Friday, May 15, 2009

Cerpen : Seri Cahaya Senyuman Mu




"siapa nama kamu"

Dia tersentak... terkejut di soal secara tiba-tiba..

"akak tanya saya ke?" dia menyoal kembali inginkan kepastian.

"yela... awak ingat ada siapa-siapa lagi ke selain awak di sini?" sinikal jawapan yang keluar..

err...wajahnya memerah, malu disindir begitu..

"saya Seri, Seri Nur Ibtisam..." dia memberi tahu nama penuhnya...

"ok nama aku, Eva, yang tu Suria, Harith, Jefry, Lenny dan Lukman... ingat nama yang aku sebut ni... sebab kitorang yang akan jadi fasilitator korang sepanjang minggu orientasi ni.." panjang lebar Eva menerangkan sambil jari jemarinya menunjuk kearah pemilik nama-nama yang di sebutnya..

Seri hanya mengangguk...

"kamu tahu kenapa kami panggil kamu? Suria pula bertanya sambil memeluk tubuh.. wajahnya sedikit pun tiada secarik senyuman.

Seri menggeleng... tanda tidak tahu untuk tujuan apa dia dipanggil..

"kami panggil kamu sebab kamu lewat masuk dewan tadi, bukan ke kitorang dah kata pukul 2 pm semua orang mesti ada kat dalam dewan.. sekarang kau tengok jam kau pukul berapa?" Lukman bertanya..

Seri kalut memandang jam tangannya... Oh God... jam tangan aku mati.. aku ingat betul pukul 2 tepat...kenapalah time ni kau nak habis bateri... hatinya merengus..

"err abang sorry saya tak perasan, jam saya habis bateri..." terketar dia menjawab. Habislah aku kena denda.

"owh sekarang baru nak perasan ye? mata kau taruk mana hah? lagi satu jangan panggil aku abang, aku fasilitator kau bukan abang kau.. Panggil aku Encik...tapi kalau nak panggil aku tuan pun boleh juga" penuh sombong kata-kata lelaki itu pada kiraannya.

Ceh tuan konon... macamlah kau tu pangkat tinggi sangat.. baru jadi senior sikit dah bongkak..dalam tak sedar hatinya mengutuk lelaki itu.

"sebab kamu dah lambat hampir 20 minit kami terpaksa denda kamu... kami denda bukan suka-suka tau tapi nak bagi pengajaran supaya kamu lebih hargai masa dan menjadi teliti" Lenny yang sedari tadi hanya diam memerhati mengeluarkan kata... Nampaknya wajah gadis itu lebih lembut dan sedikit murah dengan senyuman..Lain daripada yang lain..


"tapi kak... saya tak sengaja..saya tak sedar jam saya habis bateri..akak dendalah jam saya je.. dia yang penyebab saya lewat" Seri pantas mempertahankan diri dengan alasan yang dikira tak masuk dek akal...

Ada ke patut suruh denda jam yang tak bernyawa tu... hisy tak patut tak patut budak ni...Lenny bergumam dalam hati..

*********

"hoi... mengelamun apa tu ?"

Seri tersentak terasa bahunya di tepuk kuat....

"aduuuhhhh....." dia mengaduh sakit...

"Cik Sally oitt.... awak ni tak nampak ke kawan awak ni kurus kerempeng orangnya, kot ia pun nak tepuk, tepuklah dengan penuh kasih sayang... sakitlah lah ngok..." Seri mengerut muka sambil tangannya mengurut-ngurut bekas tepukan tadi.. Wajahnya masam memandang Salmah Syuhaida roomate yang baru dikenali semenjak 3 hari yang lalu.


"sorylah.... hehehe aku rasa aku pukul guna kekuatan minimum dah tu... kau tu yang kurus sangat tu yang terasa aku pukul kuat sangat tu.... hehehe..."


"Eh kau menungkan apa ni? dari tadi kau termenung, taknak tido ke? esok kan kena bangun awal lagi.. induksi tak habis lagi..." sambungnya lagi.


