Tuesday, May 5, 2009

cerpen : Waktu Yang Tersisa

Perlahan-lahan kakinya di atur satu persatu, wajahnya seperti biasa tiada beriak seolah jiwannya kosong tanpa perasaan. Hanna Naufal, dia insan misteri tersangat misteri. Bicaranya terlalu mahal untuk didengar, bicaranya hanya perlu, bicaranya terusa tanpa berkias, senyumnya juga jarang-jarang terukir. Gadis itu hanya kelihatan sedikit ceria bila tangannya mula menyentuh berus lukisan, mencalitkan warna pada kanvasnya. Dia kurang ramai kawan atau dengan kata lain hampir tiada kawan. Bukan tiada siapa yang ingin mendekatinya tapi hakikatnya dia yang menghindari mereka. Dia tak mahu mereka tahu siapa dirinya sebenarnya, dia dah cukup selesa dengan dunianya kini, bertemankan laptop sebagai tempat meluahkan rasa, bersahabat radio nur-islam sebagai pakar motivasinya, berkawankan mp4 sebagai pemecah sepinya, Sudah!!!! dia tak mahu apa-apa lagi, cuma...... dia terlalu ingin bahkan terlalu mengharap masa lalunya dikembalikan, sebab... dia terlalu rindu gelak tawa dan bahagia yang sentiasa menjadi miliknya. Hanna Naufal melepaskan keluhan.... dia bosan bila otaknya mula memutarkan memori lalu, dia benci, dia sakit sangat tersiksa.... dibawah pokok besar inilah dia selalu menghabiskan waktu, terkadang membaca, terkadang melukis, terkadang menulis, begitulah mengikut rentak kemahuan moodnya sendiri.
*************

"sayang.... watch ur step...!!" tapi....buk!!! dia dah tersembam jatuh.... adeyyyss mama... huargghh sakit... lagak anak kecilnya dia menangis, padahal sakitnya tak seberapa. Nakkan perhatian lah tu.. hehehe.. Puan Harissa sudah meluru pada anak gadisnya, cengeng walaupun usia sudah menginjak 19 tahun.

"tulah lain kali hati-hati, ni tak main terjah jea, awak ingat awak tu baby lagi ke sayang?" leter wanita itu, Hanna Naufal sudah buat muka masam macam tertelan sekilo asam jawa jea.

"dah mari masuk dalam sapu ubat kat luka tu... laa.... cepatlah bangun luka sikit jea, takkan nak suruh mama dukungkan kot. tak larat lah mama"... melihat anaknya yang masih tak berganjak lagi membuatkan akal fikiran nakalnya mula merencana idea..

"ok kalau sayang betul-betul tak larat, tunggu sini kejap, mama nak pinjam kete sorong pak mael nak buat angkat sayang...." mendengar sahaja kata-kata mamanya bingkas Hanna Naufal bangun "mama ni.... orang nak manja-manja sikit pon tak dapat"


"haa... tau pun taknak" kekekeke... tau takut... ketawa Puan Harissa dalam hati. Anak bertuah tu lah dia. Dia menggeleng kecil bila seringkali teringat perangai nakal anaknya yang satu ini.

Hari ini seperti hari-hari yang lalu, rumah agam ini tak pernah sunyi dari gelak tawa gurau senda ahlinya. Hanna Naufal paling suka mengusik isteri Pak Mael merangkap tukang masak di rumahnya yang kuat melatah. Dia anak tunggal, kasih sayang semua tertumpah kepadanya. Tapi dia tak pernah melatah dengan apa yang dimilikinya. Dirumah mewah ini dia menghabiskan waktu, mengenal dunia. Mamanya seorang suri rumah walaupun punya ijazah dalam perakaunan. Kata mama dia tidak meminati bidang itu, mengambil kos itu sebabkehendak arwah datuk dan neneknya. Sebabnya lagi mama lebih meminati seni lukis, kerana lukisan itu tiada hadnya. Tulah yang mama bagitahu padanya. Tapi dia memang suka mama dirumah. Ada mama dunianya sentiasa terisi, dihiasi kuntum-kuntum bahagia. Mama lebih suka meneruskan minatnya melukis di studio yang papa buatkan khas dirumah mereka.


"mama....oh.... mama...." Hanna Naufal mencari mamanya bila kelibat wanita itu hilang daripada pandangan matanya.

