Tuesday, December 15, 2009

Cerpen : Dan DIA Lebih Mengerti...

"Mama... mama, bangunlah... Aina dahaga, Aina nak susu.." rengekan manja Aina mengejutkan lenanya.

Dia merengus geram, benci betul bila tidurnya di ganggu, hisy budak ni tak boleh tengok orang senang sikit, ada saja nak mengacau..

"Aina ni bisinglah, Aina tak nampak ke mama ni penat, mama nak rehat, hii kalau ya pun haus pergilah mintak papa yang buatkan, kacau sajalah budak ni.. dah pergi sana, jangan kacau mama nak rehat" kasar dia membentak pada anak kecil yang tak tahu apa-apa itu.

Anak itu hanya diam, namun mimik mukanya sedikit keruh, merajuk agaknya, ah..lantaklah tak kuasa aku nak melayannya, menyusahkan saja.. dia mengomel terus memejamkan mata, ingin menyambung kembali lenanya, sayup-sayup di telinganya dia dapat mendengar...

"Aina, mari ke sini sayang, dekat dengan papa, jangan kacau mama dia penat kerja tu tau, kesian mama.."

"Aina nak susu papa, Aina dahaga.." suara si kecil itu kedengaran merengek,

"Ok mari papa buatkan ye sayang, lepas tu nanti Aina masuk tidur ya? dah lewat.." kedengaran pula suara suaminya memujuk, semakin lama semakin perlahan di pendengarannya, sayup-sayup.... dia kembali tenggelam di alam lena..

************

Tengku Rania Juita, tekun tunduk mengadap kertas-kertas yang berada di atas mejanya, bertimbun kerjanya hari ini sampai nak angkat muka pun tiada masa rasanya. Beginilah hidupnya, sebagai seorang ketua di sebuah syarikat bertaraf antarabangsa, hari-harinya sentiasa diulit kesibukan, di depan stafnya dia adalah ketua yang bertanggungjawab, mementingkan kualiti kerja dan sedikit cerewet..

"Sayang, nanti jangan balik lambat tau, kita ada janji nak dinner dengan bonda hari ni" Fahmi mengingatkan dia pagi tadi, waktu itu dia sedang asyik menikmati sarapan pagi roti bakar yang di sediakan oleh lelaki itu..

"Ye I tau, I belum tua lagi untuk lupa itu.." dia menjawab dingin, seperti selalu nadanya itu.

"Abang tau sayang belum tua lagi, abang saja je nak ingatkan sayang, yelah mana tau kot-kot sayang asyik dengan kerja nanti terus terlupa segala benda, kesian pula dekat bonda ternanti-nantikan kita ni.." kata lelaki itu sambil tersenyum, belum pernah selama empat tahun usia perkahwinan mereka, dia melihat suaminya itu memasamkan wajah padanya, bahkan meninggi suara pun tidak langsung. Ah penyabarnya lelaki ni, bisik hatinya perlahan.

Dia mencebik mendengar ungkapan lelaki itu..

"Mama.. mama," Aina yang baru selesai mandi berlari terkedek-kedek kearahnya, anak kecil yang baru menginjak 3 tahun itu dipandang sepi, membuatkan si kecil itu terhenti, dan seperti selalunya, suaminya akan memujuk si kecil itu, dan dia bingkas bangun terus berlalu, ah masa untuk ke pejabat kini jam dipergelangan tangannya di jeling sekilas.

"Puan... puan.." Nadya melambai-lambai tangannya pada hadapan wajah ketuanya itu.

Dia tersentak, dalam sibuk begini sempat lagi aku mengelamun melayang perasaan yang entah apa-apa, dia mengeluh..

"Ya ada apa Nadya?" dia menyoal pada setiausahanya itu.

"Wakil dari syarikat RZ dah sampai.." jawab Nadya, eh Puan ada masalah ke, termenung saja aku tengok dari tadi, biasanya puan jarang termenung, hati kecilnya bergumam risau.

"ok suruh mereka masuk.." arahnya.Sementara menanti tetamunya tiba, dia mengemaskan rambut-rambut yang sedikit berjuntaian di dahinya.

**************

"Bonda apa semua ni?? Nia bukan anak kecil lagi yang hidupnya masih perlu diatur keluarga, yang masih perlu dicampuri segala urusannya.."

"Bonda tahu Nia bukan anak kecil lagi, tapi ni wasiat almarhum ayahanda Nia, tak akan Nia tak nak tunaikan..??"

"Bonda wasiat orang yang dah tak ada kenapa perlu nak tunaikan? menyusahkan sahaja..!" dia membentak kasar.

"Menyusahkan Nia kata? Hey bonda tak sangka Nia sanggup kata begitu pada permintaan almarhum Ayahanda Nia sendiri, Nia tahu tak sebab beliaulah Nia ada sampai hari ni, merasa hidup macam hari ni, sampai hati Nia.." lirih suara bonda, terkilan pun ada nadanya mendengar si anak sanggup berkata begitu.

"Kenapa mesti lelaki itu bonda? dahlah orang biasa, bukannya ada Wan, Tengku, Syed pun pada namanya.. " keluhnya perlahan.

"Nia apa ada pada nama tu hah? bonda tak pernah ajar pun tentang beza antara darjat-darjat ni..lagi pun darjat ni hanya dekat dunia ni sahaja, dekat akhirat sana nanti tak ada bezanya" tegur bonda, kurang senang.

"Nia taulah tu bonda" acuh tak acuh nadanya.

"Hah kalau dah tau baguslah, tunaikan permintaan almarhum ayahanda tu ya Nia?" soal bonda penuh mengharap.

"Penting ke bonda untuk Nia tunaikan permintaan tu bonda?"

"Ya sangat penting, sebab ayahanda Nia terhutang budi dengan keluarga dia.."

Kemalangan helikopter yang menyebabkan ayahandanya bertemu dengan ayah lelaki itu, diselamatkan oleh ayah lelaki itu dan semenjak hari itulah mulanya terjalin sebuah persahabatan dan tak sangka ayahandanya punya hasrat untuk merapatkan lagi persahabatan mereka dengan menyatukan dirinya dengan anak lelaki sahabatnya itu.

"Sebab ayahanda terhutang budi pada keluarganya, Nia yang kena jadi mangsa untuk membalas budi dan mengorbankan diri Nia?? bonda tak fikir ke perasaan Nia ni? Nia dah ada pilihan hati Nia sendiri, Nia ada hak untuk menolakkan bonda..?" dia mengeluh, tak pasal-pasal mesti aku juga yang jadi mangsa keadaan.

"Nia masih marahkan bonda? dah 4 tahun lebih peristiwa tu berlalu, Nia pun dah ada Aina, Fahmi pun bonda tengok sayangkan Nia, walaupun Nia selalu sangat sakitkan hati dia"

Rania tersentak bila bahunya ditepuk lembut dari belakang, memang usai makan malam tadi, dia menghabiskan masa mengasingkan diri duduk menyedut angin malam di balkoni.. Pandangannya dialihkan kepada wanita itu, direnung wajah itu lama, ah bonda masih tetap kelihatan jelita walaupun sudah di pertengahan 5o tahun..

"Entahlah bonda, tipulah kalau Nia kata Nia tak marah, Nia manusia biasa, ada rasa marah, benci dan terkilan, Nia cuba terima segala takdirNYA, tapi Nia sakit bonda.. sakit di sini...sangat sakit.." lemah nadanya, sambil jari telunjuknya menunjuk kearah dada, di hatinya.

"Maafkan bonda sayang, Nia anak yang baik, Nia kena belajar menjadi seorang yang redha dengan takdir ilahi, dah tertulis itu jodoh Nia, kalau Nia ikhlas, insyaALLAH Nia akan rasa bahagia, bonda kesiankan Aina, Nia selalu je endah tak endah dengan dia, macam dia bukan anak yang lahir dari perut Nia sendiri.."

"Bonda tak perlu minta maaf, bonda tak ada salah dengan Nia, bonda cuma jalankan amanah almarhum ayahanda.. " digenggamnya jemari wanita itu, seolah cuba mencari kekuatan di situ.

"Nia akan cuba layan Aina sebaik mungkin selepas ni bonda" itu janjinya, walaupun payah mungkin..

"Baguslah kalau Nia janji macam tu, Bonda tak mahu dek kerana sikap Nia yang ini,Aina menjadi mangsa keadaan, terabai.. Bonda takut Nia akan menyesal kemudian hari, waktu itu, Nia buatlah apa pun, tapi segalanya dah terlambat untuk Nia kesalkannya.."


***********

"Nia, abang nak tanya sikit ni.." lembut Fahmi membuka bicaranya.

"Apanya? I ngantuk ni, nak tidur esok dahlah kena pergi Melaka jumpa client dekat sana.."

"Kenapa Nia dingin sangat dengan Aina tu? kan dia anak Nia, kalau iya pun Nia tak suka abang, janganlah benci Aina, lepaskan pada Aina.."

Dia terdiam dengan teguran lelaki itu, pura-pura lena, pada halnya hatinya berkata-kata beribu-ribu patah bicara, sebab dia anak kaulah aku dingin..

"Nia, abang tau sayang tak tidur lagi.." tubuhnya yang dibaring membelakangi suaminya itu terasa dipusingkan. Mereka bertentangan mata kini.

"I mengantuk ni, you janganlah nak kacau I" dia mendengus.

"Abang tau Nia penat, mengantuk, cuma abang nak Nia layan Aina tu macam ibu-ibu yang lain melayan anak dia, kesian Aina, dia rindukan belaian mamanya.."

"You ni tolonglah jangan membebel, ok lepas ni I akan layan Aina macam ibu-ibu kat luar sana tu layan anak dia, puas hati??" jengkel hatinya.

"Thanks Nia" Fahmi tersenyum riang mendegar jawapan isterinya itu, walaupun jawapan tu kedengaran tak berapa nak ikhlas di pendengarannya. Dikucup dahi isterinya penuh kasih seperti kebiasaannya selalu..

"Selamat malam sayang... walaupun ikatan kita hanya sebuah aturan, aku tetap akan terus cintakan kau selama hayat ni" bisiknya perlahan.

*********

"Kenapa ni Aina" tegurnya suatu pagi bila melihat si kecil itu menangis teresak-esak, Fahmi di sisi kehairanan melihat perubahan isterinya, dia bersyukur, yelah biasanya pantang melihat si kecil itu, pasti isterinya menjauhkan diri tak pun ada saja benda yang di tak berkenan dengan anak itu..

"Mari dekat mama sayang," didepanya tangan mengharap si kecil itu menghampirinya, teguran bonda dan Fahmi beberapa hari yang lalu menyebabkan dia cuba belajar menyayangi anaknya itu.

Lambat-lambat si kecil itu mendekatinya, mungkin terkejut melihat perubahan mamanya itu, diusap lembut belakang tubuh kecil itu.. cuba dicurahkan rasa kasih seboleh mungkin walaupun terasa sedikit janggal.

"Syii pagi-pagi dah nangis, kejap lagi papa buatkan susu.. Aina jangan nangis, anak mama budak baik, budak baik tak boleh banyak nangis, banyak nangis nanti mata bengkak, kan dah tak comel anak mama nanti" dia memujuk sambil matanya melirik kepada Fahmi..

Jam dipergelangan tangan diperhatinya sekali imbas, menghampiri 8.15 pagi, dia kena pergi pejabat dahulu..

Dia bingkas berdiri, Aina yang masih dalam dukungan diserahkan kepada Fahmi yang baru selesai membancuh susu untuk Aina.

"I dah lambat, I pergi office dulu" ucapnya sambil menghadiahkan senyum manis pada Fahmi, kata-kata bonda masih tergiang-ngiang di telinganya, ya aku kena belajar jadi redha supaya aku dapat berpeluang merasai sebuah bahagia. Teringat pula kata seorang penulis dari sebuah buku yang pernah dibacanya dahulu yang kebahagiaan itu datangnya dari diri kita sendiri sebenarnya, dari bagaimananya kita ihklas menerima orang lain hadir dalam hidup kita, dari bagaimana kita memberi peluang kepada orang lain menyintai diri kita dan kita menyintai orang lain.

Ops hampir terlupa pula, dia baru teringat sesuatu.. dia berpusing kembali mengadap suaminya.. Dihulurkan tangan kepada lelaki itu, selama 4 tahun perkahwinanya inilah pertama kalinya dia bersalaman dengan lelaki itu sebelum bepergian.

Tercengang Fahmi tetapi huluran tangan itu tetap juga disambutnya. Perlahan bibirnya mengukir senyum gembira dan bersyuku didalam hati. Alhamdulillah masuk jugak teguran aku hari ini. Dia bersyukur dalam hati.


**********

"Mama... mama..." Aina yang berada dalam dukungan Fahmi melambai-lambai girang padanya, si kecil itu sudah pandai mahu bermanja dengannya, yelah biasanya jika melihat kelibatnya, anak itu mesti terus terpempan segala kelakuan dan merengek pada papanya sahaja.

Rania membalas lambaian si kecil itu, waktu itu dia sedang mengambil angin petang di balkoni sambil memerhati telatah suaminya melayan kerenah Aina.

Cerianya anak itu hari ni luar biasa sangat, sampaikan timbul rasa hairan di benaknya. Suaminya pula lain macam pula manjanya sampaikan segala benda nak dia yang lakukakan.. Rania menggetap bibir.. ah perasaan aku saja kot, mungkin memang setiap hari mereka begini, bezanya sebab aku yang terlalu dingin sampaikan tidak perasan segala laku mereka, bisik hatinya perlahan.

"Nia tak lama lagi birthday Aina, abang rasa kita buat kenduri doa selamat je dengan tahlil almarhum ayahanda sekali nak?" soal Fahmi malam tadi ketika mereka sama-sama menonton televisyen.

Rania kehairanan, Lama dia terdiam, ah.. baiknya lelaki walaupun tak sempat bergelar menantu selama hayat ayahanda ada, tapi dia tetap ingatkan ayahanda mengalahkan aku ni sebagai anak kandung pula..

"Err bila birthday Aina? 21 November kan? kalau tak silap I isnin ni ye?" dia ingat-ingat lupa.. isk mama apalah aku ni..

"A'ah.. isnin ni..tak sangka ye pejam celik pejam celik anak kita dah menginjak 3 tahun" ceria sekali wajah lelaki itu tika itu.

"Ok kalau begitu, I ikut sajalah cadangan you, monday nanti i kerja half day, I tak boleh ambil cuti sebab ada meeting penting pagi tu" putusnya.

"Ok thanks sayang.." ucap lelaki itu girang.

2 hari lagi birthday Aina, tapi kenapa hati aku sering berdebar-debar?? ah.. mungkin perasaan aku saja, bisik hatinya perlahan.