"Takda menung apa-apa, just teringatkan si mamat kerek fesi kita tu... sakit hati aku... encik konon.. rasa nak tumbuk jea mulut dia tu..laser ngalahkan orang perempuan" sungguh sakit hatinya mengenang tingkah laku Lukman siang tadi.


Tak pasal-pasal dia kena denda akibat kelewatannya. Bukan salah dia, dah jam tangannya habis bateri. Huh itupun nak denda tak bagi peluang langsung.. Padahal aku baru 1st time lewat. Hatinya masih sakit dengan peristiwa siang tadi. Nasib baik orientasi hanya seminggu lepas ni jangan harap aku nak panggil kau encik tengok muka kau pun aku tak ingin. huhhhh... benciii...


"oitt mengelamun lagi.... malas lah aku layan kau macam ni... aku tidur dulu lah.." seperti merajuk suara temannya itu. Bukan dia sengaja mengelamun tapi dah termengelamun... layan jela kan.. bukannya selalu pun.. hehe

"Ok good night Sally, mimpikan aku..."

"Good night too, tak kuasa aku nak mimpikan kau baik aku mimpikan cik abang aku, lagi best"

"jangan lupa makan ubat sebelum tidur nanti Seri, kalau tak jenuh aku nak bagi cpr kat engkau nanti...." sempat lagi Sally mengingatkan rutin hariannya walaupun mereka baru kenal tak sampai beberapa hari.

"swicth off the lamp sekali, nanti makcik warden membebel lak" Selimut ditarik menyelubungi tubuh sehingga ke pangkal leher..

"Yes Ma'am saya tahu..." Seri menjawab ringkas dengan nada mengusik.


***********


Hari keempat orientasi memang begitu menyiksakan baginya. Paling benci dengan kerenah fesi-fesi yang kerek. Seri pun tak tahu kenapa Lukman seolah-olah tak puas hati dengan dirinya. Tadi pun dia telah ditengking oleh Lukman dengan alasan yang tak masuk dek akal...Pakcik tu memang sengaja cari pasal dengan aku. Hampeh...

"penatnya.... dia mengeluh sambil menyeka peluh yang menitik di dahinya. Dada terasa sesak semacam. Memang begitu keadaan dirinya jika terlalu penat.

"Sally aku pegi toilet jap eh..." beritahunya pada Sally. Pantas kakinya diatur dia memang tak suka kalau orang melihat keadaan dirinya begitu.

Tetapi hanya beberapa langkah dia rasa tangannya di raih, dia menoleh.

"Aku temankan kau ek, muka kau nampak pucat lah..."

Dia hanya mengangguk..

Inhaler dilalukan perlahan kedalam mulutnya... Tarik nafas hembus...tarik nafas hembus....

Sally disisi masih memandang seperti tadi. Ada riak risau timbul diwajah itu. Pantas sebuah senyum diukir, dia tak mahu temannya fikir bukan-bukan.

"Aku ok dah Sally, tak yah le buat muka gitu, aku pulak yang rasa lain macam" memang kebiasaan selepas menggunakan inhaler, beberapa minit kemudian dia akan kembali ok..


"jomlah kita pegi student centre balik... kang tak pasal-pasal aku kena denda nanti tengan "tuan Lukman" tu...." sengaja dia kuatkan sebutan nama lelaki yang paling dibencinya.


Ketika melangkah masuk ke dalam student centre, Seri perasan yang mata Lukman merenung tajam ke arahnya... Ah peduli apa aku...hatinya berdesis


************

Lukman bersandar perlahan pada kerusi yang terdapat di situ.. Malam ni malam terakhir minggu orientasi. Esok adalah penutup untuk orientasi. Fikirannya asyik terlayang pada wajah seseorang gadis yang telah mencuit perasaannya. Belum pernah ada seorang gadis yang seberani gadis itu. Gadis itu begitu berani berbalas pandang dengannya tika dia sedang dihambat marah. Berani betul gadis itu. Betul-betul menguji egonya. Dan gadis itu tak lain tak bukan Seri Nur Ibtisam lah... seri cahaya senyuman.. hatinya berbisik tentang makna nama gadis itu. Tapi kenapa senyumannya mahal? kalau dengan aku senyumannya tak berseri pun... kelat jea.. urghhh macam mana tak kelat senyuman dia kalau aku asyik buli dia jea.... hehhehe...