" mama disini sayang...." terdengar sayup-sayup suara wanita itu, taulah dia yang mamanya didalam studionya.

Lantas kakinya diatur ke situ, masuk tanpa mengetuk pintu, tubuh mama yang sedang mengadap lukisannya diterpa, dirangkul erat leher mamanya, kucupan manja dihadiahkan pada wanita kesayangannya.

"i love u mama,,," ikhlas ucapan dari hatinya

"i love u too sayang..."


Ah indahnya memori.... Hanna Naufal mengeluh berat. Kenapa mesti kenangan indah itu hadir seketika sahaja? Ya ALLAH... apakah dosaku sehingga Kau duga aku sebegini, aku tak kuat menanggung ujianMu ini ya ALLAH... ampuni aku ya ALLAH.. ampuni mamaku jua ya ALLAH..

*******************

"apa lagi yang kurang pada saya abang, sampai awak sanggup buat saya begini?" sayup-sayup kedengaran suara mam penuh sendu, Hanna Naufal bangun perlahan mengosok-gosok matanya yang dirasakan terlalu kelat. Dia menjeling jam di dinding, melewati 2 pagi.


" Rissa tak kurang apa-apa, tapi abang nie yang tak pernah cukup dengan apa yang abang miliki" perlahan kedengaran suara papanya menjawab. Dia masih lagi terpinga-pinga, mamai tersentak dari tidur belum hilang lagi. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke anak tangga, satu persatu dituruni sehingga ke anak tangga yang terakhir.


"mama, papa kenapa ni?" dia bertanya sedikit hairan. Serentak Puan Harissa dan Encik Nazril berpaling, tak sedar bila masanya anak itu tercegat disitu.

"kenapa sayang? kenapa tak tidur lagi ni?" Puan Harissa bertanya sambil cuba menyebunyikan riak mendung diwajahnya.

"anak papa kenapa ni" Encik Nazril pula menyampuk, cuba mengawal perasaan...


Semenjak hari itu, mama selalu termenun, itu yang dia perasan tentang perubahan mamanya. Papa pula semakin kurang lekat di rumah. Entahlah.... dia sendiri tak faham apa yang terjadi sebenarnya.


Ah... pergi, pergi, aku taknak ingat apa-apa tentang itu, dia memegang kepalanya, menggeleng-geleng cuba mengusir memori lalu yang suka bertandang akhir-akhir ini...

Tangannya menggumpal kertas di hadapannya, segalanya tak kena, lukisannya tak menjadi, dia takda mood. Ah nak ke mana aku hari ini? pulang ke rumah pun bukan ada siapa-siapa.. bicara hatinya.


Lama dia berfikir, adehh laparla pulak, memang patut pun sebab tengahari tadi dia ditahan di bilik kaunseling, apa lagi kena cuci minda, bertalu soalan ditanya oleh kaunselor tapi satu pun tak dijawabnya, sebab dia sendiri takda asa nak jawab. Dia pun tak tahu kerja siapa yang prihatin menyenaraikan namanya untuk di kaunselingkan. Baik hati sungguh sampai aku pun takdan nak makan, getus hatinya jengkel. Ah lepak McD lah... putusnya.


************

Badanya panas membahang, entah kenapa lewat ini seolah dia punya antibodi yang lemah, demamnya semakin kerap, Sebulan kadang-kadang sampai dua tiga kali demam, kalau dah demam tu susah pula nak sembuh dan hari ini dia demam lagi. tapi digagahi jua dirinya menghadiri kuliah, sudah banyak kali dia tuang kelas, dia kena gak jaga attendannnya tak mahu jadi mangsa bar oelh pensyarahnya nanti.


"Hanna Naufal, saya nak tengok assignment yang saya bagi semalam" Miss Tassy aka Natasys Leman sudah berdiri disisi tempat duduknya. Bila masa wanita itu datang ketempat duduknya dia pun tak perasan. Dia tersentak, sungguh dia lupa siapkan assigment wanita itu..


"hadui mampus aku.."err.. so sorry Miss Tassy saya lupa buat assignment Miss tu dengan kata lain saya tak siap" terus terang jawapannya.


Kelas yang tadinya bising kini bertukar sunyi, siapa tak kenal dengan Miss Tassy, dia amat pantang kalau studentnya tak siap kerjanya.