*******

"Hey you dekat mana ni? boleh cepat sikit tak? I ada meeting ni.."

"Sabarlah sayang, abang tengah drive ni, jalan sesak sangat, nak bawa laju pun tak boleh.. " kedengaran tenang suara lelaki itu dihujung talian memujuk dirinya, berselang-selikan suara Aina yang berceloteh itu dan ini di hujung talian.

Hai waktu-waktu macam ni boleh pulalah dia nak rosak tengah-tengah jalan ni, dahlah aku ada urgent meeting, yang si Fahmi ni manalah dia tak sampai-sampai lagi. Jam tangannya di perhatikan lagi dan lagi. Teksi pun satu pun aku tak nampak lalu disini, Rania mendengus geram terperangkap dengan situasi yang tak diduga.

Hai mana ni.. dah 45 minit dah aku tunggu, dari rumah ke sini rasanya tak sampai pun 20 minit, takkan tak lepas-lepas jam dari tadi, dia mula rasa hairan. Butang-butang di telefon bimbitnya ditekan-tekan mendail nombor suaminya, lama... tak berangkat sehingga masuk ke peti simpanan suara. Dia mula hairan.. aik kenapa pula tak diangkat ni.. saja nak buat aku marah ke apa.

Didailnya sekali lagi nombor milik suaminya, lama barulah berangkat.. kedengaran agak hingar bingar suasananya...

"Hello.. you dekat ma.." tak sempat dia menghabiskan ayatnya, soalannya telah di potong oleh suara asing yang menyatakan sesuatu yang tidak diduga olehnya.. Dunia terasa seolah-olah berhenti berpusing ketika itu, dia tidak peduli di mana dia berada tika itu, semangatnya seolah melayang pergi dengan khabar yang baru didengar sebentar tadi, dia terjelepok lesu.. dan disitu juga dia menangis teresak-esak... tak sedar berapa lama dia disitu, sehinggalah dia merasakan ada tangan-tangan yang memimpin, memapah tubuhnya...

********

"Fahmi.. jom turun bawah sayang, nenda datang tu.." tubuh anak kecil yang masih terpisat-pisat matanya baru terjaga dari tidur didukungnya penuh kasih. Putra Fahmi Izzudin Bin Fahmi Izmi, zuriat yang ditinggalkan oleh arwah suaminya 2 tahun yang lalu, Zuriat yang ditinggalkan untuk menemani dirinya dan membela nasibnya didunia ini.

"Alolo cucu nenda, baru bangun tidur ye sayang, mari dekat nenda.." ujar bonda sambil menghulurkan tangan mengambil Fahmi dari dukungannya.

"Nia nak siap kejap ya bonda, lepas ni kita pergi sama-sama.." dia meminta diri untuk memperkemaskan dirinya sebentar, dan bonda pula hanya mengangguk sebagai jawapannya.

Puteri Aina Jesnita Binti Fahmi Izmi, dan Fahmi Izmi Bin Haji Fakhrul.. itulah perkataan yang tertera di nisan putih yang berdiri kaku di tanah perkuburan itu, dia memandang sayu, sayu kerana kehilangan insan-insan yang dicintai dalam sekelip mata, benarlahkan.. kita akan menghargai sesuatu itu bila ia telah pergi, hilang tiada di sisi, dan itulah yang dirasai olehnya kini, dia ingat lagi waktu itu majlis yang sepatutnya menjadi majlis doa selamat sambutan hari lahir Aina yang ke 3 tahun bertukar menjadi majlis tahlil arwah.

Kemalangan yang tidak diduga, kemalangan akibat kesilapan orang lain, sebuah kereta yang di pandu melulu hingga merempuh kereta yang dipandu arwah Fahmi sehingga menyebabkan suami dan anaknya hilang nyawa, sehingga sekarang dia masih tidak mampu memaafkan pemandu mabuk itu, bukan dia tidak redha, cuma dia terkilan..

Sakitnya dan pedihnya waktu dia cuba belajar menerima ketentuanNYA hanya ALLAH saja yang tahu rasanya. Kira-kira 5 minggu selepas peristiwa itu, barulah dia sedar dirinya hamil anak kedua, terubat jugalah dukanya tika itu, dan anak itulah yang menjadi semangatnya.

Rumput-rumput yang mula tumbuh meliar dicabutnya, memang itu rutinnya jika menziarah ke sini.

"Assalamualaikum abang..." diusapnya nisan kaku itu perlahan.

"Anak kita dah pandai berjalan.. habis semua barang-barang dekat rumah dilanggarnya tau.. tapi Nia tak kisah, tak marah pun, lagi satu anak kita macam abang juga, suka sangat tersenyum.. mesti kacak macam abang bila dah besar nanti kan.." dia berbisik perlahan menceritakan perkembangan putera mereka, bonda disisi hanya memerhati sambil menahan sebak.

"Assalamualaikum anak mama.. "

"Aina.. puteri mama yang comel, jaga papa untuk mama ye sayang.." diusapnya pula nisan kaku milik Aina, lama dengan sebak yang tak tertanggung, bila diingatkan segala lakunya dulu, agaknya inilah balasan buat dirinya.. kehadiran Aina jarang diendahkan mungkin itulah yang menjadi sebab Aina di ambil pergi dari hidupnya, agar dia merasa kehilangan, agar dia menjadi insan yang lebih menghargai. Penyesalan yang tidak sudah dalam hidupnya.

"Maafkan mama Aina, selalu abaikan Aina sewaktu hayat Aina dulu.." disiramnya air mawar di atas pusara anak itu.

"Jom kita pulang Nia, dah lama rasanya kita dekat sini, hari pun dah nak senja, tak elok berada diluar rumah waktu-waktu senja ni.." ajak bonda dan dia hanya mengangguk kepala. Fahmi yang didalam dukungan bondanya di ambil. Riang sungguh suara anak itu berceloteh itu dan ini dengan bahasa yang hanya anak itu saja yang faham, dia tersenyum, terhibur mendengarnya.

"Abang.. Nia balik dulu ya, nanti jumaat depan Nia datang lagi.. Nia sayangkan abang, dan Nia janji akan jaga anak kita ni baik-baik, Aina.. mama pulang dulu ya sayang.. Minggu depan mama datang lagi.. mama sayangkan Aina sangat-sangat tau.." bisiknya sebelum berlalu. Seolah masih terngiang-ngiang celoteh Aina dan arwah Fahmi di hari-hari terakhir mereka bersama, sesungguhnya mereka tak pernah luntur dari ingatan ini.

Biarkan dia pergi janganlah dikesalkan,
Tuhan lebih mengerti apa yang disuratkan....

Ya ALLAH ya Tuhanku, aku tahu kau ambil dia dan anakku itu agar aku menjadi insan yang lebih menghargai, redha dengan setiap ketentuanMu, dan sabar dengan setiap dugaMu, maafkan aku atas keterlanjuran sikapku, perbuatanku dan juga percakapanku, tempatkanlah insan-insan kesayanganku ini dalam kalangan mereka-mereka yang beriman... amin.

Sunday, November 15, 2009

Cerpen : Aku Bukan Kau


Aku bukan kau sesedap hati menyatakan rasa, aku bukan kau seenak bicara meluahkan kata, aku bukan kau!! kau bukan aku!! aku bukan kau...!! kau faham tak??? hatinya menjerit, tapi tiada siapa yang mendengar..

Dia mengeluh, kenapalah semua orang kat sekeliling aku ni tak pernah nak belajar faham apa yang aku rasa? Kenapa semua buat-buat tuli, pekak bila aku meluah bicara, kenapa semua buat-buat buta tak nampak ketika lakuku meluah protes pada mata pandangan mereka? kenapa? kenapa???

Kenapa biarkan aku terlahir kedunia ini andai sering kali rasa perasaanku diketepikan? kenapa lakukan aku layak seperti pintu kayu? yang bila marah akan dihempas sekuatnya, kenapa hakku seolah kau nafikan sedangkan aku punya layak untuk terus meluah suara. Aku tak faham.. hatinya gusar, campur sekali dengan rasa walang, hurm sampai ke bilanya hidup aku ini akan terus diatur, dicampur tangan oleh orang lain? sampai ke mananya sudah hidup ku ini?

***********

"Mummy tengok surat apa yang Nea dapat ni??" gembira bercampur riang mengunjuk sampul surat berwarna coklat.

"Surat apa tu?? mummy busy ni.." acuh tak acuh Puan Melina menyambut unjukan anaknya

"Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami setelah dipertimbangkan segalanya dan selepas menemuduga saudara/i kami dapati saudara/i telah layak dengan kursus yang ditawarkan oleh pihak kami iaitu kursus Penulisan Seni Layar....."

Membulat mata Puan Melina membaca sepotong ayat yang tertera dalam isi surat tawaran itu..

"What???? apa ni?? kan mummy dah kata mummy tak suka Nea ambil kos ni, Nea tak faham ke??"

Tersentak Nea bila melihat angin mummynya berubah tiba-tiba, dia terkelu.. salahkah apa yang aku cuba lakukan? tanyanya dalam hati. Salahkah? setelah kuturutkan segala kemahuan mummy dan daddy, setelah aku berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang perniagaan seperti kehendak mereka, sekarang tibalah masanya untuk aku turutkan kehendak diriku sendiri.. itu pun menjadi satu kesalahan ke? Habis mana hakku sebagai seorang manusia yang berperasaan? bila perasaanku diketepikan tanpa timbangan.

Scrathh....!! bunyi kertas surat tawaran yang disiat itu menyiatkan sekali hatinya tika itu, tak sangka sampai hati mummy buat Nea begini, rintihnya dalam hati.. Berkecai bersama harapan yang lebur.. jawapannya mudah, bidang ini tak menjamin masa depannya itu yang pada fikiran mereka sedangkan fikirannya lain..

"Mummy tak suka apa yang Nea cuba buatkan ni, dahlah kos ni tak ada masa depan, mummy dah sediakan segalanya untuk Nea, Nea just sambung apa yang mummy dah sediakan, syarikat daddy tu siapa nak jaga kalau bukan Nea? tu saloon mummy tu siapa yang nak ambil alih kalau bukan Nea?? Nea ni satu-satunya anak kami..." panjang lebar sekali bicara mummynya kali ini.

Huh itulah yang diulanginya dah naik hafal dah aku dengan ayat mummy tu.. hai kalau dijawab dikatakan menjawab, nanti dikatakan kurang ajar, karang tak pasal-pasal jadi anak derhaka.

Dipandang sayu kearah carikan kertas yang bertaburan diatas ambal, lambat-lambat dia tunduk mengutip cebisan kertas itu... surat tawaran yang telah pun berkubur menjadi kenangan.. hanya sekejap gembira itu hadir dan sekelip mata ia dinyahkan kini, terikat dengan tanggungjawab yang sedia tergalas di bahu seorang anak... air mata bergenang, hampir tumpah, tapi pantas disekanya, mengelak dari di sedari oleh mummynya, yelah.. nanti bertambah panjang pula leteran mummynya itu.

*********

Bisingnya... dia menekup telinganya dengan bantal, sangat tertekan dan menyiksakan, begitulah selalunya andai teman-teman keluarganya bertandang, nama saja keluarga muslim, tapi sayang lebih kebarat dari orang barat. Huh teguk arak macam minum air coke, sangat menyedihkan.. keluarga aku kaya, tapi miskin ilmu agama, kaya dunia tapi miskin akhirat... ya ALLAH tolong ampunkan dosa keluargaku, tolong ampunkan dosa aku juga sebab aku tak mampu nak sedarkan mereka..

Aku ni macam boneka saja dekat dalam rumah ada macam tak ada, wujud macam tak wujud.. Aku teringin sangat, sangat-sangat teringin nak rasa, nak tahu maksud sebenar kebahagiaan tu?, macam keluarga orang lain, tak punya harta berlambak tapi punya kasih sayang melimpah, perhatian yang melaut..tapi sayang... keluarga ku yang ini sangat jahil.. malu kadang-kadang orang tanya, usia seperti ku sudah berapa kali khatam al-Quran,.. yelah orang seusia aku ni sepatunya sudah 3,4 kali khatam.. hai apa nak buat keluarga aku tamakkan dunia.. sayangkan dunia, cintakan dunia... lebihkan dunia..

***********

Kebas dah rasa muka ni rasanya.. dia mengeluh, yelah dari tadi asyik melorek senyum tampal di wajah ni, sudahlah tak kenal sesiapa pun yang daddy perkenalkan ni.. Nea Rindiani mengeluh.. Hari ini hari pertamanya dia di sini di syarikat milik daddynya.

"Aku tak tahu sama ada perlu ke tidak aku disini..sudah lah staff-staff daddy semuanya macam takut-takut saja nak dekat dengan aku, macamlah aku ni makan orang...hisy.." rimas bila terlalu dihormati..

"Cik Nea ni fail syarikat, Tuan Lutfy suruh saya bagikan pada cik, dia hendak cik tengok-tengok perjalanan syarikat dan kedudukan kewangan syarikat ni.." hulur Jesnita kepadanya.

Dia hanya mengangguk, dikerling pas pekerja milik Jesnita, owh.. patutlah setiausaha daddy..

"Letak situ... err.. Jesnita awak kata dekat daddy, saya nak keluar sekejap.." beritahunya..

Dah tak larat untuk memaksa diri berada di tempat yang diri sendiri tak suka.. rasa macam sesak, merimaskan.. dan Jesnita hanya mengangguk saja mendengar arahannya, yelah anak boss, siapa boleh halangkan.. suka hati dialah nak buat apa, bisik hati kecilnya..

**********

Tasik Putrajaya, walaupun penuh kadang-kadang dengan ramai pengunjung yang datang, tapi entah kenapa dia suka membawa diri ke sini bila dilanda keresahan.. dia suka memerhati kerenah mereka yang pelbagai, ada yang mencuit hatinya dan kadang-kadang ideanya melimpah di sini..

Buku nota kecilnya yang berada dalam saku belakang seluarnya di keluarkan, pen yang berada dalam tas tangannya di capai, dan dia mula menulis melakar idea-idea yang mula mendatang.. begitulah selalunya, dia akan kembali tersenyum gembira bila mula menulis, memang minatnya tumpah di sini bukan pada syarikat milik daddy itu atau pun saloon milik mummy..

Puisi : Maafkan aku.

Maafkan aku ya Tuhan,
Aku bukan hamba yang taat,
Bukan juga hamba yang selalu mengingatiMu,
Dan bukan juga hamba yang sentiasa mendahulukanMu,

Dunia yang hanya sementara ini lebih ku kejar,
Sedangkan akhiratMu sering ku biar.
Tanpa sedikit rasa gusar,
Cintakan dunia membuatkan aku alpa tanpa sedar,

Maafkan aku kedua orang tuaku..
Sering kali kucuba turuti segala kemahuan kamu,
Kerana aku tahu aku anak kalian yang satu-satu,
Tapi aku tak mampu,
Aku ada kehendakku, ada keinginanku..
Tapi siapalah aku..
Kuabaikan rasa bahagia diriku,
Untuk membahagiakan kamu..

