Saturday, May 9, 2009

Cerpen : Untuk Apa Kata Cintamu

"adiq, abang love you..." luah jejaka itu kepadanya suatu hari tatkala mereka menghabiskan masa bersama..

"abang... adiq love u too...adiq nak bersama abang selagi ada nafas ini" jawabnya ikhlas.

adiq dan abang, panggilan antara mereka, kalau orang tak kenal, mungkin orang ingat mereka adalah pasangan adik beradik, padahal mereka adalah pasangan kekasih, memang jarak umur antara mereka agak jauh, umur mereka berbeza antara 9 tahun tapi dia tak kisah pun, janji dirinya bahagia bersama lelaki itu sudah bermadai baginya.


Winnie ingat lagi, detik perkenalan mereka bermula hanya dengan dunia maya, pertama kali berbicara dengannya, lelaki telah mengajak dirinya keluar bersama, sangka Winnie lelaki itu hanya bergurau jadi diabaikan ajakan lelaki itu, tapi rupa-rupanya tidak, lelaki itu serius, dan akhirnya 9.30 malam hari pertama mereka berkenalan, mereka telah keluar bertemu janji. Bukit Bintang itulah lokasi pertemuan mereka yang pertama.


Hazrie Danish tulah nama si dia, insan yang merajai hatinya kini. Winnie tertarik hati dengan bicaranya, jarang dia jumpa insan yang membuatkan dirinya rasa selesa bila berbual, tetapi dengan lelaki itu amat berlainan baginya, sementalah dirinya ini agak pendiam, tapi dengan lelaki itu ada sahaja benda yang ingin dibualkan.

Winnie Marsyitah....!!


"kau termenung lagi, sudah-sudahlah, buat apa kau kenangkan lagi Hazrie tu, bukan kau sendiri ke yang mahukan perpisahan ini? Nawal Syafiza, menegur, sedari tadi dia memerhatikan temannya, terlalu asyik dengan menungannya.


Dia menoleh, hembusan nafas berat dilepaskan, betul aku yang mahukan perpisahan ini, sepatutnya aku tak perlu tangisinya, tapi entah kenapa aku tak mampu menahan diri ini dari mengingati dia, daripada terus memikirkan dia, adakah dia juga seperti aku? ah... tidak mungkin rasanya... mesti dia bahagia dengan kehidupannya sekarang.

************

"Abang, sampai bila kita mahu hidup begini?" hidup bergelumang dosa dan noda, saya tak tenang hidup begini" Winnie meluahkan bicara hatinya suatu hari, sungguh memang tiada ikatan yang menghalalkan hubungan mereka, tapi mereka tidak seperti pasangan lain, mereka sudah terlanjur, bukan sekali tetapi berkali-kali. Winnie sendiri sudah rasa tidak betah hidup macam ni, kadang-kadang dia segan menunaikan solatnya sebab dia rasa tubuhnya terlalu banyak palitan dosa,


"kenapa, adiq tak bahagia dengan abang? abang sayangkan adiq, adiq kena faham itu.." Hazrie menjawab sambil jari jemari kasarnya mengusap lembut jari jemari Winnie Marsyitah.


"itu adiq tau abang cuma... adiq tak tahan hidup macam ni tanpa ikatan yang sah, adiq rasa sangat berdosa"


"habis apa yang adiq mahu abang lakukan untuk adiq?"


"abang kita nikah, adiq tak minta banyak dari abang, kita halalkan hubungan kita, selepas nikah terpulanglah pada abang, abang bebas jalani hidup abang macam dulu dan adiq takkan kongkong hidup abang" jawab Winnie ikhlas, sungguh dia sangat sayangkan lelaki itu, dan sanggup lakukan apa sahaja demi lelaki itu.


"baik kita nikah" Hazrie Danish memberi kata putusnya.

**********

"Adiq, abang harap adiq tak beritahu kawan-kawan kita tentang hubungan kita, cukuplah kalau mereka ingat kita hanya kawan" beritahu Hazrie padanya suatu hari.


"adiq tak kisah tapi kenapa abang? kan ke kita dah sah sebagai suami isteri" Winnie bertanya mahukan jawapan pada arahan itu


"abang tak bersedia lagi" ringkas jawapan lelaki itu.

Winnie hanya diam mendengar jawapan lelaki yang telah sah menjadi suaminya sejak seminggu yang lalu. Hatinya dilanda pilu, kadang-kadang dia terfikir, untuk apa ungkapan cinta lelaki itu padanya jika masih menafikan hak dia sebagai seorang isteri di khalayak?

"Risya i sayangkan u sayang..., i sanggup buat apa saje untuk kita, jangan tinggalkan i sayang"


Winnie tersentak, bukan sekali dia mendengar igauan lelaki itu, dan bukan sekali dia mendengar lelaki itu menyebut nama yang sama, malah pernah dia mendengar lelaki itu tersilap memanggil namanya dengan panggilan Risya... Hatinya dipagut luka lagi, ah.. abang kata abang dah lama lupakan dia, tapi kenapa namanya tak pernah lekang dari bibir abang, sehingga dalam lena pun abang masih mengingatinya. Matanya sudah terasa panas, bila-bila masa sahaja air matanya akan gugur.