"Luke... jauhnya kau menung, ingat apa ni? Harith temannya yang hanya memerhati tingkahnya menegur.


"Hurmm... takda ingat apalah... aku penat sikit ni.. so macam mana esok? masing-masing ada tugas sendiri kan? so aku mahu semua beri fokus pada tugas masing-masing, tak mahu kelam kabut" dia memberi arahan selaku ketua untuk minggu orientasi pada kali ni. Wajah kepenatan yang lain dipandang satu persatu.


"Luke ada apa-apa lagi ke? aku dah ngantuk sesangat ni..badan penat tak ingat dah" Eva bertanya, kepenatan tergambar di wajahnya.


"ok...that all kot.. apa-apa hal bagi tau aku k..korang boleh balik and rest, aku pun penat sangat da, badan pun dah melekit semacam, nak mandi" Lukman bangun petanda perbincangan mereka berakhir di situ.


*********


Kepenatan dengan aktiviti siang tadi memang betul-betul membantu lena tidurnya. Seri begitu lena, sehinggalah tiba-tiba dia rasa anda benda kecil merayap di kakinya, kemudian naik ke betis pula. Pada mulanya dia tidak menghiraukannya. Dalam fikirannya mungkin hanya khayalannya. Tapi bila rayapan itu semakin ligat, pantas dia membuka mata, dalam samar-samar cahaya dia melihat benda hitam itu, masih bergerak bukan satu tapi dua, lagak sedang main kejar-kejar atas dirinya. Dalam keadaan masih mamai bendaiitu diamatinya...lama......


"makkkkkkkkkk......!!!" dia menjerit kuat cukup untuk mengejutkan Sally dari lena.

Gadis itu bingkas bangun, suis lampu dinyalakan. Pantas diterpanya kearah tubuh seri yang sedang menggeletar itu,

"kenapa Seri?" gopoh dia bertanya. Risau melihat wajah temannya yang mula pucat. Budak ni bukannya betul sangat.

"li...lipas...ada lipas kat baju aku.." terketar-ketar Seri memberitahu. Memang sedari kecil dia sangat takutkan lipas, tak tahu apa sebabnya.


Sally memandang pada pakaian Seri, memerhati jika masih ada lagi serangga tu. Tapi memang dia tak nampak kelibat serangga itu, mungkin telah melarikan diri. Dia melabuhkan duduknya pada birai katil Seri. Tubuh gadis itu yang masih menggeletar di tarik kedalam pelukannya. Diusap perlahan belakang tubuh temannya itu. Cuba menenangkannya. Dapat dirasakan betapa lajunya degupan jantung rakannya itu. Tiba-tiba hatinya dipaut cemas. Tubuhnya direnggangkan dari tubuh Seri, di pandang wajah sahabatnya itu. Pucat....!!


"Seri.... kau ok tak ni...." gadis itu hanya menggeleng lemah. Ya ALLAH apa aku nak buat ni. "Seri inhaler kau mana? dia menyoal. Dan gadis itu hanya menunjukkan jarinya kearah lockernya dan Sally pantas menerpa kearah yang ditunjuk, menyelongkar untuk beberapa ketika sehingga benda yang dicarinya di temui.


Inhaler dihulurkannya pantas pada Seri yang telah pucat membiru wajahnya. Terketar-ketar gadis itu mencapainya. Untuk beberapa ketika keadaan masih seperti tadi. Sally bertambah bimbang. Namun kebimbangan sedikit demi sedikit mula pudar bila melihat wajah Seri semakin pulih ke asal.