Maafkan aku ya Tuhanku,
Gagal menjadi hamba yang sentiasa mendahulukanMu

Maafkan aku orang tuaku,
Gagal menjadi anak yang sentiasa menyenangkan kamu..

Maafkan...
Maafkan...
Maafkan...
Hanya kebahagian yang terlalu sering menjadi impian..

Nea mengetap bibir, ada rasa sebak yang mengetuk jiwanya kini ketika membaca puisi nukilan sendiri, kalaulah aku mampu, aku nak mereka baca puisi ini, biar mereka tahu rentak apakah yang sering berlagu dalam jiwaku ini...

Tangisan anak kecil menyedarkan dirinya daripada terus tenggelam dalam dunianya sendiri, pantas wajahnya dipalingkan kearah mana datangnya suara itu, di lihatnya seorang ibu muda sedang memujuk anak kecilnya yang menangis akibat terjatuh ketika berkejaran bersama saudara-saudaranya yang lain..

Dia tersenyum pahit.. teringat dia ketika zaman kanak-kanaknya dulu, dia tak berkesempatan merasai semua itu, sakit demamnya hanya di tangan orang gajinya, jatuh bangunnya juga di tangan orang gajinya, kedua orang tuanya terlalu sibuk, kadang-kadang berhari-harian dia ditinggalkan ditangan orang gajinya..

**************

"Macam mana hari ni? semua ok kat office tadi Nea?" soal Tuan Lutfy sebaik melihat anak tunggalnya itu melangkah masuk.

Dia hanya mengangguk malas, bosan, dahlah dekat office tu macam-macam kerenah, bila sampai rumah ingat nak berehat dari hal kerja yang berlambak dan menyenakkan otak ni, tapi tetap jugak itu yang disoalkan, macam tak ada benda lain nak di tanya.. dia mengeluh..

"Hah Nea esok jangan lupa, pergi saloon mummy, mummy nak kenalkan Nea pada staff-staff kita kat sana, yelah tak lama lagi kan Nea nak ambil tempat mummy" Sampuk Puan Melina pula..

Dia menggetap bibir, apa mereka ingat aku ni robot ke? semua benda nak di suruh buat..

"Ala mummy lain kalilah, banyak kerja kat pejabat tu.." dia cuba menolak.

"Lain kali bilanya? tak ada, mummy dah tanya daddy tadi, daddy kata ok je.." ujar Puan Melina sambil mengerling kearah Tuan Lutfy yang sedang bersandar santai sambil menghisap curutnya..

Hisy daddy ni, doctor dah suruh berhenti hisap benda tu pun masih degil.. bukannya ada faedah pun benda tu, buang duit saja, sempat dia membebel dalam hati tentang kedegilan daddynya menghentikan tabiatnya yang satu itu.

"Yelah, tengoklah macam mana, Nea naik atas dululah, nak solat, belum asar lagi ni.." sengaja ditekankanya perkataan solat di pendengaran kedua orang tuanya, yelah umur dah menginjak senja tapi belum pernah di sepanjang usinya dia melihat kedua orang tuanya sujud di tikar sejadah.. Ya ALLAH sedarkan mereka, doanya dalam hati..

**********

Tangannya lincah menekan papan kekunci laptopnya, laju selaju idea yang mengalir di benaknya, dia cuba menyiapkan cerpennya yang bertajuk Dia Lebih Mengerti yang sudah hampir sebulan tertangguh dek kesibukan dirinya akhir-akhir ini.

Sesekali wajah dikerutkan, sesekali wajahnya bertukar hiba, terutama bila sampai pada babak yang agak menyedihkan, dan sesekali dia tersenyum bila taipannya sampai pada babak yang sedikit menggembirakannya..

Selalunya begitu, dia sering curi-curi menulis andai berkesempatan, dia tak mahu kedua orang tuanya tahu, kalau tidak habislah dirinya akan dileteri..

Dia bersandar perlahan pada kerusi itu, merehatkan sebentar pinggangnya yang mula rasa lenguh..

Fikirannya menerawang, sampai bila macam ni? aku lebih rela hilang harta yang berjuta tu asalkan aku mampu kecap bahagia tu.. harta boleh dicari, tapi perhatian, kasih sayang semua tu mana nak cari, mana nak dapatkan.. entahlah, kadang-kadang aku rasa sangat penat dengan semua ni, aku boneka bernyawa perliharaan mummy dan daddyku, dari dulu sampai sekarang aku tak pernah di beri pilihan, diberi ruang untuk menyatakan apa rasaku..


********

"Ok Nea, now segalanya milik Nea, Mummy nak Nea jaga saloon ni seperti mana mummy jaga, dan uruskan.. lega hati mummy sebab Nea dah sampai umur untuk ambil alih segalanya milik mummy.." senyum lebar penuh gembira wajah Puan Melina sewaktu itu, dia ingat lagi.. ya semua tergalas berat di bahunya, usiaku baru menginjak 23 tahun, tapi aku telah di bebankan dengan tanggungjawab yang aku sendiri tak mampu nak pikul.

Orang seusia aku, mana ada yang nak fikir tentang syarikat, tentang macam mana nak mengukuhkan sebuah empayar, tentang macam mana nak bagi customer suka dengan servis kita tapi aku.... semua aku kena fikir... agaknya kalau macam ni, lama-lama memang aku akan jadi gila.. dia mengeluh. Dicuba memaniskan wajahnya semanis mungkin yelah air wajah mummy kena jaga jugak..

"InsyaALLAH mummy, Nea akan cuba buat yang terbaik, jawabnya..."

************

"Cik Nea, kita ada masalah... " adu Jesnita satu pagi ketika dia sedang tekun mengadap kerjanya..

"Masalah apa Jesnita?" hatinya dihambat risau, takut masalah itu akan memberi impak besar pada syarikatnya, apa dia nak jawab dengan daddy nanti.. isk

"Barang yang client kita dari Terengganu tu pesan, dia kata banyak rosak, so mereka nak ganti rugi atau mereka akan saman kita.."

"Hah banyak rosak?? macam mana pulak boleh jadi macam tu? kan kita dah semak dulu sebelum hantar then semua ok, ni mesti rosak waktu dalam penghantaran.. " dia terkejut, memang dia sendiri yang memeriksa barang-barang tersebut sebelum penghantaran di buat.

"Hurm awak call pihak mereka, tanya macam mana, kalau mereka setuju dengan tawaran kita nak bagi ganti rugi yang baru, esok juga saya akan ke sana.." dia memberi arahan.. memang dia tak suka bila timbulnya masalah dan bertambah tak suka andai masalah itu mengganngu kerjanya.

***********

"Apa semua ni Nea??" keratan akhbar yang tertera gambar seorang wanita yang mengadu

"KULIT MELECUR SETELAH MENGGUNAKAN KRIM PEMUTIH KULIT DARI SEBUAH SALOON TERKEMUKA" di campak ke wajahnya sebaik sahaja dia melangkah kaki ke dalam villanya.

"Kamu baca tu, dari saloon siapa? mummy nak Nea beritahu kenapa boleh jadi macam ni? 17 tahun mummy jaga saloon tu tak pernah ada kes ni, ni Nea baru beberapa hari dah bermacam-macam hal, mana mummy nak letak muka mummy kalau macam ni ha? kenapalah Nea ni susah sangat nak menyenangkan hati mummy.. " leter Puan Melina, marah benar nampaknya.

Nea Rindiani tersentak, tak satu, satu yang datang, masalah dengan syarikat daddy baru saja selesai ni pasal saloon pulak, berat betul dugaanMu kali ini Tuhanku..

"Nea tak tahu mummy, Nea hanya guna product yang memang dah ada kat saloon kita tu je, Nea minta maaf mummy sebab Nea susahkan mummy, Nea minta maaf, Nea janji akan selesaikan kes tu mummy.." dia berjanji..

"Maaf, maaf, maaf... tu jelah yang kamu tahu.. mummy nak Nea bersihkan nama mummy yang kotor tu.. kalau tak mummy tak akan maafkan Nea.." ugut wanita itu.

************

Tuan Lutfy dan Puan Melina berpandangan sesama sendiri, sudah hampir seminggu anaknya itu hanya berkurung dalam bilik, office tak pergi, saloon pun tak jenguk.. yang dia tau berkurung dalam bilik dan termenung, mungkin dia terasa terlalu terbeban dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini.

Bunyi dentingan loceng rumah, menyentakkan lamunan mereka, pantas langkah Tuan Lutfy diatur ke pintu, tak sabar bertemu orang yang bertandang itu..

"Sabar Luth, I tau you risau.." Doktor Rizal menepuk bahunya perlahan.

"Mana I tak risau Riz, tak pernah-pernah dia jadi macam ni.."

"Ok biar I periksa dia dulu, mana dia?"

"Kat dalam bilik, termenung je, mari I tunjukkan.."

30 minit menanti Doktor Rizal selesai memeriksa Nea di rasakan terlalu lama, segalanya bercampur aduk bermacam rasa yang hadir dalam diri mereka.

"Bagaimana Riz??" tak sabar dia bertanya sebaik sahaja melihat lelaki itu melangkah keluar dari kamar anaknya.

Lelaki itu hanya tersenyum tapi hambar..

"Susahlah Luth, dia tak nak tolong diri dia sendiri, sepatah yang I tanya, sepatah yang di jawabnya, dari apa yang I perhatikan, dari simptom-simptom yang ada kelihatan dia mengalami kemurungan, mungkin dia tertekan.. cuba you ingat-ingat balik peristiwa apa yang berlaku akhir-akhir ini, mungkin buat dia terbeban.." panjang lebar lelaki itu menerangkan

Tuan Lutfy hampir terkelu mendengarnya, Puan Melina apatah lagi.. ya terlalu banya peristiwa yang menekankan jiwa muda anaknya.

Serentak ingatannya terlayang pada peristiwa dalam keratan akhbar itu, sudah puas anaknya itu dimarah dan dileteri, barulah dia tahu yang akhbar itu silap menulis nama saloon, dan telah memohon maaf padanya pada keesokan harinya.. Puan Melina menggetap bibir.

"Boleh sembuh ke Riz?" tanya Puan Melina tak sabar.

"Biasanya boleh, bergantung kepada kekuatan mental dia, you all kena selalu ada kat sisi dia, biar dia rasa dia tak sendirian, biar dia rasa sentiasa berteman, dan lagi satu mungkin boleh bawa dia jumpa pakar-pakar kaunseling, mungkin dia ada memendam sesuatu yang you all tak pernah nak ambil tahu.."

Berdesing telinga, terasa tersindir dengan kata-kata Doktor Rizal itu.. memang betul pun, mereka mengiyakan dalam hati, memang jarang sekali mereka mengambil tahu perasaan anak itu.

**********

"HOSPITAL BAHAGIA TANJUNG RAMBUTAN" sayu matanya memandang tulisan yang tertera pada papan tanda itu.. Adakah ini makna bahagia yang kau cari anakku?? teringat dia bait akhir sajak tulisan anaknya itu dulu yang di temui dalam buku nota kecil anaknnya ketika dia mengemas bilik anaknya..
"Hanya kebahagian yang terlalu sering menjadi impian.."

Perlahan matanya di pandang ke arah seorang gadis yang terlalu asyik tunduk menulis sesuatu, sesekali gadis itu tertawa kecil, entah apa yang lucunya dia pun tak tahu..

Dia kesal, segalanya dah terlambat, jiwa anaknya dah terlalu parah lukanya, ini saja jalan terakhir yang mampu dilakukan oleh dia dan suami.. dan baru sekarang dia belajar merangkak-rangkak membaca al-Quran, lidah terasa keras, muka terasa malu tapi demi rasa cinta kepadaNYA yang baru mula tumbuh bercambah, digagahkan juga..

"Maafkan mummy dan daddy, Nea.. kalaulah mampu masa lalu itu diundur, memang Nealah yang akan menjadi keutamaan kami dulu..." bisiknya perlahan, terasa ada jemari yang menggenggam tangannya, dia menoleh, dilihat wajah Tuan Lutfy yang sedang menahan sendu, menahan air mata dari gugur..

Monday, November 2, 2009

Cerpen : Dendam Cinta




Dia tunduk, terbongkok-bongkok tekun menyapu sampah-sampah yang bertaburan di kaki-kaki lima rumah kedai itu, sesekali tangannya menyeka peluh didahi yang mula merembes keluar.. kehangantan cahaya matahari turut terasa bahangnya, membuatkan tekaknya terasa kering, pantas botol air mineral yang diletakkan seketika di tiang berhampiran cuba di gapainya, namun belum sempat dia mencapai, ada kaki yang terlebih dahulu menendang botol air itu, membuatkan dia tergamam, tersentak, habis tergolek botol itu kelongkang yang berhampiran.. dia hanya memerhati, terpana dan terpempan.. Pemilik kaki itu pula terus melangkah pergi tanpa sedikit pun memohon maaf...

"Encik..." dia memanggil.. tetapi lelaki itu buat tak dengar... akhirnya dia mengambil keputusan...
mengejar lelaki itu dan tangan lelaki itu di raih, membuatkan lelaki itu menoleh...

"Apa ni...!! lelaki itu menengking, sambil tangannya yang lagi sebelah mengibas-ngibas lengan baju yang di sentuh oleh gadis itu...

"Encik tendang air saya tadi..." Dia memberitahu..

"Err air kau ke tadi? aku ingat air orang buang-buang..." selamba lelaki itu menjawab, sedikit pun tak meminta maaf.

"Ganti balik air saya tu tadi.." Dia meminta, peduli lah orang nak kata, tapi baginya, setiap apa yang di beli menggunakan setiap sennya adalah sangat bernilai.

Lelaki itu tersenyum mengejek mendengar permintaannya, dasar orang miskin, semuanya berkira..

"berapa harga air kau tadi?" dia bertanya angkuh sambil mengeluarkan dompet duit yang tebal isinya.

"60 sen jea encik..." Jawabnya sambil menadahkan tapak tangannya.

"Ceh 60 sen pun kau nak kecoh macam harga 600 ringgit, nah ini ganti rugi untuk air kau dan tips sebab buang masa aku.." ujar lelaki itu sambil mencampak duit not 10 ke wajahnya, dia hanya menggetap bibir menahan malu, memerah wajahnya tika itu.. ah orang kaya memang sombong agaknya.


***********

Awatif Tiffani... tulisan yang tertera di pintu masuk kayu berukir cantik itu dipandangnya lama, cantik namanya, mesti orangnya pun cantik.. desis hati Mikael Zamy.