"abang..." digeraknya tubuh lelaki itu perlahan.. "abang mengigau ni.."

**********

"Hai Hazrie, lama kita tak jumpa kan?" tiba-tiba terasa bahunya ditepuk.


"Hai Ranzo, how are u friend?" Hazrie tersentak, senyum lebar terukir dibibirnya, tak sangka hari ini setelah sekian lama, dia akan bertemu dengan sahabat baiknya yang telah hampir 7 tahun terputus bicara.


"aku baik-baik jea, kau apa cerita sekarang? masih dengan Risya ke? dah berapa orang anak sekarang"

"Abang...! kat sini rupanya, penat saya cari tau" belum sempat dia menjawab soalan Ranzo, Winnie Marsyitah telah muncul.


"Hai Risya, lama tak jumpa you, masih macam dulu tak berubah...awet muda ke?" Ranzo bertanya, membuatkan dia tersentak, pandangan matanya dihalakan ke arah Hazrie Danish, inginkan penjelasan.


Hazrie melepaskan keluhan nafas perlahan,


"dia bukan Risya, Ranzo, aku dengan Risya dah takda apa-apa, kami dah berpisah...ini Winnie, my friend"


Ranzo tercengang mendengar jawapan temannya. Sungguh sukar sekali mencari perbezaan antara Risya dan Winnie, kembarkah mereka?


"i'm sorry 4 u friend, aku ingat kau masih dengan dia, tapi betullah kawan kau ni sebiji tak ubah macam Risya"

Winnie Marsyitah terpana, fahamlah kini kenapa Hazrie masih tak mampu melupai Risya, sebabnya adalah kerana dirinya sendiri, kebetulan atau takdir dia sendiri tak pasti, sebab seperti Ranzo kata dirinya tak ubah macam Risya, tapi dia bukan Risya. Jangan-jangan Hazrie mendatanginya kerana membayangkan dirinya Risya, jangan-jangan ungkapan cinta yang selalu diberikan padanya adalah ditujukan pada Risya. Winnie menelan air liur, aku hanyalah pengganti untuk perempuan itu rupanya. Dia mendekati aku sebab aku ada iras perempuan itu. Sebaknya di hati hanya tuhan sahaja yang tahu, dadanya serasa mahu pecah, terburai isinya tatkala dia mengetahui letak duduknya perkara yang sebenar.



*************



Winnie bersandar kepenatan, sepanjang malam dia berfikir kemanakah titik noktahnya hubungan mereka kini. dan keputusannya, dia mahu berundur, untuk apa bersama lelaki itu sedangkan bukan dirinya yang lelaki itu inginkan. Dia sedar, dirinya hanya pengganti buat lelaki itu, pengubat rindu lelaki itu pada kekasih hati yang telah meninggalkannya kerana cita-cita. Tak mustahil suatu hari nanti lelaki itu akan tinggalkan dirinya dan kembali kepada kekasihnya. Sebelum hari itu tiba, lebih baik dia yang berundur dulu, lagi pun dia sudah penat menagih kasih lelaki itu, ikatan hanya pada batinnya, sedangkan lelaki itu tak pernah ambil tahu keadaan dirinya, sihatkah dia, cukupkah wangnya di kampus. Lelaki itu hanya tahu, memberi arahan pulang ke rumahnya bila dia rasa memerlukan tubuh Winnie selebihnya dia tak pernah ambil tahu pasal Winnie, jika mesej dihantar jarang dibalasnya, alasannya sibuk dengan kerja, tapi berapalah sangat masa yang perlu diambil untuk membalas mesej.



"abang Winnie pergi dulu, tak perlulah abang cari adiq lagi, sebab adiq tak rasa yang abang cintakan adiq." perlahan di kucupnya dahi lelaki itu yang masih lena dalam tidurnya. Malam ini malam terakhir mereka bersama, itu keputusannya. Buat apa menagih pada yang tak sudi? akhirnya dia sendiri yang terasa sakitnya bila kasih yang ditagih tidak mampu di milikinya.

Sekeping nota ucapkan selamat tinggal di selitkan ke dalam diari peribadi milik lelaki itu.



*************



"Winnie jomlah masuk dalam, tak elok orang mengandung berembun" Nawal Syafiza menarik lembut tangan Winnie yang sedari tadi begitu asyik memandang langit, katanya mahu melihat bintang.