"alah paling teruk pun kau kena berdiri kat depan tiang bendera pas tu nyanyi lagu Negaraku," hati kecilnya mula berbicara, "masalahnya laratkah aku berdiri dala keadaan begini?


"disebabkan ni baru first time awak tak siapkan kerja saya, saya nak awak berdiri kat hujung pintu tu sampai habis waktu kelas saya""urrggg........ nasib badan.."

Satu jam berlalu, badannya suda mula berpeluh, kakinya sudah mula menggeletar, tapi dia tetap cuba bertahan, seboleh mungkin dia tak mahu sesiapa sedar keadaan dirinya.

1jam 15 mini... masih lagi bertahan...

1jam 29 minit pandangan dah berpinar...

1 jam 34 minit kejap lagi Hanna, bertahan...

1 jam 40 minit jari jemarinya mula menggeletar memicit dahinya... suara Miss Tassy sudah sayup-sayup dan.... bukkkkkk!!! tubuhnya menghempas longlai ke lantai, pandangannya gelap, dunianya sunyi.

Miss Tassy serba salah, tak sangka pula Hanna Naufal kurang sihat, dia terasa bertanggungjawab dengan situasi ini...

Tersedar dirinya berada di bilik rawatan diklinik yang terdapat di universitinya. Dahinya berplaster, mungkin akibat terhentak dan terhantuk sesuatu. Terdengar suara orang bercakap-cakap tapi dia tak tahu siapa. Dia bangun perlahan, tiub yang tersalur di tangannya di sentap, dan dia berlalu tak ingin berlama di situ.. tapi hanya beberapa langkah sebelum gerak lakunya disedari oleh seorang jururawat disitu. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri, berkali-kali dia menyatakan dirinya sudah ok tapi tiada siapa yang mengendahkan, Akhirnya tubuhnya disuntik sesuatu, dan rontaan melemah, matanya makin memberat dan akhirnya tertutup sepenuhnya.

Keputusan blood test yang diperolehinya tadi membuatkan dia rasa seolah langit runtuh menghempap kepalanya. Dia sendiri tak menyangka seserius itu penyakitnya.

Mengapa mesti aku Ya ALLAH, mengapa diri ini tak putus-putus Kau duga dan uji, ya ALLAH berilah aku kekuatan dan ketabahan.. aku mohon.

***************

Hari itu mereka merancang hendak berkelah di port dickson. Pada mulanya papanya setuju untuk turut serta, tetapi paginya, tiba-tiba papanya dapat emergency call, kata mama panggilan dari client sayrikat papa. Akhirnya mereka meneruskan perjalanan tanpa papa. Pak Mael memandu tenang sambil Mak Chah becok bercerita itu dan ini... sesekali disulami gelak tawa. Tiba di satu persimpangan, takdir tuhan, sebuah lori tiba-tiba hilang kawalan akibat salah satu tayarnya pecah dan akhirnya menghentam kenderaan mereka.. Segalanya terlalu pantas, Hanna Naufal kehilangan mereka dalam sekelip mata dan dia sendriri cedera parah dan kehilangan banyak darah...

Cik Hanna Naufal Binti Nazril, saya harap awak tabah dengan keputusan ujian ini, hasil daripada pemeriksaan pada darah awak tempoh hari dan setelah berkali-kali kamu teliti, pihak kami dapati awak penghidap HIV positiv.

Kata doktor separuh umur itu menghancurlumatkan hati dan jiwanya. Dia tak nampak apa-apa jalan dihadapannya, kecuali kelam, gelap tak bercahaya, seolah dia dijatuhi hukuman mati mandatori bawah akta dadah 39b pon ada juga.


HIV atau nama panjangnya Human Immunodificiency Virus. Penyakit ini menyerang dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi menghalang penyakit dan virus ni secara tak langsung merosakkan sistem pertahanan badan. Itu yang Hanna tahu secara generalnya tentang penyakit itu. Paling lama seseorang pesakit mampu bertahan mungkin 10 tahun atau mungkin 15 tahun bergantung kepada keadaan pesakitnya.


Langkah kakinya dia atur lesu ke arah pusara Puan Harissa, inilah yang sering dilakukan jika dia dalam keadaan gundah..