Menurut stafnya clientnya yang ini masih muda belia, berusia lingkungan akhir 20an.. tapi dah ada syarikat sendiri, tentu hebat perempuan ni... hatinya berbisik..

Dia menarik nafas perlahan dan menghembusnya, juga perlahan... perlahan tangannya mengetuk pintu itu... hampir satu minit barulah dia mendengar suara memberi arahan masuk dari bilik itu.. Tombol pintu dipulas perlahan.. Dilihatnya ada seorang wanita yang sedang tunduk tekun menulis sesuatu di atas kertas.

"Assalamualaikum ..." dia memberi salam..

"Waalaikumussa....lam..." Awatiff Tiffani menjawabnya, sedikit terkejut lalu jawapannya menjadi gugup.. namun pantas rasa gugup itu disembunyikan dengan lorekan senyum diwajahnya. Dia berdiri. Memandang pada wajah Mikael Zamy. Macam pernah ku lihat lelaki ini.. tapi dimana ya? cuba diputarkan kembali ingatannya, mana tau kalau-kalau mereka pernah berjumpa, tapi dia tak berjaya, ah mungkin pelanduk dua serupa kot.. putusnya akhirnya.

"Silakan duduk Encik" dia mempersilakan..

"Terima kasih, oh ya saya Mikael Zamy dari d'Harmony Corporation.." Dia menhulur salam petanda memperkenalkan diri, sempat juga di kerlingnya pada wanita di hadapannya itu, cantiknya dia, pujinya dalam hati..

Awatiff Tiffany hanya memandang sekilas pada huluran tangan itu..

"Maafkan saya Encik Mikael" ucapnya sambil memberi isyarat mata yang dia tidak bersalam dengan lelaki.

Berubah wajah Mikael mendengar jawapannya, cis dah ku nampak jelas didepan mata yang dia tu jenis bertudung, kenapa ku hulurkan juga tangan ni? ah tapi kan tak semestinya yang bertudung ni ni alim macam dia yang tak menyambut huluran salam bukan muhrim.. sempat lagi hatinya mengomel.

"Saya Awatiff Tiffany, boleh panggil Tiffany je, lebih ringkas.." dia memperkenalkan diri, dia perasaan perubahan pada wajah lelaki itu, tapi dia buat tak endah, padan muka kau, tulah main redah je, apa kau ingat semua perempuan korporat dan moden ni murah ke? mudah sangat berjabat salam dengan lelaki ajnabi? sempat lagi dia mengejek dalam hati...

"ok saya tak mahu buang masa, saya percaya cik Tiffany mesti banyak urusan lain, jadi apa kata kita teruskan saja pada topik perbincangan kita" Mikael memulakan bicara, setelah hampir 5 minit dia terdiam..

"Ok Encik Mikael, saya dah fikirkan dan dah pun berbincang dengan ahli lembaga pengarah yang lain, jadi kami telah bersetuju membuat keputusan untuk mengikat kontrak dengan dengan syarikat encik.."

"Kalau begitu keputusan dari pihak cik Awatiff, kami amat berbesar hati menerimanya, jadi nanti saya suruh my lawyer sediakan document-document yang berkenaan, dan surat agreement kita ni dan next week kita boleh sambung perbincangan kita dengan lebih lanjut.." Dia berdiri, memang dia tak boleh berlama, sebab sebentar lagi dia akan berlepas ke Brunei untuk bertemu clientnya di sana pula.

Awatiff Tiffany mengangguk, dia juga turut berdiri untuk menghantar tetamunya itu kemuka pintu sebagai tanda penghormatan.

***********

"Tiff apa yang kau menungkan tu? sejuk kat luar tu, mai masuk dalam ni, karang demam aku jugak yang susah nak jaga kau.." tegur Madiha Elainy.

Hairan, memang hairan, dari tadi aku tengok si Tiff ni termenung, apa jelah yang difikirkan tu.. hai tak faham aku.

Tiffany menoleh, lambat-lambat diatur langkahnya masuk, sedari tadi dia menghabiskan masanya melangut di balkoni, mengira jutaan bintang di dada langit, dia tak tahu berapa lama dia begitu.

"Kau fikirkan apa Tiff? macam ada masalah dunia je?" Madiha menyoal.

"Entahlah Diha, aku macam pernah jumpa mamat tu.. tapi aku tak ingat kat mana" keluhnya perlahan.

Alahai mamat mana pulak ni? setahu aku si Tiff ni tak pernah ada kawan lelaki, bisiknya perlahan penuh tanda tanya.

"Mamat mana Tiff? cuba kau cerita kat aku ni dari mula-mula, ni tak kau terus terjun dari tengah, buat aku blur je nak faham.."

Tiffany tersenyum, adeyss terlupa pulak aku yang kawan aku sedikit lampi.. omelnya perlahan.

"Mamat yang client baru company aku tu, aku macam pernah nampak dia sebelum ni, tapi tak ingat kat mana."

"Owh.. mungkin pernah hadir dalam mimpi kau kot.." dia berjenaka.

"Eh Tiff kenapa kau macam terlalu berminat sangat dengan mamat tu sampai kau asyik fikir tentang dia jea?" Tiba-tiba Madiha mengutarakan soalan yang tak dijangka olehnya.

"Mana ada, kau ni mengarut jelah, aku cuma rasa macam pernah jumpa dengan dia, tu je.." dia menafikan..

"Alah jangan tipulah, kau angau ek? jatuh cinta pandangan pertama?? betul tak? katakanlah betul wahai sahabatku, aku dah gian nak makan nasi minyak ni..hehe" usik Madiha, seronok melihat wajah Tiffany yang dah tukar warna merah..

"Mengarutlah kau ni, dahlah aku nak masuk tidur, esok nak bangun awal, meeting pukul 9 am, kau pun tahu kan?"

"Huh mestilah aku tau, aku kan setiausaha kau..oi jawab dulu soalan aku baru nak tidur.."

"Soalan yang mana satu? yang pasal makan nasi minyak tu ek? Kalau kau gian sangat nak makan nasi minyak, kau pergilah kat kedai Pak Mail depan tu, kalau nak free kau kahwin je dengan Pak Mail tu, dia kan bujang trang tang tang, hah lepas tu hari-hari kau boleh makan nasi minyak.. sampai kembung pun tak apa" ekekeke amik kau, tadi nak kenakan aku..

Diatur langkahnya pantas menuju ke biliknya, malas melayan kerenah sahabatnya yang satu itu, karang makin dilayan aku yang sakit hati, dahlah minah tu ada saja idea nak kenakan aku.

Cis aku pulak yang terkena, hampeh punya member.. Sempat Tiffany mendengar bebelan Madiha.. hehe padan muka kau, ketawanya perlahan di sebalik pintu biliknya

*********

Dia menutup mulutnya dengan tangannya ketika menguap, matanya terpejam-pejam menahan rasa mengantuk yang bertandang.

"Suliz tolong buatkan saya Nescafe" arahnya kepada pembantunya itu.

Huh baru jam berapa aku dah mengantuk sakan, semuanya gara si Tiffanylah, sebab dia aku susah nak tidur malam, baru pejam mata dah terbayang wajah dia, menari-nari dalam kotak fikiran aku ni... aduyyaii gila bayangkah aku?? soalnya pada diri sendiri.

Memang semenjak dua tiga menjak ni dia macam dah jatuh cinta dengan clientnya yang satu ni, urghh agak-agak dia dah berpunya ke belum ek? dia bertanya dalam hati. Bila hati dah jatuh cinta, tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak kenyang.. memang betullah aku ni angau.. adui lah adui..

"Suliz nanti tolong telefon kedai bunga, tempahkan bunga untuk saya then suruh hantar ke alamat ni esok.." arahnya pada Suliz bila terlihat gadis serani itu melangkah masuk dengan menatang secawan nescafe, dan seperti biasa gadis itu hanya mengangguk tanpa menyoalkannya, gadis itu memang tak banyak kerenah tu yang dia senang bekerja dengan Suliz.

************

Awat pagi-pagi ni semua dok pandang aku sambil senyum-senyum, lepas tu siap bisik-bisik lagi, kasut aku lain sebelah ke? ke kain aku pakai singkat? tak pun baju aku terbalik? dia membelek dirinya sendiri, tapi takda yang ganjil pun.. ah perasaan aku jea kot.. getus hatinya perlahan. Dia melangkah perlahan memasuki bilik pejabatnya. Hampir terbeliak biji matanya melihat bilik pejabanya dah bertukar macam kedai bunga, eh aku salah bilik ke apa? atas meja ada bunga, atas sofa pun ada bunga, atas kerusi pun ada.. isk pelik-pelik bila ke masanya aku tukar profession jadi penjual bunga? dia terpinga-pinga..

"Mana ke datangnya bunga ni Diha?" dia bertanya setelah hampir seketika dia terdiam.

"Boyfriend Boss lah hantar.." dia menjawab, lebih senang dengan nada formal di pejabat.

"Boyfrien saya?" dia bertanya, sejak bila aku ada boyfriend ni? ke aku terlupa yang aku ada boyfriend? siapa ya..?

"Alahai kau ni selalu kata aku lampi tapi hari kau pulak yang terlebih lampi dari kau.. siapa lagi kalau bukan si Mikael tu yang hantar.." hah hilang berterabur nada formalnya tadi, geram dengan sikap Tiffany yang agak blur tu.. isk

"Ooo.." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya, perlahan tangannya mencapai salah satu jambangan yang ada disitu, dibawa kehidung.. dicium baunya, hurm wanginya... eh ada kadlah.. baru dia sedar.. Diambil kad itu dan dibaca isinya.

Harap kau pun merasa apa yang ku rasa.... Mikael Z

Kau rasa apa? rasa oren ke apa? dia terpinga-pinga, tak perasan si Madiha membaca isi kad itu sedikit kuat.

"Oii baca tu slowlah sikit.. kau nak bagi satu pejabat ni dengar ke apa?" marahnya perlahan.

"Ehehe sorry boss.."

"Diha kau rasa apa yang dia rasa ek? aku tak fahamlah.." dia bertanya meminta pendapat.

"Alahai blurlah boss aku ni, dia dah jatuh cinta dengan kaulah, sama macam kau terangau kan dia.." apasallah lembab sangat minah ni hari ni, omel Madiha perlahan. Tiba-tiba telefon di meja berdering, pantas di capai oleh Tiffany.

"Hello...dah dapat dah?" salam tak beri apa pun tak beri si pemanggil terus bertanya.

"Hah? dapat apa? dapat ikan ke? saya tak memancing pun.." Tiffany menjawab, kot iya pon bagilah salam dulu, hisy apa punya orang da.. bebelnya

"eh buat lawak pulak dia, dah dapat ke bunga dari saya?"

"Owh awak Mikael, lain kali bagilah salam dulu baru tanya, ni tak main terjah je.." dia meleteri lelaki itu.

Terdengar tawa kecil dari dalam talian..

"Sorry-sorry, saya ter-excited sampai terlupa, assalamualaikum.."

"Hurm takpa lain kali buat lagi saya terus letak fon, waalaikumussalam wbt, dah dapat dah, thanks banyak-banyak, tapi lain kali tak yah sampai semua bunga kat kedai tu awak borong.."

"Hurm jom keluar? awak freekan hari ni? kita luch sama-sama.." ajak lelaki itu.

"Hah..." dia terkejut, keluar makan dengan dia?

"Kenapa? tak sudi ?"dia bertanya.

"Err taklah bukan macam tu.. cuma saya terkejut.. err kita berdua je ke?" Tiffany bertanya, lurus..

"Yelah kita berdua, takkan awak nak ajak staff-staff sekali kot.." apa punya soalanlah dia ni.

"Err ye tak ye jugak ek.. kita nak jumpa kat mana?"

"Nanti saya jemput awak waktu lunch, kalau awak tak keberatanlah.."

"Err ok.." pendek dia menjawab

"Tunggu tau, ok saya nak sambung buat kerje..jumpe nanti salam.."

Huh uik.. tak sempat jawab salam dah letak, Tiffany mengomel sambil memandang ganggang telefon.

"Apa??" dia menyoal Madiha yang dari tadi setia berdiri disisi mendengar setiap bait bicaranya tadi.

"Dia ajak boss pergi mana?" Madiha bertanya teruja ingin tahu..

"Sibuklah.. pergi buat kerja kau sana" dia mengarah malas nak melayan.

"Uikk tu pun tak nak bagitahu?" masih tak putus asa bertanya..

"Pergi buat kerja! karang potong gaji karang.." arahnya, isk sibuk je nak tau..

"Yelah-yelah.. tak nak bagi tau sudah, aku sedar siapa diri ini.." ada nada merajuk yang kedengaran dari Madiha..

Alahai merajuk pulak minah ni, tak apalah kejap lagi oklah tu.. Tiffany faham sangat dengan perangai temannya itu.. Eh agak-agak dia nak ajak aku lunch kat mana ek? dia mula melayan angan-angan yang mula bertamu. Angau...!

**********


"Encik boleh tumpang lalu sikit, saya nak sapu sampah tu.." tiba-tiba seorang wanita lingkungan akhir 30an menegurnya meminta laluan ketika dia sedang asyik terkocoh menuju ke arah lif.

Dia memandang wanita itu dengan pandangan yang menjengkelkan,

"Isk orang nak cepat ada jelah halnya..." dia menyungut kuat

"Encik kalau saya tak kutip sampah tu, ada ke orang macam Encik yang penuh bergaya, pakaian kemas ni akan kutip sampah ni??" wanita bertanya kepadanya, Mikael mengetap bibir mendengarnya.. ah banyak cakap pulak, dah tu kerja kau..

"Memanglah orang macam aku ni tak akan buat, apa guna aku belajar tinggi-tinggi then jadi pengutip sampah?? lainlah macam kau belajar malas tu yang jadi macam ni.." dia mendengus kasar, ada hati nak ceramah aku konon.

"Kenapa kecoh-kecoh ni?" tersentak dia bila ditegur.. terkejut melihat Tiffany tegak berdiri.

"Tak ada apa-apa, ah I baru nak naik ke tempat you, tapi you dah turun.. Jomlah kita gerak. kalau gitu." Serentak wajahnya yang masam kedut berkerut mengorak senyum, depan Tiffany air muka kena jaga..bisik hatinya perlahan.


**************

Huh tak akanlah dia lelaki yang dulu tu... Tiffany berfikir, matanya memandang terus pada siling biliknya, entah tembus ke mana agaknya.

Tapi dari gayanya tadi memang macam dia lelaki itu... lelaki yang 6 tahun lalu yang telah menggaris sebuah luka dalam dirinya, yang telah membuatkan dirinya terasa terhina berada di dunia ini.