"hurmmm... tidurlah Seri" Perlahan tubuh Seri direbahkan kembali, selimut dihujung kaki di tarik menyelubungi tubuh temannya itu sehingga paras dada. Diusap perlahan rambut Seri. Setelah diyakininya sahabat itu betul-betul ok. Dia bangun


"Apa-apa panggil aku.." sempat dia berpesan sebelum kembali ke katilnya sendiri.


****************

Seri begitu riang, sebentar tadi majlis penutup minggu orientasi, bermakna tempoh-tempoh yang paling dibencinya telah tamat. Hatinya terasa lapang, lepas ni mereka ada 2 hari sebelum memulakan sesi kuliah.. yeayyyhh happy... tak perlu nak tengok muka fesi-fesi yang kerek-kerek tu lagi..sempat lagi tu hatinya.

"weii Seri, awat lah aku tengok hang ni dok tersengih-sengih ja la ni? hang ni ok ka ko?" tiba-tiba lamunannya pecah. di tolehnya ke arah suara yang menegur, tak lain tak bukan suara Zaleha Aimal, gadis yang lebih popular dengan panggilan Leha Kepoh kerana kekecohan mulutnya melontar persoalan tanpa mengira masa waktu dan mood orang.. Memang budak yang jenis terus terang... Hisyy aku ni sempat lagi mengelamun...pantas dia menggeleng-gelengkan kepalanya.


"apa yang geleng-geleng ni? ok ka tak ok?" hisy pening aku nak faham budak Seri ni.

"ala Leha, si Seri tu tengah happy sebab lepas ni dia tak perlu jumpa dengan "abang Lukman" dia.. mesti lepas ni dia rindu nak kena pekik, dan denda dari "abang Lukman" dia tu.." hehehe... sengaja Sally tekankan perkataan abang pada nama Lukman, tak lain tak bukan bertujuan mengusik temannya itu.

"korang ni ada-ada jelah... boring la asyik-asyik nama pakcik tu jea aku dengar macam takda nama lain nak sebut" Seri memasamkan wajah, tak senang dengan usikan rakan-rakannya. Sally dan Leha hanya berpandangan sesama sendiri sambil mengangkat kening.

"eley marah kunun... dalam hati ada sikit suka juga.. nak menafikan lah pula" usik mereka berdua serentak

"bencilah korang ni... aku balik bilik dululah.." pantas dia mengangkat punggungnya mahu berlalu. Tak tahan berlama di situ, asyik-asyik aku je yang jadi bahan , hisyy... dia berdengus.

Dalam pejalanan pulang ke biliknya, fikiran asyik melayang, menerawang entah ke mana-mana, Eh kenapa aku rasa macam lupa sesuatu jea ek... langkahnya terhenti dia meletakkan jari telunjuknya pada dagunya berfikir... hari ni berapa haribulan... pantas handsetnya di capai.. Ghosh...! 2 julai, today is my birthday...adeyy camna aku boleh lupa... tapi... memang patut pun aku lupa.. takda sapa pun call aku and wish..Dia bergumam perlahan... ah.. biarlah aku bukan siapa-siapa pun yang perlu di rai..

Sesampai di pintu biliknya dia perasan ada sekeping kertas terselit di bawah pintu, dia tunduk mencapai kertas itu, dibacanya perlahan

Seri, Jumpa malam ni di b17, 8pm hari ni, wajib + penting~

Seri mengerutkan dahinya, siapa pula yang nak jumpa aku ni, dah la tak tulis nama, nak pergi ke tidak, tapi dalam kertas tu kata penting.. ah.. pergi je la, dia akhirnya membuat keputusan.


************


"jadi ke planning you tu Luke" Lenny bertanya kepada Lukman tentang apa yang telah dirancangkan.

"hurmm aku tak bagitahu apa-apa mean jadilah cik Lenny oit.."

"are u sure ke Luke? tak mahu ubah fikiran dah?" Suria pula menyampuk

"yup terlebih sure, dah la korang, just buat jea la seperti yang I rancang..."

"ok Luke, engkau ni ada-ada saja lah...tapi yang ni last, lepas ni kitorang tak mahu masuk campur dah dengan rancangan kau tu..." Jefry bersuara

"ok...ok aku promise yang ni last, lepas ni tak ada lagi dah..."