"Assalamualaikum mama... Hanna ada berita untuk mama, tadi doktor sahkan Hanna menghidap HIV positive, mungkin sebab hasil pindah darah waktu Hanna kemalangan dulu, jadi mama, maknanya tak lama lagi mungkin Hanna akan menemani mama... dan kita akan bersatu kembali seperti dulu.." bicaranya perlahan pada pusara bisu itu, Dia tersenyum pahit, belajarlah terima takdir. Ingantannya terputar pada satu hadis Rasulullah yang berbunyi "tiada ALLAH turunkan kepada seseorang itu dugaan dan sebagainya melainkan untuk menghapuskan dosanya laksana pohon kau menggugurkan daunya" (H.R.Muslim)

Astaghfirullahalazim.... Hanna meraup wajahnya, aku sepatutnya bersyukur dengan dugaanMU ya ALLAH, maafkan aku ya ALLAH..

Malam itu dihabiskan dengan mengabdikan diri pada sang pencipta, mencari kembali semangat yangg telah hilang, mengutip kemabali serpihan-serpihan dirinya yang telah berkecai lama dahulu. Berkali-kali meletakkan nilai rasional dalam dirinya dalam hidupnya, mencuba. dan mencuba dan akhirnya dia temui.. ahhh... esok akan tetap akan jadi milikku, aku nak jadi kuat macam arwah mama, yang sentiasa tersenyum walaupun terluka.


****************

"Assalamualaikum wbt... selamat pagi Miss"