Kalau betul dia lelaki itu, apa yang perlu aku lakukan? teruskan perhubungan ini walaupun aku sangat membenci dia? atau ajar dia cukup-cukup agar baru dia tau siapa dia di dunia ini? hatinya berbelah bagi kini, dirundung walang, segalanya hanya kerana dia terlihat peristiwa di lif tempoh hari, membuatkan fikirannya sentiasa memutarkan ingatan pada peristiwa yang lalu, peristiwa yang hampir sama cuma tempat dan waktu je yang membezakannya.

Dia mengeluh lagi dan terus mengeluh.. memang diakui hatinya sudah menyukai lelaki itu, tapi dia ada ikrarnya sendiri semenjak 6 tahun dahulu, mana mungkin dilupakan begitu sahaja ikrarnya itu..itu maruah dirinya, air mukanya.. Ya ALLAH apa yang perlu lakukan? aku buntu.

*************

Mikael Zamy, tersenyum gembira, kehidupan terasa sedikit terisi semenjak kehadiran Tiffany dalam hidupnya.

Aha..bulan depan 21 December, birthay Tiff.. aku ingat nak melamar dia, agak-agaknya dia sudi tak? dia tertanya sendirian.. tapi hubungan kami masih baru, baru mencecah 7 bulan, tak gopoh sangat ke kalau aku melamar dia waktu tu? ah pedulilah, aku mampu apa, buat apa nak bercinta lama-lama, nanti karang tak menjadi pulak.. Dia membuat keputusan.

************

"Kita nak kemana ni Kael? " Dia bertanya, hairan dari tadi didalam kereta tapi masih tak sampai-sampai lagi tempat yang dituju.

"Adalah, kejap lagi you taulah, I ada suprise untuk you Tiff.." lelaki itu menjawab dengan senyuman penuh suspen.

Isk kemana pulak dia bawak aku ni? pelik dah ni..

"Ok kita dah sampai.. " Mikael memberitahu..

Tiffany hairan, tempat apa ni? mereka berhenti di sebuah tempat yang gelap, yang gelap tak nampak apa, tempat apa yang dia bawak aku ni? jangan-jangan dia ada niat tak baik kat aku tak.. isk..

"Jomlah turun, yang tercegat kat situ lagi kenapa?" Mikael bertanya hairan sambil menyembunyikan senyuman diwajahnya.

Dengan lambat-lambat Tiffany melangkah turun, gelapnya.. keadaan yang gelap membuatkan dia berjalan hampir dengan lelaki itu, hampir bersentuh bahu..

Hampir 5 minit mereka berjalan, tiba-tiba... suprise..!! terdengar suara yang agak ramai memekik perkataan itu... Tiffany terkejut, suasana yang gelap tadi bertukar terang, kelihatan sebuah khemah yang telah dihias cantik, beserta cahaya lilin menjadi penerang suasana itu.

Dia lihat ada staffnya turut berada disitu, wajah Madiha juga turut kelihatan.. dia masih terpinga-pinga dengan kejutan yang tak diduga ini.

"Apa semua ni?" dia bertanya..blur..

Tangannya di tarik oleh Madiha ke arah meja yang di hiasi sebiji kek, serentak dengan itu lagu ALLAH selamatkan kamu berkumandang.. dia terharu, agak terharu, terlalu lama dia melupakan tarihk lahir sendiri, tapi hari ini...

"Tiffany sudikah awak jadi milik saya?" Tiba-tiba Mikael yang berada di sisinya melutut sambil memandangnya..

Ah adakah dia melamar aku? Suasana yang hingar-bingar tadi jadi sepi, sepi sesepinya, mata masing-masing memandang ke arahnya, seolah mengharap jawapan darinya.

"Boss terimalah boss" terdengar suara-suara staffnya memprovok.

Dipandangnya kearah wajah Mikael yang penuh mengharap.. lama.. dia akhirnya menarik nafas dalam, sebelum menghembuskannya kasar.

"Tak saya tak boleh terima awak.." itu yang jawapan yang dia pasti dalam hatinya.

Mereka yang berada di situ terpinga mendengarnya, tersasar dari jangkaan, sangka mereka Tiffany akan menerima lamaran lelaki itu.

"Tapi kenapa Tiff? saya cintakan awak?" perkataan "cintakan awak" di tekannya sedikit kuat.

"Memang saya akui, saya menanti saat ini, saat di mana awak melamar saya... sebab saya tak sabar nak balas balik apa yang awak buat pada saya 6 tahun lalu Encik Mikael Zamy.." nada bicara telah bertukar rentaknya.

"Saya buat apa pada awak Tiff? tolong ingatkan saya, saya betul-betul tak ingat, kalau saya ada lukakan hati awak saya minta maaf, tapi jangan buat saya jadi macam ni Tiff" pohon lelaki itu.

"Awak tahu tak saya sengaja menyuruh staff saya kononnya mahu menyapu sampah di lif tu tempoh hari, sebab saya nak tahu awakkah orang yang telah menendang botol air mineral dan melemparkan duit RM10 kepada saya dulu, dan nampaknya betul ialah awak, saya tak mahu hidup dengan lelaki yang sombong dan angkuh macam awak, yang berlagak meninggi diri dan memandang rendah pada orang lain, salah ke bekerja sebagai tukang sapu sampai awak melemparkan pandangan yang menjengkelkan? haramkah pekerjaan tu? kalau tak ada tukang sapu ni, mesti banyak sampah-sampah yang bertaburan, nak mengharapkan orang yang macam awak yang buat, yang kutip, alamat matilah semua dek timbunan sampah..."

Berubah wajahnya kini, ya kini ingatannya kembali pada peristiwa tu, peristiwa yang berlaku 6 tahun dahulu.

Dia terkocoh-kocoh ingin menemui salah seorang pelanggannya hari tu.. dan tanpa di duga kakinya menyepak botol kecil itu terus jatuh ke longkang, dia ingat botol itu tiada pemiliknya, maka langkah kakinya diteruskan.. tapi ada pulang seorang gadis yang menghalang laluan dan menuntut ganti rugi, dia yang kononnya mengejar masa, mula rimas, dan dengan angkuh dia mengherdik dan melemparkan duit pada wajah gadis itu.. dan gadis itu ialah Tiffany yang berdiri di hadapannya kini... Ya ALLAH apa yang aku dah buat ni... dia mengeluh

"Selamat tinggal Encik Mikael Zamy, lain kali jangan terlalu angkuh dengan kedudukan yang awak ada.." Ucapnya.

Langkah kakinya diatur bersama genangan air mata yang bila-bila masa akan tumpah di tubir matannya kini.. Aku korbankan cinta ini kerana sebuah kesedaran untuknya, ya ALLAH benarkah aku tak cintakan dia? benarkah selama ini cintaku ini menyala kepadanya atas sebuah dendam??

"Tiff jangan tinggalkan saya Tiff, hukumlah saya apa pun, tapi tolonglah jangan tinggalkan saya..saya tak mampu hidup tanpa awak" Rayunya kini.

Dia terjelepok lesu tak mampu mengejar Tiffany selepas kenyataan di ketahui, tak peduli mata-mata yang memandangnya. Perasaan malu entah hilang terbang entah ke mana. Patutlah aku rasa macam pernah nampak kau sebelum ni, rupanya kau lah gadis itu... segalanya dah terlanjur, aku terlanjur cakap dengan mu dan yang paling utama aku dah telanjur menyintaimu, mana mungkin kupadamkan serta merta perasaan ni..


*************

"Kau yang tak nak kan dia Tiff kenapa pulak kini kau nampak macam merana?" isk tak faham aku, hari tu bukan main lagi menolak si Mikael tu, ni la ni gaya dia pun dah macam orang mati laki, pejabat pun tak di jengahnya.. asyik berkurung je dalam bilik.

"Kau tak faham situasi aku Diha," lemah dia menjawab.

"Siapa kata aku tak faham Tiff, aku faham kau terikat dengan dendam tu Tiff, lupakan jelah dendam tu, lebih baik jadi seorang yang pemaaf dari seorang yang pendendam, kau jugak yang merana Tiff"

"Maafkan jelah dia, mana tau lepas ni dia dah sedar dengan apa yang kau dah cakap kat dia tu, dia pun manusia biasa, tak dapat lari dari silap dan salah.." sambung Madiha memujuk belas, yelah sorang merana macam mati bini, yang sorang merana macam mati laki.

"Tak faham aku, jangan sebab ego, kau korbankan yang segalanya yang kau kecap Tiff, jangan siksa diri kau lagi Tiff, bagilah diri kau peluang untuk rasa bahagia.."

"Dahlah Diha aku nak bersendirian.." lemah nadanya.

Bunyi loceng rumah yang ditekan mematikan ayat Madiha. Dia bingkas bangun, siapa pulak yang datang tengah-tengah malam ni? kacau jelah aku baru nak ceramahkan si Tiff ni..isk..

Dia terkejut bila pintu dibuka berdiri Mikael dengan gaya yang tak berapa terurus..

"Saya nak jumpa Tiff, cakap dengan dia sekejap pun jadilah.." Rayu lelaki itu..

Alahai kesiannyalah.. dia memandang simpati..

"Sekejap saya panggilkan dia"

"Siapa Diha? kalau dia yang datang aku tak nak jumpa dia, suruh je dia balik" macam-macam tau-tau je Mikael yang datang, tak sempat cakap dia dah tau.

"Maaf encik Mikael, Tiff kata dia tak nak jumpa awak, awak balik jelah.."

"Saya takkan ke mana-mana, saya akan berdiri di sini, sampailah dia nak jumpa saya" tegas katanya.

Adui kalian berdua cukup-cukuplah kepala aku yang dah pening ni, janganlah tambah lagi pening ni.. last-last karang aku jugak yang jatuh sakit nanti, dua-dua keras kepala.

Hujan lebat yang turun menggila seolah mengisi perpisahan diantara mereka, Tiffany berjalan perlahan menuju ke tingkap, perlahan birai tingkap di kuak sedikit, dari kejauhan dia melihat satu batang tubuh masih tegak berdiri seperti tadi dalam hujan lebat itu. Hatinya di rundung serba salah.

Apa yang aku perlu buat ni.. pergi kat dia, maafkan dia, terima dia seolah tiada apa-apa yang berlaku.

"Tiff saya tetap akan tunggu awak di sini sampailah awak maafkan saya" laung lelaki itu kepadanya setelah perasan dia mengintai di sebalik tingkap.

*************

"Tiff aku ada berita buruk untuk kau ni.." Ujar Madiha tiba-tiba

Tiffany yang matanya sedang mengadap skrin tv mengalihkan pandangan ke arahnya,

"Hurm apa dia?" dia bertanya tak sabar.

"Mikael masuk hospital..."

"Hah masuk hospital? bila? kenapa? hospital mana?"

Tu dia, kata tak nakkan lelaki tu, tapi dengar lelaki tu sakit taulah pulak risau.. tak faham aku dengan dia ni.

"Eh kau nak pergi mana ni Tiff?" terkejut melihat Tiffany bingkas bangun tiba-tiba

"Aku nak ke hospital" jawabnya ringkas.

Alhamdulillah lembut jugak hati kau Tiff, dia mengucapkan syukur dalam hati..

"Aku nak ikut"

************

"Thanks sayang sudi maafkan I, I janji lepas ni I akan jaga percakapan, tingkah laku, agar tak melukakan you dan semua yang mendengarnya" ucap Mikael dengan gaya seolah seorang anak kecil yang berjanji tak akan buat nakal lagi dihadapan ibunya.

Tiffany ingat lagi betapa risaunya dia waktu itu apabila melihat Mikael terlantar di katil hospital akibat demam panas hari tu, baru dia mengetahui bicara hatinya yang dia tidak akan mampu hidup tanpa lelaki itu sebab dalam tak sedar dia telah pun menyerahkan hati miliknya kepada lelaki itu.

"Hurm you jangan berjanji pada mulut je tau, next time buat lagi, memang tiada maaf bagimu"

Tuesday, October 20, 2009

Cerpen : Aku bukan Siapa-siapa


Deras air matanya mengalir kini, kali ini memang dia tak mampu sembunyikan rasa hatinya sendiri, sedih sayu, terkilan segalany menjadi satu, bercampur aduk... aku sedar aku bukan siapa-siapa pun, hadir hanya menambahkan beban, memang hanya tahu menyusahkan.... bisik hatinya


"Saya dah penat, dah jelak memandang muka budak tu, awak tahu tak? dia hanya menyusahkan kita jea, takda untung langsung menjaga dia" masih terngiang-ngiang lagi ungkapan kasar yang terlahir daripada bibir Mak Sunya...

Sampai hati Mak Su... Air matanya mengalir lagi, kalaulah aku tahu benda ni terjadi, aku rela tinggal sendiri di rumah tu, mati kering pun takpa asalkan aku tak menambahkan bebanan kalian..

"Eh awak ni ada ke kata macam tu, kalau bukan kita yang menjaga dia siapa lagi yang nak jaga dia? dia kan satu-satunya anak kakak saya, takkan awak nak tengok budak tu merempat merata-rata? hidup tak terurus macam tak berwaris??"terdengar suara Pak Sunya pula menegur perlahan.

Kalaulah aku tahu hadirnya aku hanya mehuru harakan keadaan, memang aku takkan setuju tinggal di rumah pak su. Maafkan aku Pak Su, dia bangun mencapai beg pakaian usangnya, mengutip pakaian-pakaiannya, biarlah aku pergi dari terus menjadi bebanan kalian, putus hatinya

3 bulan dahulu dia kehilangan ibu tercinta akibat penyakit barah hati, ayahnya pula telah lama pergi menghadap ilahi akibat di tembak perompak ketika sedang menjalankan tugasnya sebagai anggota polis. Semenjak hari itu disinilah dia tinggal, menumpang kasih, tapi sayang rupanya dia menumpang kasih pada yang tak sudi, hanya ungkapan manis dibibir semata, selebihnya mereka hanya berpura-pura. Betullah kata orang, kalau baru-baru memang orang akan sayang kita, tapi bila dah lama, orang mula jemu, sayang entah melayang pergi kemana.


Langkah kaki di atur longlai, tak ketahuan ke mana arah yang perlu di tuju, sesekali air mata yang mengalir dipipi di sekanya dengan hujung lengan baju kurungnya yang lusuh itu.. Dia tak kenal sesiapa, di sini tempat yang terlalu asing baginya. Gelap malam diredah perlahan, membawa hati yang membusung lukanya. Penat berjalan dia berhenti. Aku hanya berserah pada takdirMu tuhan. Bissmillahitawakaltu alallah....doanya dalam hati. Teringat tika zaman kanak-kanaknya, dia terlalu takut sendirian dan uminya selalu menasihatnya, memberitahunya yang dia tak pernah sendiri hakikatnya sebab kata umi malaikat di kiri dan kanannya sentiasa ada menemaninya walaupun tak mampu dilihat oleh mata kasarnya. Semenjak itu cuba ditanamnya sifat berani dalam dirinya.