"kejap lagilah, aku tak puas lagi tengok bintang-bintang tu" perlahan dia menjawab



"Nawal, tau tak ? dulu waktu aku dengan Hazrie kami selalu menghabiskan masa di balkoni memerhatikan bintang, sebab Hazrie kata kalau kita lihat bintang boleh hilangkan stress"



"Winnie, macam mana kau nak lupakan dia? sedangkan setiap masa kau sentiasa ingatkan kenangan dengan dia"



"aku tak boleh nak lupakan dia sebab anak ini Nawal, aku belajar lupakan dia tapi tak boleh, aku rasa sangat sakit bila tiap kali aku cuba lupakan dia, dia dah jadi sebahagian dari aku" lemah jawapannya.



"kalau begitu, hubungilah dia, beritahu pasal anak ini, dia tak tahu lagi kan kau mengandung?"

Winnie hanya menggeleng menjawab soalan sahabatnya.



"untuk apa aku hubungi dia sedangkan dia sendiri tak pernah hubungi aku? aku rasa seolah aku ni yang terhegeh-hegeh hendakkan dia, maruahku pun perlu dijaga juga"

************

Hazrie Danish termenung panjang, kesunyian sekali lagi menghuni ruang hidupnya lewat ini. Ego yang merajai hatinya, menghalang dia daripa menghubungi wanita itu. Jika dulu memang dia selalu membayangi Winnie sebagai Risya, tapi kini baru dia sedar, dia mendatangi wanita itu kerana dia adalah Winnie bukan Risya seperti yang disangkanya.

Untuk apa kata cintamu? teringat dia akan bait-bait kata dalam warkah terakhir Winnie kepadanya..

"untuk adiq sayang, abang cintakan adiq, bukan sebab adiq seperti Risya tetapi sebab diri adiq sendiri" dia mengeluh perlahan, kalaulah tika itu Winnie Marsyitah ada disitu, itulah jawapan yang akan diberikan kepada Winnie.

Telefon bimbitnya berdering tiba-tiba, pantas di capainya, diperhatinya nombor pada yang tertera, tapi tak bernama, ah angkat jelah...

"hello Hazrie, saya Nawal Syafiza kawan Winnie, boleh awak datang ke Selayang GH sekarang?"

*************

Hatinya berdebar-debar ketika mula tiba disitu, belum sempat apa-apa dia telah diterpa oleh seorang gadis yang pada kiraannya adalah Nawal Syafiza, gadis yang telah menelefonnya tadi dan akhirnya membawanya kesini.

"sorry saya tak tahu nak hubungi sesiapa pun tadi kecuali awak" Nawal memohon maaf

"apa yang sebenarnya berlaku cik Nawal" hatinya mula rasa tak sedap.

"begini Hazrie, saya nak minta tolong awak tandatangan surat kebenaran untuk menyelamatkan kadungan Winnie, hanya awak yang mampu boleh selamatkan Winnie, saya mintak sangat-sangat kalau awak tak sayangkan Winnie pun takpa tapi fikirkan nyawa anak yang dikandung oleh Winnie, anak awak"

"Winnie mengandung? dia terkejut, kenapa Winnie tak memberitahunya?
"baiklah...."

Dia kesal dengan apa yang terjadi, dia sepatutnya menjadi pelindung kepada isterinya tetapi kerana ego dan terlalu memikirkan kisah lalu, dia hampir kehilangan isteri dan anaknya. Menurut Nawal, Winnie tergelincir dari tangga ketika mahu turun pergi ke kuliah. Kehilangan banyak darah membuatkan doktor mengambil keputusan mengeluarkan kandungannya yang baru 7 bulan demi nyawa bayi dan ibunya...

Bayi kecil itu diperhatinya dari kejauhan, bertahanlah sayang... kau lahir dari keperitan mamamu... kau mesti kuat seperti mamamu, jangan jadi macam papa yang terlalu ikutkan hati dan perasaan.. Bisik Hazrie perlahan.

Seketika kakinya diatur ke wad yang menempatkan Winnie Marsyitah, lama matanya memerhati wajah pucat itu, sebelum kakinya diatur untuk mendekatinya.. Tangan winnie dicapainya, terasa sejuk...hatinya di runtun pilu, kalaulah abang tak ego, mungkin adiq tak jadi macam ni,

Dia tunduk perlahan, membisik lembut di telinga Winnie Marsyitah "adiq, kata cinta yang abang ucapkan, adalah untuk adiq, bukan untuk Risya, abang cintakan adiq bukan sebab lain, tapi sebab diri adiq sendiri, bangunlah adiq, jangan tinggalkan abang dan anak kita...maafkan abang" sebak terasa ketika mengungkapkan bait kata itu..

Winnie Marsyitah membuka mata perlahan, "adiq dah lama maafkan abang, abang adiq sayangkan abang juga kerana abang adalah abang dan adiq cintakan abang juga kerana diri abang sendiri" dalam kepayahan dia mengungkapkan kata hatinya yang selama ini dipendamnya.

Hazrie Danish terkejut, tak sangka Winnie mendengar bisikannya tadi, sangkanya wanita itu masih belum sedar.
"terima kasih adiq sebab cintakan abang..."

No comments:

Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,