"waalaikumussalam wbt... selamat pag...tersentak Miss Tassy melihat Hanna Naufal berdiri di belakangnya sambil menghadiahkan senyuman manis... Pelik!! biasanya budak ni muka kayu jea tapi kenapa hari ni ramah semacam? dia ada niat lain ke? berpura-pura baik.. jangan-jangan nak balas dendam kat aku sebab buat dia pengsan hari tu... Miss Tassy menelan liur gerun dengan andaian sendiri.
"saya nak pulangkan sapu tangan miss dan nak say thanks sebab bawa saya ke klinik hari tu" sapu tangan warna pink dihulurkan kepadanya, lama matanya jatuh pada sapu tangan tersebut.. ya memang sapu tangan itu miliknya, digunakan untuk menahan darah yang mengalir dari Hanna Naufal hari itu. Perlahan dia mencapai sapu tangan yang telah dicuci bersih, matanya masih tak lari dari memandang wajah Hanna Naufal
"saya mintak diri dululah miss... thanks again.." Hanna Naufal berlalu dengan senyum manis yang masih bergayut dibibir.
"aku mimpi ke ni? peliknya budak tu, buang tabiat ke apa?" masih terpinga-pinga
Jari jemarinya laju mendail nombor telefon Encik Nazril, terdengar deringan seketika dan panggilan di angkat.
"Hello papa assalamualaikum wbt, Hanna ni, hari ni Hanna nak balik rumah papa, dah lama tak jumpa mummy, " tak sempat Encik Nazril mencelah talian telah diputuskan menyebabkan dia soalah diawangan. Sungguh semenjak kemalangan itu, dia jarang punya masa untuk anak gadisnya itu, apatah lagi isteri mudanya melahirkan anak kecil pada hari yang sama waktu kemalangan itu. Emergency call dari client hanyalah alasan semata-mata pada hari itu, hakikatnya panggilan dari isteri muda yang menyatakan mahu bersalin tika itu. Sememang dia gembira, tapi kelahiran anak dengan isteri mudanya seolah berganti nyawa dengan isteri tuanya. Sedih dalam gembira.
************
9bulan berlalu,
Terasa kesihatannya semakin merudum, walaupun mengambil ubat seperti yang ditetapkan, dia kini di semester akhir pengajiannya, hanya satu dia pohon pada yang Esa agar dia punya waktu untuk menghabiskan degreenya. Tidak sekalipun dikhabarkan kepada Encik Nazril tentang keadaan kesihatan dirinya. Dia terbatuk perlahan, dalam keadaan begini dia selalu cuba elakkan dirinya berada di tempat awam.
Waktu yang tersisa, entah berapa lama lagi masih aku ada, mungkinkah sempat atau mungkinkah tidak aku menjejaskan kakiku atas podium menggenggam ijazahku, aku semakin tak berdaya.
"mama kenapa namakan Hanna dengan "Hanna Naufal" mulutnya lincah bertanya, waktu itu dia baru berusia 7 tahun, dan mama tak pernah jemu melayannya..
"sayang nama sayang tu, Hanna berasal dari nama Harissa, nama mama dan Naufal dari nama Nazril nama papa, kami gabungkan nama sayang sebagai bukti penyatuan cinta antara kami " panjang lebar mama menjawab walaupun tika itu dia belum berapa mengerti apa-apa.
Ingatan terlayar kembali ke masa tu...
***************
Sudah 15 hari umat islam mengerjakan ibada puasa, dan hari ini 15 ramadhan, jika hampir 4 tahun dulu, waktu-waktu begini mama mesti sudah sibuk mencuci pinggan mangkuk dalam almari, menukar langsir, membuat kek lapis kegemarannya yang kadang-kadang tak sempat sampai raya sudah dihabiskan, tapi kini tiada lagi itu semua...
Dirasakan waktunya seolah semakin hampir, kerinduan pada mamanya jua semakin menyala-nyala lewat ini. Sungguh hidupnya kini lebih terisi, punya kawan walaupun tak ramai, Miss Tassy yang mengambil berat, papa, mummy dan adiknya Daniela Isma yang semakin mesra. Semua mungkin sebab perubahan yang dilakukan olehnya selepas sekian lama menjadi makhluk yang tak berperasaan. Tangannya mencapai diari merah darah kepunyaannya. Laju jari jemarinya menari mencoret bait-bait perjalanan hidupnya.
Ketukan di pintu mematikan kerjanya
"masuklah.." dia memberi arahan
kelihatan Encik Nazril melangkah masuk
"anak papa tak tidur lagi?"
"belum lagi pa, belum mengantuk lagi, ada apa-apa ke papa?" dia bertanya
"Nothing, cuma... tiba-tiba papa teringin nak say good night macam dulu-dulu pada Hanna"
Lelaki separuh umur itu menghampirinya, menghadiahkan kucupan lembut di ubun-ubunnya.."good night sayang, mimpi indah-indah"
Hanna Naufal mengetap bibir terasa seperti kembali ke waktu dulu, waktu yang terlalu dirinduinya
"good night papa, i love u.." tangan papanya diraih di kucup lembut
"love too sayang...."
"papa...." dia memanggil lelaki itu yang mula melangkah ingin keluar dari biliknya. Lelaki itu pantas menoleh,
"subuh nanti kalau Hanna tak turun sahur, tolong gerakkan Hanna tau..."
"ok sayang" Encik Nazril mengiyakan walaupun dihati terbit rasa hairan..
Melihat kelibat papanya yang semakin menghilang, Hanna Naufal bangun, niatnya ingin menunaikan solat isyak dan solat sunat taubat, itulah yang sering dilakukan.
***********
Innalillah wainna ilaihirojiun... dari ALLAH dia datang dan kepadaNya dia kembali.
Encik Nazril terjelepok lesu, mendengar ungkapan yang keluar dari bibir Dr Razaleig, doktor perobadi keluarganya.
Subuh tadi, dia mengetuk pintu bilik Hanna Naufal untuk mengajak sahur, tetapi tiada sahutan dan alangkah terkejutnya melihat anak gadisnya kaku dalam sujudnya.
Maafkan papa.. pergilah sayang...... papa redha
Waktu yang tersisa,
seolah semakin tiada,
Aku sudah semakin tidak berdaya menanggungnya kini,
Aku inginkan rehat yang abadi,
Aku inginkan lena yang panjang.
Waktu yang tersisa,
Walaupun sedikit cuma...
tapi syukran ya ALLAH dengan segalanya..
Aku bahagia kini..
Maafkan aku semua,
terpaksa aku rahsiakan semua ini..
Aku tak mahu mengundang risau dalam diri kalian,
Maafkan aku semua,
Izinkan aku pergi dengan tenang
Assalamualaikum wbt
Hanna Naufal Bt Nazril
Labyrinth

3 comments:

Nura Shikari said...

cdey sangat..huhu..
bergenang dah airmata aku..huahua..
:-(

Nuril Bahanudin said...

Hidup ini,
Bukan selalunya dilimpahi bahagia,
Bukan sentiasa dilimpahi sihat,
Sakit itu byk hikmahnya,
Membuatkan kita sentiasa mendekatkan diri padaNya, sang Pencipta..

lizz said...

alhamdullillah..cerita yg bagus..berkesan..tak de cintan-cintun pun masih best...tahniah writer...

Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,