Nur Iman Aliya itulah nama yang diberi, yang tertera di dalam surat kelahirannya, kata orang makna namanya itu indah, ya... yelah cahaya iman yg satu, lebih kurang begitulah maknanya, dia mensyukuri nama yang di beri padanya, sentiasa dia berdoa yang perangainya, perlakuaannya seindah namanya.


Azan yang berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh, memecah sepinya kini.. Marilah menunaikan solat.... marilah menuju kejayaan.... mendayu sekali sahutan itu di pendengarannya, menusuk sanubari, menggamit kakinya melangkah menuju ke sebuah surau yang dia baru perasan akan kewujudannya. Ah sesukar mana dugaanMU aku percaya terselitnya sebuah hikmah, malah bertambah mendekatkan diriku kepadMU kerana KAUlah satu-satunya tuhan yang layak dan wajib kusembah... bisik hatinya.

Usai solat subuh, dia bersandar seketika pada dinding surau itu hajat hatinya mahu melepaskan lelah yang bertandang, tapi tiba-tiba dirinya di sapa oleh seorang wanita separuh umur, yang kalau tak silapnya antara yang turut berjemaah dalam solatnya tadi...



**********

"Tulah awak..! cakap tu ikut sedap mulut jea, entah ke mana budak tu dah pergi sekarang, agaknya dia dengar apa yang awak cakap, tu sebab dia pergi dari rumah ni.." bentak Pak Su kasar, penat seharian mencari anak saudaranya yang satu itu, tapi tak ketemu.

"Owh semua salah saya ya? bagus jugak budak tu berambus, ada pun menyusahkan kita jea.." sambil lewa Mak Su meluah bicara, sedikit pun tak peduli akan perasaan Pak Su yang sedang berserabut itu.

Pak Su diam, tak kuasa meneruskan bicara, sebab dia tahu jawapan yang keluar akan hanya menyakitkan telingannya sahaja. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, adeyy manalah budak Iman ni pergi, sihatkah dia? selamatkah dia? makankah dia? hatinya bertanya sendiri..

Maafkan saya kak long, saya cuai menjaga amanah kak long... hiba hatinya, mengenangkan dirinya tak mampu memikul amanat arwah kakaknya.. Arghh aku mesti cari Iman sampai dapat.. itu azamnya kini.


*************

Iman mencangkung sambil matanya tak lepas memerhati jari jemari Mak Wan yang begitu lincah menyisir daun kelapa, diasingkan dari lidinya untuk dibuat penyapu dan dijual, teringat dia akan arwah ibunya, mereka menjadikan apa sahaja di sekeliling sebagai sumber rezeki, hatta kangkung yang tumbuh meliar pun mereka kutip dan dijual sebagai sumber rezeki, terasa seperti kembali ke zaman seperti dulu, ketika bersama Mak Wan.

Mak Wan, wanita yang menegurnya ketika dia di surau hari tu, dan akhirnya membawa dia tinggal bersama wanita telah kematian suami itu. Dia senang dengan wanita itu, pandai mengatur bicara, tegurannya lembut penuh kiasan, dan dia mengagumi wanita itu dan mula mengasihi wanita itu.

"Iman fikir apa ni nak.. sampai Mak Wan cakap pun macam tak dengar jea?"

Terhenti lamunannya, akhirnya dia hanya mampu melorek sengih pada wajahnya, adeyss asyik sangat mengelamun, tak sedar pulak yang Mak Wan dok cakap dengan aku.. hati kecilnya berkata.

"Takda apa-apa Mak Wan, cuma Iman rasa sangat bertuah, bersyukur dapat kenal dengan Mak Wan, kalau Mak Wan takda tak tau lah entah ke mana Iman merempat ....."

"Isk ada ke kata gitu, semua tu takdir ALLAH nak, DIA yang mengkehendaki kita bertemu, lagi pun Mak Wan ni dah lah duduk sorang-sorang, ada Iman ni terubat sikit rasa sunyi Mak Wan..." lembut bicara wanita itu penuh keibuan dirasakan.

"Iman tak tau macam mana nak balas jasa Mak Wan, Iman dah takda sesiapa kat dunia ni.." bertukar lirih nada bicaranya kali ni.

"Tak payah fikir macam mana Iman nak balas jasa Mak Wan, sekarang ni Iman ada Mak Wan, InsyaALLAH Mak Wan sentiasa ada di sisi Iman, susah senang, makan ke tidak bersama-samalah kita...rezeki, ajal pertemuan semua tu ketentuan dan kehendakNYA"

" Iman ada saudara, tapi saudara sendiri merasakan Iman ni membebankan, Iman kalau boleh tak mau membebankan Mak Wan pulak.."

"Takdanya membebankan nak... ALLAH telah menentukan setiap rezeki hambaNYA di muka bumi ni, telah diatur sebaik mungkin.."

"Lagipun Iman kena ingat setiap ujianNya tentu ada hikmahnya, DIA takkan memberi ujian yang takkan mampu di tanggung oleh hambanya sebab DIA lebih mengetahui..." sambung Mak Wan lagi.

Iman tertunduk mendengarnya, terasa sedikit malu, yelah baru diuji dengan ujian yang sedikit dia sudah terasa terbeban sedangkan dia sepatutnya bersyukur menjadi insan yang terpilih untuk menerima ujianNYA.

"Dahlah Iman, anak gadis semanis Iman tak sepatutnya sentiasa berwajah gundah, Mak Wan dah siap meraut lidi ni, lepas ni moh ikut Mak Wan pegi kebun belakang rumah nu.. Mak Wan ingat nak cabut ubi, lepas tu bolehlah kita buat bingka ubi, esok boleh jual kat warung Pak Saman yang kat simpang tiga tu...."

Iman mengangguk, cuba diukir wajahnya seceria semanis mungkin, biar yang melihatnya yang gundah menjadi tenang, yang duka menjadi riang...


**********

Pak Su termenung di balkoni rumah mewahnya, sudah puas di cari merata-rata tempat, rasanya segenap ceruk sudah di jelajah, namun bayang jejak Iman langsung tak ditemui. Dia meraup wajahnya berkali-kali, sungguh!! dalam hatinya kini hanya ada seribu kekesalan yang menggunung tinggi, sebuah kekesalan yang melaut banyaknya. Dia kecewa dengan dirinya sendiri, yelah... dahlah tak punya zuriat penyambung legasinya, dan kini satu-satunya anak saudara yang dia ada telah pun pergi menghilangkan diri tanpa jejak.

"Ya ALLAH kenapalah aku terlalu lemah, kenapalah amanah ini aku tak mampu nak pikul sedangkan dia satu-satunya pewaris keturunan keluarga kami..."

***********

"Mak..! oh Mak...! " dengan terkocoh-kocoh dan dengan salam yang tak diberi dia meneriak memanggil Mak Wan, panggilan yang telah berubah atas pemintaan wanita itu sendiri dan dia sendiri menyenanginya.

"Ada apa Iman sampai tak sabar-sabar ni, sampai salam pun lupa nak diberi? mak kat dapur ni", terdengar laungan suara Mak Wan dari arah dapur rumah papan itu.

Ops lupa... Iman menekup mulutnya selepas mendengar teguran Mak Wan...

"Maaf Iman lupa, Assalamualaikum mak..." hehehe dah kena tegur baru nak bagi salam tulah aku excited sangat sampai terlupa yang kebiasaannya.

"Waalaikumussalam wbt, ha apanya Iman sampai tak menyempat-nyempat ni?"

"Mak teka surat apa kat tangan Iman ni??" dengan senyuman yang makin melebar dia mengunjukkan sekeping sampul surat kepada Mak Wan.

"Sampul surat apa tu Iman?" Hairan bin pelik, takkan setakat dapat surat Iman dah sebegitu gembira, tentu surat tu istimewa, getus hatinya.

"Iman dapat tawaran belajar mak, ya ALLAH alhamdulillah syukur sangat-sangat mak.." Lantas tubuh tua Mak Wan diraih, terasa terlalu banyak budi wanita itu padanya..

"Ya ALLAH betul ke nak? alhamdulillah syukur dengan rahmatMu... mak gembira untuk Iman.."

"Lepas ni mesti mak tinggal sorang-sorang kalau Iman takda, siapalah nak jadi kawan mak berborak nanti..." bertukar sayu pula nada bicara Mak Wan kali ni.

" Mak jangan cakap macam tu, Iman janji akan selalu balik jenguk mak kalau Iman ada cuti, yelah mak kan tau Iman cuma ada mak jea satu-satunya kat dunia ni, lagipun tanpa mak takdalah Iman seperti hari ni..." digenggam erat tangan Mak Wan dan dibawa kemulut di kucup penuh kasih dan hormat.

Mak Wan mengangguk, dia rasa sangat bertuah punya anak seperti Iman, walaupun bukan anak yang di kandung sendiri... diusap lembut kepala anak itu...penuh kasih yang tak berbelah bagi.. tak sangka pejam celik pejam celik sudah setahun lebih Iman hidup bersamanya.

***********

Pak Su terbatuk-batuk perlahan, dia mengusap dadanya yang terasa perit, kesihatan yang tidak berapa stabil akhir-akhir ini, dengan keadaan perniagaan yang semakin merudum dek kerana tekanan ekonomi, segalanya berkumpul menjadi beban berat yang termampu ditanggungnya kini.

Perniagaannya bila-bila masa sahaja akan diisytiharkan muflis, entahlah mungkin itu balasan Tuhan ya mungkin, yelah kita jarang mensyukuri nikmatNya bila kita didalam ruang zon yang selesa, dan bila nikmat itu telah ditarik balik, barulah kita belajar menghargai.

***********

Iman memandang sayu pada rumah papan yang akan ditinggalkan sebentar lagi, ah... hidup perlukan pengorbanan, seperti juga kalau kita ingin belajar berjalan kita kena rasakan sakitnya jatuh itu dulu....

Mak Wan menepuk perlahan bahu Iman, agak sayu melepaskan anak itu pergi, tapi demi sebuah masa depan yang cerah dia kena akur, sebab dia sendiri tahu dia takkan selamanya sentiasa gagah berdiri di sisi anak itu, sebab sampai masanya nanti dia tetap akan pergi tinggalkan anak itu sendiri dan pada masa itulah harta yang paling berharga adalah ilmu, yelah dia bukan orang senang yang punya longgokan permata sebagai warisan, yang punya segunung intan sebagai simpanan.

"Iman kat tempat orang nanti jaga tingkah laku, jangan sesekali mencari masalah, biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang, jangan lupa solat..." hiba dia menitipkan pesan.

"Iman tau mak, insyaALLAH Iman akan ingat pesan mak tu, mak pun dah dok sorang-sorang ni janganlah keja kuat sangat sangat, Iman jauh nak jaga mak kalau mak tak sihat nanti..." tubuh tua itu dipeluk erat, hisy rasa beratlah pulak hati ni nak tinggalkan mak sorang-sorang bisik hati kecilnya. Ah aku perlu berkorban demi masa depan, ingat Iman ni untuk masa depan kau dan mak jugak.... pujuk hati kecilnya.

"Iman pergi dulu mak, insyaALLAH Iman akan selalu kirim surat kat sana nanti, mak tak perlu risau, pandai-pandailah Iman bawak diri nanti...." walaupun berat kaki melangkah untuk pergi tapi tetap digagahkan diri...

************

"Awak ni cubalah kurangkan sikit perangai boros awak tu..." tegur Pak Su bila melihat Mak Su yang baru pulang dengan barang penuh kiri kanan di bimbit.

"Eh awak ni kenapa? biasanya tak kisah pun saya beli macam-macam seperti ni, tapi hari ni lain macam pulak..." Mak Su kehairanan,kurang senang ditegur begitu.

"Yelah awak tu, rumah kita ni cuma ada awak dan saya jea, yang awak beli macam-macam, seperti ada sepuluh penghuni dalam rumah ni..." Pak Su menjawab perlahan.

"Hey awak ni kenapa sebenarnya hah? tiba-tiba jea nak bising-bising ni?" bertukar nada keras bicara Mak Su kali ni, hey kita dahlah balik penat-penat dia pulak nak membebel...

"Awak boleh tak kalau saya tegur tu terima jea, company saya tu dahlah tengah bermasalah, lepas tu awak pulak tak reti-reti lagi nak sedar diri, masih lagi berbelanja sakan macam seluruh shopping complex tu awak nak borong..." Pak Su mula berkeras.

Terdiam Mak Su mendengarnya, dia mencebik bibir... huh.. company dia bermasalah marahkan kita pulak..

"Dahlah saya malas nak layan awak," Mak Su bingkas berlalu, malas nak berlama mengadap Pak Su, karang makin panjang pula bebelannya.

"Oh yea kejap lagi saya nak keluar pegi rumah Datin Syariza..ada jamuan teh.." sambungnya lagi dan terus berlalu.

Tulah dia, cakap sikit kata kita bising, tapi bila tak dicakap aku yang sakit menanggungya.. bisik hati kecil Pak Su, dia hanya mampu mengelengkan kepala melihat atur langkah isterinya yang makin menghilang ke tingkat atas.

*********

Mak Wan termenung panjang di beranda rumahnya, dah dua bulan Iman pergi tapi satu surat pun tak sampai ke rumahnya.

Kenapalah kau diam jea seribu bahasa kini nak, sihatke kau Iman? makan ke tidak kau di sana nak.... hati kecilnya tertanya-tanya.

Ah ... mungkin dia sibuk, lagipun kan masih baru, mungkin Iman masih belajar menyesuaikan diri di sana..

Hurm daripada aku melayan menung yang tak sudah-sudah ni baik aku ke kebun, mungkin ada cili-cili yang dah boleh dipetik, boleh juga dijual di kedai Akob nanti, dapat juga dikirim sikit pada Iman.... bisiknya sendirian.

Kain batik lusuh yang tergantung di dinding dicapai, dililit ke kepala di jadikan tengkolok untuk melindungi kepalanya dari terik matahari petang.. bakul kecil di capai...

"Assalamualaikum....mak..." dia disapa tiba-tiba ketika sedang asyik terbongkok-bongkok memetik cili...

"waalaikumussalam wbt..." pantas Mak Wan menoleh dia kenal suara itu...

"Ya ALLAH Iman, anak mak..." pantas dia memeluk tubuh itu.. 2 bulan dirasakan terlalu lama memendam rindu..

"Hehehe... saja jea nak buat kejutan untuk mak..." melebar senyuman di wajah Iman..

"Nakal...! saja jea buat mak risau.." berpura marah nada Mak Wan dan Iman hanya ketawa mendengarnya.