**********


Seri bersiap-siap perlahan, jeans lusuh dan t-shirt lengan panjang di sarungkan ketubuhnya... ringkas. Sally yang dari tadi hanya memerhati mula kehairanan. Isyy mana pulak minah ni nak pergi bersiap-siap malam-malam gini.

"Sally aku keluar kejap, ada hal sikit....." beritahunya

Belum sempat Sally bertanya apa-apa dia sudah berlalu. Hisy macam ribut, tak sempat tanya apa dah cabut.

Langkah kakinya di atur perlahan, matanya meliar memerhati tulisan yang tertera pada setiap pintu-pintu yang di lewatinya. Hisy mana ni...dia mula merungut... hah...b17 tu pun biliknya.. pantas kakinya di atur ke b17. Pintu bilik itu ditolak dengan perlahan. Seri menjengah... hurm tiada siapa-siapa pun ke aku salah tempat, sekali lagi dia mengamati tulisan yang tertera pada pintu itu...isk betul la ni...hurmm mungkin orang tu lambat kot... takpalah aku masuk dulu tunggu kat dalam...tanpa berfikir panjang kakinya diatur memasuki b17, baru beberapa langkah, tiba-tiba pintu di tutup dari luar, dia berpaling berlari mendapatkan pintu...tapi dia bertambah terkejut pabila mendapati pintu telah dikunci dari luar.. dia berusaha membuka pintu itu tetapi tak berjaya, dan dia akhirnya dia kehabisan ikhtiar

"tolong....siapa tu....tolong bukak pintu....jangan kuncikan saya..." rayunya memohon ... tetapi lain pula jadinya, lampu tiba-tiba di matikan, menambahkan lagi ketakutan yang menyelubungi Seri. Telinganya tiba-tiba menangkap bunyi suara mengilai-ngilai, orang menangis dan menjerit... Seri bertambah takut sangat takut. Tombol pintu dipusing-pusingkan berdoa moga-moga dia mampu membuka pintu tersebut, tetapi tetap tak berdaya.. Badannya mula berpeluh.. Segala macam rasa, takut, kecut bercampur aduk... Ya Allah tolonglah aku... siapalah lah yang buat aku macam ni.. terasa mahu menangis pun ada juga akibat diperlakukan begitu..

Hampir dia putus asa... tangannya mengurut-ngurut dadanya yang terasa sangat ketat, sukar bernafas, dia meraba-raba saku seluarnya dalam kegelapan itu...Hell...!! aku tak bawak inhaler...dia mengeluh lemah...apalah nasib aku ni..dahla kena dajal..agaknya ajal aku dah sampai kot... getus hatinya, dia benar-benar putus asa.

Pintu tiba terbuka, lampu yang terpadam tadi kembali dinyalakan...

Sebiji kek beserta lilin disua kepadanya...lagu selamat hari lahir berkumandang menggantikan suara-suara mengilai ketakutan tadi, Seri terkejut... terpempan...tiba-tiba dirasakan tubuhnya melonglai...nafasnya sesak...

Lenny yang perasaan perubahan wajah Seri itu pantas menerpa... tapi segalanya terlambat... gadis itu telah tersungkur menyembah lantai... Mereka yang lain jua terpempan...

"Seri..........!!" Sally yang ntah dari mana munculnya menerpa. Kebetulan dia terjumpa nota yang ditujukan kepada Seri dan dek kerana rasa tak sedap hati apabila terpandangkan inhaler temannya yang terletak diatas meja belajar, dia mengambil keputusan untuk menuruti Seri.

Pandangannya gelap...dunianya sunyi sepi...ya Allah telah tibakah masa aku....


***********

Lukman mengeluh...dia kesal, dia cuma hendak suprisekan gadis itu tapi tak sangka pula gadis itu berpenyakit. aduyyy...dia memicit-micit dahinya..

