dalam tempoh 48jam dia masih lagi tiada apa perubahan, maksud saya still tak sedar, harapan untuk dia terus hidup agak tipis".

Ya ALLAH semuanya salah aku, Dari sebalik dinding kaca itu dia memerhati keadaan Insyirah yang berselirat dengan wayar-wayar pada tubuhnya. Suasana sunyi menyelubungi semua tika itu, yang ada hanyalah bunyi mesin bantuan hayat. Nurida yang berdiri di sisinya juga sepertinya, lebih selesa berdiam diri dan memerhati sahaja.

Sudah hampir 24 jam berlalu, tapi belum ada lagi tanda-tanda yang gadis itu akan sedar, hati mereka semua sudah mula di gayut kebimbangan yang teramat sangat.

Tiba-tiba, lampu merah pada mesin bantuan hayat itu mula bernyala, garis-garis hijau pada skrin yang menunjukkan degup jantung milik Insyirah mula mendatar, bantuan kecemasan cuba diberikan. Kelihatan doktor dan jururawat bertungkus lumus berusaha memulihkan Insyirah, membantu dia bernafas, tapi keadaannya tetap sama, masih seperti tadi malah jantung milik gadis itu semakin melemah denyutanya, garisan hijau di skrin semakin mendatar dan akhirnya terus mendatar lurus menunjukkan tiada denyutan lagi jantungnya. Hampir 5 minit mereka berusaha tetapi tiada tindak balas, akhirnya mereka pasrah, mungkin sudah sampai masa gadis itu untu pergi.

Nurida sudah teresak sedih kerana kehilangan sahabat yang paling di sayanginya. Muaz Azfar tersandar lesu, semuanya salah aku. Entah kenapa dia terasa seperti kehilangan sesuatu yang terlalu berharga, malah perasaan ini lebih teruk daripada perasaan ketika dia putus dengan Nelly dahulu, hatinya kosong.

"Doktor....!" tiba-tiba terdengar jeritan daripada salah seorang jururawat di situ. Dia terpandang pada garisan hijau di skrin yang tadinya mendatar tiba-tiba menggariskan puncak-puncak..

"dia bernafas semula, cepat pasangkan oksigen"

************

Insyirah membuka mata perlahan-lahan, kat mana aku ni? dia pelik, perutnya terasa pedih yang teramat, aduh laparnya.... matanya di pandang ke arah sekeliling, uikk monyet ni pun ada?

"kenapa ni?" hairan apasal semua orang pandang aku macam tak pernah nampak orang?

"kau berjaya menakutkan aku" Muaz bersuara perlahan, lelaki itu tersenyum. Pandangannya di arah ke wajah Muaz, eh...eh kenapa matanya merah, dia menangis ke? Insyirah mengerutkan wajahnya seolah dia sedang kesakitan.

"kenapa? sakit ke? riak-riak risau mula tergambar pada wajah-wajah makhluk di sekelilingnya.

Dia menggeleng lemah"saya lapar..." betul memang dia teramat lapar, sebab seingatnya, sebelum menjadi minah dispatch terjun, dia belum menjamah apa-apa.

Mereka yang mendengarnya melepaskan nafas lega, ceh buat suspen jea..

***********

"Wei...jom kahwin?"

"hah...?" Insyirah terkejut, uikk biar betul mamat ni, takkan nak ajar aku kahwin dalam keadaan aku begini!

"kenapa? tak percaya ke? aku serius ni"

"tak...takdalah, awak ni hilang akal ke apa? Takkan dalam keadaan begini awak nak ajak saya kahwin, lagipun kan doktor kata kena tunggu 6 bulan baru saya betul-betul sembuh, nikan baru 3 bulan lebih"

"sebab keadaan kau macam nilah aku ajak kau kahwin, senang sikit aku nak menjaga kau" terus terang menjawab.

"owh awak nak kahwin dengan saya sebab awak kasihankan saya dan nak menjaga saya jea ke?"

"hurmm itu pun antara sebabnya juga, tapi sebab yang paling utama aku sudah jatuh cinta dengan kaulah katik, lagi mau tanya ka?"

Merah wajahnya mendengar kata-kata Muaz, ceh tak romentik langsunglah mamat ni...

***********

Hannan Insyirah mengelamun di balkoni banglo mewah itu. Rutinnya begitu kala petang menjelma, dia suka mengambil angin petang di situ. Lamunannya pecah bila terasa ada tangan yang merangkul pinggangnya.

"Syi I love you sayang..." terdengar bisikan lembut di telinganya beserta kucupan manja di pipinya. Dia memusingkan tubuhnya, selesa dalam dakapan lelaki itu..

"I love you too abang..." dia membalas ikhlas, hampir setahun berumah tangga, Muaz Azfar melayannya dengan baik, amat berbeza sekali dengan layanan ketika zaman mereka bermusuh ketat.

"nah...." satu tin nescafe dihulurkan kepadanya, dan ditangan Muaz sendiri terdapat satu tin lagi.

"thanks..." Insyirah menyambutnya. Satu tin nescafe yang banyak memberi makna kepada kehidupan mereka berdua.









3 comments:

Leno said...

so swit baby......

khaidi said...

grr..
tingin lak owg sepak tin nescafe kt pala ax nih..
^_^

Nuril Bahanudin said...

Meh akak sepakkan tin tu kat kpla dik khaidi..
Mo?
ekekeke (^,^)

Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,