**********

Berjuta bintang di langit malam menjadi santapan matannya kini... pejam celik pejam celik tak sedar yang masa itu terlalu pantas berlalu..

Iman yan dulu dan sekarang juga telah terlalu jauh berbeza, Iman yang dulu seorang anak miskin yang comot, Iman yang dulu seorang anak gadis yang tak tahu apa-apa... tapi Iman yang sekarang anak gadis yang penuh karisma, yang sentiasa cekal dan berkeyakinan diri.. Iman bersyukur kepahitan yang dulu menjadi kemanisan buat dirinya kini.. dan yang paling dia gembira dengan titik peluhnya dia mampu membuka sebuah cafe...dan yang pasti salah satu menu di cafe itu ialah bingka ubi buatan maknya iatu Mak Wan.

Hari-hari yang menyakitkan telah berarak pergi meninggalkannya... Rasa mengantuk yang bertandang menyebabkan dia menguap berkali-kali, langkah kakinya diatur masuk kedalam, sebelum kebiliknya sendiri, sempat kakinya dilencongkan kebilik utama, tombol pintu dipulas perlahan takut mengganggu lena penghuninya...

Dia menghampiri katil itu... Selamat malam mak, bisiknya perlahan, dikucup lembut dahi wanita tua itu... dibetulkan selimut yang membaluti tubuh wanita kesayangannya itu sebelum dia berlalu ke kamarnya sendiri...


***********

Hari ini dia tak menang tangan, melayan pelanggan yang tak putus-putus berkunjung ke cafenya, kebetulan seorang pekerjanya bercuti sehinggakan Iman sendiri terpaksa turun padang sekali..

Tiba-tiba matanya terpandang kepada seorang wanita separuh umur yang berpakaian separuh lusuh yang berdiri berhampiran muka pintu cafenya, kelihatan teragak-agak untuk memasuki cafenya..

Macam pernah lihat perempuan tu, hatinya berbisik... lama dia cuba mengingati... hingga hatinya berdetik... darahnya berderau tiba-tiba... Mak Su....!! ya wanita tu adalah Mak Su... dia pasti...
tapi.... kenapa dia kelihatan tak berapa terurus, apa yang terjadi padanya? Iman tertanya-tanya.. Iman kembali memandang kearah tadi, tapi sayang wanita itu telah pergi... ke mana dia?? dia tercari-cari... pantas di atur kakinya ke muka pintu, di toleh kiri kanan, melilau matanya, sehinggalah matanya ternampak kelibat wanita itu di celah orang ramai di kaki lima..

"Mak Su...!" dia memanggil dan wanita itu menoleh, kelihatan riak terkejut terukir diwajahnya..
Wanita itu cuba melarikan diri tapi Iman pantas mengejar... akhirnya dia berjaya memegang lengan wanita itu...

"Mak Su ini Iman..." dia meperkenalkan diri dan wanita itu kelihatan gelisah dan seolah-olah cuba berlalu pergi...

**********

"Ya ALLAH kenapa sampai jadi macam ni Mak Su?" Iman bertanya terkejut selepas mendengar cerita dari Mak Su...

Tak tersangka macam-macam terjadi semenjak dia pergi dan yang paling dikejutkan ialah bila melihat kawasan rumah yang didiami Mak Su dan Pak Sunya itu... sangat daif... macam rumah entah.... rasa macam tak layak dipanggil sebuah rumah...

Iman menggetap bibir menahan sebak, melihat raut wajah tua Pak Su yang terlantar lesu kerana strok..

Menurut cerita Mak Su, bila company Pak Su diisytihar muflis, wang mereka habis untuk membayar hutang, dan tak cukup dengan itu mereka terpaksa menjual pula rumah tanah dan segala harta yang ada untuk melangsaikan semuanya....

Pak Su pula, mungkin terlalu tertekan, sehingga mendapat serangan jantung dan strok, semenjak itu, Mak Sulah yang menjaganya, kawan-kawan yang dulu di sekeliling mereka juga menghilangkan diri selepas itu, yelah kawan waktu senang biasanya memang ramai, tapi waktu susah... semuanya lesap entah ke mana...

Iman rasa sangat bersyukur dengan nikmat yang dimilikinya kini, apabila dia mengenangkan nasib Mak Su dan Pak Sunya, dia berasa sangat gerun, yelah semua yang dimilikinya hanya pinjaman, milik ALLAH, bila-bilanya jika DIA mengkehendakinya, segalanya akan hilang sekelip mata..

*********

"Iman, semua barang-barang dah siap ke nak? tak da yang tertinggal ke? kita ni nak pergi jauh, nanti kalau ada yang tertinggal susah kita nak berpatah-balik.." tanya Mak Wan prihatin.

"InsyaALLAH mak, semua dah ada, Iman dah periksa semuanya tadi, pasport Pak Su, Mak Su dan mak punya pun Iman dah cek sekali..." jawabnya sambil mengukir senyum manis.

Sebentar lagi mereka akan berangkat menunaikan umrah... tak sabar rasanya menjejakkan kaki ke tanah suci... umi.. Iman rasa bersyukur sangat dengan apa yang Iman miliki sekarang, abi.. Iman bahagia sekarang, dengan insan-insan yang Iman sayang sentiasa mengelilingi Iman, memberi dorongan dan menyokong Iman... terima kasih Ya ALLAH, mengajar aku tentang pahitnya hidup ini, mengajar aku menjadi kental, membuat aku merasa manisnya hidup ini... bisiknya perlahan...

7 bulan lalu.....

"Maafkan Mak Su Iman, Mak Su tahu Iman terasa hati dengan Mak Su, yelah Mak Su banyak kali lukakan hati Iman dulu, agaknya sebab tulah ALLAH bagi balasan macam ni kat Mak Su" pohon Mak Su padanya sambil menggenggam jari jemarinya erat.

"Iman dah lama maafkan Mak Su, Iman tak pernah marahkan Mak Su dendam dengan Mak Su ke, semua tu tak pernah terlintas dalam hati Iman ni..." ungkapnya perlahan...

"Ya ALLAH Iman, kenapa baik sangat hati mu nak? sampai Mak Su rasa malu dengan apa yang Mak Su lakukan...." hiba hatinya menuturkan, tak sangka dia punya anak buah seluhur Iman.

"Dah lah Mak Su, kita lupakan apa yang terjadi, apa yang penting bagi Iman sekarang, nak lihat Pak Su sembuh... lagi satu Iman nak Pak Su dengan Mak Su duduk dengan Iman, Iman nak jaga Pak Su dengan Mak Su, Iman taknak tengok Pak Su dan Mak Su hidup macam ni lagi..." Iman menyuarakan rasa hatinya..

"Kenapa Iman baik sangat dengan Mak Su??? sedangkan Mak Su yang membuatkan Iman menderita dulu??" soal Mak Su perlahan..

"Iman bukan siapa-siapa untuk menghukum silap orang Mak Su, lagi pun semua orang pernah buat silap, bezanya antara sedar atau tak.." jawabnya..

"Iman mari kita pergi nak... sekejap lagi pesawat nak berlepas dah..." ajak Pak Su sambil menepuk bahunya perlahan, terpecah pergi lamunannya kini...

Dia menganggukkan kepalanya... tersenyum mesra memandang wajah tenang Pak Su yang semakin sembuh dari penyakitnya itu...

"ya... mari mak, Mak Su, Pak Su..." ajaknya..

Aku bukan siapa-siapa untuk membiarkan dendam terus beraja di hati ni, untuk membiarkan marah terus melara dalam jiwa ini.. bisiknya perlahan... Moga kebahagian ini sentiasa mengiringi mereka, insan-insan yang aku sayang dan cinta, bisik hatinya sambil merenung sekilas pada wajah Mak Su, Pak Su dan Mak Wan..

Mereka beriringan langkah menuju ke balai berlepas.... Tanah Suci.. tak sabar aku menjejakkan kakiku ini di bumimu....

Wednesday, October 7, 2009

Cerpen : Cinta Terlarang


Prolog

Cinta itu suci, tapi itu yang orang kata, cinta itu indah, tapi itu orang juga yang kata, cinta itu macam manisan, yang bila dinikmati walaupun sekali, tetapi manisnya tetap terasa selamanya, betul ke?? entah aku tak tahu, sebab cinta bagi aku sebuah mimpi ngeri, sebuah nightmare, walaupun hanya mimpi tetapi tetap menyeramkan.

Aduilah adui, kenapa semua ni harus terjadi pada aku? cinta yang kurasa suatu nikmat kini jadi sebaliknya? kalaulah boleh ku padamkan memori tentang sebuah kisah cinta milikku ini, telah lama ku berbuat begitu, tapi itu semuanya jika wujudnya sebuah "kalau".

Ceh barang yang lepas usah dikenang Zetty, kelak nanti kau yang merana, pujuk hati kecilnya, bukan aku yang nak sangat kenang, tapi otak aku ni asyik sangat nak fikir pasal benda ni, tak faham, tak faham isk..., siapa-siapa tolonglah fahamkan otak aku ni, degil yang amat..

*************

Jalan-jalan cari pasal... hari minggu yang cukup membosankan, keluar berjalan seorang diri ibarat akulah makhluk yang paling sepi di muka bumi ni... huhu dia mengeluh melepaskan keluhan yang berat teramat berat ibarat mengandungi bebanan batu bertan-tan je gamaknya, isk orang tua-tua kata tak baik mengeluh nanti muka cepat kedut, isk macam-macamlah orang tua-tua ni, semuanya tak boleh, tapi betullah tu kot...

Kakinya melangkah mata melilau fikiran melayang entah kemana dan akibatnya..... jeng.. jeng..
Bukkk...!! dia terlanggar tubuh seseorang... tulah padah dan akibatnya berjalan sambil berangan cik Zetty oii... hati kecilnya memarahi dirinya.

Habis tin coke yang dipengangnya memuntahkan isinya kepada mangsanya tadi.. ops mulutnya melopong ternganga... alamaknya aku...

"Tutup mulut tu cik, nanti termasuk lalat.." teguran dari suara yang separa lembut menyebabkan dia kembali ke dunia realiti.. Gosh.. apalah aku ni tak senonoh.. dia memarahi diri sendiri. Mata dialih ke arah pemilik suara yang menegur tadi......

Owh... kacaknya dia, putera kayangankah dia...? bermimpikah aku ni? dia cubit wajahnya perlahan, benarkah atau sekadar anganan jiwa ku yang separa mengong ini?...

"Cik are you ok?" tegur insan dihadapannya kini, apabila melihat Zetty masih lagi seolah-olah dalam mamai, macam orang baru bangun tido, betul ke tidak minah ni

"ops so... soryyy encik i'm sorry, saya tak sengaja, yelah tak pasal-pasal insan di hadapannya ini lencun dengan siraman cokenya, isy Zetty kau ni memang cuai kan? tu sebab mama selalu pesan berhati-hati, kalau tak macam nilah jadinya.. dahlah depan mamat hensem..

"It's ok, takpa-takpa saya tau cik tak sengaja, lagipun cuaca panas, bagus gak kena siram macam ni, sejuk sikit rasanya," sempat lagi berjenaka insan itu.

Wajah Zetty dah memerah, malu oi.. jadi tontonan orang ramai.. alahai... hah tiba-tiba dia teringat sesuatu, tergopoh-gapah dia mengeluarkan sapu tangan yang berada didalam tas tangannya, dan spontan dia mengelap wajah insan dihadapannya, siap tolong lap sekali tubuh badan insan itu konon-kononnya nak membantu mengeringkan tumpahan air itu... hingga membuatkan insan itu tergamam...

"Cik... its ok...tak perlu buat begitu.." dia menegur, tak selesa..

"Maafkan saya encik, saya betul-betul tak sengaja.." Zetty serba salah, belas melihat lelaki, hisy mesti melekit badan dia, kesiannya..

"Takda apa-apalah cik, awak tak sengaja, cuma lain kali berhati-hati tau.." lelaki itu tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya..

Oh kacaknya.... mama Zetty dah jatuh cinta... huh tu dia perangai gedik dia dah mai dah.. dia mengomel sendiri.. control yourself Zetty..

Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tangan, ingin berjabat dengannya, hampir seketika dibiarkan tangan lelaki itu terbiar sepi tak bersambut....

"I am Zack...Zakry.." lelaki itu memperkenalkan diri setelah tangan mereka berjabat.

"Boleh saya mintak no fon cik...."

"Saya Zetty.." pantas dia memotong cakap lelaki itu, memberitahu gerangan namanya.

Wow dia mintak no fon aku, beraninya dia... sedikit teruja hatinya kini..yelah siapa tak teruja bila tiba-tiba seorang jejaka yang kacak meminta nombor telefon peribadi kita..

"Itu pun kalau cik sudi beri..." sambung lelaki itu, apabila melihat agak lama Zetty mendiamkan diri..

*************

Hati berbunga riang punya kekasih hati yang teramat memahami... Zetty tersenyum, tak sangka peristiwa memalukan menjadi takdir terindah buat dirinya... Zack dan Zetty, macam ada jodohkan?? hehehe...

Zack yang baik Zack yang pernyayang... Zack yang istimewa, yup dimatanya Zack baik belaka... yelah tengah angau semuanya indah belaka.. itu lumrah... sayang- sayang aduhai sayang, bila benci segalanya melayang.

Senyum lebar masih tak lekang bergayut di bibirnya, sambil memeluk teddy bear warna pink pemberian Zack.. lamunan tersentak bila tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi pertanda ada mesej di terima...

Baby, i miss you....

Bertambah lebar senyumannya bila membaca mesej itu, Zack memang begitu...suka mengirimkannya mesej-mesej yang romantis..

I miss you 2 syg... butang send ditekan.. dan tak lama kemudian...

Baby i love you... Zack sayangkan baby sgt2 n xnk bpisah dgn baby...

Baby pun sma mcm syg, x mau bpisah dgn syg... blsnya..

Gud nite baby, sweet dream... kiss u 2 the fon...muahhh...:-*

Hatinya bertambah berbunga ceria membaca mesej itu...

Gud nite syg...muahhhz 2...

************

Zack tersenyum gembira, semenjak kenal dengan Zetty terasa hidupnya yang sepi sedikit terisi, hujung minggu sentiasa dihabiskan bersama gadis itu...

Zetty Amani, seindah namamu secantik budi perketimu sayangku... andai aku mampu mengubah takdir hidupku ini... kan bagus... dia mengeluh benci... kadang-kadang dia geram, kenapa tiap kali kegembiraan yang ingin di kecapinya hadir, pasti akan terselit sekali bayangan kenyataan hidupnya yang perit..

"Bilalah kamu nak berubah ni? Usia kamu ni bukan makin lama makin muda, mummy teringin sangat tengok kamu jadi macam anak-anak orang lain sebelum mummy menutup mata...." Tegur Puan Sri Nelina suatu pagi, kita mereka sama-sama menikmati sarapan.