"Luke bukan salah kau sorang pun, lagi pun kitorang pun salah gak...alah lagipun semua orang tak jangka pun budak tu sakit...yelah tengoklah sepanjang orientasi hari tu, aktif jea..." Harith menepuk bahunya memujuk..ada logiknya juga kata Harith itu.

Seri Nur Ibtisam membuka matanya perlahan...eh kat mana aku ni... kenapa aku kat sini..dia terpinga-pinga. Topeng oksigen melekap pada wajahnya.

"Seri kau dah sedar...?" ditolehnya pada suara itu dan dia mengangguk sambil mengukir senyum lesu.. Kepalanya terlalu sakit.. Tangan meraba-raba memegang kepalanya... berbalut.. eh kenapa berbalut...dia bertambah hairan.

"kau jatuh...kau tak ingat ke?" dia hanya menggeleng.. otaknya cuba di atur kembali mengingati apa yang berlaku.

"tulah dah berapa kali aku cakap jangan lupa makan ubat, jangan lupa bawak inhaler, tengok apa jadi sekarang? nasib tak jadi apa-apa tadi, kau tahu tak aku dah hampir hilang nyawa tengok kau pengsan tadi...." Sally berleter, ada takungan air mata terdapat di tubir matanya.. Sungguh dia risau..

Seri memegang lembut jari jemari temannya itu, "sorry aku tak niat nak risaukan kau, aku ingat keluar kejap jea, tu yang aku tak bawa tu...." perlahan suaranya dituturkan.

"Seri akak dan yang lain pun mintak maaf juga..kitorang ingat nak suprisekan birthday seri tapi tak sangka begini jadinya...." Suria yang dari tadi diam, akhirnya bersuara diiringi anggukan Eva, Jeffy, Harith dan Lenny.

"takpalah kak... thanks sudi celebrate my birthday..sebelum takda siapa-siapa pun yang ingat nak celebrate..." dia tersenyum pahit..

Suasana menjadi bisu seketika...sehinggalah pintu bilik rawatan itu di buka dari luar.. Kelihatan kelibat Lukman mengatur langkah kearahnya. Seri pantas memalingkan wajahnya kearah lain. Kenapalah pakcik ni pun mesri ada kat sini.... dia mengeluh..

Semua mata-mata memandang ke arah Lukman, seolah faham dengan isyarat mata yang diberikan, mereka yang lain beredar keluar dari bilik itu. Akhirnya hanya tinggal mereka berdua kini........ Masing-masing hanya selesa membisu

"Seri, abang mintak maaf.."akhirnya Lukman bersuara

Abang....adeyss geli telinga aku dengar.. dulu bukan main marah lagi aku panggil kau abang.. nasib baik aku tengah tak berdaya ni, kalau tak memang siap kau aku sembur, sempat lagi hatinya membebel jengkel..

"takpalah saya dah maafkan, dan thanks sebab sudi sambut my birthday" uikk lain pula yang terkeluar dari bibir ni... lain yang aku nak cakap lain pula yang keluar....pantas betul mulut aku dari hati ni.

**********

Lukman memandang asyik pada wajah Seri yang begitu asyik mengadap buku Macroeconomics sedari tadi..

"ouchhh...."dia mengaduh kesakitan tiba-tiba

"padan muka....siapa suruh mata tu miang sangat renung anak dara orang sampai gitu sekali" Seri hanya menjelir lidah melihat Lukman mengusap lengannya yang menjadi mangsa cubitannya tadi..

"alah... abang bukan pandang siapa-siapa pun... " Lukman menjawab..

Hampir 2 tahun sudah peristiwa itu berlalu, tak sangka peristiwa itu membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka. Dan kini mereka telah pun mengikatkan tali pertunangan. Dia pun telah berjaya menamatkan pengajiannya. Dia memang bahagia kini.. Kesihatan Seri pun alhamdulillah semakin baik...Seri cahaya senyumanmu betul-betul membuatkan hidup aku bercahaya bahagia.

1 comment:

♥corcraze♥ said...

hahaha..best la jgk..
tp ending die expected la..
bese2 jek..ok..
wat yg lain dr yg lain sket ke..
nway,congrats!

Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,