"Nanti-nantilah mummy, saya memang akan berubah, tapi bukannya serta merta mummy, saya perlukan masa.." Sungguh memang dia ingin berubah, yelah tiada siapa pun minta dilahirkan dan dijadikan seperti dia..

"Kalau boley Daddy teringin nak tengok kamu berkeluarga, punya anak, hidup macam orang normal yang lain" Sambung Tan Sri Zakaria penuh mengharap.

Dia menghempaskan keluhan berat... memang kadang-kadang dia kesiankan Mummy dan Daddynya... tapi... 27 tahun cara hidupnya begini, hingga dia dah terbiasa, dan agak sukar baginya mengubah cara hidupnya itu... dia ibarat terperangkap dalam satu tubuh yang bukan sepatutnnya menjadi miliknya.

***********

"You.....I ada benda nak cakap sikit ni.." Zetty memandang wajah Zack yang agak muram sedikit hari ni...

"Hurm apa dia??" soal Zack acuh tak acuh..

"You... family I tanya, bila you nak hantar keluaga you datang rumah I? yelah dah setahun lebihkan kita kenal,?" agak riang wajah Zetty tika menyatakan perihal familynya pada Zack..

Zack menelan air liur... gulp.. hantar family pergi rumah Zetty? God... Nampaknya Zetty dah terlalu mengharap pada hubungan ini dan aku tak sanggup nak kecewakan Zetty, satu-satunya insan yang paling aku sayangi ini... Macam mana ni.. dia mengeluh gusar, ah aku kena hentikan juga benda ni.. tak sanggup memberikan sebuah harapan yang tak pasti...

***********

Kenapa Zack akhir-akhir nampak muram jea ek? aku ada buat dia terasa hati ke? Zetty tertanya-tanya, sungguh, Zack yang dia kenal dulu dengan Zack yang dia kenal sekarang agak berbeza, Zack yang dulu periang, tapi Zack yang sekarang sangat diam, kurang bercakap dan yang paling ketara, dah kurang mesej-mesej romantis ucapan sayang, rindu dan cinta kepadanya sebelum tidur.... agak pelik di situ....hurm...

Dia ada perempuan lain ke? ah tak mungkin, aku tau hanya aku sahaja yang Zack sayang... hati kecilnya cuba menyedapkan dirinya sendiri... mungkin... Zack ada masalah kat pejabat kot... tapi.. kenapa dia tak ceritakan kat aku?? ah mungkin dia taknak merisaukan aku kot...

Ah baik aku call Zack.. hari ni dia diam jea, dari pagi tadi tak dengar khabar beritanya. Telefon bimbitnya di capai, nombor Zack didail tapi ..... hampa, hanya jawapan dari peti suara je yang menyambutnya menyuruh dia meninggalkan pesanan jika pentig... dia tak putus asa, di cubanya lagi sekali dan jawapannya tetap sama... Hisy ke mana pulak si Zack ni, telefon tak berangkat.. merisaukan aku jea.. sungut hatinya.. hurm try cal nombor rumah dia lah.. putus hatinya.

Didailnya nombor tersebut.. dengan sabar dia menanti sehinggalah talian di angkat.. suara wanita, mungkin orang gajinya atau ibunya kot, duga hatinya..

"Hallo, Zack ada??" tanpa memberi salam Zetty terus bertanya, terlupa seketika tentang budi dan adab yang sepatutnya..

"Zack?? Zack mana ni? takda orang nama Zack dalam rumah ni.." jawab wanita itu.

Zetty tersentak.. takda orang nama Zack? isk musykil... takkan aku salah nombor kot.. dikerlingnya sekali lagi nombor telefon yang tertera pada phone booknya... 03-33010101 rasanya sama yang seperti yang aku tekan tadi... dia mengerutkan dahinya...

"Maafkan saya puan, may be wrong number.." lemah dia memutuskan talian.

Hai ke manalah pulak mamat ni... biasa tak pernah begini.. merisaukan hati perut aku jea dia ni.. hisy mintak-mintak dia ok lah.


************

Zack berjalan perlahan-lahan, sesekali kakinya menendang batu-batu kecil yang terdapat di jalanan... sebuah keluhan berat dilepaskan... bangkai gajah kalau ditutup tetap akan mengeluarkan baunya juga, dan aku, walau pun seteguh mana aku menyimpan rahsia diri ni... tetap akan terbongkar juga suatu hari nanti.. aku tak boleh menolak fitrah hidup aku ni, siapa aku ni.. tapi aku sayangkan dia sangat-sangat...

Ya ALLAH kenapa seteruk ini aku diuji di dunia ini? sehingga terkadang aku merasa lelah dan penat, sehingga ku rasakan terkadang ingin menamatkan segalanya... tapi aku masih waras ya ALLAH, tak mahu ku tergolong dalam golongan penghuni neraka jahanam itu ya ALLAH...

***********

"Baby... tolong pegangkan my wallet.. I nak pergi toilet kejap..." pinta Zack tiba-tiba ketika mereka sedang menikmati makan malam tika itu..

Dan Zetty dengan senang hati menerima pemintaan kekasih hatinya itu... dalam menanti Zack kembali dari toilet.. terbuka hatinya untuk melihat isi wallet lelaki itu..

Senyumannya melebar bila melihat foto mereka berdua tersimpan elok dalam wallet Zack.. lega hatinya.. taulah dia, yang selama ini hanya dia di hati Zack.. perlahan tangannya menyelongkar isi perut wallet Zack... tiba-tiba dia terpandang ic lelaki tu.. perlahan di keluarkan dari tempatnya, teringin melihat wajah Zack ketika belasan tahun..

Hurm... cutenya dia..Zetty tersenyum... perlahan matanya melirik pula pada nama di ic.. pelik.. beberapa kali dia menggosok matanya.. gambar memang gambar muka Zack... tapi kenapa nama dia ZAKIAH NIRINA BINTI ZAKARIA...?? takkan adik dia kot? setahu aku Zack anak tunggal... dahinya mula berpeluh.. takkanlah...ah mustahil... dia menafikannya walaupun hatinya berat mengatakan ya..

Zetty cepat-cepat menyembunyikan raut wajah terkejutnya apabila melihat Zack menghampirinya... dan Zack seperti biasa wajahnya tetap bersahaja...

"Sayang, boleh I tanya sedikit?" soal Zetty tiba-tiba..

"Yup baby, nak tanya apa?"

Perlahan-lahan Zetty mengeluarkan ic Zack yang masih di genggaman.. di sorong perlahan kepada Zack, dan dilihatnya wajah Zack berubah pucat...

"Siapa Zakiah ek??" soalnya perlahan.

Zack terkelu.. sungguh dia belum bersedia menghadapi situasi ini... tapi.. segalanya telah terbongkar..

"Jawablah I tanya ni?? kenapa you diam?" kali ni nada suaranya bertukar keras sedikit

"I am sorry baby....I tak ad..." belum sempat dihabiskan bicaranya, Zetty sudah bangun..

"I hate you...!! " keras suaranya.. benci kerana berasa diri tertipu... dia bingkas bangun meninggalkan Zack..

"Baby wait... we need to talk..." Jerit Zack, pantas dia bangun mengejar langkah Zetty yang semakin menjauh..

"Nak cakap apa lagi Zack? ops lupa Zakiah..owh patutlah I call rumah you, mereka kata tiada orang nama Zack kat rumah you.."

"Baby I am sorry, I minta maaf sangat-sangat, I takda niat nak tipu you, memang I nak beritahu perkara sebenar ni pada you tapi tak sempat sebab you dah tahu dulu..

"Oh alasan...! you.. kalau I tak selongkar your wallet tadi, entah-entah sampai bila-bila pun I tak tahu apa-apa kan? kenapa mesti tipu I? you tahu tak berdosa besar??? you tahu tak? kenapa mesti libatkan I dalam perasaan songsang you hah?? kenapa?... sampai hati you..." teresak-esak Zetty meluahkan bicaranya. Hatinya terasa hancur berkecai, laksana berderainya sebiji gelas kaca yang dicampak dari ketinggian 25 tingkat...

"Baby..." dicubanya menghampiri Zetty, tersentuh sungguh hatinya melihat insan kesayangan berjujuran air mata. Jari jemarinya menyentuh perlahan wajah Zetty, ingin menyeka air mata yang gugur itu.. tapi pantas di tepis oleh gadis itu..

"Dont call me baby...! you tahu tak Nabi saw tak mengaku umatnya, golongan macam you ni Zack.." lemah nadanya, kecewa teramat sangat, tak sangka selama ini kekasihku kaum sejenis seperti diriku ini juga.

"I tak mintak pun dilahirkan macam ni baby, you ingat I suka ke macam ni, kadang-kadang I rasa sangat tersiksa, terperangkap dalam tubuh yang sepatutnya bukan menjadi milik I, tapi takda siapa pun nak faham.. I cuba nak berubah, tapi I perlukan masa." beritahunya lemah...

"Dah lah... I tak nak dengar apa-apa lagi, I nak balik... mulai hari ini I harap you jangan call I lagi, jangan jumpa I lagi, anggap kita tak pernah kenal, dan tak pernah ada apa-apa.. I harap you berubah.."

"Takkan kita tak boleh berjumpa sebagai kawan lagi baby?? Zack sayangkan baby sangat-sangat..." pohonnya..

"No.. I rasa ini yang terbaik untuk kita, tipulah kalau I kata I tak sayang you...tapi.. kita memang tak perlu ada apa-apa hubungan lagi lepas ni... selamat tinggal Zack.. I am sorry..." lemah suaranya, selemah aturan langkahnya...

Kalau ini yang Zetty mahu...aku rela, asalkan dapat melihat Zetty gembira dah terlalu cukup bagi aku...bisik hati kecilnya, maafkan Zack...

***********

Zetty menangis lagi, semenjak pulang tadi, air matanya tak henti-henti mengalir.. patutlah selama ni aku dengar suara Zack kadang-kadang lembut macam perempuan, patutlah selama ni aku lihat wajah Zack bersih tak ada kesan bulu-bulu misai dan janggut seperti lelaki lain... ya ALLAH terima kasih kerana akhirnya menggerakkan hatiku untuk melihat walletnya tadi.. dan Ya ALLAH maafkan aku dalam perhubungan ini... aku tak sengaja dan bukan niatku..

Dahlah Zetty, jangan menangis, benda dah jadi, kau menangis air mata darah sekalipun untuk kesalkan benda yang dah sedia terjadi ... tu macam kau tak redha je dengan ujianNya Zetty, kau kena ingat yang setiap yang terjadi tu mesti ada hikmahnya... pujuk hati kecilnya.

Ya.. aku tak perlu nak kecewa dengan benda ni, anggap aku hanya bermimpi ngeri dan esok bila aku bangun dari tidur, segalanya kembali kepada normal.

**********

Epilog

Suasana hiruk pikuk manusia membuatkan dia sedikit sebanya berasa tak selesa, yelah bayangkan tiap kali dia berjalanan pasti berselisih bahu dengan orang lain.. yelah ingat sikit kau sekarang di mana cik Zetty oi.. kat airport memanglah ramai orang, semua orang tertumpu kat sini... Zetty tersenyum kecil dengan omelan hatinya sendiri.

Dia melangkah perlahan-lahan berhati-hati membawa barang-barangnya, tak mahu peristiwa lalu berlaku kembali. Hampir 3 minggu meninggalkan tanah air.. membuatkan rasa rindu yang teramat pada udara Malaysia ni.. 3 minggu dia di Australia kerana tuntutan kerja... 3 minggu jugalah dia merindui makanan Malaysia.. hey memang aku tak boleh duduk luar negara, sebab tekak aku tak boleh terima masakan barat...

Sedang asyik melayan fikiran... tubuhnya terasa tiba-tiba dirempuh dan menyebabkan dia terdorong ke arah seorang wanita... tu dia... alahai..tak aku langgar orang, mesti orang langgar aku..hai nasib badan.. dia mengeluh.. Dia tunduk perlahan mengutip buku yang terlepas dari pegangan wanita tadi.. hurm.. " Dont be Sad" sempat matanya melirik pada tajuk buku itu.. nice tajuk...getus hatinya..

Dihulurkan buku itu pada pemiliknya...

"Maafkan saya cik.."pohonya perlahan..

"It's ok, saya pun cuai, jalan sambil baca buku... eh baby??" tiba-tiba wanita itu terjerit kecil

Zetty tersentak mendengar panggilan itu.. takkan "DIA" mustahil...!! perlahan dia mengangkat wajahnya, memandang wajah wanita itu..

"Siapa awak? takkan awak Zack??" terkejut lantas dia bertanya.

"Nama Zack dah lama berkubur.. sekarang I ialah Nirina.." beritahunya dengan wajah terukir manis, sungguh Zetty lihat wajah Zack lebih berseri-seri... lawanya dia bila jadi perempuan betuk-betul..

"Ya ALLAH Zack, ops Nirina... you dah berubah.. syukurnya ya ALLAH.." spontan dia memeluk tubuh Zack..

"Alhamdulillah semua ni sebab kehendakNYA, I lebih tenang dan gembira sekarang..." manis sekali senyuman itu di mata Zetty.

"Eh tu family I dah sampai, meh I kenalkan diaorang pada you.." selamba dia menarik tangan Zetty.. bukannya haram pun kan..

"Mummy, daddy, she is Zetty Amani, ala.. girl yang Nirina pernah ceritakan dulu.."

"Oh nilah dia Zetty .. auntie dah lama teringin nak jumpa Zetty yelah, sebab Zettylah anak auntie ni berubah..terima kasihlah banyak-banyak.." Puan Sri Nelina gembira, akhirnya impian ingin bertemu Zetty termakbul.

"Uncle pun sama macam auntie kamu..terima kasih banyak-banyak kat kamu.." Tan Sri Zakaria menyambung.

"Eh terlanjur kita berjumpa ni, apa kata kita lunch sama-sama, macam mana??" cadang Puan Sri Nelina

"Hurm molek gak tu auntie.. saya pun dah gian nak makan masakan Malaysia.. yelah dah 3 minggu tak makan...dah terliur ni" dengan nada jenaka dia menyutujui cadangan Puan Sri Nelina itu.
Cerita-cerita yang dinukilkan adalah antara kisah-kisah yang terjadi di sekeliling ini. Sekadar berkongsi suka-duka kepada semua. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita ambil dan jadikan sebagai sempadan.

Segala cerita dalam ni adalah karya asal, sebarang copy adalah tidak dibenarkan. Mana-mana kisah yang mungkin ada menyinggungkan perasaan semua tu di luar sedar saya, salam kemaafan saya hulurkan terlebih dahulu.


Salam dari saya,